Followers

Monday, May 28, 2012

361. Rest Panjang

Posted by Iera at 9:46 PM 0 comments
Lama kan x update..dan lama jugalah x blog walking..asal dulu nak jadikan blog ni umpama diary tapi disebabkan masa dan keadaan tak mengizinkan terpaksa simpan semua kat otak...kadang-kadang tu rasa macam dah penuh sangat-sangat..tapi ada jugalah yang tersimpan kat draft.. Cerita pun dah basi, malas dah nak publish...

Dah setahun, masih tak ada pengganti untuk post kawan Iera yang resign dulu..hari tu ada budak praktikal tapi sat ja..cuma tiga bulan dan lepas tu dia continue study kat US. Ada la dua tiga orang datang interview tapi semuanya tak memenuhi ciri yang admin nak..yang terbaru ada seorang girl tu tapi company dia dah ikat dia..yelah..dia adalah best student..dari bos Iera cakap dia punya result memang power.. Yang jadi masalah sekarang adalah Iera dan bos kecik..memang tak cukup tangan nak settle kan keje...itu pun tak termasuk nak handle issue..kalau bos Iera tak ada kat ofis, Iera terpaksa help dia handle issue yang mana Iera boleh..tapi bagus jugalah la untuk Iera, sekurang-kurangnya Iera boleh belajar...

Kenaikan gaji hari tu ada sedikit rasa kecewa..tapi Iera positif kan diri..bermakna Iera perlu lebih bekerja keras..lebih berusaha untuk buktikan sesuatu..(setahun Iera buat keje sorang-sorang..keje yang sepatutnya dua orang buat..tapi bila sampai masanya Iera tak dapat apa yang sepatutnya Iera dapat...). Mybe bukan rezeki Iera lagi. Walau apa pun, Iera tetap bersyukur..Dan tak akan mengalah..

Untuk bos Iera yang hensem tu..yang tiap-tiap hari share suka duka dengan Iera..Iera ucapkan terima kasih..sebab dia dah try rekmen kan Iera something yang Iera pun tak tahu apa dia sebab dia cuma bagitau Iera dia dah try cakap dengan CM tapi tak berjaya..cuma kalau Iera plan nak continue study, company boleh approved..Mybe bagi loan ke apa ke janji Iera ambik course yang berkaitan dengan bidang keje Iera.. Memang Iera teringin sangat nak buat partime study, tapi terus terang Iera terpaksa fikirkan banyak perkara..Aina terutamanya..berapalah sangat gaji Iera..tapi Insyaallah..kalau ada rezeki, biar uban dah putih di kepala Iera takkan berputus asa untuk penuhi impian Iera..Amin..

Wednesday, May 9, 2012

360. Putaran Hidup

Posted by Iera at 12:19 PM 0 comments
Inilah yang dikatakan putaran alam..lumrah hidup..apa yang pernah kita pernah kata kat orang, tak mustahil akan kena balik kat kita..kalau pun tak kena kat kita, tak mustahil kena kat family kita, sedara kita ke..

Iera pernah update pasal satu kes tu last year kat sini<">http://iera-lakarankehidupan.blogspot.com/2010/11/227-perang-fb-lagi.html Iera tak mau nak ungkitlah..tapi yang pastinya..Lu fikirlah sendiri, beb.'

*Iera dah kenyang hadap semua penghinaan..dah naik muak..giliran orang lain pulak untuk kunyah dan telan..

Monday, May 7, 2012

359. Aina

Posted by Iera at 4:05 PM 0 comments

Peristiwa 1

Aina sedang menangis kerana diusik oleh sepupu Iera. Waktu itu Mr.X ada di sebelah kiri Aina dan Iera di sebelah kanan Aina. Kami berusaha memujuk Aina yang sedang menangis itu. Bila Mr.X mintak diri nak balik, Aina buat satu permintaan. Aina nak Iera bersalam dengan Mr.X. Tapi Iera dan Mr.X cuba mengelak dan memberi alasan. Tapi Aina tetap berkeras hati. Aina mengambil tangan Mr.X dan tangan Iera. Untuk jaga hati Aina, kami pura-pura bersalam. Sekali lagi Aina membuat permintaan. Aina minta Iera cium tangan MR.X. Kata Aina, 'Dulu-dulu boleh pun salam' ( Aina pernah tengok photo kawin kami ). Tapi kami tak tunaikan permintaan Aina tu..Nasib baik Aina ok.

Peristiwa 2

Iera dan Aina makan KFC kat Carefour. Tiba-tiba Aina teringatkan abah dia. Dia mintak Iera belikan KFC untuk abah dia. Tapi Iera tak mahu sebab Iera rasa tak mungkin Mr.X ada kat rumah. Hati Iera sentiasa benar. Tapi Aina berkeras dan Iera terpaksa mengalah. Bila Iera bawak Aina ke rumah Mr.X, benar Mr.X tak ada kat rumah. Iera pujuk Aina bila Aina nak tunggu abah dia balik. Aina mengalah bila Iera nak bawak dia ke Petrona untuk belikan minuman. Tapi sekali lagi Aina buat hal bila ternampak motorsikal abah dia park kat situ. Walau berkali Iera call Mr.X tapi dia tak pick up phone. Mybe dia keluar date or keluar dengan kawan-kawannya. Bayangkan 1 jam Iera terpaksa menurut perintah Aina untuk tunggu abah dia kat situ. Masa tu Iera memang menangis bila Aina cakap, 'Kalau mama jalan kereta, Aina terjun dari kereta ni.' Iera buang rasa ego Iera demi tak sanggup kehilangan Aina. Dalam masa yang sama Iera berusaha pujuk Aina. Akhirnya Aina mengalah. Iera hantar KFC tu kat mak Mr.X yang sedang berniaga sebab Aina nak jugak abah dia makan KFC tu. Masa on the way balik, Iera menangis sebab Iera tak sanggup nak lalui situasi ini. Bila Mr.X balik, dia call Iera dan datang rumah. Makan KFC tu bersama Aina. Walau Aina nampak happy tapi Iera tahu, hati Aina dah terluka tadi. Dan Iera kagum kesabaran Aina menunggu abah dia walau dia sendiri tidak pasti bila abah dia akan balik.

Peristiwa 3

Aina ada Hari Sukan sekolah. Abah dia dah berjanji untuk datang tengok dia tapi disebabkan kereta tak ada, abah dia tak jadi datang. Aina sedih dan hampir tak mau main game. Aina tengok kawan-kawan dia yang lain semua ada abah dan mama untuk beri sokongan. Bila acara dah habis, Aina paksa Iera ke rumah abah dia. Masa on the way, Aina cakap, ' Abah asyik tak sayang Aina. Orang lain ada abah. Abah Aina tak datang pun.'
Peristiwa 3

Masa Mr.X datang tengok Aina kat rumah. Aina cakap, 'Abah, kawinlah dengan mama balik. Boleh Aina tidur dengan mama dan abah. Abah tidur sebelah mama, Aina tidur sebelah abah. Nanti boleh Aina dapat adik baru. Semua orang ada adik..semua orang ada abah..'

Terus terang cakap, Iera tak pernah ajar Aina untuk cakap dan lakukan semua tu. Semuanya Aina buat sendiri. Aina dah besar dan semakin mengerti apa itu sebuah keluarga yang di dalamnya perlu ada mama dan abah. Dan inilah cabaran Iera bila Aina semakin bijak. Iera perlu kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini. Perlukan sokongan dari keluarga untuk terus bertahan. Iera tahu, kadang-kadang Iera tak kuat tapi Iera tetap juga berjalan walau kesakitan itu semakin dalam. Iera tahu, Mr.X pun rasa perkara yang sama bila tiap kali dia rindukan Aina untuk ada di sisi dia. Tapi itulah pengorbanan yang perlu Iera dan Mr.X lakukan kerana perpisahan ini.

*Jika masih ada jalan yang terbaik untuk sebuah keretakan rumahtangga itu, lakukanlah..kerana perpisahan itu meninggalkan kesan teramat untuk kedua-dua pihak. Terutamanya kepada anak-anak..Cukuplah Iera seorang menanggung derita itu..

Friday, May 4, 2012

358. Hanya Dia

Posted by Iera at 11:44 AM 0 comments
Sejak kebelakangan ini terlalu banyak cerita sedih yang menghantui hidup Iera. Semuanya benar-benar menganggu hati dan perasaan. Iera hanya mampu memendam dalam hati sehingga terasa amat sakit menahannya.

Tapi bila sakit itu semakin bernanah, Iera terpaksa juga berkongsi dengan seseorang. Seseorang yang sentiasa memahami dan ada tiap kali Iera memerlukan sokongan. Hanya dia kepercayaan Iera tersimpan..Terima kasih untuk dia..seorang sahabat yang sudi meminjamkan keyakinan dan memberi Iera semangat untuk terus bertahan..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea