Followers

Thursday, January 29, 2009

6. Hati Yang Terluka...

Posted by Iera at 4:01 PM 0 comments


'Kalau pn suatu waktu dulu hati kita pernah bersatu, ianya adalah cerita lama yg hanya boleh kita ingat dan kenang tapi bukan utk diulang. Luka yg pernah kau guriskan walau tidak berdarah lagi namun parutnya tetap ada. Jika tersentuh ia akan menjadi nanah yg akan hanya membuat kebencian menjadi raja.. Tolonglah..Jgn kau sakiti hatiku lagi jika dihadapanmu sudah terbentang kebahagiaan...Jgn kau pinta kejujuran dan ketulusan aku sekiranya kau tega mendustai kata dan sikapmu. Kita bukan si anak remaja yg mentah dibuai cinta hingga terlupa pd dunia.. Kita sudah dewasa utk menilai segalanya...'

'Kenapa kau begitu tamak? Tidak cukupkah kasih syg yg kau miliki dari dia yg kau puja sehingga pernah kau lupa pada ikrar janjimu padaku? Apalah ada pada aku yg pernah kau hancurkan seluruh kebahagiaanku?'

Tuesday, January 27, 2009

5.Aina

Posted by Iera at 10:04 AM 0 comments


Tiba2 jer rasa nk tulis tentang Aina. Idea ni datang masa terpandang Aina tengah tido. Rasa cepat sgt masa berinjak. Aina sekarang dh pun 2 thn.. Org kata, hidup sorg wanita akan lengkap jika dia ada anak. Aku memang akui kebenaran tu..Sebab waktu mengandungkan Aina aku tak pedulikan apa jua ujian yg sedang menghimpit hati dan perasaan aku. Aku jadi tabah dan kuat meskipun ujian tu boleh membuatkan hidup aku musnah kalau aku mengikut kata hati...Semua yg ku miliki adalah kerana Aina.( Emosional la sikit... ).

Nurul Aina Najihah semakin bijak, nakal dan penuh karenah. Setiap hari ada saja benda baru yg dibuatnya.. Semakin petah bercakap. Yang utama, Aina lebih berminat dgn aktiviti budak lelaki. Nak main bola, nak memanjat, nak repair basikal dan brg2 mainan la, nak main senapang la... Anak patung, bear, brg2 memasak mainan yg sebakul tak diusik. Setiap hari Aina nak aku peluk dan cium dia x kira di mana dan waktu. Tak pun Aina akan peluk aku. Bila adik aku tengok gelagat kami berdua, dia kata kami ni mcm x jumpa setahun. Pelukan adalah kasih syg. Dan setiap hari kita perlukan kasih syg. Itu sebenarnya kebahagiaan..

Aina sebenarnya menjadi perhatian sampai sekarang. Masa tu, sepupu dan bapak sedara aku asyik bertanya tentang Aina. Mereka nak pikul tanggungjawab aku. Aku x marahkan niat mereka. Aku tahu mereka takut aku tak mampu nak pikul tanggungjawab sorang2. Tapi aku tak cepat melatah. Selagi aku ada mak aku yg menyokong di belakang, aku mampu meredah segala badai untuk Aina. Dan Alhamdulillah sekarang, akar pokok yg dulu pernah rapuh kini sudah tegak berdiri. Dan aku akan pastikan ia tidak rapuh lagi sebab itu memang tanggungjawab aku...

Cuma terkadang, aku hati aku terusik jugak melihat sikap Aina namun aku tahu aku perlu lawan semua tu. Aku mengerti Aina tdk faham mengapa hidupnya tidak sempurna mcm org lain. Mcm sepupu2nya. Tapi Aina akan mengerti bila dia dah dewasa. Untuk itu, aku sudah menulis rentetan2 perjalanan hidupku yg akan ku abadikan dlm sebuah diari agar nanti Aina mengerti segalanya.

Wednesday, January 21, 2009

4.Kenapa aku?

Posted by Iera at 2:02 PM 1 comments
Sebenarnya, aku memang dah lama bersabar tiap kali issue ni aku dgr.. Nama aku tersenarai di antara mereka yg akan kena 'kick' dr company.. Last year ms department lain reduce org, kononnya department aku juga akan reduce org dan aku la yg akan kena 'kick'. Masa tu aku takut gak, sebab aku bnyak tanggungan.. Yg utama sekali Aina la.. Tapi bila aku discuss dgn sorang Engineer aku, dia kata x ada. Dan Kak Ros ada mai bagitau aku ( mybe Boon Kai bgtau K.Ros ), dia x akan aniaya staff dia. Dia akan bagitau awal kalau betul department aku nak reduce org, sekurg2nya dpt jugak kami ready job lain sebelum kena 'kick' 24hour. Hari ni sekali lagi aku dgr perkara yg sama dr seseorg yg dpt info dr org yg sama sdgkan org tu x keje pn dgn company aku cuma company aku ni customer company dia. Walau nama aku x disebut tetapi bila aku mention nama aku kat org yg bagitau aku tu, dia gelak sdgkan bila aku mention nama org lain dia say 'no'.

Aku dpt info dari seseorg pasal kes ni tentang pendapat Kak Ros, memang company aku x reduce mana2 staff dari department aku. Info ni sepatutnya K.Ros akan tahu dulu bukannya org lain. Betul kata Kak Ros, buat apa aku nak risau jika prestasi aku membanggakan. Company akan 'kick' staff kalau prestasi keje staff tu x membanggakan dan x membawa untung kat company. Lainlah kalau level aku semakin menurun...

Yang aku hot bila ada issue ni, nama aku je yg naik sdgkan aku ni dah buat yg terbaik utk department. Siap kena buli lagi dari aku start keje hingga sekarang ( walau dh kurang sikit..). Setiap 6 bulan % target aku exceed dr yg lain. Record siap dgn graf lagi.. Dan aku paling bangga tentang diri aku bila aku convert permanent dlm tempoh yg singkat sdgkan org lain kena tunggu sampai 1 hingga 2 tahun.. Tapi kenapa org tu selalu nk menyakitkan hati aku?

Dan ada sorang lagi gak, selalu je tanya aku nk keje kat mana? Seolah2 kalau company nk reduce staff, akulah yg akan kena. Aku heran sgt kenapa dia x sebut 'kita' sdgkan aku dan dia position yg sama dan aku rasa performance aku melebihi dia.. Aku tahu dia dah rasa kedudukan dia tergugat sejak aku ada. Kalau boleh dia nak aku keluar dari company ni sebab Kak Ros jarang complain atau tegur aku tentang keje..

Aku ni sebenarnya gila keje. Aku memang bukan staff yg perfect tapi aku akan pastikan keje aku siap secepat mungkin dan bagi quality yg terbaik sebab company aku supply product kat factory. Kalau bnyak complain dari customer, problem la.. Aku x akan search internet, bukak yahoo mail kalau keje tengah bertimbun.. Kita kena sygkan keje kita dan anggap company kita keje mcm company kita bukan hanya kita nak dapatkan gaji tiap2 bln sebab naik atau turunnya advantage company kita terletak kat tgn kita.. Kita akan happy keje kat company kita bila kita buat mcm tu.. Ni cara aku, tp terpulanglah pada cara masing2...

Dan inilah cabaran pertama utk tahun ni... Aku dah berjanji akan naikkan prestasi aku dari tahun lepas.. Insyaallah.. Selagi kita ikhlas dan jujur selagi itulah rezeki ada bersama kita..

Tuesday, January 20, 2009

3.Pengalaman Baru..

Posted by Iera at 3:58 PM 0 comments
Aku sj apply leave.. Kononnya nak habiskan leave yg ada. Memang la Manager aku dh send warning email srh habiskan last year leave sebelum end Feb.. Tapi sebenarnya aku pi tolong kakak angkat aku berniaga nasi lemak kat kawasan perumahan dia. Kebetulan pembantu dia tak boleh datang. Bukan duit poket yg aku nak tp pengalaman yg penting. Aku nak rasa mcm mn susahnya nak dapatkan 10sen hasil dari jualan nasi lemak..

Pukul 4.15pg aku dah bangun.. Wuarghh.. Memang malas betul..Selalunya aku bangun pukul 6.00pg, kdg2 terlajak jugak 6.30pg.. Siapkan diri dan barang2 Aina.. Pukul 5.00pg aku pun keluar rumah. Tapi teragak2 jugak la.. Sebab awal lagi.. Kepala ni fikir mcm2.. X tau nk ikut jln mn. Ada 2 jln yg aku blh pilih.. Jln pertama, ada bnyak anjing kat kawasan perkampungan cina dan jln kedua, kawasan sawah yg gelap.( baru2 ni mak aku kata ada 'benda' jatuh dari pokok ms dia lalu dgn motor pukul 9.00mlm..).. Aduh... Aku terpaksa ambik risiko berdepan dgn anjing2.. Alhamdulillah, pg tu anjing2 kat situ baik pulak.. Aku lalu buat x tahu je...

Aku tolong Kak Umi bawak brg2 ke tapak berniaga. Atur lauk2 di atas meja dan ready utk terima customer. Dlm hati ni berdebar gak. Aku mn pernah berniaga mcm ni.. Belum pn pukul 6pg dh ada customer datang. Budak2 keje kilang yg nak masuk keje awal.. Keje aku bungkuskan nasi, jual kuih.. K.Umi yg tentukan harga nasi tu sebab K.umi bukan saja jual nasi lemak RM1 tapi ada juga lauk lain. Sambal sotong, ayama masak kicap, sambal tumis kerang.. Pandai gak aku bungkuskan nasi..( puji diri sendiri..)

Bila hari makin cerah, lagilah ramai yg datang. Sampai tak menang tangan. Patutla K.Umi perlukan pembantu.. Pukul 9.00pg baru la relaxs sikit... Tapi masa tgh tunggu customer, aku ternampak la seseorg... Aku tengok muka dia mcm hairan je.. Mesti dia ingat aku dh tukar position. He.he..Pukul 10.00pg, kami kemaskan brg2. Nasi pn dh habis. Lauk2 ada baki lagi tp utk sorg mkn je.. Alhamdulillah..

Masa aku nk balik K.Umi bagi duit upah kat aku. RM15.00. Aku pulangkan balik RM5 kat dia. Bukannya aku buat keje apa pn. Aku cuma tolong bungkuskan nasi je.. Sebenarnya memang letih. Kaki pun terasa lenguh. Tapi keletihana aku x sama yg K.Umi rasa. Bayangkan kalau aku di tempat K.Umi. Kena bangun pukul 3.00pg siapkan lauk dan nasi, pergi berniaga dari pukul 5.30pg sampai pukul 10.00pg, lepas tu sediakan barang2 utk memasak. Pukul 5.00ptg, masak pulak sampai Maghrib. Esok pg kena bangun awal pulak. Penat memang tak terkata tapi demi nak tambah pendapatan keluarga, dia terpaksa biarkan kepenatan tu..

Balik rumah, aku layan budak kecik tu kejap. Bila Aina tidur, aku pn tidur sama.. Letihnya... Keje banyak yg pernah aku buat kat ofis pn x seletih ni...

Friday, January 9, 2009

2. Hari yang membosankan...

Posted by Iera at 3:46 PM 0 comments
Memang bosan giler hr ni..apa taknya sehr kat ofis, satu keje apa pn aku tak buat.. Bkn aku sj, member2 ofis yg lain pn sama.. Sejak ada system FACTS ni, keje dh cepat. Lagipula, awal thn kilang bnyak yg shutdown. So, tak ada order la.. Keje aku hr ni, search internet.. Bukak webs tu kejap, bukak webs ni kejap.. Letih sgt2..

Apa yg blh aku katakan, kita ni bila ade keje bnyk complain..takde keje pn complain jugak... Tapi sebenarnya, bila ade keje bnyk tu la penyelamat kita dr kena 'kick', yg nk tolong kita naik gaji ke, naik pangkat ke... Bila keje takde pulak sebenarnya tu nak kita study balik keje yg kita tak tahu, yg dh tahu atau yg akan tahu... Tu akan membantu kita baiki yg betul dan yg salah..

Sabar ajela nk tunggu balik...

Thursday, January 8, 2009

1. Sebuah kisah...

Posted by Iera at 4:38 PM 1 comments
Bila aku baca satu blog, aku teringat apa yg pernah terjadi pd aku beberapa bln lepas.. Sama mcm yg dia kena.. Lepas masing2 ada family sendiri, aku dh jrg contact kwn aku yg sorang ni. Lgpun masing2 bz kn..

Tp baru2 ni aku dpt tau dr best friend aku, Ida..husband dia dok 'jual' kisah aku kat tmpt keje. Kebetulan Ida ni satu tmpt keje dgn husband dia. Bila aku tnya dia dlm SMS, siap backing lagi husband dia. Kononnya, dia dh kenal husband dia. Xkn husband dia sanggup buat mcm tu kot. Kalau crite yg baik2 x apalh jugak.. Ni nk menjatuhkan maruah aku.. Akhirnya, tercetus la perang America dan Israel...

Memang aku akan berkawan dgn Ida sampai nyawa ini dicabut sebab selama 15thn aku berkwn dgn Ida, dialah yg selalu ada dgn aku time susah atau senang.. Ikatan kami bkn sj sebagai sahabat tp dh mcm adik beradik...

Ni bkn kali pertama dia lukakan hati aku. Ingatkan dh 'tua' mcm ni dh tak berperang.. tapi tak juga.. Ada lg 2,3 org kwn2 sek. yg aku dok sabar je bila dgr dok crite hl aku. Pdhl aku dh lama tak jumpa sape2.. Rasanya, sebab tu kot aku lebih suka low profil dr kwn2.. Tapi dlm low profil pn ada jugak yg gatal mulut nk 'jaga kain' aku...

Sebenarnya, kita tak blh la nk percaya 100% kat org sekali pun husband kita. Sdgkn saudara kita sendiri pn blh khianati kita apatah lg suami kita yg ada cuma ikatan perkahwinan sj kn. Kita takkan tahu mcm mn perangai seseorg tu dibelakang kita. Hidup kita ni sentiasa diuji dan ujian tu dtg dr pelbagai.. Kita tak blh takbur dgn apa yg kita miliki sekrg sebab semuanya bkn milik kita sebenarnya. Bila sampai suatu masa kalau Tuhan tarik balik semua tu, takkan tinggal satu pun kat kita...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea