Followers

Tuesday, July 21, 2015

487. Rezeki Ramadhan Tahun Ni

Posted by Iera at 4:32 PM 0 comments
Gambaq sekadar hiasan. Ikutkan customer lebih suka coklat rice chocolate.

Alhamdulillah, tahun ni order Biskut Sarang Semut untuk bulan Ramadhan bertambah. Tanpa pembantu, aku siapkan lebih 40 balang. Syukur.. Rezeki Aina.

486. Hati

Posted by Iera at 4:22 PM 0 comments
 
Aku diuji dengan kesabaran hati. Diduga untuk bertahan. Keadaan makin lama makin berubah. Tegang. Tak ada lagi keindahan lalu. Hanya penuh rasa marah, rasa cemburu dan rasa ketidakpuasan hati. Inilah jadi bila perasaan dah menguasai diri. Dikawal oleh keegoan. Masing-masing tak mau mengalah.
 
Jalan semakin berliku. Penuh duri-duri tajam. Aku dah sedia mengalah. Bersedia untuk berundur. Rasa itu cuma palsu. Rasa itu cuma ada ketika masing-masing perlukan seorang kawan dan sahabat. Aku dah tak boleh nak tunggu untuk hubungan yang tak pasti ini. Sampai masa, aku sendiri akan berterus terang.
 
Kecewa? Tidak sama sekali malah aku sangat berterima kasih kerana aku belajar banyak perkara.. Aku mula menghargai sekeliling. Aku makin kuat untuk berdepan dengan semua yang berlaku. Aku pernah kehilangan seseorang yang aku cintai dulu.. aku pernah kehilangan seorang sahabat yang paling aku sayang.. Itu yang paling buat aku kecewa.
 
Betul kata seseorang.. Dia tidak layak untuk jadi apa pun dalam hidup aku kerana dia tidak pernah tahu erti menghargai. Aku berhak jalani hidup aku dengan bahagianya kerana aku ada Aina. Kini aku sedar, seseorang yang pernah aku hampakan dia suatu ketika dulu lebih memahami aku dan tahu apa itu persahabatan.
 
Apapun, semua dah terjadi.. Tak akan mati aku kerana tidak memiliki cinta..

485. Hari Raya 2015

Posted by Iera at 4:09 PM 0 comments

 
Cukup payah nak bergambaq..



 
Tahun ni tak apply cuti raya. Last puasa pun still bekerja. Hari raya keempat masuk ofis balik. Tak ada benda penting pun nak buat, tapi dah tak ke mana. Semua sedara mara rumah dekat-dekat je. 3 hari tu dah siap pusing.. Tak ada baju raya sebab tailor dah rosakkan baju. So, pakai je yang mana ada. Sebab tu warna baju sama. Sampai ramai yang tegur aku tak ada taste sebab uniform keje pun warna biru ni jugak..hehe. Ada kesah kan...

484. Tak Ada Rezeki

Posted by Iera at 4:00 PM 0 comments
Interview PT hari tu tak dapat. Memang rasa sikit frust. Tapi anggap benda ni tak ada rezeki. Apa yang penting, aku dah berusaha buat yang terbaik. Perancangan Allah ada sebabnya. Dan aku redha. Mm.. Aku redha kerana terpaksa meneruskan apa yang sedia ada.

Friday, July 3, 2015

483. Ujian

Posted by Iera at 12:46 AM 0 comments

Ya Allah.. aku tak kuat sebenarnya untuk menghadapi semua ini. Jika ujian sekecil ini pun aku tak boleh nak menghadapi dengan tenang apatah lagi ujian besar itu nanti.. Aku tak mempercayai sesiapa lagi untuk mengadu domba..hanya padaMu aku luah segala.. Hanya Engkau Maha Mengetahui..

Ya Allah..Kau perkenankan doa yang ku titipkan kerana aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini lagi. Jika itu jalan terbaik, aku redha meskipun penuh berliku dan keseorangan.. Aku redha.. Aku pasrah.. Amin...

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea