Followers

Thursday, April 29, 2010

140. Dua Lelaki dalam Hidup Mak

Posted by Iera at 12:57 PM 0 comments
Aku mimpi arwah bapak aku. Bila aku cerita kat mak, mak cakap mungkin dah lama aku lalai. Memang betul. Sejak akhir2 ni aku lalai. Dah lama aku tak pegang Quran. Sudah sampai masanya aku kembali jadi diri aku semula. Dan semalam, aku memegang kembali kitab suci itu. Aku bukan hebat sangat tapi Alhamdulillah..aku masih mengenali huruf-huruf jawi..lidahku masih lembut dan fasih mengalun ayat-ayat suci.

Masa yang selebihnya aku berbual dengan mak tentang arwah bapak aku..Tentang lelaki-lelaki yang ada dalam hidup mak aku. Mungkin tak ramai tahu termasuk juga kawan-kawan aku bahawa selepas arwah bapak aku meninggal ( 15.8.1998 ), ada lagi seorang lelaki yang hadir dalam hidup mak aku. Dan lelaki itu juga dah pergi menyahut panggilan Ilahi 10 bulan yang lalu ( 11.8.2009 ).

Memang tak ada tukar gantinya bapak sendiri dengan bapak tiri. Kasih sayang bapak sendiri tak ternilai, pengorbanannya terlalu besar. Arwah bapak aku tak sempat melihat bila kehidupan anak2nya bermula. Bila arwah dah tiada, barulah terasa kehilangannya Walau apa pun keadaan, hanya doa yang mampu diiringi.

Aku mengakui bahawa bapak tiri jugak ada pentingnya dalam hidupku. Biar pun dia tidak sehebat bapak sendiri, namun dia jugak banyak berkorban untuk aku. Selepas aku tinggal semula dengan mak, arwah bapak tiri dan mak aku jugaklah yang tiap2 pagi dan ptg hantar dan ambik Aina di rumah mengasuh. Arwah memberi kasih sayang untuk Aina. Kalau aku nak keluar ke mana2, arwah sanggup jaga Aina untuk aku. Dan kalau arwah dan mak aku nak keluar walau ke kedai sekali pun, pasti arwah akan bawak Aina bersama. Sehinggakan pernah Aina memanggil arwah abah. Tapi Tuhan lebih menyayanginya. Dan hanya Tuhan saja Yang Tahu mengapa arwah dijemput secara tiba2. Tanpa petanda.

Kata mak aku, sebelum mak aku berkahwin dengan arwah bapak tiri aku..mak aku pernah bermimpi arwah datang bersama arwah bapak aku. Dan sebelum arwah meninggal, mak aku jugak bermimpi..arwah jugak datang bersama arwah bapak aku. Kata orang tua, mungkin arwah bapak aku yang ajak arwah 'pergi' bersama. Wallahualam..

Sekarang ni Aina still ingat arwah bapak tiri aku. Aina selalu cakap :

'Dulu tak ada abah ( ex ), ada tok wan..ada mama..ada tok..La ni ada abah ( ex )..tok wan dah mati..'

*Ada tersirat disebalik kata2 ni..Fikir2kanlah..

Friday, April 16, 2010

139. Dia

Posted by Iera at 1:04 PM 0 comments


Tahniah utk sorang kawan kerana dah temui cinta yang dicari selama ni. Itu yang selalu aku harapkan untuk dia. Tapi aku sedikit emo dengan cara dia bagitau aku hal ni. Terus terang cakap, memang aku closed dgn dia, selalu share suka duka dengan dia..blh katakan setiap hari aku akan YM, SMS..message kat FB..kalah orang bercinta...Tapi itu bukan bererti aku nak tawan hati dia.

Tipulah kalau aku cakap yang hati aku tak pernah terusik dengan dia. Tapi itu dulu. Sewaktu aku rasa hanya dia yang memahami aku tapi bila dah lama berkawan, aku mula sedar bahawa jalan hidup aku dan dia berbeza. Terlalu berbeza. Dan aku dan dia selalu ada pertelingkahan pendapat. Dan yang paling ketara, aku tidak secantik Siti Nurhaliza yang dia inginkan. Berpijak kepada hakikat itulah, aku melempar perasaan yang mula singgah dan meletakkan persahabatan di tempat termulia dalam perhubungan ini.

Tapi semalam, aku sangat berkecil hati dengan dia. Ayat-ayat yang dia tulis sewaktu hendak berterus terang yang dia dah ada seseorang dalam hati dia sekarang, begitu membuatkan aku terasa. Seolah selama ni aku bersahabat dengan dia, berYM..berSMS, berFB dengan dia kerana aku ingin menawan hati dia, berharap dengan cara itu dia akan pilih aku. Memang aku teramat marah sekali.

Rupanya selama ini dia masih tidak memahami makna dia dalam hidup aku. Seringkali aku bagitau dia yang dia kawan aku..dan akan tetap jadi kawan aku sampai bila-bila. Soal hati dah tak timbul. Dalam hidup perlu ada gurauan tapi aku tak sangka gurauan-gurauan aku selama ini dia anggap aku mengharapkan 'sesuatu' dari dia. Kecewa sangat dengan tanggapan dia terhadap aku kerana selama ini aku meletakkan dia sebagai sahabat terbaik dalam hidup aku.

Aku berdiri di atas satu pendirian saja sekarang. Hidup aku, pengorbanan aku, rasa kasih dan cinta aku hanya untuk Aina. Tidak ada lagi selain dari itu. Kerana aku dah tutupkan mata dan hatiku untuk disentuh oleh rasa lain. Kepada dia juga aku pernah suarakan hal ini tapi mungkin dia rasa aku main-main.

Kepada dia, aku doakan moga dia bahagia..membentuk hubungan itu menjadi lebih terbaik dari dulu..

Tuesday, April 6, 2010

138. Kehilangan

Posted by Iera at 1:20 PM 0 comments
Petang tadi, dikejutkan dengan berita yg anak kawan aku masa sekolah, Maisarah yg baru beberapa hari lahir meninggal dunia disebabkan ada masalah usus. Salam takziah utk Sarah.. Sedih sangat bila mendengar berita tu. Aku terdiam saat membaca message Nur. Menyelami hati sebagai seorang ibu. Tambahan pula itu anak pertama. Bukan mudah untuk menerima hakikat ini tapi kita kena terima Qada dan Qada' dari DIA. Inilah ujian yang harus diterima. Betapa sukar pun, ini adalah sebuah hakikat. Untuk Sarah, harap dia tabah. Walaupun perit kenyataan ini tapi inilah ujian yang harus dia lalui. Pasti ada rahmatnya. Nur, aku, Yatie, Yus dan kawan2 hanya mampu memberi semangat..

Tiba-tiba aku teringatkan Aina. Diusik rindu yang datang tak terduga. Mengimbas kembali suatu ketika dulu..sewaktu Aina baru lahir. Aina dimasukkan ke ICU selepas 5 hari kerana batuk berdarah. Tak dapat gambarkan perasaan waktu tu bila tengok seketul darah di atas baju Aina. Aku tak peduli yang diri masih dalam pantang demi Aina. Mendengar tangisan yang tak henti-henti, melihat wayar di kaki dan di dalam mulut Aina..aku tak mampu menahan airmata..Rasa luluh diri ini..

Menangis setiap masa dan berharap agar Aina tak apa-apa..memohon kepada Yang Esa selamatkan Aina dan hentikan dari derita kesakitan itu...Aku tidak dapat membayangkan waktu itu jika sesuatu terjadi kepada Aina..aku tak sanggup..Dan Alhamdulillah, kini Aina membesar dengan sempurna.

Aku tak pernah lupa saat-saat derita itu..sampai bila-bila pun....Hati ibu mana dapat melihat derita anaknya..hati ibu mana dapat menerima hakikat sebuah kehilangan tapi inilah hakikat yang setiap kita kena terima..Dan bila menjadi ibu, barulah kita fahami hati seorang ibu..

*Hujan..tika jari jemari sedang menari

137. Update

Posted by Iera at 12:57 PM 0 comments
1. Awal-awal bulan ni aku agak bz dengan shopping. Mana taknya, nak shopping brg2 Aina, untuk diri sendiri, untuk mak dan untuk Wani lagi..Kalau untuk mak dan aku tu, kejap saja. Tapi kalau untuk Aina dan Wani..berhari jugak la.. kadang2 tiap2 minggu kena pegi selagi tak dapat barang-barang yang dia nak.

Aku sempat jugak borong kasut yang tengah offer. Rembat jugak la 2 pasang untuk aku dan sepasang untuk mak. Wani jgn cakap la, dia borong 3 pasang. Tu pun aku ingatkan dia yang kami cuma pi naik motor je..

Itu kat Sunway Carnival..Esoknya, ke Pacific pulak..Cari baju Aina dan Wani. Dua orang ni, cukup susah nak cari baju..Tapi nasib baik bulan ni, Wani tak blh over shopping. Ada benda lain dia nak buat. Kalau tak, sehari memang tak cukup. Kedai favourite dia, Fila dan Puma. Kat Aina aku beli jugak la Levi's. Memang aku berkenan dah lama T'shirt tu..Sekali sekala apa salahnya kan, anak sorang tu je ada..Keje pun untuk dia..

2. Keje kat ofis macam biasa. Tetap bz. Ikutkan memang aku kena buat OT tapi aku terpaksa tolak sebab aku tahu sangat awal2 bln ni.. FA customer pun semakin banyak. Kadang-kadang kena bawak balik keje kat rumah. Nasib baik, aku ada ladtop sendiri..tak payah susah2 nak usung ladtop company..Bukan apa, musim hujan ni..bahaya sikit..Terkadang aku rasa fed up dengan keje walaupun sebenarnya aku suka bekerja. Tapi aku terpaksa bertahan selagi tak ada offer tempat lain..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea