Followers

Monday, August 29, 2011

328. Selamat Hari Raya

Posted by Iera at 1:11 PM 2 comments Links to this post


Iera ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua..

*Still bekerja..huhu..

Tuesday, August 23, 2011

327. Balik Kampung?

Posted by Iera at 1:29 PM 3 comments Links to this post
Best kan kalau ada kampung dan dapat balik kampung time-time raya ni..Tapi tu la, Iera tak ada kampung. Iera dok kat BM, tok sebelah bapak rumah depan rumah Iera. Tok sebelah mak pulak tinggal kat Mengkuang. Dari rumah Iera cuma 20min cam tu je.

Dulu, masa jiwa remaja..pernah cakap kat mak.. Nak kawin orang jauh-jauh..boleh balik kampung.. Tapi tu la..bila berjodoh dengan Mr X tu, dia pun orang sini jugak..Penang mali..Kampung dia? Tok dia tinggal sekampung dengan Iera..( cinta tak kenal cucu sapa..haha..)..Tak dapat la nak merasa balik kampung..

326. Aduhai..

Posted by Iera at 9:01 AM 1 comments Links to this post

Ni bukan drama..ini adalah kisah benar yang berlaku kelmarin..Ada seorang kawan tiba-tiba suruh Iera ajar macam mana nak buat resign letter. Agak terkejut bila dengar dia cerita.. Asben dia suruh dia resign dari ofis ni dan hantar surat tu sebelum pukul 5.30 petang. Kalau dia tak hantar juga, bermakna jatuh talak satu dalam perkahwinan depa. Geram rasanya bila dengar. Depa keje satu ofis dengan Iera.

Iera suruh dia call mak dia. Tanya pendapat mak dan bapak dia. Dan mak dan bapak dia tak kisah kalau penceraian itu berlaku. Sebab memang family dia dah tau sangat perangai asben dia tu. Dia berada di tengah. Berada di satu simpang. Antara kerjaya dan rumahtangga. Bila dia tanya pendapat Iera, Iera tak boleh nak bagi pendapat. Walau Iera ada pendapat, Iera tak akan tunjuk jalan. Sebab Iera tak mau dipersalahkan nanti. Biarlah pendapat itu datang dari mak dan bapak dia.

Dan disebabkan sayangkan asben dia..dia hantar surat resign tu walaupun dalam hati ada satu harapan yang perkara ni boleh dibincang lagi dengan asben dia. Itu harapan seorang isteri bila seorang asben paksa buat pilihan. Iera memang geram..sebab Iera tahu sikit-sikit background asben dia dan juga masalah rumahtangga depa..Tapi Iera hanya tahan perasaan geram tu saja..

'Jika kebahagiaan semakin tipis dan lelaki itu sanggup nak lafazkan talak..mengugut kita itu ini..membuatkan diri tersepit..dan lelaki itu setiap hari melukakan hati kita..memberi rasa sakit yang amat dalam..biarlah hidup sendirian.. Hidup tak akan berakhir..mungkin sedikit rasa kekok kerana pernah tidur berbantal lengan..kita masih ada mak bapak..ada sedara mara yang sentiasa ada di belakang kita..Yang tak akan biarkan kita merempat..Jangan samakan diri kita dengan orang lain..Biar kita jadi diri kita..Jangan rasa bila penceraian itu berlaku, kita tak mampu mengawal nafsu kita..tak mampu menjadi insan mulia..Ingat Allah..Ingat pada hukum hakamNya..berzikirlah tatkala hati dilanda sepi..Insyaallah, kita masih berdiri di landasanNya..'

Friday, August 19, 2011

325. It's Mine

Posted by Iera at 12:52 PM 1 comments Links to this post


Rindu masa umur Aina waktu ni. Sebabnya, Iera dah terlepas part tu. Masa tu Iera teramat bz mengejar kesempurnaan hidup. Syukur Alhamdulillah bila Iera berada di tempat keje sekarang..Iera tak pernah lagi terlepas momen-momen indah bersama Aina.

Thursday, August 18, 2011

324. Oh Aina

Posted by Iera at 12:55 PM 4 comments Links to this post

Di suatu pagi bernama kelmarin.

Aina : Mama, hari ni abah mai x?
Iera : Tak. Mama x bg mai.
Aina : La..awat mama tak bagi abah mai?
Iera : Biar la..mai kerap-kerap buat apa.
Aina : Sat bergaduh, sat baik.. Bagi mama kawin dengan abah baru tau.
Iera : Amboi, pandainya bercakap.
Aina : Mama nak kawin dengan abah x?
Iera : Tak mau.
Aina : Ala..dulu kawin. Ni tak mau kawin.
Iera : Bila mama kawin dengan abah?
Aina : Aina tau la..abah habaq kat Aina. Nanti boleh dapat cincin 2.
Iera : Kalau macam tu, suruh abah beli cincin kat mama dah la. Tapi tak payah kawin..hehe..
Aina : Oo..pandai mama ni..cincin mau tapi kawin tak mau..Nanti Aina bagitau abah baru tau..
Iera : Biar la..

*Setiap hari Aina suruh Iera kawin semula dengan abah dia. Setiap kali berjumpa dengan orang yang Iera kenal, mereka mendoakan Iera kawin semula dengan Mr.X. Tapi setiap kali itu juga Iera mengharapkan ianya tidak akan termakbul. Kalau hidup semakin selesa begini, lebih baik begini saja..Kata orang, hidup tak lengkap tanpa cinta lelaki tapi bagi Iera hidup sudah lengkap dengan kasih sayang anak..( hilang cinta itu perit tapi hilang kasih anak bagai terputus nyawa..)

Tuesday, August 16, 2011

323. Hati Ini

Posted by Iera at 8:52 AM 0 comments Links to this post


Tak ada siapa tahu apa ada dalam hati ini melainkan DIA..Dan kalau Iera laungkan sekuat hati pun tak akan ada siapa faham..Iera dah malas nak ulang lagi. Biar la..Mereka tak faham dan tak pernah nak faham..Hanya tahu menunding jari dan menyalahkan Iera.

Iera rasa ingin lari jauh tapi hanya mampu melangkah kerana kaki masih terikat di bumi. Ingin terbang melepasi awan biru tapi hanya mampu berdiri di tanah kerana sayap telah lama patah. Ingin menyelam dalam ke dasar laut tapi hanya bermain di pinggir air kerana tidak tahu menyelam..

Dan kerana itu..hanya mampu REDHA dan percaya suatu hari nanti pasti mereka akan faham..

Monday, August 15, 2011

322. Alhamdulillah

Posted by Iera at 12:17 PM 0 comments Links to this post
Memang agak susah nak suruh Aina ke sekolah semula. Jenuh memujuk. Pagi Rabu lepas tu pujuk nak belikan KFC lepas Iera balik keje. Dan petang tu, tunaikan juga janji. Hari Khamis buat balik tak mau pi. Paksa pun tak guna. Biarkan aje. Tapi nasib baik Jumaat mau pi tanpa banyak soal. Dan hari ni Aina bangun macam biasa. Tak ada dah itu ini.. Lega sikit hati..

Tuesday, August 9, 2011

321. Bonus Pun Nak Jeles..

Posted by Iera at 2:01 PM 0 comments Links to this post
Iera tulis entry ni pasal terdengar la sikit rungutan dari sorang member kat ofis ni pasal orang gomen dapat bonus raya ni..Itu rezeki depa sebagai penjawat awam..Kita tak yah la nak jeles kat depa..Kita ni tiap-tiap tahun dapat bonus paling sikit pun 3 bulan..Dan Insyaallah, kalau ada rezeki kita lagi..kita akan dapat bonus lebih dari yang kita dapat hari tu..( rajin-rajinlah tengok portal company ye..)

320. Aina Still Tak Mau Ke Sekolah

Posted by Iera at 8:33 AM 0 comments Links to this post

Hari ni Aina tak mau ke sekolah lagi. Kelmarin, Iera ada call cikgu bagitau hal ni. Dan cikgu Aina cakap dia tak tahu pun yang Aina kena tumbuk. Heran kan..Cikgu tu ada minta maaf sebab dia dah terlepas pandang. Ok, fine..

Petangnya, sepupu Iera bagitau kawan Aina yang sorang lagi tengok Aina nangis masa kena tumbuk tu..So, takkan Aina nangis tak ada orang perasan kan..Mak Iera dan adik-adik Iera dah suruh tukar ke sekolah lain dah. Mungkin Aina masih fobia..Kalau terjatuh berdarah tu, hal lain..Ini orang yang buat..

Iera masih dalam usaha memujuk Aina.

Iera : Aina, esok Aina kena pi sekolah, boleh?
Aina : Hanya mengangguk..
Iera : Kalau Aina tak pi sekolah, macam mana Aina nak pandai..Mama keje..Mana mama dan nak ajar Aina macam cikgu ajar..Kan Aina kata nak jadi cikgu..nak jadi doktor..nak bela mama, tok..
Aina : Nak bela tok tam..
Iera : Sebab tu Aina kena ke sekolah..boleh tak?
Aina : Ok..Esok Aina pi..

Tapi tak tahulah..samada esok Aina akan pi ke tak..

Monday, August 8, 2011

319. Dah Seminggu Aina Ponteng

Posted by Iera at 11:42 AM 0 comments Links to this post
Macam yang pernah Iera cerita..Aina tak mau ke sekolah sebab cikgu pukul tapak tangan dengan pembaris..http://iera-lakarankehidupan.blogspot.com/2011/08/318-aina.htmlTapi bukan itu saja..rupanya ada kes lain.. Ada sorang kawan lelaki Aina dah tumbuk mulut Aina..Memang Iera ada perasan yang atas bibir Aina ada bekas cakar..ingatkan Aina garu..kemudian Aina ada bagitau yang mulut sakit kat mak Iera. Mak Iera pun sangka sakit gigi..Sebab bengkak sikit mulut dia. Aina pulak bukannya nak bagitau hal sebenar..

Pagi Jumaat tu, masa Iera sapu bedak kat pipi Aina tersentuh la luka tu..Kemudian Iera tanyalah Aina.

Iera : Kenapa Aina garu sampai macam ni..nanti tak lawalah..
Aina : Bukan Aina garu..
Iera : Habis tu..kena apa? Ada binatang gigit ka?
Aina : Tak..kawan tumbuk..
Iera : Betul ka kawan tumbuk? Jangan tipu mama..
Aina : Betul..Firman tumbuk Aina..
Iera : Satgi mama tel cikgu tanya pasal ni? ( Nak uji..kalau Aina bohong, dia akan berdalih )
Aina : Ok.
Iera : Mama pi tanya Firman ye..betul ka dia tumbuk mulut Aina..
Aina : Mengangguk..Sambil kata..Dulu dia tumbuk kepala Aina..berdarah..la ni dia tumbuk mulut Aina pulak..
Iera : Aina ada kata apa-apa kat dia ka? Marah dia ka?
Aina : Tak..
Iera : Ok..nanti mama pi jumpa cikgu dan Firman..

Ni dah dua kali budak yang sama buat macam tu kat Aina. Hari tu, dia tumbuk kepala Aina sampai berdarah..Ni dia tumbuk pulak mulut Aina. Memang la budak-budak tapi kalau dah smapai berdarah..Iera takkan serang cuma nak tau je kenapa budak tu buat macam tu kat Aina..Mungkin salah Aina ke..

Hari ini pun, Aina tak mau ke sekolah lagi..Padahal Aina memang minat ke sekolah. Iera tak berjumpa lagi cikgu dan budak tu. Esok barulah Iera nak ke sekolah Aina. Bukan tak ambik berat hal ini tapi Iera nak tanya Aina betul-betul sebelum ambil apa-apa tindakan walaupun Iera tahu Aina tak berbohong.
Iera : Betul ka kawan tumbuk

Thursday, August 4, 2011

318. Aina..

Posted by Iera at 8:49 AM 0 comments Links to this post

Pagi tadi Iera marah teruk kat Aina. Sebabnya dia tak mau pi sekolah. Hari Isnin hari tu memang Aina demam. Sampai lah kelmarin barulah dia ok. Iera kejut la dia bangun. Tapi dia bagitau tak mau pi sekolah. Iera apa lagi marah kat dia la. Paksa juga dia mandi. Bila time nak pakai baju, dia tengok Iera pegang baju sekolah..dia nangis..

Iera pun capai hanger ( Aina memang takut kalau Iera pegang hanger ). Saja nak acah dia je..Tapi dia still nangis tak mau pi sekolah. Lepas tu Iera tanya dia..

Iera : Aina tak mau pi sekolah kenapa? Cakap kat mama..
Aina : Cikgu marah Aina..( sambil nangis )
Iera : Bila cikgu marah Aina?
Aina : Jumaat hari tu..
Iera : Kenapa cikgu marah Aina?
Aina : Aina tak reti lukis kucing..
Iera : Betul cikgu marah Aina sebab tak reti lukis kucing? Nanti mama tanya cikgu ya..( untuk confirm sekali lagi..Iera tak mau Aina berbohong..)
Aina : Betul..Cikgu pukul tangan Aina..
Iera : Betul cikgu pukul? Pukul dengan apa?
Aina : Dengan pembaris..
Iera : Ok, nanti mama tel cikgu..Betul Aina tak tipu kan..
Aina : Tak..

Lastnya, memang Aina tak pi sekolah hari ni. Iera memang tak kisah kalau cikgu tu nak marah kat Aina. Cuma bila terlampau marah sangat, budak-budak takut. Mungkin betul, ketegasan tu penting supaya budak-budak pandai dan tidak manja..tapi bila terlampau tegas sangat..minat nak sekolah hilang..Tapi tak apalah..Aina dah janji nak ke sekolah Isnin nanti..

*Pengajaran : Kadang-kadang ada reason kenapa anak-anak tak mau pi sekolah...

Wednesday, August 3, 2011

317. Puasa

Posted by Iera at 12:16 PM 2 comments Links to this post
1st day puasa, adalah 1st day hari bekerja..Isnin memang selalu dikaitkan dengan Monday Blues...tapi kan...Isnin adalah hari yang teramat sibuk bagi Iera..Sebab 2 hari dah cuti kan..Keje berlambak..Sepanjang bulan tanpa rest..badan mulalah tak sedap..Letih teramat sangat..Terpaksa OT jugak..Kalau tak OT, keje memang tak luak..Balik kelam kabut..sampai rumah je dah berbuka..Menu? Rembat je makanan orang lain..hehe..Sebabnya memang tak sempat beli..

2nd day..terlupa nak suruh mak tapau..nasib baik mak dah beli untuk Aina..Tel mak, mak dah sampai rumah..Ingatkan nak singgah kedai makan kat rumah tu..tapi tutup pulak..balik terus je lah..Kalau naik motor senang je nak menyinggah mana-mana..Ni naik kereta..dah tu dah pukul 7 lebih..mesti susah nak cari park..( sebenarnya malas nak singgah hehe..).Ambik nasi ayam Aina ( tak boleh nak ambik banyak-banyak..nanti tak cukup budak tu makan..), mak ada beli kuih..makan itu ajelah.. Alhamdulillah..kenyang jugak...

Nak makan penuh meja? Kena tunggu hari cuti baru boleh..Ditambah pulak kalau semua balik..memang meriah..

*Bulan puasa ni memang menguji sungguh kesabaran kat tempat keje..Sabar ajelah..

Monday, August 1, 2011

Gio - Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Male- Full Version)

Posted by Iera at 12:46 PM 0 comments Links to this post


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea