Followers

Wednesday, March 30, 2011

273. Ziarah Mak Mentua

Posted by Iera at 9:49 PM 0 comments
2,3 hari lepas, ex ada SMS bagitau dia bawak mak dia ke hospital kerana sakit kaki. Tapi tak la sampai kena tahan wad. Isnin malam dapat SMS dari adik ex yang mak dia kena masuk wad petang tu. Sakit kaki tu datang semula. Iera ada call mak ex tanyakan khabar dia. Doktor pun tak tau sakit apa..depa nak tahan dulu..

Petang tadi SMS ex, janji dengan dia nak ke Hospital Seberang Jaya lepas keje kalau dia tak kena hantar barang kat luar Penang. Balik keje terus ke sana. Ex tunggu Iera kat hospital. Masa sampai, mak dia tengah tidur. Ex suruh Iera kejutkan mak dia. Mak dia nampak kurus sikit. Mungkin sebab sakit kan.

Doktor dah scan kemarin. Result akan tau esok. Doktor nak operate tapi mak dia tak mau. Yelah, dah sakit apa pun tak tau lagi..takkan nak operate tak tentu pasal kan..Kalau result esok tak ada sakit apa, mak dia nak mintak balik. Try berubat cara kampung pulak..

Adik ex yang bongsu yang jaga mak dia kat hospital. Tapi masa Iera sampai, dia balik rumah kejap. Rehat. Kakak-kakak dia baru je balik. Kesian jugak kat adik dia yang sorang lagi. Baru bersalin. Mak dia tak sempat lagi pi tengok. Dah la baby first. Iera tanya ex jugak. Mana tau dia rasa nak pitam ke..Bukan apa, dia alah sikit dengan hospital ni..Tambah-tambah kalau tengok darah..( dia pernah pitam masa Iera masuk wad masa Iera keguguran dulu..hehe..)

Hampir sejam, ex ajak Iera balik sebab malam ni dia nak pi kenduri tahlil bapak kawan dia..Iera pun mintak diri kat mak dia. Balik, Iera follow dia dari belakang. Kami berpisah masa sampai kat area rumah dia.

Harap mak dia sembuh macam sediakala. Walaupun Iera dan ex dah berpisah, still sampai hari ni Iera panggil mak dia 'mak'. Lagipun, mak dia banyak tolong hal rumahtangga kami dulu..

272. Hasil Pertama_Aiskrim Coklat Biskut Oreo

Posted by Iera at 1:21 PM 5 comments


Pic ambik dari blog http://matahari71.blogspot.com/ ( sorry ye copy..tak sempat nak ambik gambar pagi tadi )

Saja tengok-tengok resepi kat Kongsi Resepi. Semuanya sedap-sedap belaka. Bila tengok resepi aiskrim ni dari Ana Abdullah ( tuan punya blog Matahari71 )..Iera pun rasa nak try buat. Asalnya nak buat Jumaat lepas tapi tak ada hal lain. So, kemarin nekad la..Tak tahan tengok aiskrim tu..

Balik keje singgah kedai runcit beli bahan-bahan ( sila tengok kat blog tuan empunya resepi ). Sampai je rumah, tak tukar baju terus la mula operasi. Aina duduk kat sebelah tengok je apa Mama dia buat. Lepas je siap blend semua bahan, Iera pun tuang ke dalam tupperware. Aina yang dari tadi tengok je tu, mintak nak rasa. Mybe dia pun tak tahan tengok susu Dutch Lady Chocolate tu..Iera cedok la satu sudu bagi dia rasa. Lepas tu dia mintak lagi tapi Iera cakap tak boleh sebab kena bekukan dulu. Dia kata sedap.

Malam, Wani, mak dan Aina dok tanya dah bila boleh makan aiskrim tu. Iera cakap belum lagi. Kena tunggu sampai betul-betul beku. Pukul 12 malam, Wani cakap dia tak boleh tunggu dah. Lagipun hari ni dia puasa ganti. Iera pun bawak keluarlah aiskrim tu dari peti ais. Apalagi, kami 3 beranak ( Iera, Wani dan mak ) pakat makan lah..Memang sedap..Mak puji resepi tu..Aina dah tidur time ni..

Pagi tadi, Iera bubuh aiskrim tu dalam tupperware air untuk Aina. Suruh tok mengasuh dia simpan dulu dalam peti ais. Lepas balik dari sekolah barulah bagi dia makan..Thanks untuk Kak Ana sebab sudi share resepi ni..Sabtu ni, plan nak buat lagi. Nak buat banyak-banyak sebab nak bagi kat anak-anak sedara...

*Tengah planning nak buat satu lagi resepi yang Iera copy dari Kongsi Resepi..dan tengah mengindam nak makan kek Coklat resepi yang kawan Iera, Yus bagi masa sekolah dulu..Sampai sekarang tiap-tiap tahun wajib buat kek Coklat tu untuk mak..Sebab mak kalau guna resepi tu, kek sedap..

Monday, March 28, 2011

271. Sabtu Yang Tersangat Bz..

Posted by Iera at 9:25 PM 0 comments
Planning dengan Yus nak pi Jusco beli baju preggy..Elok tengah bersiap, hujan turun dengan lebat. Ingatkan nak cancel dah. Tapi pi jugak rumah Yus masa hujan reda sikit..Ambik Yus kat rumah dia terus ke Jusco. Tu la, kalau bab nak meronggeng ni, hujan pun sanggup. Tapi tak la merempit laju-laju sebab tengah bawak orang pregnant kan. Time ni mulalah fikir itu..fikir ini..

Lama jugak pilih baju preggy..Yelah, kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan lawa..Brand Scarlet..Bila dah selesai bayar, pi makan McD. Kemudian barulah balik. Dari pukul 10.30 sampai pukul 1 petang. Masa makan tu, macam biasalah pot pet pot pet..Bukan mengata kat orang, sembang pasal pengalaman bersalin masing-masing..Tapi tu la, sayang member sorang lagi, Yati tak ada. Kalau tak, confirm gamat lagi..

Singgah sat kat rumah Yus sebab pukul 1.45 nak kena bertolak ke satu tempat tu..Tempat apa, biarlah rahsia dulu. Tapi masa on the way kat Jalan Baru, hujan turun punyalah lebat. Terpaksa pakai baju hujan..

Selesai je keje tu pukul 4.30 petang, ambik adik, Ila kat kilang dia keje. Sampai rumah terus siap nak ke Jom Heboh. Asalnya dah malas nak pi tapi kena paksa. Tapi tak bawak Aina sebab mak tak bagi bawak. Takut hilang cucu dia..Bila asben dan anak Ila sampai kami pun bertolak.

Jalan tak jem sangat. Tak beli apa pun. Cuma beli beg Chipsmore dan London Roll untuk Aina. Bertolak balik pukul 8 malam. Sampai rumah, Aina tengah tidur. Kejutkan dia bangun sebab mak dah janji kalau Iera balik nak kejutkan Aina.

Aina cakap :

'Mama pi Jom Heboh ea..tak bawak Aina..'

Sebab dia tengok belon yang Iera bawak balik untuk dia..Bukan tak mau bawak, tunggulah next year pi sendiri senang..

Hari Sabtu tu memang bz ke sana sini..Tapi yang paling mengembirakan bila Iera dapat satu berita. Dan Iera akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan impian itu..Doa mak akan sentiasa mengiringi Iera..Insyaallah..Amin..( Mak dan Wani yang ter'over lebih..hehe..)

Sunday, March 27, 2011

270. Update

Posted by Iera at 2:59 PM 0 comments

Keje
1. Iera kena study E-Learning. Semua staff mesti complete sebelum Jan 2012. Ada 3 Superior. Setiap Superior ada 20 Module. 1 Module ada 50 soalan dan kena lulus 100%.

2. Self Assessment dah diganti dengan BHRMS. Baru je habis training pasal system ni. Lepas tu kena set target. Setiap orang mesti ada 5 target dan target tu mesti capai dalam tahun ni. Prestasi akan ditentukan dari result target ni.

3. Tiap-tiap bulan ada meeting. Lepas meeting kena buat minute meeting. Kira benda baru kat Iera sebabnya keje Iera tak ada pun minute-minute meeting ni..

4. Kena fokus 1 customer tu dengan serius. Dalam tempoh 6 bulan, depa akan monitor prestasi company Iera dan tak mau satu pun ada mistake.

5. Ada orang tu beria-ia nak berhenti keje tapi was-was. Alasan tak logik padahal cakap je takut rugi tak dapat Ipod ( utk staff yg keje dah cukup 5 thn ).

Aina
1. Semakin petah bercakap. Mulut tak henti pot pet. Kalau dia tak ada sunyi je..

2. Dah pandai menulis. Cuma masih belajar membaca. Iera sedang mengajar Aina tanpa putus asa walau kat sekolah cikgu dah ajar.

3. Suka sangat menyanyi. Pantang ada lagu favourite mesti mulut tu menyanyi tak henti-henti..

Iera
1. Sedang memburu impian. Hampir dalam tangan. Cuma perlu bersabar..

2. Kena kuat dan tabah hadapi ujian..Sebab tiap kali ada je halangan yang datang..Sabar..sabar..

Thursday, March 24, 2011

269. Breakfast McD

Posted by Iera at 12:05 PM 1 comments


Breakfast hari ni, tapau kat Mc'D Bandar Perda. Tapi bukan Iera yang pi beli. Adik Iera, Wani. Dia pi dengan kawan kat rumah pukul 6.30pg. Iera pilih set ni..Sausage McMuffin with Egg. Sepatutnya dapat 1 cup Coffee tapi cashier tu tak bagi. Harga macam biasa. Tapi Iera tak taulah berapa sebab Wani yang belikan. Cashier dia tu pun nampak macam tak boleh nak ditunjuk ajar ( Wani yang cakap ). Boleh melawan pulak supervisor dia depan customer. Wani ni jenis malas nak tanya, dia balik macam tu je..Bila dah sampai rumah, dia bagitau Iera..Iera marah jugak la kat dia sebab tak pi tanya pasal coffee tu. Yang kesiannya kawan dia tu. Siap beli 5 set tapi langsung tak dapat coffee..Kalau dengan Iera memang kena la cashier tu..Takkan dia tak tau kan..

McD Bandar Perda kadang-kadang bila Iera pi beli Happy Meal kat Aina selalunya dapat toys yang lama-lama punya. Nak kata terlewat, takkan selalu sangat kot. Bila tanya cakap habis. Ada sekali tu, adik Iera, Ila pi beli kat anak dia. Depa bagi toys yang lama punya tapi bila customer chinesse pi lepas depa ada pulak. Nasib baik toys tu anak dia dah bukak plastik tu, kalau tak memang dia nak pi tukar. Ada ke macam tu? Sebab tu kadang-kadang Iera tanya dulu toys apa sekarang..kalau yang dah lama, memang Iera tak beli..Bukannya Iera tak tahu sebab tiap-tiap bulan wajib ke sana...

Tuesday, March 22, 2011

268. Sedih

Posted by Iera at 12:39 PM 6 comments

Mood terasa giler. Iera tak tau kenapa kalau ada artis bercerai ke..ada orang bercerai ke..mesti si member Iera tu akan bandingkan Iera dengan mereka tu..Tak pun kalau sebut pasal JANDA..mesti Iera tersenarai dalam ayat dia tu..Dah tu kalau sebut pasal nak beli apa-apa ke..orang jual apa-apa ke, Iera ni tak layak untuk beli. Sebabnya Iera ada komitmen kat Aina dan Iera tak layak untuk hidup macam orang lain.

'Artis tu bercerai sebab tak ada anak..macam Kak Iera ni lainlah..bla..bla..'

'Kawab saya baru bercerai tapi..bla..bla..macam Kak Iera ni..bla.bla..'

'Macam Kak Iera ni ada komitmen..tak boleh lah nak beli itu..beli ini..bla..bla..'

'Kak Iera jangan kawin lagi, tunggulah saya kahwin dulu..bla..bla..'

Iera tak tahulah kenapa pada mata dia, Iera ni dipandang rendah. Seolah perempuan macam Iera ni tak layak untuk hidup macam orang lain..Status yang Iera pegang ni IERA TAK MINTAK LANGSUNG DAN IERA TAK PERNAH IMPIKAN WALAU DALAM MIMPI..BILA CINTA IERA TERPATRI DENGAN IKATAN PERKAHWINAN IERA HANYA NAMPAK HUBUNGAN HINGGA KE AKHIR HAYAT..Tapi BILA TAKDIR DAH TERTULIS MACAM NI, IERA REDHA..

Dan untuk member Iera tu : 'WALAU IERA SINGLE MOTHER, AT LEAST IERA DAH KAWIN DAN ADA ANAK..TAK LA IERA TERKEJAR-KEJAR CARI LELAKI UNTUK DIBUAT SUAMI..TAK LA IERA SPEDO LELAKI..DAN TAK LA IERA MENGHITUNG HARI BILALAH MASANYA NAK NAIK PELAMIN SEDANGKAN KAWAN-KAWAN LAIN DAH BERANAK PINAK..SORRY DENGAN KATA-KATA IERA NI'

Tapi Iera terasa sangat sejak Iera kenal dia..Hina sangatkah jika Iera ni single mother kat mata anak dara macam dia tu?

267. Aina

Posted by Iera at 12:36 PM 0 comments

Copy pic ni dari FB sepupu Iera. Masa ni dia bawak Aina pi Jusco tengok Dino-Trek. Tengok tu, seksi kan..Baju tu Aina yang pilih sendiri masa pi pekan BM dengan abah dia..Inilah baju seksi yang Aina idam-idamkan..Takpa, pakai dulu time kecik-kecik ni..nanti dah besar dah tak boleh nak seksi dah..

Monday, March 21, 2011

266. Kesihatan

Posted by Iera at 1:28 PM 0 comments
Dalam masa 3 bulan keje, Iera dah ambik leave 6 hari dan MC 1 hari. Semuanya pasal kesihatan. Sejak kebelakangan ni asyik demam je. Tak Aina, Iera. Antibiotik selalu ambik. Vitamin pun. Tapi pantang orang lain demam, mesti kami dua kena jugak..

Khamis dan Jumaat lepas pun, Iera demam lagi. Walau tak teruk tapi badan ni lemah je. Baring walau tak tidur. Tapi disebabkan Jumaat petang Iera ada hal, terpaksa jugak keluar. Nasib baik masa kat luar tu, tak pening ke apa ke..

Dah baik demam, batuk pulak. Aina pun sama. Harap-harap kami berdua sihat semula. Dah letih asyik demam, batuk, selsema..

Saturday, March 19, 2011

Novel Cinta Si Kunang-Kunang karya Nora Fuad ( Noor Arbaiah )

Posted by Iera at 9:26 PM 0 comments


Sinopsis :
“Ibu, kelip-kelip ni hanya muncul di tempat gelap, juga di tempat yang istimewa saja. Datangnya memberi cahaya. Seperti dia juga. Datang bertandang di hati Intan, bercahaya.” Dia tersenyum lagi. Dia pasti dengan pilihannya kali ini.

Intan Irdina dan Intan Adeena, dua beradik kembar yang bukan sekadar berkongsi paras rupa tetapi juga rasa. Masing-masing sukakan benda yang sama dan inilah yang menyukarkan perjalanan cinta mereka. Siapa yang menyayangi siapa dan siapa pula yang akhirnya mendapatkannya

Pastinya hidup ini penuh dengan liku-liku, hanya si kunang-kunang yang mampu datang dan menerangi hati dan jiwa yang pernah terluka. Pun begitu, tidak mudah untuk mencari jawapan bagiu mengisi kekosongan. Apakah si usahawan tani itu, Dzar Salahudin mampu menawan hatinya semudah memanjat Gunung Kinabalu dan berjaya untuk membuat dia tersenyum semula? Atau mungkin kesan kasih lama tetap berpaut pada Adam Falqiss dan membuatkan si gadis tidak mampu berhijrah? Atau adakah jejaka yang ditemuinya di Bandaraya New York, Adi Faris menjadi pilihan hatinya?

Sama-samalah kita melayari kisah cinta ini yang membawa pembaca mengembara ke tempat-tempat menarik dan penuh dengan rasa romantik.

Novel ni Iera receive awal March hari tu tapi baru hari ni Iera berkesempatan baca. Kat dalam novel ni ada sebuah puisi Iera yang Kak Nora masukkan dalam cerita ni. Pencarian Cinta. Sebuah puisi yang Iera tulis dari hati Iera dan pengalaman Iera.

Terima kasih untuk Kak Nora kerana mengabadikan puisi Iera tu. Iera sangat terharu kerana ada juga orang yang menghargai karya Iera. Sekurang-kurangnya Iera tahu bahawa karya Iera bernilai.

Cerita apa, kenalah baca sendiri.

Thursday, March 17, 2011

264. Akhirnya

Posted by Iera at 10:26 AM 0 comments
Last week, tiba-tiba terasa rindu sangat kat anak sedara ex, Shahira..Anak kakak dia yang no 2. Bila Aina mandi, dahi dan kening Aina yang basah tu macam muka Shahira..( dah sepupu kan ). Iera ada tanya ex cuti sekolah depa balik sini ke tak..Ex kta mybe balik..Masa Iera masih dengan ex, kami selalu jugak bawak Shahira keluar..dekat-dekat la sebab naik motorsikal kan..Sebelum kawin, bawak abang dia, Amirul..Masa tu Amirul tinggal dengan mak ex..

15hb malam..receive SMS from ex bagitau yang kakak keduanya tu dah sampai. Pg 16hb tu dia suruh Iera pi rumah dia lepas keje. Bawak Aina jumpa dengan sepupu-sepupu Aina. Time nil ah baru nak boleh temukan depa. Iera tak berani berjanji lah sebabnya takut hujan..Nak bawak Aina dengan motorsikal je..

Petang tu, lepas ambik Aina terus bersiap. Bila bagitau Aina planning petang tu, mulut dia..memang tak reti simpan rahsia. Bagitau kat semua orang yang dia nak ke rumah abah dia..Tunggu ex balik keje dulu barulah pi sana. Seganlah kalau ex tak ada..

Sampai kat sana, mak dan adik ex tengah berniaga. Kakak ex yang kedua, Kak G dan family serta kakak ex yang ketiga, Wati tengah on the way dari rumah kakak ex yang ketiga, Kak Ja..Hantar Aina kat ex atas rumah ( rumah depa rumah flat ) dan Iera turun semula duduk kat mak dia berniaga..Tak kan nak duduk sekali kat atas kan sebab tinggal ex sorang je..Tak pasal-pasal kena tangkap siang..hehe..

Bila depa dah sampai dan mak ex dah habis berniaga, ikut depa naik. Aina tengah main dengan sepupu-sepupu dia. Mula-mula tu ( macam biasalah..) dia malu-malu kucing tapi lepas tu sama naik dengan depa. Melompat atas katil abah dia..bergelak sakan..main itu.main ini..Kat sana sepupu-sepupu Aina panggil Aina, Najihah..

Dapat jugak Iera berjumpa Shahira yang Iera rindu hari tu..Dah besar panjang..Amirul pun dah renjong ( tinggi )..Iera tengok tv kat ruamg tamu dengan Kak G dan Wati ( Iera panggil Watie sebab dia muda dari Iera setahun ) dan mak ex..Still hari ni memang Iera panggil mak ex, mak walaupun Iera dan ex dah tak ada apa-apa..Lagipun buat apa nak ubah-ubah kan..Dia pun macam mak Iera juga..Dan dia banyak tolong Iera dan ex masa kami still bersama dulu..

Hampir pukul 10 malam, Iera mintak diri. Dah lewat kan..Ex hantar kami..Kira Iera follow ex yang bawak Aina dengan motorsikal dia dari belakang. Aina happy sangat. dapat jumpa sepupu-sepupu dia, dapat jumpa tok dan mak sedara-mak sedara dia dan dapat spend masa dengan abah dia..

Memang Iera jarang ke sana dah sejak kebelakangan ni. bukan tak mau bawak Aina ke sana tapi kadang-kadang masa tak ada.. Iera pun tak ada niat nak jauhkan Aina dengan family abah dia Cuma satu je pendirian Iera yang mesti ex ikut. Iera takkan benarkan ex bawak Aina tanpa Iera..So, ex kena ikut syarat Iera..

Aina pun still ingat kat family ex..Sesekali tu Aina akan sebut nama tok dia, nama maksu dia..dan nama toksu dia..

Ada satu malam tu :

Aina : Mama..mama..Aina nak tido rumah abah la..Nak tido dengan Tok Kiah dan Cu
Iera : Mana boleh..abah tak ada. Abah pi keje jauh
Aina : Nanti Aina nak suruh abah ambik Aina lah..

Wednesday, March 16, 2011

263. Sama Ke?

Posted by Iera at 2:59 PM 0 comments

Iera guna photo ni sebagai profile picture kat FB. Adik dan Makndak Iera PM dan cakap photo budak perempuan tu macam Aina. Sebijik masa Aina tengah marah dan merajuk. Bila depa dah cakap macam tu barulah Iera perasan..Betullah..memang macam Aina..

Dulu, masa Aina tengah rambut panjang, Aina suka biarkan rambut dia lepas macam ni..Tak mau ikat..

262. Serabut

Posted by Iera at 1:00 PM 0 comments
Kepala serabut dengan pelbagai..Stress teruk. Semuanya datang serentak..Kadang2 orang nak kita faham masalah depa..nak kita ikut semua kehendak depa..Nak kita puaskan hati depa..Tapi tang kita, depa langsung tak pikiq..Kita pun ada masalah sendiri..Kita pun ada kehendak kita..Otak ni dok pikiq macam-macam solution nak settle satu-satu..

La ni..tunggu dan lihat..So, layan lagu ni..



Lirik : Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

*Lagu tak ada kena mengena dengan kes ni..

Tuesday, March 15, 2011

261. Aina Demam

Posted by Iera at 4:50 PM 0 comments
Semalam, Aina demam lagi..Badan panas..Tapi bila suruh makan ubat, tak mau..Pastu bila tidur mengigau..Hampir jatuh katil nasib baik Iera sempat tarik..Pagi ni tengok dah kebah sikit.. Dah boleh nyanyi masa keluar nak pi rumah mengasuh..Harap dia ok bila balik nanti..

260. Maafkan..

Posted by Iera at 3:06 PM 0 comments

Last week, Iera dapat tau yang sorang cousin Iera ada ketumbuhan kat rahim dia. Dah sebesar 4.5cm. Sebab tu still dah setahun lebih kawin, dia belum pregnant dan period tak tentu. Doctor suruh tunggu period bulan ni mai dan kemudian baru boleh buat keputusan nak kena operate ke tak..

Tapi, maafkan Iera. Hati Iera dan perasaan Iera kosong. Tak ada sikit pun rasa kasihan ( buat masa sekarang lah..) bila dengar berita ni. Kejam kan Iera..Tapi itu yang Iera rasa. Sebabnya? Terlalu banyak dia lukakan hati Iera..hati family Iera dan yang terutama hati mak Iera..Bukan dia saja tapi satu family dia..

'Lupakan kecederaan tapi jangan sesekali lupakan kebaikan manusia.'

Ini kata-kata yang bestfriend dia tulis, mybe ditujukan untuk Iera..mybe tak..Tak nafikan kebaikan dia tapi kehancuran hati mak Iera teramat dasyat..Iera tak pernah dengar mak Iera luahkan rasa luka dia sampai macam tu..Dia adalah cousin rapat Iera. Abah dia, adalah adik mak Iera. Tak wajarlah Iera ada perasaan macam tu kat dia tapi Iera tak boleh nak tipu perasaan sendiri..Dan Iera tahu dia pun tak mintak simpati dari Iera.

Yang boleh Iera cakap sekarang HATI IERA DAH KOSONG..PERASAAN DAH MATI UNTUK DIA..MAAFKAN IERA..

Monday, March 14, 2011

259.

Posted by Iera at 11:41 AM 0 comments
Selalu Iera berharap setiap impian dan keinginan Iera terlaksana tanpa halangan..Sering berdoa moga Allah permudah segala urusan. Namun seringkali ianya terjadi sebaliknya. Untuk mencapai impian itu terkadang Iera perlu berdepan dengan rintangan..yang boleh melemahkan semangat. Namun Iera terpaksa bertahan..nekad untuk memenuhi segala keinginan..walau hati Iera sering terguris…perasaan Iera terganggu..

Iera berserah kepada Yang Esa segalanya..

Thursday, March 10, 2011

258. Kesian la pulak..

Posted by Iera at 10:00 PM 0 comments

Bila teringat kat ex, kesian pulak kat dia..Hari tu Iera bagitau yang dia berhenti keje dari bawak forklift ke bawak lori..Tukar company..Sebulan dia berulang alik KL, Shah Alam dan Pahang..Selang sehari pi sana..Drive sorang-sorang..Dengan harapan dapat la habuan lebih sikit bulan ni dan seterusnya..Tapi bila dah cukup sebulan, harapan tu cuma kosong..Dia hanya dapat RM700 je..bayangkan lagi sikit dari gaji sebelum ni padahal sepatutnya dia boleh dapat lebih dari RM2K sebab dia dah hantar barang luar Penang.

Dia dah masuk ofis..mintak tapi depa tak obleh buat apa-apa sebabnya main ofis bukan kat sini..Itulah..bukan nak kata..kalau keje dengan orang Melayu kita ni macam ni lah..Suka sangat tipu pasal RM. ( sorry ye..bukan semua..)

Sekarang dia dah berhenti kat company tu. Nak tunggu apa lagi kan kat situ..Dia dah janji macam-macam kat Aina. Nak beli itu..nak beli ini..tapi tak kesampaian jugak..Dan kelmarin, Iera dah try call satu company tu untuk dia..Hari ni dia dah pi interview..Dan dah dapat keje..Alhamdulillah..Tak la terpaksa cari sana sini..


Harap-harap company ni tak buat hal macam company hari tu..

Thursday, March 3, 2011

257. Tumpang Sedih..

Posted by Iera at 3:48 PM 0 comments


So sad bila dapat tau yang bff Iera ( N ) keguguran. Kandungan dia baru masuk 2 minggu. Pregnant anak ketiga. Dia tak sedar yang dia tengah pregnant sebab tu dia pi jogging la..mandi sauna dan makan macam-macam. Bila rasa badan tak sedap, dia pun pi buat medical check up dan doctor confirm yang dia dah keguguran. Doctor dah bagi ubat makan untuk cuci kandungan tu.

Memang sedih kan bila dapat tau hal ni. Iera harap dia sabar dan kuat semangat. Orang dalam pantang tak boleh sedih-sedih..Nanti boleh try lagi..Iera sentiasa ada untuk dia..Memang Iera bz body bila dapat tau hal ni sebab dia kan bestfriend Iera.

Lepas PM dengan dia kat FB, terflashback lah memori lalu. Iera pernah keguguran masa pregnant yang pertama 2005. Tapi masa tu kandungan dah 2 bulan lebih. Tengah excited dah sebab dah tunggu hampir 2 tahun kan. Salah Iera juga sebab terlampau aktif bekerja. Masa tu keje kilang kat Prai. Faham-faham ajelah keje kilang. Tak ada orang yang nak manjakan kita. Iera still ingat lagi..hari tu Iera kena dok machined Tempo, cop cover kereta control Ferrari. Satu hari duduk je buat keje tu sebab urgent part. Time tu orang tengah gilakan Ferrari car.

Pinggang ni tak usah cakap, terasa sakit tapi diamkan aje. Jalan pun terasa sengal. Balik je malam tu, darah dah turun. Call mak dan mak suruh pi hospital. Nasib baik ex tak keje malam tu. Tapi sebelum pi sempat bedal nasi goreng paprik sepinggan..hehe..Ex ni penakut sikit, dia ajak mak dan adik dia ikut sekali. Kebetulan kami tinggal dekat rumah mak ex. Kena tahan kat wad malam tu sebab esok baru boleh confirm pasal kandungan tu.

Pagi tu lepas pi scan, doctor cakap kandungan dah gugur. Tak tergambar perasaan masa tu. Iera diam je. Macam orang berada khayalan. Ada sorang kakak tu cakap kat Iera : ‘Sabar ye, dik. Adik muda lagi..boleh try lagi.’ Sebab dia tau Iera baru pertama kali pregnant. Doctor masukkan ubat untuk cepatkan proses dan bila bagitau ex, ex tak cakap apa masa tu. Dia diam je..Iera ingat dia ok dan boleh terima.

Masa masuk dalam labour room, Iera tak boleh nak fikir apa..Ada sorang nurse tu tanya Iera macam-macam dan dia cakap : ‘Kesiannye..dah la baru pregnant..jadi macam ni pulak..’ Masa tu baru Iera sedar yang Iera dah kehilangan kandungan Iera. ( tapi kan masa dalam bilik tu..ada sorang attendan lelaki tu asyik tengok muka Iera je..tapi Iera tak kenal pun..yang paling malu bila dia yang handle kes Iera..malu giler..Dia yang bius ubat lali kat Iera..Nasib baik bila Iera sedar, dia dah tak ada..kalau tak, memang malu..)

Lepas masuk wad semula, ex dan mak dan adik dia ada..Tengah tunggu Iera. Masa tu ex menangis..Tapi bukan depan Iera. Dia menangis kat tepi bilik air. Adik dia yang bagitau Iera. Memang sedih sangat sebab dah 2 tahun kami tunggu peluang ni tapi takdir dah tertulis bukan rezeki kami lagi..Iera tengok dia murung beberapa hari lepas tu. Iera? Iera lagi sedih sebab Iera yang bawak kandungan tu dan Iera yang terleka mengejar RM sampai kandungan tu gugur. Lepas dari tu, Iera dan ex belajar dari kesilapan. Bila dapat tau pregnant kali kedua ( pregnant kat Aina..lepas 5 bulan gugur ) Iera tak gilakan keje lagi..Dah tak OT. Sebab Iera tak mau kesilapan lalu terjadi lagi..

Sampai hari ni Iera still ingat lagi..Dan bila dengar sapa-sapa yang keguguran, terasa kat hati ni. Sebabnya Iera pernah ada experience yang sama.. Kadang-kadang bila sembang pasal Aina dengan ex, kami selalu jugak sebut pasal hal ni walaupun masa tu baru 2 bulan kandungan tu..

'Kalau x, anak sulung kita dah 6 tahun kan..'

*Sebab tu Iera tak benarkan 'orang lain' sentuh Aina kerana Iera terpaksa menunggu terlalu lama dan terpaksa bersedih sebelum boleh memiliki zuriat sendiri.

256. Tak Mau ke Sekolah..

Posted by Iera at 12:23 PM 2 comments


Tahun ni tahun 1st Aina sekolah. Selama ni Aina hanya didedahkan dengan huruf ABC dan abjad 123 dari buku-buku yang Iera belikan. Bila Iera yang ajar, faham-faham je..Aina takkan sungguh. Dan untuk ajar Aina perlukan kesabaran sebab yang Iera nampak..Aina lebih suka menghafal dan mengeja..suka melukis dan mewarna dari menulis. Aina memang minat sangat nak ke sekolah. Bila dapat tau, dia akan bersekolah..semangatnya berkobar-kobar. Tak susah untuk kejutkan dia bangun bila cakap dia perlu ke sekolah hari tu.

Tapi sejak akhir-akhir ni, mood Aina dah hilang. Bangun pagi terasa malas. Bila nampak pintu sekolah wajah dia dah tak ceria. Kadang-kadang airmata dia menitis. Bila Iera tanya, dia hanya diam, sapu airmata dan kemudian masuk kelas. Dan Iera siasat hal ni. Rupanya dia tak suka sorang kawan kelas dia yang suka mengusik dia. Iera ingatkan hal tu dah habis sebab Aina dan budak lelaki tu dah berkawan baik.

Dari Mak Njang aku yang setiap hari ambik Aina dari sekolah, Mak Njang Iera terdengar cikgu tengah marahkan Aina ( masa tu cikgu tu tak sedar yang Mak Njang Iera ada kat luar )

'Dah 3 bulan sekolah..tak tau nak tulis lagi? Semua nak cikgu tulis?'

Reaksi Aina masa tu, hanya diam. Iera cuba think positif dan mengatakan semua itu untuk kebaikan Aina. Tapi tak adil la untuk Aina sebab dia baru dua bulan masuk sekolah..dia belum faham rule sekolah.. Perlu mengerti yang dia tak boleh nak bergantung kepada orang lain jika nak pandai. Kat rumah, semua homework Aina, dia buat sendiri dan memang aku yang ajar dia buat homework tu. Tak ada satu huruf pun Iera tolong tulis untuk Aina.

Pagi tadi ( 1hb March ), Aina menangis sebab tak mau ke sekolah. Iera tanya kenapa dan Aina bagitau cikgu garang dan selalu marah dia. Iera pujuk Aina dan polish otak Aina dengan kata-kata positif. Iera nak minat dia untuk ke sekolah kembali. Lepas je Aina masuk kelas, Iera terdengar cikgu tu berkata kepada semua student dengan lantang dan tegasnya:

'Sapa nak makan pi cepat. Pukul 8.15 tak boleh makan dah. Mai sekolah bukan untuk main-main. Kena fikir tu.'

Iera cepat-cepat beredar dari situ sebab tak sanggup nak dengar apa lagi yang cikgu tu nak cakap kepada budak-budak berumur 5 dan 6 tahun. Walau Iera bukan cikgu dan tak ada talent pun untuk jadi cikgu, tapi hati naluri sebagai ibu merasakan tak sepatutnya cikgu tu bercakap macam tu kat budak-budak tadika. Bukan kerana Aina salah seorang dari mereka tapi Iera rasa perlu ada ketegasan dalam kelembutan. Ada cara untuk mengajar mereka.

Patutkah seorang cikgu berkata macam tu? Atau Iera yang terlalu sensitif dalam hal ni? Iera tak minta Aina dimanja tapi kalau setiap hari macam ni, minat Aina akan hilang.. Dari seorang yang suka ke sekolah..suka belajar akan jadi seorang yang lebih suka berada di rumah..

Iera pernah tanya pengalaman cousin aku hantar Aina ke tadika yang sama tapi branch lain..Tak ada masalah. Mungkinkah cikgu tu yang bermasalah? Dan Iera dengar, ada juga beberapa orang parents tak puas hati dengan cikgu tu. Reaksi mak Iera dalam hal ni? Hantar private school or tukar branch lain. Lari bukan selesaikan masalah. Perlu lakukan sesuatu dalam perkara macam ni.

Tuesday, March 1, 2011

255. Macam-Macam..

Posted by Iera at 9:41 AM 0 comments
Family Iera dengan family mak sedara-mak sedara Iera yang lain memang rapat. Tak ada masalah kecuali dengan family Pak Ngah Iera. Pun begitu, tetap bertegur sapa macam biasa. Isu ni dah lama sejak arwah Mak Tok jatuh sakit. Tapi lately ni semakin menjadi-jadi. Hal ketidakpuashati dari pelbagai pihak tentang kesihatan arwah Mak Tok. Yang paling teruk kena hentam adalah family Iera. Sebabnya kami jarang balik sana.

Bila Mak Tok meninggal, isu hutang piutang..isu harta benda..pulau memulau timbul. Tak ada siapa pun sebenarnya memulau siapa. Yang berhutang hanyalah seorang. Orang yang tak puas hati tu je. Malam ketiga arwah Mak Tok meninggal, Tok Wan panggil semua anak menantu berhimpun. Cucu-cucu cicit yang ada boleh turut serta. Iera bukan nak bukak pekung keluarga tapi inilah kisah yang sedang berlaku dalam hidup Iera.

Inilah kronologi beberapa peristiwa penting :

1. Duit sedekah, duit bank dan barang kemas arwah Mak Tok dan Tok Wan.
=> selama ini Mak Cik diamanahkan Tok Wan untuk uruskan semua tu sebab Mak Cik senang nak bergerak sana sini. Lagipun Mak Cik tak terikat dengan keje. Sebagai agen insurans, Mak Cik bebas untuk ke sana sini. Malam tu Mak Cik serah semuanya pada Tok Wan. Di hadapan semua orang sebab tak mau ada yang tak puas hati.
=> Tok Wan amanahkan kepada Mak Cik sekali lagi untuk urus semua duit tu. Dan semua bersetuju. Cuma Tok Wan still tercari-cari 1 lagi utas rantai arwah yang sampai hari ni tak ada. Mungkin arwah tersilap letak. – Mak The dengan direct sound pada sepupu Iera yang tak tau usul periksa bagitau mak dia ( Mak Ngah ) kononnya kami tengah mengata family depa. Terdiam sepupu Iera. ( Iera memang dok tunggu time ni..suka sgt )

2. Kain batik – Tok Wan suruh anak-anak ambik sorang sehelai kain batik peninggalan arwah sebagai kenangan tapi bukan untuk dipakai.

3. Tok Wan nak serahkan balik kereta yang sekarang ni Tok Wan guna kepada Mak Cik. Tok Wan bersyukur sangat sebab Mak Cik sanggup bagi Tok Wan guna kereta tu. Dengan kereta tu lah Tok Wan bawak arwah berubat sana sini..berulang alik hospital..

4. Pak Ngah bersuara kononnya ada orang tuduh dia menyebabkan arwah Mak Tok stress kesan dari berubat tradisional kerana dia orang yang terakhir berubat arwah. Kononnya ada ‘benda’ dalam badan arwah. Mengikut kepakaran doctor pula, Arwah terkena serangan jantung yang tiba-tiba dan darah tinggi naik mendadak. Mengikut kata Mak Su dan Mak Cik, ‘benda’ yang kononnya ada dalam badan arwah dah tak ada dah pun sebenarnya. – Sudahnya Tok Wan masuk campur.

5. Mak Ngah dengan megahnya bertanya kenapa kami semua seolah pulaukan mereka dan Mak Lang Iera ( isteri Pak Lang ).
=>Mak Teh bukak mulut persoalkan balik yang Mak Lang sendiri yang tak mau bercampur dengan kami. Kami berhimpun bukan mengata sesiapa..just borak-borak kosong..cakap hal masing-masing..Sampaikan arwah pernah Tanya pada Mak The kenapa Mak Lang tak pernah nak duduk bersama sebaliknya lebih suka menyendiri. Masa ni, Mak Lang tak bersuara. Hanya Mak Ngah yang over lebih.

6. Timbul soal orang tu tak jaga arwah..orang tu tak datang tengok arwah.
=> Tok Wan masuk campur. Arwah sendiri tak pernah persoalkan hal ini kerana arwah tahu yang anak menantu dan cucu-cucu arwah semua ada kerjaya, ada tanggungjawab pada keluarga…Masa ni Tok Wan bagitau semua pasal mak dan Iera yang selalu bagi duit pada Tok Wan. Adalah beberapa RM. Tok Wan bagitau mak baru ni, Tok Wan terpaksa bagitau pada semua anak menantu dia pasal hal ni sebab selama ni depa selalu kata mak macam-macam..bukan mak saja tapi family Iera.

7. Tok Wan ceritakan susah senang dia selama ini..yang tak ada seorang dari kami semua tahu..Ampunkan kami, Ya Allah..kerana mengabaikan Tok Wan dan arwah Mak Tok selama ini..terlepas pandang pada perkara-perkara remeh temeh..

Ada banyak lagi yang terurai sebenarnya malam tu..Tapi yang dapat Iera listkan hanya yang penting saja. Dan dari hati Iera untuk semua ni :

1. Benar apa yang Tok Wan cakap. Kalau satu sen duit Tok Wan Mak Cik guna, Iera tak jeles apatah lagi nak iri hati. Mak Cik berhak kerana selama ini dia yang bersusah payah untuk Tok Wan dan arwah Mak Tok. Dan untuk Pak Cik juga kerana tidak pernah menghalang Mak Cik dari menjalankan tanggungjawabnya kepada ibu bapanya.

2. Tok Wan suruh anak-anak je ambik tapi ada la sorang cucu tu yang sentiasa nak benda orang ambik jugak. Dari arwah meninggal lagi dia dah book kain batik tu.. Berkenan kerana lawa bukan sebab nak buat kenangan. Bukan Iera jeles..tapi kain batik sehelai pun tak boleh beli ka..

3. Mak Cik tak pernah berkira dalam hal ni. Kerana dia tahu Tok Wan dan arwah berkorban segalanya sehingga dia Berjaya masuk U dan ambik Ijazah..

4. Kepakaran sains telah membuktikan segalanya dan Iera dan mak sendiri tengok macam mana teruknya Pak Ngah yang kononnya ‘berubat’ arwah sebelum arwah masuk ICU. Bomoh yang dia panggil pun macam tak boleh nak percaya. Suara hati Iera meragui bomoh tu.

5. Siapa pun tak pernah membuang mereka tapi mereka sendiri yang jadikan diri mereka terbuang.

6. Iera ingat lagi duit yang mak bagi pada Tok Wan. Duit tu mak suruh Tok Wan bayar duit motor Tok Wan masa tu. Dan memang jumlah duit tu banyak. Walau Tok Wan guna duit tu untuk berubat Arwah, mak tak kisah. Iera memang tak ingat berapa jumlah Iera bagi pada Tok Wan tapi itu saja yang dapat Iera balas jasa Tok Wan dan arwah. Walau Tok Wan tak mintak dan kalau boleh tak mau sebenarnya duit tu, tapi Iera ikhlas. Ada pulak orang mengaku yang masa arwah mula-mula sakit dulu, dia yang susah payah jaga arwah tapi sebenarnya tak pun. Tok Wan yang siang malam sampai demam menjaga arwah. Mak Su juga pernah berhenti keje kerana nak menjaga arwah masa arwah accident tahun 1991 dulu ( kalau tak salah ). Tak payah nak ungkit sapa jaga sapa tak jaga.

Sebenarnya, hubungan family Iera dengan adik beradik mak baik. Begitu juga hubungan sesama mereka. Tak ada hasad dengki, tak ada iri hati..Kami berhimpun adik beradik..bergelak suka..Boleh masak bersama..Kami bersatu hati. Tapi hanya satu family saja tak boleh terima keakraban macam ni..Di wajah penuh iri hati..ada tak puas hati. Dan kerana family ni jugalah, adik beradik mak hampir berpecah belah. Mujurlah masing-masing berfikir secara rasional dan guna logik akal sesuatu khabar angin..

Pandangan family 'dia' tu terhadap family Iera tak pernah baik. Macam mana nasib yang pernah Mak Su kena dulu, macam tu jugaklah Iera kena sekarang dek kerana bekerja di bawah satu bumbung. Sekarang ni hati mak benar-benar terluka. Dengan segala hinaan yang family 'dia' lemparkan kat family Iera dan dengan apa yang 'dia' tengah dan pernah lakukan kat Iera. Iera tak pernah nampak rasa terluka tu dulu tapi hari ni Iera benar-benar rasa betapa dalamnya luka kat hati mak.

Mak anak sulung dan hubungan mak dengan adik-adik serta adik-adik ipar lelaki mak yang lain tak ada masalah cuma bila sentuh hal adik ipar perempuan ni yang sangat bermasalah..Yang menjadi onar dalam keluarga. Semua orang dalam family tahu hal itu..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea