Followers

Friday, December 10, 2010

235. Pengajaran

Posted by Iera at 11:05 AM 2 comments
Kejadian beberapa minggu lepas..Dalam department Iera, cuma ada 4 orang staff. Sorang Quality Engineer merangkap Supervisor, sorang Application Engineering dan 2 orang QA iaitu Iera dan sorang member Iera. Hari tu, Dayah tengah inspect part masuk. Tiba-tiba dia maki-maki. Macam-macam keluar dari mulut dia. Termasuk b_ _i, p_ _i la..And last sekali dia cakap ni :

‘Sapalah yang bodoh buat test plan ni..Dah la bubuh spec tak betul..’

Iera diam je dengar. Kalau Iera yang add test plan tu, Ieralah yang bodoh kan..Kemudian dia check kat test plan nama siapa. Surprised! Nama dia sendiri. Terdiam dia. Untuk cover balik malu tu, dia cakap :

‘Saya yang boh..saya la bodoh..’

Dari sini, Iera belajar. Kita jangan nak maki-maki orang..jangan rasakan kita tak pernah lakukan kesalahan..Kalau pun orang lain letak spec yang salah, kita perbetulkan..sebab kita semua manusia biasa..Ikutkan dah banyak Iera admend spec yang dia letak..tapi Iera tak adalah nak maki-maki..

Dan kebelakangan ni, Iera tengok dia suka cakap biadap, suak maki-maki..Keluar perkataan-perkataan yang tak elok dari mulut dia..Dengan Iera pun dia bahasakan diri dia 'aku' sedangkan dia tu baru 25 tahun..

Terus terang cakap, lepas Iera kahwin, umur dah meningkat pastu ada Aina pulak..Iera dah belajar untuk tidak cakap perkataan-perkataan tak elok..Tambah-tambah sekarang, Aina kian bijak dan besar..Kadang-kadang tu, Aina ada jugak cakap tapi Iera warning dia..Marah dia..Takkan Iera nak jadi ibu ketam kot..Jalan pun tak betul tapi nak ajar anak berjalan..

Fikir-fikirkanlah..

Test plan – satu folder kat system untuk add spec sesuatu part mengikut part number. Bila kita enter part number barang tu, kita boleh check balik spec apa yang ada kat situ. Dan akan naik nama orang yang add. Yang boleh add spec tu Cuma QA department je tak kiralah dari branch mana..Singapore, Thailand, China, Switz akan guna system yang sama. Kat situ jugak ada drawing customer untuk part tu..

Tuesday, November 30, 2010

234. Busy

Posted by Iera at 4:20 PM 2 comments
Sorry, x dapat nak update lagi. Terlalu bz dengan keje dan preparation untuk company trip..Insyaallah..lepas habis trip tu, akan start balik update..

Thursday, November 11, 2010

233. Aina_Bersamamu

Posted by Iera at 1:00 PM 1 comments

Semalam, balik dari stesyen minyak Caltex, bukak tv. Siaran Bersamamu baru nak mula. Masa tu Aina tengah dok belek cermin mata hitam yang baru beli kat stesyen minyak tadi. Bukan vermin mata saja, siap dengan Air Tin Milo, Roti Gardenia dan Maggie Cup lagi. Kemudian sepupu Iera sebelah rumah cakap kat Aina :

Sepupu : Tu beli macam-macam tu..habis duit mama Aina
Aina : Tak..mama ada duit lagi
Sepupu : Mana ada dah..dah habis beli semua ni kat Aina. Tu macam mana mama Aina nak pi keje esok..
Aina : Mama mintak la kat abah
Sepupu : Duit abah pun dah habis bagi kat mama Aina. Habis tu macam mana?
Aina : Mintak la kat Bersamamu..( sambil tunjuk ke tv..time tu rancangan Bersamamu tengah on9 )
Sepupu : Aina tak malu ka masuk tv..mintak duit kat orang tapi mak Aina keje? ( sambil tergelak )
Aina : Dah duit takdak nak beli mainan..

Apalagi, Iera dan sepupu Iera pun gelak la kat Aina. Aina..Aina..

Wednesday, November 10, 2010

232. Trip

Posted by Iera at 12:39 PM 0 comments

Sumber : Google

Mood nak pi trip & team building sekaligus Annual Dinner dah mula terasa. Tambah pulak tema dah dibagitau. HR pun dok sent email pasal transport la..pasal baju untuk tema la..macam-macam..Time ni mula la rasa macam tak sempat je. Tinggal 3 minggu je lagi. Sekarang, dah kena ready baju nak bawak..baju nak dinner..Takut nanti tercicir itu tercicir ini..Baju untuk dinner Iera dah pi survey. Cuma tengah fikir, nak beli ke tak baju tu. Takut nanti bila pakai terlebih seksi pulak. Sakit mata orang tengok. Iera dah pun mintak permission dari mak. Dan mak dah bagi green light. Bukan la mak nak menggalakkan anak dia ke arah yang tak elok, cuma setahun sekali je..Lagipun ada award pakaian terbaik tau..Nantilah Iera inform apa tema tahun ni. Trip tahun ni ke Pangkor.

Tuesday, November 9, 2010

231. Aina Dah Sihat

Posted by Iera at 1:19 PM 0 comments
Alhamdulillah..petang kelmarin bila Iera balik keje, Aina dah ok. Dah tak rasa sakit. Tapi Aina still makan ubat yang doctor bagi. Iera pun masih kawal pemakanan Aina. Nasib baik Aina ikut cakap Iera. Ikutkan Aina ni degil sikit.

Masa kat ofis kelmarin, memang Iera tak senang hati. Walau nampak Iera biasa je, tapi hanya Tuhan saja Yang Tahu apa ada dalam hati Iera. Memang rasa tak sabar nak balik jumpa Aina. Bila dengar tok mengasuh Aina cakap Aina dah ok dan Aina sendiri bagitau dah tak rasa sakit, rasa lega sangat..

Syukur Alhamdulillah..Terima kasih, Ya Allah..

230. Hari Jadi

Posted by Iera at 1:08 PM 3 comments

Actually, kelmarin adalah birthday Iera. Seperti biasa, memang tak ada celebrate apa-apa. Tak kisah sangat lah. Lagipun, Iera hanya suka celebrate birthday orang tapi bukan birthday sendiri..Jangan tak percaya, seumur hidup tak pernah sekali pun Iera celebrate birthday..Iera dapat wish dari kawan-kawan kat facebook. Macam biasa lah bila kawan-kawan rapat wish..Mendoakan dapat berjumpa putera idaman..Wah, putera idaman tu..Kalau Rosyam Nor boleh? hehe..Walau sebenarnya dah tak bermimpi dan berimpian berjumpa mana-mana putera, thanks untuk depa. Iera tahu depa nak Iera bahagia..

Dah 31 tahun..Mak pun macam tak percaya yang anak dia dah umur setua ni..hehe..Apa pun umur bukan penghalang untuk mencapai segalanya kan.. Moga Tuhan memberi Iera kesihatan yang baik..kelapangan dalam hidup untuk membesarkan Aina..Amin..

Monday, November 8, 2010

229. Aina

Posted by Iera at 12:39 PM 0 comments

Semenjak dua menjak ni, sikap Aina memang mencabar hati kecil Iera. Meminta Iera supaya kuat dan sabar bahawa ini baru ujian kecil pada saat umur Aina 4 tahun. Akan ada lagi ujian yang perlu Iera lalui bila Aina semakin besar.

Bangun pagi, bila bukak je mata :

'Mama..Aina rindu abah la..'

Bila tengah rest..tengah terlentang tengok tv :

'Mama..Aina rindu abah la..Nak telefon abah..'

Bila malam :

'Mama..mai tel..Nak telefon abah..Na rindu abah la..'

Naluri hati seorang ibu pasti tersentuh jugak walau sekuat mana pun melaung ketabahan. Tapi Iera akan terus kuat berdepan dengan semua ni.

228. Kebimbangan Hati Seorang Ibu

Posted by Iera at 12:22 PM 2 comments

Khamis lepas, balik dari ofis macam biasa..Aina tengah main dengan anak sepupu Iera kat rumah.. Bila dah nak Maghrib, Aina balik. Kemudian dia cakap nak ke bilik air. Tapi mintak Iera temankan. Iera pun ok la. Tapi Aina nangis masa buang air kecil. Cakap sakit. Mula la Iera rasa tak sedap hati. Esoknya, Iera dan mak bawak Aina pi hospital. Dan bila buat urin air kencing, doctor cakap kena jangkitan kuman dan biasanya penyakit ni hanya di alami orang dewasa. Agak susah untuk kena pada budak-budak. Doctor pun terpaksa bukak note untuk cari ubat yang sesuai dengan penyakit ni. Tapi untuk 1st time kena, doctor cuma bagi ubat saja.. Berat badan Aina dah susut dari 27kg ke 21kg.

Balik dari hospital, Aina still sakit. Dan tiap kali nak buang iar kencing, Iera kena temankan dia. Kena peluk dia. Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu. Kemudian Aina mintak abah dia datang rumah. Iera pun call ex. Mungkin Aina nak share kesakitan tu dengan abah dia sama. Nampak je abah dia datang, terus Aina bagitau :

‘Abah..Na sakit..kena minum air masak banyak..tadi Na pi hospital..’

Ex cuma mengangguk mengiyakan saja. Macam tu lah ex. Dia tak reti nak tunjuk sangat rasa risau dia depan mata. Iera cukup faham dia. Bila ex balik, Iera suruh Aina tidur. Tak mau bagi Aina aktif sangat. Malam memang tak bileh nak tidur nyenyak. Aina asyik terjaga sebab terasa sakit. Sehingga pagi tadi, masa Iera nak datang keje, Aina still sakit. Cuma berkurang sikit. Iera dah pesan pada tok mengasuh Aina. Kalau ada apa-apa hal bagitau Iera dan Aina pun Iera dah pesan suruh minum air masak banyak-banyak. Kena pantang macam-macam. Dah tak boleh nak makan makanan ringan dah..

Walau Iera nampak je happy tapi sebenarnya hanya Tuhan je Yang Tahu apa perasaan dalam hati ni. Moga Allah lenyapkan kesakitan Aina..Sembuhkan kesakitan tu..Amin..

Thursday, November 4, 2010

227. Perang FB lagi

Posted by Iera at 11:47 AM 3 comments


Perang bermula lagi..Semuanya bermula dari pic masa Form 3 dulu yang ditag oleh Yati Kimi. Memang pic ni dah lama. Dulu ada jugak dok berbalas komen kemudian dah stop beberapa bulan. Tapi baru-baru ni member terjumpa Matt Ary, member sekelas Iera dulu. So, Matt Ary ni pun komen la pasal gambar tu dengan Yus dan Yatie. Tiba-tiba si Watie ni mencelah. Lepas reunion bulan 12 hari tu, Watie ni dah remove kami bertiga dari FB dia. Iera tak baca apa yang dia tulis tapi Iera dapat tau dari Yus yang Watie dok kata kat kami bertiga macam-macam dan kemudian dia remove kami dari list dia. So fine! Orang dah tak mau berkawan dengan kita kan..mybe lah dia tu vogue dan vass sebab tu tak mau la berkawan dengan kami yang serba sederhana ni..

Berbalik kepada kes baru ni, Yus, Yatie dan Matt Ary tengah berbalas komen pasal lain tiba-tiba dia mencelah reply komen yang dah beberapa bulan lapuk kat fb tu. Pastu Yus pun tak puas hati la. Pasal apa pulak dia masuk tiba-tiba. Bermula dari tu lah yang terjadi semua ni. Dah tu siap reply komen-komen yang tak elok. Ada ke dia cakap kami bertiga ni j….g! Wei, tau ke dia makna j…g tu? Motif apa Watie cakap macam tu? Cakap jual diri kat orang la. Apa ni? Siap dengan maki-maki dan mencarut lagi. Malu la dah jadi mak budak pun nak mencarut-carut macam tu. Dah tu libatkan asben-asben Yatie dan Yus lagi. Hal ni takde kena mengena pun dengan asben-asben depa. Yang last sekali dia tulis macam ni :

Wati wrote:
"elok ler sekor tuh dah janda, tinggal lagi 2 ekor pendek lagi..skit ari lagi jadi la janda yg paling sangap!!! laki aku ler paling bertuah dapat aku ok! bukan mcm hampa mmg dok bg laki hampa jadi barua hampa! NOTED!!!!!!!!!"

Wah! Hebat..Takdir kat tangan dia la kot.. nauzubillah..Sekarang ni Yati Kimi dah delete pic tu. Senang. Biarkan Watie terjun dengan labu-labunya.

Bagi Iera, Watie ni ada ke tak ada ke sama saja. Iera pun bukannya rapat sangat dengan dia. Tapi apa yang dia buat kat kami bertiga ni memang dah melampau. Semua kawan-kawan asyik tanya kenapa..dan kenapa? Kami tak mau cakap apa-apa, biarlah kawan-kawan sendiri yang nilai semua tu. Dan kami pun tak mau hasut sapa-sapa untuk memihak kepada kami. Cuma Iera nak bidas sikit apa yang Watie cakap tu.

1. J…g tu digunakan untuk perempuan yang tak baik, yang menjual harga diri kat lelaki. Setahu iera la, selama hidup 31 tahun tak pernah la Iera buat perkara tak elok macam tu malah tak sedetik pun. Memang Iera tak ada suami tapi Tuhan itu berikan Iera Aina untuk Iera jadi manusia yang berguna sentiasa beringat bahawa setiap apa yang Iera lakukan pasti Aina akan terkena tempiasnya. Dan Iera sentiasa berusaha menjadi mama terbaik Aina. Iera bukan kemaruk dan Alhamdulillah…4 tahun dah berlalu..Iera tak pernah sekali pun tersasar di landasan. Dan Iera bukan wanita murahan. Iera rasa Yus dan Yatie pun tak pernah ada perasaan nak jual maruah diri. Depa ada suami. Buat apa nak cari kenikmatan yang hanya mengundang dosa sedangkan yang halal dah ada…

2.Iera redha bila bergelar janda..dan Iera terima takdir ni dengan syukur. Sebab Tuhan berikan Iera petunjuk awal..beri takdir ni. Dari Iera tidak cium bau syurga. Yelah, kalau asyik berperang setiap hari kan. Iera bukan suka-suka nak hidup macam ni, Iera ada alasan tersendiri. Dan jangan nak letakkan takdir orang lain umpama takdir Iera. Hidup Yus dan Yatie serba sempurna. Bila Iera sorang dah tertakdir macam ni, takkan depa dua orang nak biar hidup depa jadi macam Iera.

Sekarang ni, biarlah Watie ni dengan tafsiran-tafsiran dia terhadap kami bertiga dan kami terima apa saja dia nak cakap tentang kami. Pada Yus dan Yatie :
'Lupakan saja yang pahit.. Esok yang indah akan bermula semula. Seandainya bertemu dengan peristiwa pahit juga, "sepak" saja perkara itu dalam longkang. Orang yg memberi masalah kepada "kita" sebenarnya tidak pandai mengendalikan masalah dengan memberi masalah kpd.org lain!!'

Dan Iera pegang pada ayat-ayat ini :
Walau hidup direjam dengan kejam..kesabaran dan ketabahan itu kunci segalanya..Kerana hidup sentiasa diuji selagi menghirup udara di bumi Pulau Mutiara ini..Disebalik semua ini tersimpan yang tersirat dan tersurat..Allah Maha Mengetahui Segalanya..

226. New Update

Posted by Iera at 11:45 AM 0 comments
Beberapa hari ni mood nak update tak ada. Hanya ziarah blog kawan je. Kat rumah pulak, broadband tak ada. Wani dah bawak balik ke hostel dia. Kat ofis memang tak sempat. Hanya lunch time saja boleh search website ke, fb ke..

1.Sabtu lepas pi kenduri rumah mak mentua adik Iera, Iela. Walau hanya dengan motorsikal terasa bersyukur sangat. Yelah, dengan cuaca yang teramat panas terpaksa heret Aina dan mak sekali. Namun mak dan Aina tak pernah merungut dengan kekurangan ni berbanding orang lain yang dah lama bawak roda empat. Iera takkan sesekali adakan sesuatu diluar kemampuan. Takut makan diri balik. Kat sana sempat berjumpa tok dan tok wan, mak cik dan pak cik serta pak teh dan mak teh.




Family Pengantin Perempuan..Pic ni Aina yang ambik sebab tu jadi macam ni..


Tok dan Mak Teh


Aina di bilik pengantin


Iela dan anak dia, Ain

2.Tergamam pagi tu bila tengok sorang pak cik tu berpusing-pusing dirempuh sebuah kereta. Walaupun dia di sebelah link bertentangan tapi jelas nampak. Mengigil jugak badan Iera masa tengah bawak motor tapi kuatkan semangat. Mungkin dah terbiasa sangat tengok eksiden depan mata, Iera boleh lagi kawal perasaan takut tu.

3.Bos Iera bagi iera handle calibration equipment. Sebelum ni, Iera dan kawan Iera yang gilir-gilir handle calibration ni. Tapi boss nak Iera yang handle sorang. Sebab bila ramai yang campur tangan takut macam-macam jadi. Iera terima dengan hati terbuka. Walau nampak mudah tapi memerlukan daya ingatan yang kuat. Perlu ingat date yang patut kena send dan due date. Apa pun banyak alternatif untuk sentiasa ingat semua tu.

Thursday, October 21, 2010

225. Macam-macam 2

Posted by Iera at 12:24 PM 1 comments
Iera dapat tau dari seseorang yang member Iera tu ada complain pasal Iera kat bos. Kononnya Iera pun kadang-kadang seolah tak mau bercakap dengan dia. Iera pun tak tau sangat kenapa dia cakap macam tu. Tapi yang Iera hairan kenapa dia babitkan Iera dalam hal ni. Yang kena panggil menghadap bos dia dan kenapa dia dipanggil adalah kerana salah dia sendiri. Lagipun bukan Iera yang complain pasal dia.

Memang betul, adakalanya Iera diam. Bukan bermakna Iera tak mau cakap dengan dia. Adakalanya Iera perlu menyendiri. Perlu concentrate kat keje. Setiap orang ada masalah tersendiri. Kalau berdiam itu lebih baik, baik kita diam supaya orang lain tak terkena tempiasnya. Tapi rupanya dia tak faham. Terus terang cakap, setakat ni masalah kat rumah ke, dengan kawan ke or dengan sesiapa..Iera boleh handle dan tak campur aduk dengan keje tapi dia tidak..Dia selalu bad mood dan perubahan wajah dia tu ketara sangat. Orang ada mata..orang boleh lihat dia tengah happy ke tengah sedih ke..

Selama ni Iera tak pernah complain pun pasal dia kat bos. Tapi hari ni dia complain Iera kat bos. Ok, fine. Iera terima walaupun motif sebenarnya bos jumpa dia kerana dia selalu MC dan kebetulan MC sama dengan bf dia tu..Iera takkan tunduk pada semua ni walaupun Iera terasa macam dia nak jatuhkan Iera. Iera takkan mengalah. Ini cabaran untuk menjadi seorang yang berjaya. Thanks untuk dia..

Wednesday, October 20, 2010

224. Macam-macam

Posted by Iera at 5:07 PM 3 comments

Ada sorang officemate kena panggil dengan bos disebabkan kesalahan dia sendiri tapi tiba-tiba dia sound Iera. Kononnya apa Iera buat orang lain tak pernah complain pun. Cuma dia saja yang kena. Iera pun sound balik la. Kenapa dia nak babitkan Iera dalam hal ni? Kalau bos panggil dia, jangan la nak tunding jari kat Iera. Kalau pun Iera kena complain, Iera akan terima dan think positive..orang complain bukan bermakna orang benci kita tapi sebab orang nak kita berubah..lebih concentrate kat keje..lebih improve..tapi ni tak, melenting tak tentu pasal..

Bila manager besar send out email dah tak boleh on9 FB time keje..kenalah ikut. Tapi ni tak, tetap on9..sudahnya kantoi dengan bos dari department lain pulak tu..bukan sekali, 2,3 kali..pastu bila MC tetap masuk dalam port..orang Nampak dan bagitau bos..so, salah siapa sekarang..

Iera pun tak mau la panjang-panjang hal ni..sebab tu Iera Cuma balas sikit tu je..kalau nak ikutkan memang banyak tak puas hatinya..Iera pun manusia biasa tapi Iera diamkan dan terima je sebab Iera fikir dah nama pun bekerja di bawah satu bumbung..tak ke mana pun..Tapi tu lah..apa yang dalam fikiran Iera takkan sama apa yang ada dalam fikiran orang..sabar ajelah..

Tuesday, October 19, 2010

223. Alhamdulillah..

Posted by Iera at 1:07 PM 0 comments
Syukur, Wani dah pulih macam biasa..Semuanya berpunca dari sikap manusia yang hasad dengki dengan kejayaan orang lain..Bila nampak bisnes orang maju, mulalah nak jatuhkan orang..Hantar 'benda' tak elok kacau orang..Jadilah manusia yang berwawasan sikit. Bila orang lain berjaya, kita kena bangkit untuk berjalan seiring dengan orang yang berjaya itu. Ini tidak, berkawan dengan jin dan syaitan..

Sekarang, ikhtiar masih diteruskan untuk mengelak sebarang kemungkinan berlaku lagi. Dan Wani pun still bercuti sehingga betul-betul sembuh. Bila Wani dalam keadaan macam tu, Iera dan mak pun terkena tempiasnya jugak. Mana taknya, Iera mula la rasa takut nak ke bilik air..Tengah malam pun dah tak bangun buatkan susu untuk Aina. Bayangkan satu katil tidur 4 orang..Memang la kita hanya patut takutkan Allah..tapi tu lah..perasaan tu tak boleh dikawal..

222. Selamat Hari Jadi..

Posted by Iera at 12:32 PM 2 comments


Selamat Hari Jadi dari saya untuk awak..Moga awak sentiasa menjadi abah yang terbaik untuk Aina..

Friday, October 15, 2010

221. Ujian Lagi

Posted by Iera at 9:01 AM 2 comments

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2.Yang Menguasai sekalian manusia.
3.Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
4.Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
5.Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
6.(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Kita sewajarnya tidak berkawan dan berurusan dengan jin. Ini kerana jin sentiasa sedaya upaya terhadap manusia agar melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah.
Tapi masih ada manusia ingkar dengan larangan tersebut. Contohnya kejadian semalam. Wani, adik Iera histeria kerana ternampak 'benda' pelik yang dihantar seseorang untuk menjatuhkan bisnes tempat Wani bekerja. Persaingan itu sihat tapi jika persaingan itu menuju ke arah kemungkaran itu yang tak baiknya.

Kenapa Wani? Kerana Wani adalah Penyelia Nursery tu..orang penting dalam pentadhbiran nursery tersebut. 'Benda' tu dikirim untuk mengambil Wani dari situ dan datang kepada mereka. Memang teruk Wani kena semalam. Nasib baik bos Wani dan asben dia panggil orang surau. Itu pun jenuh jugak kerana 'benda' ni degil. Tapi Allah itu Lebih Berkuasa dari segalanya. Alhamdulillah, 'benda' tu berjaya jugak ditangkap. Tapi Wani still lagi trauma. Rupanya perubahan sikap Wani beberapa hari lepas yang asyik mengeluh letih bekerja bersebab.

Iera, mak, Ila dan asben Ila pi bawak Wani balik ke rumah. Kat rumah, sesekali Wani akan menangis kerana masih terbayang 'benda' tu. Wani takut dengan suasana gelap. Dan semalam jugak Iera dan mak tidur tak lena. Walau mata iera pejam tapi sebenarnya tidak tidur. Hati sentiasa membaca ayat-ayat suci. Cuba menepis bisikan-bisikan di telinga. Mungkin mainan perasaan tapi itulah yang terbaik. Pagi ni Iera dan mak kena jugak bekerja. Wani ditinggalkan kat Ila. Sebabnya Wani still lagi lemah.

Moga semuanya kembali pulih seperti biasa. Moga Wani sekuat dulu. Kerana kami masih ada impian bersama yang belum tertunai. Tanpa Wani impian itu tak mungkin terlaksana..

Thursday, October 14, 2010

220. Kawan

Posted by Iera at 12:52 PM 0 comments


Ada ke sorang member ni pi duduk di atas rak almari besi kat ofis. Almari tu macam almari kat atas tu. Time tu dia tengah cakap kat phone. Melentur la rak tu. Dah tu ada kesan punggung dia pulak. Kalau badan tu ringan tak pe la jugak..ni lebih berat dari aku..Sudahnya pintu almari tu tak boleh nak tarik tutup. Gelabah kawan..Nasib baik boleh jugak bila dipaksa. Almari tu ada file-file dan catalog supplier.. Ni bos tak tengok lagi..Nanti sure dia bising..

Wednesday, October 13, 2010

219. Rutin Wajib

Posted by Iera at 12:53 PM 1 comments
Biasanya sebelum tidur, Aina akan baca Surah Al-Fatihah dan doa sebelum tidur. Kadang-kadang Aina akan suruh Iera ikut bacaan dia. Kononnya dia mengajar Iera membaca. Alhamdulillah, Aina dah boleh baca Surah Al-Fatihah dengan lancar. Tapi sekarang ni, lepas saja baca surah Al-Fatihah, Aina mintak Iera bercerita dengannya. Cerita Sang Arnab berlumba lari dengan Sang Kura-kura. Dan Iera pun bercerita kat Aina versi Iera.


Gambar dari Google..'

Pada suatu hari, Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura berlumba lari. Sang Arnab ni sombong. Kononnya dia sorang saja yang kuat berlumba lari. Sang Kura-kura pun bersetuju. Hari perlumbaan pun sampai..Banyak binatang-binatang lain menyaksikan permulaan tersebut. Bila perlumbaan bermula, Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura. Bila Sang Arnab sampai kat sebatang pokok yang rendang, Sang Arnab pun berhenti berehat di situ sebab dia tau Sang Kura-kura mesti lambat lagi nak sampai. Sang Arnab makan sebatang carrot dan kemudian dia tertidur kerana kenyang. Sang Kura-kura tetap terus berjalan. Bila sampai kat pokok tempat Sang Arnab berehat, Sang Kura-kura tengok Sang Arnab sedang tidur. Sang Kura-kura pun berjalan pelan-pelan sebab takut Sang Arnab terjaga. Akhirnya Sang Kura-kura pun sampai ke garis penamat. Sang Arnab terkejut jaga dan berlari sekuat hati. Tapi malangnya Sang Kura-kura dah menang. Sang Arnab kalah. Itulah akibat kalau bercakap sombong dan berlagak. Jadi, kita tak boleh bercakap sombong dengan orang sebab nanti kita jadi macam Sang Arnab tu..'

Ni lah cerita yang tiap-tiap malam Iera cerita kat Aina sebelum tidur. Dan Insyallah, Iera akan cerita lagi cerita-cerita lain kat Aina.

Tuesday, October 12, 2010

218. Tak Sihat

Posted by Iera at 3:02 PM 0 comments
Iera diserang demam dan batuk. Dah seminggu masih macam ni. Dah pun telan ubat. Suara pun dah garau. Kelmarin Iera makan sup ayam. Untuk pastikan tak terkena chicken pox. Itu petua yang selalu Iera buat. Sebabnya baru beberapa hari lepas adik Iera yang no 4 tu terkena chicken pox dan kebetulan dia datang rumah ambik daun bambu. Aina pun Iera bagi makan sup ayam jugak..Kalau betul terkena chicken pox, bintik-bintik merah tu akan terus keluar.

Alhamdulillah..Iera terselamat..Aina pun..Tapi tu lah..still batuk-batuk dan suara dah semacam je..Nak angkat phone pun malas. Bila dah macam ni, semuanya rasa serba tak kena...Harap-harap cepat la sembuh..

Monday, October 11, 2010

217. Oh Anakku..

Posted by Iera at 12:51 PM 3 comments

Pagi tadi, sewaktu Iera tengah bersiap di depan cermin, Aina tiba-tiba bersuara.

Aina : Mama..mama..mama nak abah baru tak?
Iera : Abah baru? Nak buat apa?
Aina : Mama nak tak?
Iera : Nak..pasal apa? (Saja mengusik)
Aina : Nanti Na tolong carik..Na pun nak abah baru jugak..
Iera : Tu abah Na ada..
Aina : Na tak maulah abah tu dah..Mama mau tak?
Iera : Na nak carik kat mana?
Aina : Ada la..Mau ka dak ni? ( Paksa )
Iera : Yalah-yalah..( Menggeleng kepala )

Aina..Aina..Dia ingat cari abah baru tu macam beli permainan dia kot. Bila jemu yang lama beli yang baru...hehe..Apa pun, dialah penawar..dialah segalanya..Luv u, anak mama..

216. Kerja

Posted by Iera at 12:38 PM 2 comments

Ada announcement dari Country Manager yang akan ada perubahan baru. Disebabkan sales yang menjulang naik mendadak, management merasakan sudah sampai masanya untuk company ada sebuah bangunan sendiri. Sekarang ni, management tengah cari new place. Kiranya nak pindah. Kalau sekarang company Iera terbahagi 2..ofis kat Penang dan warehouse kat Bagan Dalam. Iera stay kat warehouse. Management nak cari place yang tempatkan semua orang dalam satu building. Tak tahu lagi kat area Penang Island atau kat sebelah sini. 99.9% lebih berpihak sebelah sini kerana kos dan tapak kawasan yang lebih murah dan strategic. Tapi bos Iera cadangkan kalau sebelah sini pilih area Seberang Jaya sebabnya kawasan tu lebih strategic sebab depa cari bangunan yang tak besar sangat. Cukup sekadar untuk tempatkan warehouse dan ofis. Lagipun company Iera ni trading.

Kalau kena travel dari sini ke Penang Island or dari Penang Island ke sini, management akan bagi elaun standardized. Tak kira motorsikal ke kereta. Dan yang paling penting, berada di sebuah bangunan sebagai satu family supaya hubungan lebih close. Management dah memberi jaminan takkan ada sorang staff pun akan dipecat. Kerana itu feedback dari staff diperlukan. Dan Iera dah bersedia untuk menerima perubahan itu. Kalau terpaksa travel ke Penang Island, Iera terima. Memang Iera nampak ada beberapa orang yang tak puas hati dan ada yang dah di explain berkali-kali pun still tak faham. Entahlah labu..bagi Iera kat mana pun management pergi selagi depa tak pecat Iera, Iera akan ikut. At least, perubahan ni buat kita lebih improve. Sebabnya dah tak boleh berfb time keje..kena lebih concentrate kat keje…Iera pun dah berbincang dengan mak hal ni sebab Iera rasa tempias perubahan tu nanti akan terkena kat mak dan Aina jugak. Mungkin Iera terpaksa bekerja lebih masa..dan sekarang ni Iera dah mula belajar lebih dalam lagi hal keje. Nasib baik ada website company, ada intranet company..kat situ Iera boleh study pasal keje lebih lagi.

Sekarang ni, bos Iera kena plan untuk lab Iera keje nanti, tengah list equipment yang nak kena tambah dan beli. Untuk jadi main office, kena ada bilik engineering sendiri. Sebab sekarang ni main office company Iera adalah Singapore. So, pihak management nakkan main office sendiri dan perlu bersaing dengan branch Singapore untuk dapatkan semua tu.

Dan yang paling menggembirakan bila Country Manager mengatakan yang bonus ada tahun ni. Anggaplah umpama bonus dah di atas meja cuma sekarang ni dia tengah usahakan untuk kenaikan gaji yang lebih memuaskan lagi. Alhamdulillah..inilah hasil dari penat lelah selama ni..

Friday, October 8, 2010

215. Aku

Posted by Iera at 12:21 PM 1 comments

Ni pasal kes ex..Bila aku letak je status kat FB ada 'relationship' dengan ex, ada beberapa orang kawan aku menyerbu 'like' and cakap suka..Tapi sebenarnya tu bukan hakikatnya. FB ex tu memang dia yang punya. Relationship bagi aku bermaksud aku dan dia memang ada hubungan kerana Aina tapi depa dah salah faham..So, kena change balik la jadi macam sedia ada.

Aweks ex yang aku cakap hari tu rupanya clerk kat ofis dia sekarang ni. So, surprised! Thats mean, dia memang nakkan ex. Dan ex try to explain kat aku tapi pada aku tu hal dia. Dan dia still cuba untuk jaga hati aku. So funny..Dia ingat aku jeles kan dia padahal dalam otak aku ni aku cuma fikirkan Aina. Aku tak nak satu pun hak Aina kurang.

Dan kerana ni aku hampir nak penampar mulut si member aku tu. Kebetulan member aku tu kenal si aweks ex ni.

Member : Oh, budak tu..dia memang anak orang kaya..baik sangat..
Aku : So?
Member : Padan la ex kawan dengan dia, bertuah sangat..
Aku : Cuma tersenyum..
Member : Bertuah ye ex..dapat kawan dengan dia..saya memang kenal dia..dia anak orang kaya..baik..Memang padan pun..
Aku : So, apa maksud hang bagitau aku ni?
Member : Sebab saya kenal dia..
Aku : (Muka aku dah merah )Yang hang dok ulang benda yang sama ni pasal apa? Apa tujuan hang? Hang nak cakap yang memang padan pun aku dah berpisah dengan ex ka? Memang layak pun ex tinggal aku. Hang lupa ka yang hang bagitau ni sapa?
Member : Tak la macam tu..
Aku : Abis tu..Lain kali cakap tu tengok dulu..memang aku dah tak ada apa-apa dengan dia tapi aku pernah hidup dengan dia..Dan kalau perempuan tu anak orang kaya sekali pun ada sangkut dengan aku?
Member : Terdiam..

Memang aku hangin giler hari tu. Kadang-kadang orang luar yang lebih over dari aku. Aku bukan jeles sebab aweks ex tu anak orang kaya ke apa ke..tapi aku tak faham tujuan member aku tu cakap kat aku. Atau dia sengaja nak sakitkan hati aku dengan mengatakan selayaknya ada dalam hidup ex memang perempuan tu. Wah!

Apa saja yang aweks ex tulis kat FB tu, apa saja yang ex tulis pun..itu hak depa. Walau ex pernah cakap yang kat FB tu sapa pun boleh tulis apa saja tapi aku tak nak dengar semua tu. Aku tak mau dengar apa pun explained dari dia. Dan dia pun tak perlu nak masuk campur apa saja yang aku tulis kat FB aku or dengan sapa pun aku nak berchatting ke..apa ke..

Hidup aku dah tertulis..Aku senang dengan perjalanan sekarang. At least, aku pernah bercinta bagai nak rak, pernah berkahwin dengan lelaki yang aku cinta, pernah ada hidup bahagia dan dikurniakan Aina yang bijak WALAUPUN tak kekal selamanya..sekurang-kurangnya aku dah buktikan pada dunia bahawa CINTA yang pernah kami agungkan tu tulus suci dan dipatri dengan ikatan murni. Lebih baik dari hubungan yang tak nampak arah dan terbiar dalam tanda tanya kan..

Dan ex pun still nak harapkan aku dalam segala hal..Nak apply keje gvrmnt..aku yang apply..nak check saman..aku yang tolong check kan..nak tanya itu..nak tanya ini..nak buat itu..nak buat ini..bla..bla..AKU YANG TOLONG DARI BERCINTA SAMPAI SEKARANG! Bukan nak ungkit tapi mana-mana perempuan yang nak bercinta dengan dia tu patut bersyukur sebab ex tak menyusahkan depa..Sebab dia hanya menyusahkan aku yang tak berguna ni..Memang aku ikhlas..Sebab aku tahu kalau bukan aku sapa yang dia nak harapkan. Ada ke pernah awek lama dia tu tolong dia cari keje? Tolong apply keje gvrmnt? Kalau bukan aku, ntah apa-apa hidup ex sekarang ni..So, ingat! Jangan nak hentam aku dan megah kerana DAPAT MEMILIKI EX..

Friday, September 24, 2010

214. Update Raya

Posted by Iera at 1:23 PM 1 comments
2 hari sebelum raya dah dimaklumkan, akan diadakan perjumpaan semua ahli keluarga Hj Mahmud yang dianjurkan oleh Tok Su aku, Hj Othman kat Sungai Lalang, Sungai Petani. Pagi tu, semua family mak aku berhimpun di rumah tok wan aku..Sebab Pak Lang aku nak adakan sesi bergambar.


Ni family Pak Ngah aku ( adik ke 2 mak aku )


Family mak uda ( adik bongsu mak aku..)


Ni family aku..tapi ada beberapa orang lagi adik aku tak ada. Depa tak mau ikut.


Family mak cik. ( adik ke 8 mak aku )


Family Mak Nda ( adik ke5 mak aku )




Ramai-ramai..


Nilah pewaris Hj Mahmud..

Aku dan Wani naik kereta dengan adik aku, Ila. Kami sampai sana lebih kurang 12.30 tengahari. Disebabkan penganjur ( Tok Su ) aku tak sempat nak siapkan makanan, so, kami kenalah tolong. Bila masa kian berinjak, ramailah ahli keluarga yang mula datang. Betul kata orang, bila dah berjumpa macam ni barulah kenal sedara mara. Yang jauh dekat semuanya berhimpun. Tapi tu la..adik aku tak ambik gambar family-family yang lain. Aku dah mintak kat mak cik aku tapi tak bagi lagi. Mybe dia sibuk.


Mak aku.


Aku dan Aina


Wani..



Balik dari situ dah pukul 3 ptg. Kemudian singgah di rumah Pak Lang aku kat Tasek Gelugor ( sorry Pak Lang, tak upload gambar family Pak Lang ). Memang best konvoi ramai-ramai ni. Lepas tu Tok Wan ajak singgah rumah anak sedara dia pulak. Tapi aku tak ikut sebab Ila dan asben dia nak balik. Depa nak ke rumah Mak Sedara asben dia pulak.

213. Raya Pertama

Posted by Iera at 1:15 PM 0 comments
Setiap tahun, memang rugi sangat aku rasa sebab aku tak dapat bersembahyang raya..Biasalah kan orang perempuan ni..Bila mak ke surau, akulah kena siapkan semua..Tengok balang kuih yang bersusun, macam tak percaya. Yang aku beli, yang Wani beli..yang mak beli dan yang aku buat lagi..itu pun aku tak sempat buat Semperit dan Biskut Denmark..Kalau tak, penuh je almari tu..

Ex datang beraya kat rumah..Bila aku hidangkan kek birthday Wani yang jatuh hari ni, dia soal aku balik :

'Abang tak makan kek aising la..dah lupa ka?'

Aku tersengih..memang aku lupa sungguh..yang dia memang tak makan kek aising..hehe..

Lepas sembahyang Jumaat, aku, Wani dan Aina ikut adik aku, Ila dan asben dia ke rumah tok dan tok wan aku kat Mengkuang. Kalau depa tak mai, kenalah naik motor..ni boleh la jugak melaram sikit dengan kasut tinggi..hehe...Singgah sekejap rumah mak ngah aku..lepas tu balik rumah..kat rumah tok aku cuma ada tok dan tok wan aku saja. Yang lain keluar beraya sebab esoknya ada planning lain..

Malam, kawan-kawan adik lelaki aku datang...hampir 20 orang..hidang apa saja mesti clear punya..macam ni memang seronok nak jamu makan..Sup tulang yang mak aku buat..cuci bersih depa sapu..senang hati..tak payah nak fikir untuk panaskan esok lagi..

Gambar raya..huhu..tak ada sebabnya tak ada HP canggih..

212. Update Raya

Posted by Iera at 12:39 PM 0 comments
8hb : Aku terpaksa cuti sebelum raya sebab bertolak ansur dengan sorang member tu yang tiap-tiap tahun memang dah book cuti selepas raya..Sehari ni aku mengemas rumah..letihnya bukan kepalang..walaupun hanya cuci tingkap dan kemas dapur yang baru siap renovate..Settle je semua keje, sempat jugak aku lelapkan mata..Rest sekejap sebab aku kena pi ambik Wani dari Taska pukul 6 ptg.

Bengang jugak kat tailor Butik bila aku singgah nak ambik baju Wani sebelum ke Taska, baju tak siap lagi..bukan tak siap, belum bergunting lagi..janji 7hb tapi ni dah 8hb..Sabar ajelah..

Lepas bukak puasa ( sebenarnya dah raya dulu..hehe..) ke Jusco Sunway Carnival..mencari kasut idaman Wani tapi tak ada..Berpatah balik ke Jusco. Masuk ke Vinci yang tengah offer..Wani beli sepasang kasut..Walaupun kasut yang di idam size kakinya dah tak ada..Aku dalam tak plan beli pun terkantoi jugak..tapi bukan kat Vinci..kat Viss sebabnya aku tak mau ada sorang member cakap aku meniru dia pakai Vinci..Lagipun, aku memang pelanggan setia Viss..

Semuanya settle..dan malam ni aku siapkan Almond London..cuma salutkan coklat..Dari pukul 10 malam sampai pukul 3 pagi aku buat..sorang-sorang pulak tu..Itu pun nasib baik, aku dah rasa seram..bulu roma pun meremang semacam je..terus aku kemas dan masuk tidur..Tapi puas hati, sebabnya dapat siapkan semua..

9hb :Pagi-pagi dah bangun..lepas je kemas rumah terus ke saloon rambut..Wani dan Aina nak cuci rambut..Tapi tu la Aina, bila ajak gunting rambut tak mau pulak..balik mak aku bising kat aku..kononnya aku tak mau guntingkan rambut Aina..padahal Aina yang tak mau..





Sempat lagi berposing..

Lepas je balik dari saloon tu, terus ke Butik baju tapi baju tak siap lagi..suruh datang pukul 7 pulak..Pukul 7 kami ke sana lagi tapi terpaksa tunggu 10min..sebab kat bahagian leher belum berjahit..Sabar ajelah..Finaly, siap jugak baju tu..Dah sebulan hantar tau..

Terus runner ke rumah ex-mak mentua aku ambik ketupat..Mak aku order ketupat kat dia tiap-tiap tahun sebab mak aku tak sempat buat..keje..Aku, jangan harap la..terus terang cakap aku memang tak reti bab ketupat ni..Alhamdulillah..rezeki Aina..Tahun ni ex-mak mentua aku bagi duit untuk beli baju raya Aina..walaupun aku dah beli tapi untuk tambahkan lagi..Lepas raya lah jawabnya..

Wednesday, September 22, 2010

211. Memang Angin

Posted by Iera at 1:14 PM 2 comments

Dah beberapa hari ex langsung tak call Aina. Yang Aina pulak setiap saat asyik sebut nama abah dia. Kejap-kejap nak call. Sampaikan Iera mula naik fed up. Apa taknya, dah la abah dia change no tel..bila Iera mintak kat adik dia, logic ke adik dia cakap pun tak tahu. Kalau tak mau kasi tak apalah..Dan Aina pulak asyik teringatkan abah dia yang tengah kemaruk cinta baru. Inilah yang Iera takutkan. Ex akan abaikan tanggungjawab dia kat Aina kalau dah asyik dengan awek dia. Still same macam yang dia buat masa dengan awek lama dia tu. Bukan saja Aina malah kerjayanya jugak.

Ada satu tahap itu Iera terasa ingin pergi dari sini dan bina hidup tanpa wujudnya ex sebagai abah Aina. Ada satu tahap itu, Iera rasa ingin berkahwin dengan sesiapa saja yang nakkan Iera asalkan Iera dapat lari dari kenangan lalu. Tapi itu semua tindakan bodoh. Yang hanya akan memerangkap diri Iera balik. Sebenarnya Iera tak ingin semua ini dalam hidup Iera sebab Iera still ada mak dan family Iera. Iera selesa hidup macam ni..buat apa Iera nak susahkan diri dengan semua itu.

‘ANAK DIA ( EX ), ANAK SY JUGAK.’

NI STATEMENT MENEMPAH MAUT. Itu yang Iera dapat tau dari seseorang. Kata-kata yang awek baru ex cakap semalam. Memang Iera tidur tak lena. IERA SANGGUP MATI kalau nak iktiraf mana-mana perempuan jadi mak kedua Aina ka..mak ketiga Aina ka..THE ONLY IS ME. Kerana desakan semua ni, Iera terpanggil untuk menulis novel. Suatu hari nanti bila novel Iera dah siap, biar seluruh dunia tahu kenapa Iera terlalu marah bila ada perempuan lain nak ambik atau nak duduk sama rata dengan Iera sebagai mama Aina. Kenapa Iera tak pernah menerima kehadiran mereka-mereka itu dan kenapa Iera SANGGUP biarkan orang-orang beranggapan yang Iera still sukakan ex. Semuanya bersebab. Mungkin novel tu akan ambik masa sikit sebab ianya memerlukan kekuatan dan ketabahan hati sewaktu menulis. Ianya cerita benar..cerita dari mula-mula Iera bercinta sehingga adanya hari ini. Tapi Iera akan siapkan secepat mungkin. Biar semua orang tahu bahawa dalam hidup ni tak ada seorang manusia pun yang perfect.

Iera yang bina hidup ex dari zero hingga ada segalanya..menjadi tulang belakang walau ribut dan panas membahang..tiba-tiba ada perempuan lain merampas kedudukan Iera disisi ex sehingga ex jatuh tersembam..Kemudian Iera bangkitkan semula hidup ex yang terumbang ambing demi Aina..bila ex dah berada di atas sekarang..dah senang, perempuan lain pulak cuba merampas hak Aina. Dan ex pulak lupa yang dia ada segalanya sekarang kerana pertolongan Iera. Dan Iera tolong dia dulu kerana Aina. Untuk kesempurnaan hidup Aina. Tapi bila hidup dia akan dijatuhkan semula, Iera terpaksa bersuara.

*Sorry kepada semua sebab terpaksa baca hal remeh temeh ni tapi itulah yang sedang terjadi dalam hidup Iera.

Monday, September 20, 2010

210. Karenah Aina

Posted by Iera at 12:52 PM 0 comments
Anak dara Iera dah besar. Dah mula bijak. Dan selalu menganggu emosi Iera dengan kata-kata yang keluar dari mulut dia. Orang kata budak-budak kan..Tapi Iera ni memang cepat tersentuh.

Situasi 1

Aina : Mama..dulu kan mama kawin dengan abah kan..
Iera : Taklah..( saja menguji )
Aina : Na tau la..dulu-dulu tu mama kawin dengan abah..Mama bubuh cincin kat abah..
Iera : Mana Aina tau..
Aina : Aina tengok gambar mama tu..Yang mama simpan dalam almari tu..Mama nak kawin dengan abah Na dak?
Iera : Tak maulah..
Aina : Mama kawinlah..Nanti abah boleh bawak Na dan mama jalan-jalan macam hari tu..
Iera : Tak mau jugak
Aina : Kawin jugak ( nak nangis )
Iera : Yelah..yelah..

Situasi 2

Aina : Na nak telefon abah lah
Iera : Tak payah..abah keje. Kredit mama tak ada ( berbohong )
Aina : Nak telefon jugak..Nak suruh abah mai sini
Iera : Kan kelmarin abah dah mai..
Aina : Nak suruh mai hari-hari..Nak duduk dengan abah macam kawan Na tu
Iera : Abah kejelah..( tahan sebak )
Aina : Abah ni keje..keje..

Situasi 3

Aina : Mama, abah keje dak?
Iera : Ahad mana keje. Abah keluar dengan marka dia.
Aina : Dak la..Abah sayang Na dan mama saja. Abah mana ada marka..
Iera : Aina tengok kan dalam HP Abah gambar marka Abah
Aina : Dak la..Abah sayang Na..
Iera : Tak percaya tanya Tok
Aina : Na bagitau Abah baru tau
Iera : Bagitaulah..
Aina : Aina bagitau mama nak kawin denga Abah
Iera : Ish budak ni..Mama tak cakap pun
Aina : Na nak cakap..biaq mama, abah kawin..Pastu Na boelh duduk dengan mama dan Abah..

Tuesday, September 7, 2010

208. Selamat Hari Raya

Posted by Iera at 12:31 PM 0 comments


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua..

Thursday, September 2, 2010

207. Perang Raya

Posted by Iera at 9:17 AM 0 comments

Tiap kali raya mesti 'perang' kecil akan meletus. Semuanya kerana nak balik kampung ikut pilihan hati. Aku pun berperang jugak tapi bukan sebab nak balik kampung. Kerana duit baju raya Aina. Tiap-tiap tahun memang macam ni. Setiap tahun, baju raya Aina dan duit zakat memang dia yang keluarkan..Aku cuma top up kan kalau tak cukup..Sebelum puasa, ex dah janji nak bagi banyak ini...tapi bila dah tiba masa untuk shopping, mulalah dia tukar pulak. Kalau tambah tak apalah jugak, ni dia kurangkan..Mau tak angin aku..

Bulan puasa ni, ex buat 3 keje. Balik dari keje warehouse, buat part time malam kat pasar ramadhan. Sabtu dan Ahad pulak buat rumah kawan dia..tu tak termasuk rumah aku..Tak luak pun kalau bagi kat Aina duit dia tu..tapi ni tak..asyik lebihkan perempuan tu..tau sangatlah..tiap-tiap kali raya mesti pi Melaka rumah perempuan tu..berhari-hari pulak..sebab tu dia save..reduce itu..reduce ini..Bukannya aku jeles ke apa..kalau dah sampai kacau kepentingan dan keselesaan Aina..aku memang takkan berdiam..memang mulut aku terus celupar..

Pandai pulak tanya aku..tak simpan duit untuk Aina ke..bila aku cakap tak ada langsung, dia macam confius ( sebab dia tau aku ni memang pakar sorok duit ). Mak aku pulak suruh aku bersyukur..itu pun dia bagi jugak..Aku ni bukan apa..cukup pantang orang janji tak betul..dah tu rasa tertipu sebabnya dia dah berjanji..last2 dia buat macam ni pulak..Anak pun bukannya ramai..sorang saja..raya pun setahun sekali..apa salahnya bagi lebih sikit untuk Aina..bulan-bulan lain aku tak mintak pun..

Itulah bila aku cakap lebih-lebih mulalah nak marah kat aku tapi dah betul..Kalau dah ada awek ni, mesti akan lebihkan awek dari anak sendiri tambah-tambah pulak dapat awek macam perempuan tu..semuanya nak kawal kat dia..ada hari tu sekali dah kawal ex dari dekat dengan Aina..nasib baik aku guna kuasa veto yang aku ada jauhkan Aina dari ex..bukan nak memisahkan ex dari Aina, cuma nak ajar sikit..tau lepas tu tak berani dah buat macam tu kat Aina..

Yang perempuan tu pun, dah tau bercinta dengan duda ada anak..kenalah terima..yang dia tu patut berkongsi segalanya dengan Aina..Itu belum kahwin..dah kahwin nanti..lagi teruklah kot..Aku pun dah tak nak ex tu..aku cuma jaga kepentingan dan hak Aina saja..yang lain tu peduli apa aku..

206. Masih Lemah

Posted by Iera at 9:13 AM 0 comments
Aku diserang demam dan selsema Sabtu lepas. Pantang aku bila nak demam ialah minum milo ais. Malam tu aku dah rasa nak selsema tapi bila tengok milo ais nampak sedap pulak..sudahnya bila tengah malam mulalah tak boleh tidur sebab selsema..Sabtu tu aku hanya berbaring..bangun.berbaring..puasa tetap puasa..sayang pulak nak tinggal sebab belum miss lagi walau sehari..planning kuih raya tak menjadilah..Ahad pun still macam tu jugak…

Isnin terpaksa datang keje sebab officemate sorang lagi cuti.. badan yang masih lemah terpaksa gagahkan jugak..aku asyik tengok jam je..memang rasa tak larat sangat..Aina pulak demam malam tu. Nasib baik sikit saja..yang paling kesian bila dia selsema..tersumbat hidung dia bila tidur..ubat memang makan ikut time..sebabnya Aina ni pantang tengok ubat..nasib baik esoknya dia dah cergas macam biasa..

Aina dok pujuk aku buat kuih raya..pantang tengok aku free..tapi aku rasa badan lemah lagi..Insyaallah..Malam ni pasti aku akan penuhi permintaan Aina tu..

205. Aleya

Posted by Iera at 9:09 AM 0 comments
Jumaat lepas, sempena cuti Nuzul Quran, aku dan Yus planning nak melawat Aleya. Pada mulanya pagi tu, hujan lebat. Disebabkan kami nak ke sana dengan motorsikal, terpaksa la tunggu hujan reda. Alhamdulillah, dapat jugak melawat Aleya di Hospital Penang setelah meredah panas membahang dan jem yang disebabkan accident..Dan bukan senang nak melepasi guard kerana waktu tu baru 3.30ptg..waktu melawat pukul 5 ptg.

Menatap Aleya yang sedang terlantar…dipenuhi wayar sana sini..memang sebak sangat. Tambah pulak bila dia menarik nafas..ternampak mata putihnya saja…Kata kawan aku, Yati ( mama Aleya ), Aleya langsung tak mau berenggang dengan dia. Kalau nak bergerak ke mana-mana, kena tunggu Aleya tidur dulu. Dan yang paling meresahkan, bila dia tengok dua orang budak dah meninggal dalam ICU tu..di depan matanya.. Insyaallah..semuanya bukan seperti yang dibimbangkan…

Geram jugak bila Yati bagitau yang beberapa orang officemate ganggu masa dia kat wad..suruh dia fikir pasal keje kat ofis sama..Yati sound la depa balik..Ada ke patut anak sedang terlantar tenat disuruh fikir pasal keje dan cuti. Anak adalah nyawa..apa-apa perkara yang terjadi biarlah kat depan mata..dari menyesal tak sudah..Rezeki tu kat mana-mana..bumi Tuhan luas terbentang…

Aku keluar sekejap, bagi ruang kat Yus pulak. Faham sangat perasaan Yati sebab aku pun pernah rasa masa Aina dalam ICU dulu..hilang arah..hanya menangis sampaikan aku hamper terkancing gigi. Masa tu aku dalam pantang..nasib baik tak jadi apa-apa..

Bila Yus keluar, kami berborak kat tempat menunggu sementara menanti pukul 5. Borak-borak kosong. Kemudian kami bergilir-gilir masuk semula tengok Aleya. Masa nak balik tu lah saat paling sedih..hanya semangat dan doa yang mampu kami iringkan untuk Yati dan Aleya. Dengan harapan Aleya kembali sembuh..



Dan ini gambar terbaru Aleya. Aleya dah sedikit sihat. Dah ditukar ke wad biasa. Alhamdulillah..andaian yang mengatakan mungkin Aleya ada cancer paru-paru cuma satu ramalan. Sebenarnya Aleya hanya penat. Kini Aleya dah boleh makan dan minum seperti dulu walaupun sedikit. Dengan semangat dan kekuatan serta kasihh sayang mama dan papa serta doa dari semua..Aleya pasti sembuh..Moga Aleya dapat beraya bersama mama, papa dan Faris…

Monday, August 30, 2010

204. Fever & Flu

Posted by Iera at 3:59 PM 1 comments

Aku diserang demam dan selsema. Dah tiga hari still macam ni. Tapi tetap berpuasa. Cuma lebih banyak berbaring. Hari ni kena jugak datang ofiss sebab officemate sorang lagi tu on leave. Terpaksa jugak buat keje yang bertimbun. Bila dah sihat nanti aku akan update pasal Aleya dan ziarah blog kawan-kawan semua..

Wednesday, August 25, 2010

203 . Cuti

Posted by Iera at 1:10 PM 3 comments
Esok aku cuti sehingga Ahad. Esok saja aku apply cuti. Nak beli barang-barang untuk kuih raya. Jumaat cuti Nuzul Quran. Sabtu dan Ahad dah memang cuti.

Insyaallah, 4 hari ni kena concentrate buat kuih raya..Banyak tau kena buat..Untuk rumah dan adik aku. Bukan sejenis tapi 4 jenis..Almond London, Tart Nanas Gulung, Biskut Denmark dan Semperit. Dah tu semuanya dalam quantity yang banyak. Terutama Tart Nanas Gulung..favourite mak aku..Kalau mak aku free, dia tolong lah..kalau tak, akulah sorang-sorang buat semua tu..

202. 2 Hero Yang Akan Resign

Posted by Iera at 12:56 PM 0 comments
Dua orang staff kat company aku akan resign hujung bulan ni. Memang mengejutkan bila Country Manager send out email. Dah la hero yang tak kawin lagi ada dua orang ni saja pun..hehe..


Ni Jeff. Senior BIM Engineering. Handsome guy. Adik aku, Wani admirer kat dia.


Yang ni pulak Boon Kai, Application Engineering. Kira dia satu department dengan aku. Apa-apa pasal technical memang refer kat dia. Aku pun banyak belajar dari dia dan selalu share apa-apa yang member ofis aku buat aku sakit hati.

Depa dapat offer lebih baik dari company lain. Yelah, bila selalu pi customer site..keje ok..attitude ok..dapat la offer yang ok.. Aku? Still setia kat sini..Banyak yang kena belajar lagi..

201. Dugaan

Posted by Iera at 11:07 AM 0 comments


DIA menguji lagi..walau bukan untuk aku tetapi tetap terasa bahangnya. Apa pun, terima semua ini dengan redha. Yakinkan diri bahawa setiap dari kita yang bernafas di bumi ini punya ujian tersendiri. DIA menguji supaya kita sentiasa ingat kepadaNya..Ampunkan hamba-hambaMu yang kadang-kadang terleka ini, Ya Allah..

Tuesday, August 24, 2010

200. Update

Posted by Iera at 1:09 PM 1 comments
Sejak 2, 3 hari ni aku agak bz sikit. Keje yang bertambah-tambah, dengan customer visit lagi..study untuk Audit next month dan persiapan Syawal..

Alhamdulillah..dengan rezeki yang Tuhan bagi dapat jugak aku gantikan bumbung dapur rumah aku yang dah berkarat tu dengan yang baru. Rumah kampung macam nilah.. 3,4 tahun sekali kena tukar tu kena tukar ni...Dan orang yang menukar tu adalah ex dan sorang kawan dia. Mak aku saja je panggil dia. Yelah, dari bagi upah kat orang lain lebih baik bagi kat dia. Lagipun duit upah tu untuk anak dia jugak. Anak dia tu, anak aku..hehe..Aku nampak la sikit perubahan ex sekarang. Dia dah mula pulun cari duit. Habis keje dia buat part time. Sabtu dan Ahad ambik upah buat rumah kawan dia pulak..

Bila dah ganti bumbung tu, kenalah mengemas balik. Penatnya. Nasib baik boleh tahan puasa. Dah tu mak aku sekarang tengah excited mengemas pinggan mangkuk dia tu. Pindah ke almari kaca idaman dia tu..Dan dia tengah buat hiasan untuk balang kuih-kuih raya. Siap ambik upah lagi. Ditambah dengan adik-adik aku yang order sama.

Aku ada Audit 3hb Sept ni. So, sekarang aku tengah study. Walaupun semuanya berkaitan dengan keje setiap hari aku buat, tapi Internal Audit ni bahaya sikit sebabnya yang Audit tu dari staff company aku jugak. Lagi senang la depa nak cari kesalahan. Tapi Insyaallah..aku yakin aku boleh lakukan yang terbaik.

Baju raya Aina dah beli. Cuma baju kurung moden dulu. Excited bukan main. Siap tayang-tayang kat sepupu-sepupu dia. Tapi tu lah...terlari tema sikit. Aku dan Wani warna lain tapi Aina purple colour..Bukan main suka lagi Aina...

Monday, August 23, 2010

199. Doa dan Harapan Untuk Aleya

Posted by Iera at 2:44 PM 5 comments


Ni Aleya. Anak bestfriend aku, Nurhayatie. Umurnya 6 tahun. Sekarang dia sedang terlantar di GH Penang kerana demam panas dan paru-parunya dijangkiti kuman. Mulanya dia dimasukkan ke Bagan Specialist kerana demam panas tapi disebabkan kesilapan dari pihak Bagan Specialist yang drig air banyak sangat, dia terpaksa dihantar ke GH Penang untuk keluarkan air tu. Memang kasihan sungguh. Aku tak berkesempatan lagi melawat Aleya. Dari Yus, aku dapat tau perkembangan terkini Aleya. Sekarang ni, Aleya dah ok sikit cuma tak dibenarkan menerima pelawat.

Memang sedih bila tengok Aleya dalam keadaan macam ni. Umpama melihat anak sendiri. Apa yang mampu hanyalah mengirimkan doa dan harapan agar Aleya sembuh dan kembali seperti sedia kala. Dan untuk Yatie, dia memerlukan sokongan..perlu mengumpul sejuta kesabaran dan kekuatan untuk berdepan semua ini. Moga dia terus tabah.

Friday, August 20, 2010

198. Macam Mana Boleh Lupa Pulak..

Posted by Iera at 9:14 AM 0 comments
Bila tengok kalendar tadi, baru teringat..Aku dah terlupa hari penting tu..12hb Ogos & 15hb Ogos adalah hari arwah bapak dan bapak tiri aku meninggal..12 tahun dah arwah bapak aku pergi menghadap Ilahi. Cepat masa berlalu..

Bapak aku meninggal masa tu aku masih Upper Six. Selepas setahun lebih dia sakit penat dan paru-paru rosak ( bapak aku kuat hisap rokok ). Arwah bapak aku memang rajin..kalau mak aku sakit ke demam ke, dialah yang tolong buat keje rumah. Kalau ada kenduri kendara, dia ringan tulang. Bab kira-kira ni, serah kat dia. Memang terer. Aku tak ralat dengan pemergiannya sebab aku dah penuhi permintaannya supaya bagi ruang kat adik-adik belajar memandangkan mak sorang je keje. Cuma arwah tak sempat melihat anak-anaknya jadi seperti sekarang. Walau tak seorang pun berjaya berada di tahap tertinggi tapi tetap jadi manusia yang sempurna. Tinggallah mak aku sorang sara kami 7 beradik..Tanpa bantuan sesiapa..tanpa meminta kat mana-mana..

Dan bapak tiri aku meninggal tahun lepas. Aku dah publish pasal arwah last year.

Moga mereka aman di sana. Al-Fatihah..

Wednesday, August 18, 2010

197. The Intruder Thai Film

Posted by Iera at 12:48 PM 3 comments


Semua family aku layan tengok cerita ni Sabtu lepas, kata mereka best. Aku memang teringin sangat nak tengo cerita ni tapi aku fobia dengan ular . Bila depa dok ulang tengok sangat, aku pun paksakan diri tengok. Tapi sampai je scene yang ada ular, mesti tutup muka dengan bantal. Tak pun, aku peluk Aina. Huh, ngeri..rasa semacam je tengok ular yang banyak tu..

Pada aku, cerita ni memang best. Kalau tak caya, tengoklah..tapi pastikan korang bukan fobia ular macam aku…( aku mula fobia masa pregnant kat Aina..) sebabnya malam tu aku tidur ditemani mimpi ular-ular tu..ngerinya hanya Tuhan yang tahu..nasib baik ular-ular tu tak sentuh aku..kalau tak, mau menjerit dibuatnya..Tapi tulah..mak aku cakap..kalau mimpi ular tu syaitan yang menjelma. Bukannya ada orang nak meminang pun. Ini pun mak aku dengar dari orang yang bijak pandai hal agama..

Tuesday, August 17, 2010

196. Kalah Orang Berpuasa

Posted by Iera at 1:32 PM 3 comments
Petang Ahad, sedang aku tengok cerita Toy's Story..Aina datang kat aku.

Aina : Mama..mama..Na lapaq nasi ayam la..
Aku : Petang sikit la..
Aina : Ok..

Aina keluar bermain semula. Tak sampai 5 minit dia datang lagi.

Aina : Mama..mama..Na lapaq laksa la..
Aku : Aik, tadi kata nak nasi ayam..ni laksa pulak..
Aina : Nak laksa 'Abg, laksa satu '..( Laksa tu kat Taman Ciku..Bila lalu je depan laksa tu, Aina selalu laung macam tu kat budak-budak jual laksa )
Aku : Oklah..tapi tak tau la abang tu bukak ka tak..
Aina : Na nak nasi ayam dan laksalah..
Aku : Amboi..Anak mama ni makan kalah orang posa..
Aina : Na pun posa jugak..
Aku : Tadi kan mama suap nasi kat Na..
Aina : Gelak besar..

Pastu Aina keluar semula.. Kemudian dia datang balik.

Aina : Mama..mama..Na lapaq KFC la..
Aku : Tadi nasi ayam..pastu laksa..ni KFC pulak..
Aina : Na lapaq semua la..
Aku : Ok..oklah..nanti mama beli..

*Teringat kat sorang officemate ni..tiap-tiap hari asyik merungut lapar itu..lapar ini..boleh katakan sepanjang hari puasa. Bukan saja puasa bulan Ramadhan..pendek kata, setiap kali puasa..

Tapi hari Ahad tu, aku tak sempat pun semua tu untuk Aina sebab mak aku dah masak kat rumah. Lagipun, adik dan adik ipar aku balik. Rumah riuh rendah dengan anak-anak sedara..

Pagi kelmarin, bila Aina mintak lagi laksa..aku penuhi keinginan dia tu. Sebungkus nasi ayam dan laksa. Mula-mula Aina makan laksa kemudian makan pulak nasi ayam..Kedua-duanya habis..Aina..Aina..tapi tak baik tegur bila anak tengah lalu makan..Itu pantang mak aku..

Memang Aina hantu laksa. Mau taknya, masa pregnant kat dia dulu, aku bedal laksa seminggu sekali.. Kadang-kadang aku campur kuah kacang dan tauhu..sedapnya tak terkira..tak caya, trylah..

*Susahkan bila guna HP tak ada camera..tak dapatlah nak ambik gambar..Agak-agak, fobia dah hilang ke belum ye..Dulu HP N70 aku dah kena rembat dek penyangak..bukan saja HP sekali dengan motorsikal aku..HP tu aku letak bawah seat motorsikal..

Friday, August 13, 2010

195. Kenangan Bulan Puasa

Posted by Iera at 2:10 PM 2 comments
Tak ingatlah bila aku start puasa. Yang aku ingat time puasa masa sekolah rendah dulu. Balik je dari sekolah, mesti mandi air telaga tok aku. Rumah tok aku depan je rumah aku. Telaga tu telaga lama yang diguna sebelum ada air paip. Time tu air masih banyak dan bersih. Sanggup cedok air tu. Memang nikmat bila kena air telaga yang sejuk tu..

Ni masa time sekolah rendah jugak. Aku suka mandi dengan air ais yang dalam botol. Curi-curi ambik dari peti ais lepas tu bawak masuk bilik air. Jirus kat badan. Tak pun ambik air batu letak dalam kolah air. Bila dah sejuk sikit, aku pun mandi.

Masuk sekolah menengah dah tak buat semua tu. Cuma curi-curi makan time uzur. Selalunya makan dalam bilik. Makan nasi lagi sebab masa tu ada adik-adik kecik, jadi mak kena masak jugaklah untuk adik-adik. Selalu juga kantoi time tengah bawak nasi tu. Tapi tak pernah la lagi terserempak dengan arwah bapak aku.

Kat tempat keje dulu, masa tu keje kilang..yang jadi mangsa kawan-kawan bangsa lain. Kadang-kadang suruh depa turun beli kat kantin. Tapi kalau ada geng, bawak bekal dari rumah. Time break je, berkumpul ramai-ramai dalam stor. Yang tak tahan tu bila bawak murtabak. Baunya tak usah dicakap. Semerbak. Dah la dalam aircond, bau dia semerbak ke luar.

Tapi yang paling best berpuasa masa pregnant kat Aina. Alhamdulillah..masa tu aku puasa full. Walau ada jugak beberapa orang yang larang aku sebab masa tu dah pregnant 7 bln..tapi aku tetap berpuasa jugak. Tanpa sebarang masalah...Cuma bila time makan tu, si Aina tendang-tendang perut. Bukan la nak siksa Aina tapi selagi tak mudarat aku tetap teruskan niat aku. Itulah Ramadhan paling indah aku rasakan..

Sekarang ni, walau tak boleh puasa..aku dah tak makan..Kat ofis ni, memang boleh makan tanpa sorok-sorok sebab staff kat warehouse ni cuma 8 orang je. Tapi aku segan la nak makan. Biarlah orang lain order nasi kandar, makan macam tak bulan puasa..aku tak mau menunjuk sangat..Kat rumah pun, aku tak makan cuma minum air je..

194. Aina..Aina..

Posted by Iera at 10:17 AM 0 comments

Masa tengah tunggu waktu berbuka, Aina yang tengah bermain kat dalam bilik datang kat aku. Dia duduk depan aku.

Aina : Mama..mai jari mama..
Aku : Nak buat apa?
Aina : Mai la..
Aku : Sua jari kat dia
Aina : Ni cincin kawin mama..nanti abah bubuh kat mama macam ni lah..( Aina sarung cincin silver aku..dia ambik dalam almari agaknya..)
Aina : Nanti Na suruh abah beli cincin lain..
Aku : Beli yang mahal-mahal tau..macam ni tak mau..( saja usik dia )
Aina : Mama nak kawin dengan abah tak?
Aku : Mmm..tak maulah..
Aina : Abah Na ada kereta..ada duit..
Aku : Tak mau jugak..mama pun ada duit..
Aina : Kawin jugak..( Nak nangis )
Mak aku : Mak dia ni pun..mengaku pi lah..
Aku : Yalah-yalah..
Aina : Nak kawin tak pa.. ( tersenyum puas )

193. Ujian

Posted by Iera at 10:00 AM 0 comments


Ya Allah Ya Tuhanku..
Seandainya ini ujian pertama untuk Ramadhan ini
Aku memohon kepadaMu
Kau jauhkanlah perasaan ini dariku
Kerana pada hari Kau tetapkan
Kosongnya hati dan perasaanku
Aku terima semuanya dengan redha..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Seperti mana hari-hari yang berlalu itu
Aku tetap mahu perasaan itu sama
Kerana pasrahnya aku menerima takdir itu
Telah ku berjanji Ya Allah..
Menghapuskan semuanya dari hatiku..

Ampunkan aku Ya Allah..

Thursday, August 12, 2010

192. Berbuka

Posted by Iera at 12:31 PM 3 comments

Berbuka kelmarin dalam sunyi dan sepi. Hanya mak, Aina dan aku saja. Adik beradik yang lain ada yang dah kawin, ada yang berbuka kat masjid dan ada yang tinggal hostel. Selalunya waktu berbuka ni lah paling riuh rendah dengan gelagat yang pelbagai. Mungkin hari minggu ni kot depa akan balik..

Aku cuma beli Nasi ayam untuk Aina dan Nasi Ayam Merah untuk mak. Aku hanya makan Fishball goreng bersalut tepung. Selalunya, mak akan masak walau penat balik dari keje tapi kali ni cuma beli. Nasib baiklah ada Aina. Mulutnya yang tak henti-henti bercakap tu lah penyeri suasana. Mungkin, macam ni jugalah yang dirasakan oleh ibu bapa yang anak-anaknya jauh. Sunyi.

Hari ni, suasana tu akan dilalui lagi..

Wednesday, August 11, 2010

191. Gambar Lama

Posted by Iera at 1:02 PM 0 comments
Tadi, masa tengah ada customer visit..aku sajalah korek email lama tahun 2008. Kononnya tengah buat keje la..Sekali terjumpa gambar lama ni.


Gambar ni masa aku dan beberapa orang officemate bawak sorang staff Singapore pi Padang Kota dan Night Market Batu Ferringhi.


Yang ni Penang Starwalk 2008. First time join. Tapi dapat jugak habiskan 10km dalam tempoh tak sampai 2 jam..


Celebrate Birthday boss aku..Yang baju biru tahun 2008 jugak. Kuruskan aku time tu...


Yang ni pulak time aku tengah maintain lagi...nampak kan perbezaan..time ni slim la sikit..Masa ni tumpang meja officemate ambik gambar kononnya tengah buat keje. Gambar ni HR yang nak. Tahun 2008 jugak. Ala rindunya nak maintain balik macam ni...
Sekarang ni macam-macam dah buat tapi still tak boleh nak balik macam dulu. Ataukah time tu masih dihurung rasa luka sampai aku kekal ayu dan mungkinkah sekarang dah terlampau bahagia hinggakan 'comel' macam ni...hehe..

Tuesday, August 10, 2010

190. Selamat Menyambut Ramadhan..

Posted by Iera at 3:33 PM 0 comments
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea