Followers

Friday, December 12, 2014

455. Aku Rindu Dia

Posted by Iera at 1:14 PM 0 comments
 

Kalau aku sedang bahagia..aku ingin dia sama rasa bahagia itu. Setelah bertahun dia bersamaku ketika duka.

Kalau aku ada berita gembira..aku ingin dia yang pertama mendengarnya. Kerana dia yang pertama mendengar kisah sedihku.

Meski dia sedang membenciku..meskipun dia sudah tiada rasa sayang itu.. Aku takkan sesekali membuang rasa dan lupakan semuanya.

Doaku tidak pernah putus untuk dia yang kian jauh meninggalkanku..

Sayang itu ku simpan erat dihati..rindu itu sentiasa ku dakap tika mimpi..   

Wednesday, December 10, 2014

453. Happy Birthday my love, Aina..

Posted by Iera at 10:01 AM 0 comments
Majlis : Hari Jadi Aina yang ke 8 tahun
Tempat : Rumah adik aku di Alma
Tarikh : 2.12.2014

Sangat simple. Hanya majlis kecil untuk anak sedara yang seramai 6 orang tu. Yang penting Aina happy.



Sunday, December 7, 2014

451. Selamat Pengantin Baru, Adikku..Sepol

Posted by Iera at 6:35 PM 0 comments

Akad nikah : 29hb November
Kenduri : 30hb November

Selamat Pengantin Baru buat Sepol & Nora Miera (lupa lak nama betul pengantin perempuan). Moga kekal bahagia hingga ke jannah. Maaf banyak-banyak sebab dah hampakan awak, dik.. Kak iera tak dapat pegi majlis awak tu walaupun awak dah pesan berulangkali.. Walauapapun, kak iera sentiasa doakan yang baik-baik..di dalam hati dan setiap kali tangan ditadah..

452. Hadiah Hari Jadi 2014

Posted by Iera at 6:34 PM 0 comments

Entry dah lewat.. 8hb Nov lepas..genap la usia yang ke 35 tahun.. Alhamdulillah..Allah beri kesempatan untuk bernafas lagi di bumi ini.. Walaupun ada kesedihan yang terselit tapi aku kuatkan hati untuk lalui semuanya..

Hadiah kain sut krim tu dari ofismate, Mimi. Suka sangat warna tu sebab mengingatkan pada kain yang ala-ala Liyana Jasmay pernah pakai di Intrend..

Kain sut Torquis tu hadiah dari seseorang.. Jauh dari Alor Setar.. Dan warna tu pilihan mak dia.

Dan brooch tu dari bff, Yus..

Ada lagi sehelai kain batik Sarawak tapi terhilang lak pic dia. Tu present dari Kak Is..

Thanks untuk semua.. Love all of you..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea