Followers

Friday, January 28, 2011

248. Demam Pulak

Posted by Iera at 8:50 AM 2 comments
Dah dua orang kat ofis demam. Iera ingatkan terlepas lah dari virus ni. Sebab tak ada tanda-tanda langsung. Tapi bangun je pagi kelmarin terus badan rasa sengal-sengal. Ingatkan ok. Sebab ikutkan Iera memang boleh tahan kalau setakat rasa nak demam. Tapi bila kena udara yang sejuk masa nak pi keje, terus rasa lain macam. Masuk ofis terkena aircond lagilah terasa. Pukul 8.30 masuk ofis, pukul 9.30 balik. Sempat settle keje yang urgent.

Balik rumah, tak ke klinik lagi. Nak rest dulu. Masa on the way nak balik, kepala dah berpusing-pusing. Tapi tahan jugak. Nasib baik time tu jalan lengang bolehlah pecut laju sikit. Tengah tido, ex call nak jumpa lepas keje sebab nak bagi duit sara Aina untuk bulan ni. Tapi bila Iera cakap ada kat rumah, terus dia ajak ke McD lepas Aina balik sekolah nanti. So, Iera tak yah la bawak motor sendiri ke klinik nanti.

Lepas ambik Aina balik sekolah, tidur semula. Ex call pukul 2 ptg suruh keluar. Dia on the way dah. Kelam kabut la sebab tengah tidur kan. Pi McD dulu. Masuk je dalam McD orang semua tengok Aina. Mau taknya, mulut dia yang pot pet tu dengar satu McD. Sampaikan abah dia terpaksa buat syyy..suruh pelan sikit suara.hehe..

Tapi selera tak ada. Prosperity burger langsung tak sentuh. Aina dan abah dia yang sihat tu makan sedap je..Aina tak henti-henti cerita itu ini.

Ex : Makanlah..( dia suruh Iera makan )
Iera : Tak mau..tak selera..
Ex : Makan la sikit.
Aina : Abah..abah marah mama ka?
Ex : Bila abah marah mama. Abah suruh mama makan..
Aina : O..ingatkan abah marah mama.

Aina : Abah..Aina nak kawin..
Ex : Aik, sekolah tak habis lagi nak kawiin dah..
Aina : Aina kan besar dah..boleh la kawin..
Iera : Kena sekolah pandai-pandai dulu..Bila dah masuk U, dah keje baru boleh kawin. Kalau tak nak beli rumah macam mana..nak bela mama lagi..
Ex : Pi sekolah dulu..Belajar pandai-pandai..
Aina : Tapi Aina dah besar dah..

Iera dan ex hanya geleng kepala tengok Aina. Tau sebut je tapi tak tau apa makna kahwin tu.

Terpaksa bawak balik burger dan kentang yang tak disentuh tu. Pastu terus ke klinik yang selalu Iera pi. Ex tunggu kat dalam kereta. Tapi Aina tetap dengan ramahnya. Masuk je dalam bilik doktor tegur macam-macam.

Aina : Kenapa mama tak tidur atas ni. ( Tunjuk katil kat sebelah kanak Iera. )
Iera : Bukannya mama sakit teruk pun.
Doktor : Tersenyum sambil kata..Aina nak tidur atas tu tak? Tapi kena cucuk la..
Aina : Kena cucuk tak maulah..
Iera dan Doktor : Tersenyum..

Tapi Aina paling happy sebab sebelum keluar bilik tu, doktor bagi vitamin kat dia. Macam yang selalu dia dapat bila pi klinik tu.

Balik rumah, makan ubat dan terus tidur sampai lah mak Iera balik keje. Tapi hari ni tak pi keje lagi sebab still terasa tak sihat. Lebih baik rest kat rumah dari ke ofis tapi menyusahkan orang pulak nanti.

Apa pun, thanks untuk ex sebab sudi happykan Aina dan bawak Iera ke klinik..

Wednesday, January 26, 2011

247. Apa Saja..

Posted by Iera at 8:57 PM 2 comments

Memang ex ada inform Iera 2 minggu lepas yang dia nak keje tempat lain. Ada offer dari company lain. Tapi bukan keje macam sekarang. Kali ni dia nak bawak lori. Yelah, dah keluar duit ambik lesen GDL takkan nak peram sajakan. Dan dia mintak Iera sediakan surat berhenti. Macam biasa kan..

Tadi masa Iera call ex pasal Aina ( rutin wajib time gaji..hehe..)ex dah pun berhenti kat company sekarang. Dia akan start keje 1hb ni kat company baru. Cuma sekarang ni dia kena belajar la selok belok jalan. Tak tau lah samada dia akan masuk Port lagi ke tak. Yang Iera tengok, ada jugak lori-lori company baru dia tu dok masuk ambik barang dalam Port.

Iera pun ada tanya dia pasal ni. Samada dia nekad ke apa ke..Dan dia memang dah nekad. Gaji sekarang hanya cukup untuk Aina dan dia je..Halah..nak simpan duit kawin tak cukup..Kenalah buat keputusan tepat kan..

Iera ada cakap kat dia :

'Apa pun yang u nak buat, I tak kisah. U yang tahu mana yang terbaik. Tapi, I cuma harap keputusan U ni tak menjejaskan kepentingan Aina. Aina kian besar. Permintaan dia macam-macam. Sebagai mama, I nak Aina hidup macam anak orang lain jugak. Kalau boleh, apa yang tak pernah kita dapat masa kita kecik dulu disebabkan mak bapak kita tak mampu..I nak Aina dapat semua tu..Dan I nak Aina dapat belajar dengan sempurna tanpa kekurangan apa pun..I tahu, U pun nak simpan duit untuk kawin kan..I tak halang U..Tapi biarlah sama adil..I akan menyokong U.'

Ikhlas dari hati Iera..Dan sekarang pun, Iera selalu check kat webs kerja kosong kat gov. Mana yang sesuai dengan kelayakan dia, Iera akan apply. Walau tak pernah dapat panggilan interview lagi..tapi Iera tetap apply jugak..Fikir dia tu abah Aina. Kalau senang dia..senang lah Aina.

Cuma Iera harap dia tak lupa daratan bila dah senang nanti..Ini saja yang boleh Iera bantu dia..Walau dia pernah turis hati Iera..tapi dengan kasih sayang Aina, Iera dapat melembutkan hati dan mengakui bahawa sejauh mana pun Iera lari..kenyataan tetap satu. Dia tu abah Aina.

246. Outing Hot Mama

Posted by Iera at 1:20 PM 2 comments
Planning ni dari member Iera Yatie. Saja nak restkan kepala..minda..tak mau fikir pasal keje. Tempat nak rest tu tak plan. Main redah mana yang terlintas kat kepala. Bila Yatie dan Yus dah dapat green light dari asben masing-masing, tu kira confirm jadilah..

Lepas hantar Aina ke sekolah, Iera dan Yus tunggu Yatie kat nursery Wani keje. Lagipun Iera nak park motorsikal kat sana. Yang boleh drift pun Yatie ajelah..Mula-mula plan breakfast dulu. Atas cadangan Yus, kami pi breakfast kat Jalan Transfer. Roti canai kuah daging dan roti bakaq..Memang sempoi habis roti canai tu..Macam tak cukup..tapi cek malu nak habaq...Gerai roti canai ni pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan tau..

Perut pun kenyang..singgah beli jajan..Bayangkan 3 orang je nak makan..jajan tu penuh satu beg besar..Nafsu apa ntah ni..Sampai kat Taman Rimba..orang tak berapa ramai..Kira kenalah dengan plan kami nak release tension kan..


Pic ni Yus ambik untuk Iera. Katanya sesuai untuk Iera..haha..Padahal kita dah mak dara tau..


Masa baru sampai. Tengok tu jajan dalam beg palstik..banyak kan..


Iera dan Yatie..Comel kan..


Iera dan Yus..Pun cute..


Posing-posing..


My bestfriends..

Tapi rugi lah sebab tak bawak baju mandi..Air sejuk je..Dah tu orang pun tak berapa ramai. Lepak sana sampai pukul 2 petang..Kemudian plan nak pi makan tengahari yang dah petang tu..


Yus yang tengah pregnant..Tapi still maintan je badan dia..


Posing sebelum balik..

Kami makan kat Batu Ferringhi.. Walau tak sedap..tapi telan jugaklah sebab perut dah lapar kan..Masa tengah makan dok terfikir-fikir destinasi seterusnya. Mula-mula ingat nak tengok movie tapi terus tukar pi karaoke..Wah, dah lama tak melalak kat karaoke..

Sampai kat Sunway Karaoke, dah pukul 4.30 petang. Mamat yang jaga karaoke tu..memang hensem giler..Padanlah dengan keje dia tu jadi cashier karaoke..hehe..Book 2 jam RM45. Dah lama tak melalak kan..( tapi sebenarnya Iera memang selalu melalak kat rumah..hehe..). Tabik la kat Yatie..Suara dia memang power giler..Sama taraf key Siti Nurhaliza..Yus pun apa kurangnya..

Cukup je 2 jam..balik. Yatie hantar Iera kat rumah Wanie. Memang best sangat outing ni. Thanks to Yus dan Yatie..Friends for ever..

Photo : Sumber dari Yus..

245. Alhamdulillah..

Posted by Iera at 12:47 PM 0 comments

25hb announcement dan meeting bulanan. Memang tak sabar nak dengar..Sebabnya melibatkan RM..duit kan..sapa tak mau..Bonus tahunan.. Dup dap dup dap..sebab tak tau tahun ni nak dapat berapa %.

Pukul 3.30petang, Country Manager datang. Siap bawak karipap berjenis-jenis. Ada inti daging, ayam, ubi..Sambil dengar announcement sambil makan..Tu kira berita baik la tu..Mana-mana announcement kat company ni mesti ada slide..Supaya senang staff faham..

Alhamdulillah..dapat diluar jangkaan dan jangkauan..Memang padanlah dengan usaha tahun lepas..Semua rasa bersyukur sangat..Tapi..mesti ada tapi..company akan bayar 3x..Hujung bulan ni..hujung bulan 2 dan hujung bulan 6. Apa-apa ajelah..janji dapat kan..

Planning? Tak ada lagi..sebab nak tengok duit tu masyuk dulu..Yang ada dalam kepala ni..cuma nak simpan untuk Aina je..Itu je..

Tuesday, January 25, 2011

244. Bengang

Posted by Iera at 12:03 PM 2 comments

Iera memang rasa tak puas hati sekarang ni dengan kerja dan officemate Iera. Sejak kebelakangan ni Iera Nampak ketara sangat perangai depa. Sepatutnya barang incoming tu diletak kat rak..tapi ni tak..Asben sepupu Iera ( Wan ) , akan skype si member Iera tu..dan member Iera akan keluar ambik barang. Kalau ada barang yang nak kena buat Hardness test je akan diletak kat rak..Wah, ni macam sudah lebih..

Hardness test ni memang rumit sikit keje dia..Sebab nak kena cut screw, kemudian buat mould, pastu grind dan kena check guna HV Machined untuk dapat result kekuatan screw tu..Kadang-kadang screw tu besar..Bayangkan saiz M6 nak kena cut dengan gergaji..pakai tenaga tu..Dan si member Iera ni memang tak suka buat Hardness test..sebab rumit katanya..

Dah tu, sekarang ni sample untuk FA ( First Article ) pun Wan ni pass kat member Iera tu je..Iera langsung tak sentuh FA sejak masuk tahun baru ni..FA ni adalah request dari customer. Semuanya member Iera pulun buat kat dia..

Kelmarin, bila ada point, Iera pun sound la..Yelah..Kalau diam je, Iera mai keje duduk saja..HOD akan check setiap hujung bulan result bulanan. Syatems automatic akan mention nama orang yang buat keje..berapa peratus..sebab kat ofis Iera ni memang 100% guna systems. Kalau macam ni, prestasi Iera takkan tally dengan dia..sebab keje kami sama..HOD nak result kami sama..ataupun salah sorang extra sikit tapi jangan terlampau banyak sangat perbezaan..So, macam mana kalau Iera langsung tak buat apa kan..

Dari Iera start keje kat situ 2007 sampai la 2010..memang % Iera membanggakan..bukan kerana Iera kejam macam depa buat kat Iera tapi atas member Iera sendiri..Dah dia biarkan barang-barang tu tersadai kat rak tu je, takkan Iera nak biar..Nanti sales akan bising sebab part depa tak release lagi kat systems. So, Iera ambik buat lah..

Tapi Iera tak nak tuduh la sekarang ni samada depa berpakat or tak untuk jatuhkan Iera. Sebabnya Wan tu memang dah kena warning dengan sepupu Iera tu dulu. Jangan closed dengan Iera. Pernah ada kes, sebelum depa kawin, sepupu Iera thinking negative kat Iera kononnya Iera nak rampas pakwe dia tu..Agak-agak la, wei..Tengok dulu apa kemampuan asben hang tu..setakat cukup makan, sorry la..Iera rela hidup sorang macam ni..Iera memang Nampak ketara sangat..Itulah susah bila asben wife keje sekali pastu cemburu tak kena gaya..

Kelmarin, Iera betul-betul tak boleh nak simpan.. Iera sound terus..Pastu si member Iera t uterus letak status FB ‘tersentap dengan kata-kata’..Lantak hang lah.Iera dah tak perduli..Dan Iera tengah tunggu masa untuk complain kat HOD kalau hal ni berterusan lagi..Iera dah tak mau diam dah..

243. Dia Buat Lagi

Posted by Iera at 12:02 PM 0 comments


Dia dah start balik dah. Walaupun bukan Iera yang kena tapi Yus dan Yatie. Cukup-cukup la setakat kes dulu. Buat apa la nak cari pasal lagi. Kalau pun duduk sebelah menyebelah, buat tak tahu sudah la kalau tak suka. Ni saja je nak cari pasal. Dah la yang tersenarai follower tu bukannya kenal pun. Buat malu je kat depa..

Umur kita dah 32 tahun 2011 ni,wei..Takkan nak buat perangai macam masa umur 12 tahun kot..Ntah la apa nak jadi..

Bila nak slow talk, letak phone. Siap berlagak lagi.. Siap kait asben-asben..Apa kena la asben-asben dalam kes ni..Ntah la..Malas nak fikir..

Monday, January 24, 2011

242. Outing

Posted by Iera at 1:16 PM 3 comments
Masa pertengahan bulan 12 hari tu, ex ajak Iera dan Aina keluar makan angin. Dah lama dia teringin nak bawak Aina. Alang-alang dah bawak Aina, mestilah kena bawak Iera kan..Mulanya ingat dia nak ajak pi mkn KFC je tapi dia ajak Iera pi Batu Ferringhi. Dengan motorsikal. Sebabnya kereta dia mak dia naik pi kenduri. Tahu dek mak Iera, memang mampos Iera..hehe..

Aina punyalah excited..Yelah, dah lama dia idamkan nak pi pantai. Nak main air laut. Ni baru dapat peluang. Iera memang tak fikir apa..cuma fikir kebahagiaan Aina je..

Masa ni baru lepas makan KFC.

Seronok bila dah jumpa air.

Boring..Bila anak dan abah pinggirkan mama..huhu..

Tengok tu..


Memang dah lama Iera tak ke Batu Ferringhi dengan ex. Tapi demi Aina, Iera tolak ketepi semua rasa. Aina happy sangat bila dapat bersama abah dia. Sikit-sikit abah itu..sikit-sikit abah ini..Walau hanya spend masa 4,5 jam untuk Aina tapi sudah cukup untuk memuaskan hati Aina.

Masa on the way nak balik, Aina tertidur. Time ni Iera mula la terfikir macam-macam.. Ada rahmatnya disebalik apa yang terjadi dulu. Bayangkan kalau kami terpaksa ke sana sini bawak Aina hanya dengan motorsikal..dah tu hujan ke..tayar pancit ke..Pengalaman ni pun dah cukup buat Iera rasa bahawa Iera tak mau Aina rasa susah macam yang Iera selalu tengok terjadi kat orang lain. Pada kawan Iera yang belum berkahwin, Iera berpesan..better ada kereta sebelum kahwin or ada anak..

Pinggang ni tak usahlah cakap. Lenguh tak terkira. Bayangkan dari Batu Ferringhi nak balik ke BM. Nak ampu Aina yang tertidur tu..Dah serik..Iera cakap kat ex, nak ke mana-mana nanti dah tak mau naik motorsikal..Dah tak sanggup..Bukan nak demand, kesian kat Aina.

Apapun, Aina memang happy. Sampai rumah terus cerita kat mak Iera yang dia mandi pantai dengan abah dia..Nasib baik dia tak bagitau pi naik apa..hehe..

241. Aina Dah Sekolah

Posted by Iera at 1:12 PM 0 comments

Bulan 10 hari tu Iera registered Aina kat Tabika Perpaduan. Asalnya nak hantar ke Pra-Sek tapi memandangkan tak ada sapa nak pick up dia lepas turun bas sekolah, kena hantar kat tabika sajalah. Tok mengasuh Aina masih sihat cuma dah tak boleh berjalan jauh. Dapat je surat tawaran, mula la excited. Awal-awal lagi Iera dah ingatkan abah Aina tentang hal ni. Dan Alhamdulillah..dia bersetuju untuk bayar yuran sekolah Aina.

Persediaan pun bermula. Beg sekolah..kasut..alat tulis..itu ini..semuanya nampak je mudah tapi memandangkan Aina ni banyak permintaannya..ambik masa jugak nak sediakan smua tu. Beg sekolah BEN 10, alat tulis BEN 10..nak minyak rambut..nak cekak..nak minyak wangi ( cik wani dia ajar ), itu ini..bla..bla..Semuanya ditunaikan asalkan dia nak belajar.

Alhamdulillah..Aina langsung tak buat hal. Iera just hantar dan terus balik. Mungkin Aina dah biasa tinggal di rumah mengasuh dari kecil. Jadi, dia tak ada masalah. Lagipun, Aina memang suka sangat bila dapat tau yang dia akan ke sekolah.

Iera akan hantar Aina waktu pagi tapi bila balik Tabika, Mak Njang Iera yang akan jemput dan kemudian hantar Aina ke rumah mengasuh. Macam tulah rutin hari-hari..Masa hantar beg pakaian Aina kat rumah mengasuh sebelum pi sekolah, tok mengasuh Aina akan pesan kat Aina :

'Belajar rajin-rajin..Belajar sampai pandai..'

Aina akan jawab :

'Baik, tok.'

'Alhamdulillah..'

Setakat hari ni, Aina tak buat hal..Cuma ada sekali tu Aina menangis masa sampai depan pintu sekolah. Sebabnya dia tak suka kat sorang budak lelaki tu. Budak tu selalu ambik pensel warna dia dan buang. Tapi Iera dah polish otak Aina. Takut minat nak ke sekolah dah luntur..Nasib baik Aina ok..

240. Krismas Lunch

Posted by Iera at 12:49 PM 0 comments
Lepas balik dari Dinner hari tu, still ada lagi activitie. Krismas lunch kat Equatorial Hotel, Penang. Semua wajib pakai baju warna merah. Hanya dress atau blouse je dibenarkan pakai. Yelah, nak masuk 5 star hotel kan..mana boleh pakai lekeh-lekeh..

Minggu tu kelam kabut cari baju. Time ni pulak baju warna merah tak ada. Kalau ada pun untuk yang bersaiz S je..Masa nilah, mulalah rasa betapa susahnya jadi orang bersaiz XL ni..Mulalah nak pulun diet..hehe..

Tapi dapat jugak baju tu kat Megamall. Dah tu siap ada discount lagi. Kira last choice dah. Sesuai tak sesuai belakang kira. Dah tu kena cari hadiah RM15 ke atas. Untuk tukar-tukar nanti.

Bila Iera pakai je baju tu pi ofis, ada jugak hati yang tak puas hati. Lantak kat hang lah..Terus terang cakap, kalau nak berlawa ke majlis apa pun, mana boleh kedekut duit..jangan ambik mudah je..Bila orang pakai lawa-lawa, nak iri hati..

Iera tumpang member Iera tu. Lagipun kalau drive untuk ke aktiviti company boleh claim. RM75 tu..Tak kira dekat ke jauh..Sampai kat sana makan dulu. Buffet. Makan memang tak hingat dunia. Tambah pulak Tiramisu yang sedap tu..hehe..


Game pun bermula. Satu nama akan dicabut dan dia akan cabut no untuk dapatkan hadiah. Dia akan bukak hadiah yang dia dapat. Bila nama kedua dipanggil, orang yang kedua boleh tikam hadiah orang pertama. Tapi kalau orang kedua tak mau tikam hadiah orang pertama pun boleh. Hadiah mati apabila tiga kali ditikam. Begitulah seterusnya.




Ni hadiah yang Iera beli.

Dan Iera dapat hadiah balang coklat yang siap ada coklat kat dalam tu. Kat belakang balang tu boleh masukkan syiling. Nasib baik tak ada orang yang minat dengan hadiah Iera ni..Tapi tulah, kesian kat member Iera yang sorang tu..Hadiah yang dia dapat asyik kena tikam je..Dah tu semua hadiah dia dapat sempoi-sempoi pulak..Yang paling Iera geram bila hadiah dia tu, sepupu Iera tikam. Memang tak perikemanusiaan langsung. Walaupun itu ada permainan tapi Iera kenal sangat dengan perangai dia..


Habis lunch pukul 3..Sampai kat ofis dah dekat pukul 4. Buat keje sikit kemudian balik..

Sunday, January 23, 2011

239. New Update 4

Posted by Iera at 4:35 PM 0 comments
Esoknya, planning nak bangun pukul 7pg. Konon-kononnya nak pergi mandi air laut tapi tersasar tidur sampai pukul 7.30pg. Buat keputusan terus bersiap cantik-cantik. Dah tak mau nak mandi laut sebab takut rushing nanti. Lepas breakfast, lepak sekejap kat tepi kolam renang. Shikin dan asben dia still lagi berpakaian biasa. Nak mandi laut. Kemudian Iera dan Wani balik ke bilik. Check lagi sekali barang-barang..takut tertinggal. Alamak, datang dengan sorang 2 beg yang ringan tapi balik sarat 2 biji beg tu..

Tengok cerita kereta bercakap tu ( lupa la pulak tajuk dia..hehe..)Pukul 11.30, Shikin kelam kabut call nak mintak barang make up. Dia baru sudah mandi laut..Tu lah..nasib baik Iera dan Wani tak join sekali. Lepas tu berkumpul ramai-ramai kat depan lobby. Nak serah balik kunci bilik kat Pengerusi ECT.

Pukul 12 tengahari check out. Dan terus naik bas ke jeti. Boat dah sedia menanti kat sana. Kali ni ambik angin kat luar sambil posing-posing..hehe..





Sampai kat Lumut dalam pukul 1petang. Letak beg kat satu tempat. Dna kami berempat mulalah shopping. Cari T'shirt untuk 4 orang anak sedara dan Aina. Untuk mak dan diri sendiri jugak. Kemudian cari key chain sebagai sauvinier untuk sahabat taulan yang rapat. Iera dan Wani tak lunch. Cuma minum je. Rasa kenyang masih ada sebab masa tengok movie dalam bilik tadi dah melantak jajan..

Lepas tu shopping pulak barang makanan untuk diri sendiri dan yang dipesan. Penuh 1 beg palstic besar..Tu yang Iera punya..Tak termasuk yang Wani. Bermakna balik sorang akan bawak 3 beg..Tapi bukan selalu kan..Entah bila pulak akan datnag sini..




Pukul 3 ptg berkumpul semula di tempat yang dijanjikan. Atas bas, memang dah tak ingat apa. Tidur je dari naik bas sampai lah sampai kat Seberang Jaya. Pukul 7ptg tiba kat sana. Kemudian berjalan masuk ke kawasan perumahan kawan Iera. Hampir 20 minit jugak berjalan. Lenguh dan letih tak usahlah nak cakap. Shikin dan asben dia nak singgah kat Tesco. Kami dua ok jer..Lagipun dah planning nak makan KFC.



Sampai rumah, bahagi siap-siap barang makanan untuk adik-adik dan kawan-kawan. Sebab esok dah keje. Iera memang tak ambik cuti. Walaupun penat tapi rasa sangat berbaloi..Peluk cium Aina yang dah demam sebab ditinggalkan..Memang Iera tak pernah tinggalkan Aina..Dan yang nak tergelak bila Aina cakap :

'Aina bangun tengok mama dah lari tinggalkan Aina..'

Monday, January 3, 2011

238. New Update 3

Posted by Iera at 12:55 PM 0 comments
Sambungan dari Dinner..

Seperti yang Iera bagitau, tema tahun ni ( 2010 )adalah baju tidur. Mungkin baju tidur yang Iera pakai malam tu agak menyakitkan mata sesetengah orang tapi terpulang la kepada pandangan masing-masing. Walau makanan adalah buffet tapi activitie dibuat di dalam ballroom. Pukul 6 petang kami kena melaporkan diri.

Setiap orang akan menerima door gift dari ECT team termasuk family yang join. Di dalam beg tu ada sepasang kasut tidur yang comel dan misteri gift. Ada yang dapat panties, pantyliner, alat urut badan dan sebagainya..Iera dapat Kotex 20pcs..









Acara di mulakan dengan ucapan pembukaan dari Country Manager. Kemudian disusuli dengan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah ditaja oleh customer-customer dan supplier-supplier company Iera. Macam tahun lepas jugak, Iera mendapat Baucer Parkson. Walaupun mengidam Ipod tapi tetap bersyukur dengan rezeki yang dah ditakdirkan untuk Iera.

Kemudian, acara untuk kanak-kanak dimulakan. Kerusi berirama. Iera turut join game kerusi berirama untuk orang dewasa dan Jangan Lupa Step Menari. Walau tak menang tapi Iera dapat tempat kedua.







Dan inilah Pemenang Pyjamas Terbaik. Iera pun turut tersenarai dalam Top 3 Pyjamas terbaik tahun ni..Menang kalah tu adatlah. Semuanya hanya untuk fun. Dinner habis lebih kurang pukul 10malam. Balik rest sekejap kat bilik. Kesempatan tu kemas siap-siap barang-barang yang nak dibawak balik esok. Bukan apa takut rushing esoknya.

Pukul 11 lebih berkumpul kat kolam renang sambil berborak kosong dengan member-member yang lain. Time ni sajalah dapat berhimpun..Sambil layan lagu disko..hehe..
Bila mata dah mengantuk, masing-masing beredar ke bilik..Letak je kepala, dah tak hingat dunia..zzzz..

237. New Update 2

Posted by Iera at 8:37 AM 0 comments
Sambung pasal Pangkor..

Team building diadakan kat pantai. Kumpulan di bahagi kepada 2..iaitu team A dan tea B. Iera dan Wani berada dalam team B. Setiap kumpulan mesti pilih sorang ketua. Dan ketua Iera adalah Alfred. Game pertama adalah bawak belon dengan partner. Kena buat 2 round. Bila partner kedua dah sampai ke garisan penamat, sorang ahli akan pijak atas peha sorang team sambil memberi jawapan Soduku. Tapi boleh dibantu ahli team yang lain. Of course lah yang pijak atas ahli tu budak kan.. Sebab akan ambik masa jugak untuk sudahkan Soduku tu.

Game 2 adalah Bina Castle. Tapi dalam masa yang sama kena korek lubang sedalam yang mungkin dan kena tanam sorang team dan hiaskan ahli yang ditanam tu dengan secantik mungkin. Iera membantu 2,3 orang team membuat castle. Wani pulak membantu yang lain menanam sorang team. Walau mudah tapi sebenarnya memerlukan daya kreativiti yang tinggi..memerlukan idea..Dan team Iera menang dalam game ni.

Game 3 memang senang, cuma isikan air laut ke dalam plastik dan kemudian ikat sebanyak mana yang boleh. Selepas tu, kuantiti plastik air tu akan dikira. Pemenang untuk keseluruhan game akan diumumkan pada dinner malam tu.

Sebelum bersurai, seperti biasa..acara baling membaling..Air yang diisi dalam plastik tu dibaling ke arah sesiapa saja yang kita suka. Tapi Iera cuma baling main-main saja, walaupun acara ni kira balas dendam tapi Iera tak berapa suka acara ni.

Pukul 3 game tamat. Dan time ni Iera dan Wani terus ke bilik. Nak restkan badan dan mandi. Malam ni ada Annual Dinner. Walaupun tema simple tapi kena ready jugak..

Continue..

236. New Update

Posted by Iera at 12:16 AM 0 comments
Kebelakangan ni Iera agak bz dengan self assessment. Lepas je submit self assessment kena ready untuk trip dan annual dinner. Self assessment ni penting untuk kenaikan gaji dan bonus. Agak susah nak submit kat system disebabkan ada officemate. Bukan nak kedekut ilmu tapi ini melibatkan prestasi keje. Lagipun, kita perlu tahu apa yang dah kita buat sepanjang 6 bln kedua ni..Iera terpaksa save dulu dalam pen drive kat rumah dan kemudian copy paste ke system kat tempat keje. Dengan cara ni lebih cepat. Alhamdulillah, Iera yakin dengan apa yang dah Iera submit.

Tahun ni company Iera buat trip ke Pangkor. Kira 3 in 1. Trip + team building + annual dinner. Semuanya ditanggung dan company Iera berbesar hati invite family or siapa saja untuk join tapi kena pay. Jadi, awal-awal lagi Iera dah ajak adik Iera, Wani. Iera tak harap sangat kat member Iera yang sorang tu. Last2 minute dia boleh cancel. Tema tahun ni adalah baju tidur. Country Manager yang cadangkan supaya different dari lain. Lagipun senang, lepas je dinner terus gedebum atas katil..hehe..

Memang nampak je mudah tapi sebenarnya susah jugak nak cari baju tidur yang sempoi sebab ada Award untuk Pyjamas terbaik. Dalam sebulan sebelum bertolak, Iera survey banyak kedai dan Iera terjumpa satu baju tidur tu. Memang fikir banyak kali jugak nak beli baju tidur tapi Iera balik tanya mak dulu. Bila mak bagi green light, barulah Iera beli baju tu. Memang agak seksi dan menjolok mata tapi terpulang pada pendirian masing-masing.

Seperti yang dirasakan, ofismate Iera yang sorang tu tarik diri. Kononnya ada hal family. Tak kisahlah..kalau pun Wani tak pi, Iera tetap pi jugak..

Pukul 4 pagi iera dah bangun. Bersiap dan bertolak dari rumah pukul 5.30pagi. Iera dan Wani menumpang sepupu Iera dan asben dia yang kebetulan keje sekali dengan Iera. Kami ke rumah member Iera yang tinggal kat Taman Arowana. Sebab Wan ( asben sepupu ) nak park kereta kat situ. Selepas tu, kami breakfast kat Nasi Kandar Subaidah. Pukul 7 tepat bas pun tiba. Ada lebih kurang 8 kerusi kosong walaupun selepas kami naik..

Masing-masing melelapkan mata tapi lebih kurang pukul 8 pagi, game bermula. Sesuatu yang kami tak jangkakan. Ingatkan boleh pejamkan mata..hehe..Mula-mula main bingo. Kena lawan dengan partner sebelah. Kalau menang dapat la biskut sebungkus. Lepas je game tu, kena main game cari benda tersembunyi. Time ni lah Iera dah mula rasa semacam je. Apa taknya tengok gambar yang halus-halus. Lagipun Iera memang alah bila baca ke, tengok gambar ke time kereta or bas bergerak. Memusing kepala.. kepala 2nd hand katakan.. Iera tak habiskan game tu sebab dah tak tahan sangat. Surrender awal-awal..

Lepas rest sekejap, sambung pulak game yang seterusnya. Masa ni Iera memang tak main dah. Pejam mata je. Sepupu Iera, Shikin pun dah tak tahan. Dia hamper nak muntah.. tapi nasib baik sempat jugak sampai ke Lumut. Dalam hati Iera merungut jugak..orang yang buat quiz tu takpelah..sebab bukan dia yang pergi..dia cuma buatkan je..



Baru sampai kat Lumut.

Atas bas.


Sampai kat Lumut lebih kurang pukul 10 lebih. Sempat ambik gambar. Tapi tak berapa lama selepas tu hujan turun dengan lebatnya. Feri pukul 11 pagi. Masa dalam feri Iera dan Wani tidur. Walau bukan tidur yang sebenarnya tapi cukup untuk restkan kepala yang sarat. Macam ada batu. 40 min selepas tu sampai kat resort tu. Hornbill Resort, pulau private.

Bilik tidur


Permandangan dari lobby.


Kami lunch dulu sebelum check in. Buffet memang sedap bila perut tengah lapar. Time ni tibai je apa nak makan..Dah tak fikir pasal berat badan.. Kenyang je, terus masuk bilik untuk mandi dan rest. Sebab pukul 1 petang ada aktiviti. Bilik memang sempoi..Rasa puas hati sangat. Sementara Iera mandi Wani simpan barang-barang.

Pukul 1 ptepat, kami berada di pantai. Tapi photo tak dapat nak upload sebab Iera tak sempat nak copy dari ECT member lagi..

Continue..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea