Followers

Friday, August 28, 2015

499. 3 tahun Sudah

Posted by Iera at 2:36 PM 0 comments Links to this post


Hari ini..genap 3 tahun aku kat ofis ni. Tapi rasa macam dah lama kat sini. Mungkin suasana..kawan-kawan kat sini yang buatkan rasa macam tu. Walaupun adakala ada warna hitam disebalik warna indah..yang penting, memang happy kat sini. Ditambah ada kawan-kawan rapat yang baik dan memahami..

 
 
Sayang mereka ini...
 
 

498. Kenangan

Posted by Iera at 2:30 PM 0 comments Links to this post
 
 
Bila setiap laluan itu penuh kenangan..
Bila semua tempat itu ada sejarahnya..
Aku terasa sangat pedih..
Aku rasa sangat terluka..

Friday, August 21, 2015

497. Cite Perasan Sendiri

Posted by Iera at 4:36 PM 0 comments Links to this post

 
Ada meeting tadi..tapi untuk aku, hanya separuh hari saja. Tapi masa aku masuk dalam bilik meeting untuk hantar fotokopi dokumen yang bos mintak.. Ada 2 orang member tegur kata muka aku berseri lain macam. Macam seri pengantin. Pengantin la sangat.. Dengan sapa la aku nak bersanding nanti. Pengantin lelaki pun tak ada..haha.. Ala, depa ni dah seminggu tak tengok aku..depa rasa macam tu la.. Serius, tak nampak bayang lagi nak ke arah itu.. Berdoa aje lah...Allah ada sebabnya. Mungkin waktu ini bukan yang terbaik untuk aku hidup dengan sesiapa. Yang penting, aku korbankan semua untuk Aina.  
 
*aku memang rindu dia tapi aku redha dia bukan untuk aku..

496. Pixels Movie

Posted by Iera at 4:26 PM 0 comments Links to this post
 
Tarikh : 15.8.2015
Tempat : TGV 1st Avenue
 
Sinopsis : Film komedi sci-fi 3D barat berjudul “Pixels” ini merupakan film yang bercerita tentang alien yang salah melakukan tafsir video game Arcade klasik sebagai deklarasi perang terhadap bumi. Para alien pun melakukan penyerangan terhadap bumi dengan menggunakan video game. Presiden Will Cooper ( Kevin James ) meminta bantuan dari sang sahabat kecilnya bernama Sam Brenner ( Adam Sandler ). Sam adalah juara video game pada tahun 1980. Sam pun harus memimpin sebuah tim video game klasik untuk melawan dan mengalahkan para alien dan menyelamatkan bumi.
 
Komen aku : Boring sikit..start cite aku dah mula menguap..ada la adegan lawak tapi biasa-biasa saja...

Tuesday, August 11, 2015

495. Berkecil Hati

Posted by Iera at 11:04 AM 0 comments Links to this post
 
 
Mungkin aku yang sangat emotional. Di awal bulan sehingga aku berprasangka yang bukan-bukan. Tapi lately
ni memang itu yang aku rasakan. Aku tak mintak pun hubungan ni diubah dari persahabatan kepada kekasih. Aku faham erti kehilangan. Aku mengerti perasaan tidak boleh dipaksa dan memerlukan masa.
 
 
Hadir aku dalam hidup dia ikhlas. Atas nama PERSAHABATAN. Aku adalah manusia yang caring..yang terlalu menjaga hubungan. Jika apa yang selama ini aku lakukan dalam hubungan kami buatkan dia rasa perlu dibalas dengan perasaan..dia salah. Aku tak mintak semua tu. Aku memang terasa sangat dengan dia. Bila aku Whatsapp tak reply sedangkan dia tengah on9. Kalau reply lambat sangat. At least reply bagitau tengah bz..aku faham. Mungkin aku ni yang ke berapa ratus dalam senarai dia. Aku tak ada makna dalam hidup dia. Aku tak mintak untuk dia war-warkan yang kami ni rapat. Aku tak nak pun.
 
Ada perbezaan ka aku dengan yang lain? Atau dia rasakan dia tak perlukan aku lagi dalam hidup dia? Rasakan aku ini cuma menganggu dia? Berterus terang jika itu yang dia mahu. Aku boleh terima tapi tolong jangan layan aku seperti aku yang terhegeh-hegeh. Aku memang tersangat BERKECIL HATI sekarang. Tambah lagi bila aku dengar satu perkara. Tapi apa hak aku untuk mempertikaikan semua itu.
 
Benar kata seseorang..aku terlalu mengambil berat terhadap orang lain tapi akhirnya aku akan ditinggalkan dengan luka-luka yang penuh dihati. Aku hanya menangis dan melalui hari-hari ini dengan rasa kesedihan. Tapi aku selalu berkata..aku terima dan redha sedangkan hati aku..
 
Mungkin ini nasib aku. Aku selalu diberi ujian hati. Datang dan pergi seseorang yang bermakna dalam hidup aku itu perkara biasa. Apapun aku kena redha..aku kena terima kerana aku yang tak pernah ubah bertegas walaupun dalam persahabatan.

494. Hati

Posted by Iera at 10:33 AM 0 comments Links to this post
 
 

493. Karya Seni

Posted by Iera at 10:31 AM 0 comments Links to this post
 
Semua ni hasil lukisan dan karangan aku dulu. Dah terkena ayaq hujan dan banjir. Memang sayang betul. Ada yang boleh simpan lagi, ada yang tak boleh. Salah aku jugak suka terlupa.

492. Ujian Allah

Posted by Iera at 10:28 AM 0 comments Links to this post
 
Tarikh : 8hb Ogos 2015
 
Akibat angin kuat petang tu, sebatang pokok nyok dah tumbang kena bahagian tepi rumah. Perasaan hanya Allah yang tahu. Masa tu, aku, Mak, Aina dan Wani ada kat ruang tamu tengah tengok TV. Memang terkejut sangat. Aina sampai pucat lesi muka. Nasib kayu alang tak yang patah tak kena Mak. Bilik aku pun bocor. Kelam kabut angkat barang-barang sebab hujan.
 
Malam tu barulah pihak bomba sukarela Berapit mai potong batang pokok nyok. Risau gak kalau biaq macam tu. Malam tu, aku dan Wani tidoq rumah Tok aku yang depan rumah. Aina ikut adik aku tidoq sana.
 
Apapun yang terjadi, redha. Ujian Allah untuk kami sekeluarga.

491. Jamuan Raya 2015

Posted by Iera at 10:14 AM 0 comments Links to this post


 
Tarikh : 6hb Ogos 2015
 
Masak dadih untuk jamuan raya esok hari. Cuma 2 perisa, Strawberi dan Jagung.

 
 
Tarikh : 7hb Ogos 2015
Tempat : Bangunan Persekutuan, Jalan Anson
 

Tuesday, August 4, 2015

490. Aku Hari Ini

Posted by Iera at 12:15 PM 0 comments Links to this post
 
Adakala aku tersangat penat dengan semua ni. Aku letih dengan permainan perasaan. Aku letih tiap kali aku berdepan dengan kebenaran. Aku dah malas nak memikir semua itu...

489. Minggu Makan

Posted by Iera at 12:09 PM 0 comments Links to this post
 
Tarikh : 30hb Julai 2015
Tempat : Bank Rakyat Georgetown
 
 
Tarikh : 1hb Ogos 2015
Tempat : Rumah Fida
 
Thanks untuk Fida sebab sudi jemput ke rumah. Deco rumah yang sangat cantik, rumah kemas giler.. Makanan pun sedap. Aina siap bertambah roti jala ( memandangkan mama Aina yang tak pernah sekali pun masak roti jala..hehe)..
 
Dah lama tak jumpa Fida dan Chik..riuh rendah la rumah Fida dengan Yus, Chik dan Fida..  
 

488. Birthday My BFF

Posted by Iera at 12:00 PM 0 comments Links to this post
 
Happy Birthday to my bff!
 
Sepatutnya hadiah ni bagi masa birthday hari tu tapi disebabkan aku beli online, terlambat sampai...

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea