Followers

Thursday, April 30, 2009

29.Tension!

Posted by Iera at 3:55 PM 0 comments


Aku tension sgt. X tau la sampai bila aku harus dan perlu bersabar. Bkn tak pernah ditegur dan diberitahu tp masih mcm tu jugak. Bknlah aku nak tunjuk kata aku ni semua ok, aku jugak ada kelemahan tp setiap hari itu keje kita, takkan kita boleh lupa kot. Sekarang ni masa free banyak, keje pun kurang, tak payah nak kejar2 dateline, takkan buat keje 'halai balai' je..Pdahal kalut nak buat keje personal, nak main game la..bkn tak boleh buat semua tu tp settle lh betul2 keje dulu.

Sudahnya, aku jugak nak kena settle. Nk kena kemas apa yg org lain buat. Kalau aku tak tolong settle, nanti aku jugak kena dgn bos. Ikut hati memang aku resign aje sebab masa aku keje kilang dulu pun taklah seteruk ni sdgkan lagilah ramai pekerja. Ni tak, kami 2 org je. Tapi kalau aku resign, mestilah ada org bersorak sakan sebab dia memang dok tunggu masa je aku keluar dr company ni.. Lagipun ekonomi tak menentu, takkan aku nak cari masalah kot. Tapi, aku akan keluar jugak dari company bila aku dh dpt job dan salary yg lebih baik dr sekarang..

Ada bestfriend aku pernah kata, kesabaran aku itulah yg membolehkan aku berada di tempat sekarang. So, kena bersabarlah lagi aku ni...

28.

Posted by Iera at 10:17 AM 0 comments
Buat tatapan sahabatku..

x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
org yg jarang call kita,
org yg jarang senyum dgn kita,
org yg kita jarang jumpa,
adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

bersangka baiklah dgn Allah
bersangka baiklah dgn mereka
terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.

salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,
kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,
x boleh expect org nak go after us each time,
sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..
soalan2 bertanya kabar utk menguji...
sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
atau dia sahabat ketika mengalir air mata.

mmg susah nak meluahkan sesuatu
terutama pada mereka yg kita tidak percaya
tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
sbb nnti kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya.

hidup manusia terlalu complicated
bagi mereka yg menganggap hidup ini
complicated dan hidup ini mudah
bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah.

manusia itu bersifat ikhtiariah...
boleh memilih apa yg dia
mahu sbb dia ada akal.

andai kita pilih utk hidup dgn mudah
maka kita akan dpt hidup dgn mudah
andai kita pilih utk hidup susah
maka kita akan dpt utk hidup susah

andai kita pilih utk hidup sbg pejuang
maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang.

Allah sayangkan kita
Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah
hanya mereka yg berakal akan menggunakannya
dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.
ukhuwwah fillah abadan abada'...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU ....... Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk
kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah
ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan
kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada
mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah
yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang ak an menangis.

Never love a love that hurts........

Never hurt a love that loves !!

Aku copy dr email yg aku terima dr seseorang.

Wednesday, April 29, 2009

27. Briefing

Posted by Iera at 11:24 AM 0 comments



Kelmarin ada briefing kat Png ofis. Aku suka sgt klau ada briefing ke, ada training ke..Selalu memang aku tak sabar2 tunggu hari yg ada training dan briefing. K.ros dh pi awal sbb kena bg training kat staff sana. Jadi, aku kena pi sendiri. Member aku ambik MC hr ni. Pukul 1 ptg aku pun kluar dr ofis. Nasib baik x jem atas jambatan PP. Tapi angin punyalah kuat. Bergoyang motorsikal aku.

Briefing ni utk motivate spy dpt target utk thn ni ( klau nk bonus next year la..). Dan sekrg kena install skype pulak. Dah tu kena guna ID dan email company dan kena ikut rule. Aku mmg x suka guna skype. Tapi apa boleh buat...

Habis awal dr jangkaan. Pukul 3.30ptg habis. Sampai ofis aku terus install skype. Kenalah ikut arahan, kalau tak susah nanti..

Monday, April 27, 2009

26.Dari Cik Jemari

Posted by Iera at 11:50 AM 0 comments


Aku dpt bunga ni dr Cik Jemari.. Thanks!
Teruskan berkarya, Jemari.. Suara kita, hak kita..

25.Self Assessment

Posted by Iera at 11:19 AM 0 comments


Aku bz skt 2,3 hr ni. Kena siapkan self assessment. Ikutkan 1 thn 2 kali tp disebabkan aku convert br 2 thn kena 3 kali. Pening gak la kepala dok perah nak tulis apa. Mmg la tu semua ttg kerja kita sepjg thn tp memandangkan kerja kurang thn ni, kuranglah star aku. Yg bnyak cuma training dan team building.

1 lg, aku suka buat kat rumah. Bkn apa, nanti ada je org nk copy. Walaupun cuma dgn kerlingan..Bknlh kedekut, tp self assesement ni yg akan menentukan kenaikan gaji dan bonus kita. Lagipun, kita yg buat keje, kita mesti tahu apa yg kita buat sepjg thn ni..

Pg td, aku dh send dah kat HOD. Hrp2 dpt comment yg baik dr HOD aku.. Walaupun thn ni bonus dan kenaikan gaji dibekukan memandangkan keadaan ekonomi, tp sekurang2nya bos besar tahu kemampuan aku.

Monday, April 20, 2009

24. Idea Mak

Posted by Iera at 11:31 AM 1 comments


Ingatkan aku pernah cerita psl kraf kreatif ni. Aku nk update la sikit psl benda ni. Mybe org tgk bekas telur ni mcm senang je nk buat. Aku kata mcm ni sebab aku ada dgr dr mulut org 'alah, benda mcm ni senang je. aku pun blh buat'. Biarlah aku betulkan sikit pandangan org. Memang la nmpak mcm senang je tp sebenarnya ia memerlukan banyak proses.

1. Kena kumpul botol mineral. Kalau tak boleh nak kumpul, kena beli dari apek yg dok kutip botol2 terbuang. Byr duit, bkn free.

2. Kena potong botol tu mengikut size yg nak. Simpan sikit utk buat tangkai dia.

3. Rendam dlm air sekejap, pastu cuci bg bersih.

4. Dah cuci, kena jemur bagi kering betul2.

5. Dah kering, boh tangkai, kemudian lekatlah reben ikut pilihan masing2 dgn gam UHU. Tambahlah bunga ros kecik sebagai hiasan.

6. Last sekali, potonglah span ikut size botol dan bohlah kat dlm botol.

Memanglah rasa mcm senang tp proses tu banyak nk kena buat. Aku pun x sanggup nk tolong mak aku bila ada order. Cuma org yg berminat dan sabar je blh buat bekas mcm ni. Aku sendiri, kalau nk bg bekas ni kat member2 yg nak kahwin, aku byr je duit kat mak aku sebab aku rasa tak sanggup nk buat sendiri.

Tapi, tak apalah..Setiap org ada pandangan berbeza kan..

23. Buku

Posted by Iera at 9:52 AM 0 comments


Kelmarin, aku mengemas kotak2 khazanah aku. Dah lama aku tak bukak kotak2 tu. Kat dlm tu tersimpan buku2 teks masa Form 6, kertas2 coretan dan contengan serta paper exam. Ingatan aku pun terawang2 ke zaman sekolah. Suka dan duka silih berganti.

Tiba2 aku teringat pada sorang classmate aku. Suhaila namanya. Bukan aku nk aibkan dia dgn coretan ni. Tapi aku memang berjauh hati dgn sikap dia. Masa upper six, aku ada masuk essay contest dan aku menang tempat ketiga. Aku dpt hadiah sebuah novel ( aku lupa tajuk..) keislaman yg agak mahal harganya. Dia ada pinjam buku tu dari aku. Tapi, sampai sekarang dia tak pulangkan. Bukan aku tak pernah ingatkan dia ttg hal ni. Dari sebelum exam STPM sampai lah aku jumpa dia last thn 2001. Aku ada call rumah dia tp dia x ada. Ada hantar surat tp x ada balasan.

Bukan aku tak boleh beli balik novel tu. Bagi aku, ia ada value tersendiri. Novel tu aku dpt sebab menang contest. Kat dlm pulak, ada sign member2 class. Jadi, ia memang bernilai utk org yg berjiwa seni ( che wah...) spt aku. Bukan sj novel yg aku menang, semua buku2 dan novel yg aku beli ka yg org bagi ka, mmg aku syg sebab kat dlmnya tersimpan bermcm ilmu. Sebab tu sampai sekarang, aku masih simpan buku2 teks lama.

Dan aku takkan sesenang org lain utk bagi org pinjam buku2 dan novel2 aku. Aku akan tgk dulu siapa yg akan pinjam. Tetapi org tak pernah nak hargai. Aku akan tgk dulu siapa yg aku nk pinjamkan termasuk family aku sendiri. Aku dah pernah jadi manusia pemurah kepada semua org. Aku bagi buku atau novel tu dlm keadaan baik tapi bila aku terima mcm2 dah jadi. Terkoyak kulit la, tergolong di bahagian tepi la malah ada yg tak pulangkan langsung. Bukan sorang dua tp dah ramai. Sampai sekarang pun ada jugak yg peram novel aku.

Mybe org lain dan aku berbeza. Aku tak boleh mintak org lain jadi aku. Tapi kita ni manusia yg diberi akal. Fikirlah, itu hak org, milik org..Jadi, kita kena jaga amanah org seperti kita menjaga hak kita...Biarlah apa org nk kata tentang sikap aku yg kedekut ni. Sebab aku amat perlukan semua itu utk kehidupan aku. Utk cita2 aku.. Utk impian aku.. Sampai sekarang, aku masih membaca novel, masih melukis, masih membelek buku2 teks lama, masih menulis....sebab semua tu dah jadi sebahagian hidup aku.

Mak aku amat memahami diri aku. Walaupun aku pernah tinggal berasingan dgn mak aku, dia tetap menjaga khazanah aku itu. Dia tak akan benarkan adik2 aku usik kotak2 tu kerana dia tahu semuanya bernilai utk aku walaupun cuma secebis nota.

*Nasib akulah...

Friday, April 17, 2009

22. IMPIAN

Posted by Iera at 9:10 AM 0 comments


Bkn mudah utk mencapai sesuatu IMPIAN. Kita dah bekerja keras utk impian itu, bila dah hampir terlaksana..tiba-tiba ia tak menjadi. Kdg2 bila dah ada dlm genggaman, ia musnah mcm tu saja. Lain yg diharap, lain yg jadi..

Mungkin benar putaran hidup.. Waktu kita sedang bekerja keras utk mencapai apa yg kita inginkan, kita sering merendah diri pdNYA.. Tapi bila kita dah dpt segalanya, kita jadi alpa. Lupa pada DIA yg merestui semua itu. Jadi, DIA pinjamkan sekejap segalanya utk kita rasai bahagianya bila kita dpt mengenggam KEINGINAN dan IMPIAN itu dan DIA menghantarkan kekecewaan bila kita tidak lagi terus sujud dan merendah diri.

Utk memiliki kembali segalanya..bukanlah semudah yg disangkakan. Ia memerlukan kekuatan, ketabahan dan kesabaran...memerlukan usaha yg berterusan tanpa putus asa. Jika kita masih dibuai angan2, kita tdk akan ke mana dan masih tetap berpijak di sini..di tempat yg sama..tak akan melangkah walau setapak. Itukah yg kita mahukan dlm hidup? Tentu tdk kan?

*Akulah manusia itu..

Wednesday, April 8, 2009

21.

Posted by Iera at 1:43 PM 0 comments
Sejak dari hari motor aku hilang sampai sekarang, hubungan aku dgn 'perempuan' ni dh tak baik. Dia tu bkn org lain dgn aku tp org yg ada pertalian dgn aku. Kalau dia tu org lain, mybe aku pn tak akan peduli apa pn yg dia nak buat.

Apa yg aku nak cerita kat sini berkaitan dgn lunch time. Kalau dia keluar lunch dgn tunang dia, dia akan tanya member ofis aku DEPAN AKU nak tapau ke tak. Dia buat seolah aku ni tak wujud langsung dlm ofis tu. Aku bkn kisah sgt kalau dia tak nak tapaukan utk aku sebab aku jrg mkn tghari, at least tanyalah. Kalau dia beli bungkus bawak balik, dia akan mkn tanpa pelawa aku. Dah tu sj letak makanan dpn aku mcm nak menunjuk2. Aku pun bukan hadap sgt pn.

Tapi, ada satu hari tu bila member sorg lagi keluar ke kantin NAIK MOTORSIKAL AKU, tau pulak nk order. Buat muka tak malu. Kalau aku nak berkira anak mami mcm dia tu ( aku tuju utk dia sj ), melahaq la dia tu. Tapi aku fikir dia tu bukan sapa2, dah tu keje sekali..apalah sgt...

Ada hr tu, tau pulak nk mengadu kat aku psl tunang dia. Psl persiapan kenduri dia nanti. Tapi aku dgr sjlah. Aku tak mau campur sebab dia pernah bgtau org tak hrp sgt aku dan family aku pi kenduri dia. Jadi, kena fhm2 sendirilah..

Kalau ikut hati yg marah ni, memang aku bocorkan rahsia dia pd seseorg sbb dia guna nama org tu kat mak dia utk dating dgn tunang dia sampai pg. Bukan sekali tapi tiap2 kali. Tp aku ni taklah SEKEJAM dia tu. Kalau tak mmg perang besar akan meletus. Tapi manusia yg hati kering ni biasalah... Mana pernah nak fikir dan jaga hati org.

Tapi, tak apalah...Hidup ini umpama putaran roda kan...

Thursday, April 2, 2009

20. Tragedi 30 March

Posted by Iera at 4:36 PM 2 comments
Ni br aku sempat nk update psl kejadian 3 hari lps. Blik dr keje hr tu, aku singgah kejap kat rumah salin bj. Sbb mls nk pakai bj kurung. Lgpn cuma nk pi ambik adik aku, Wani blik keje ja.. Aku pakai t'shirt dan tracks. Smpai ja kat tmpt keje Wani, adik aku yg sorg lg call srh pi rumah dia ambik brg. Masa smpai kat Jln Kulim, ada la 2 org mamat tu naik motor dok ushar. Aku buat x tau sjlah. Bila dh sampai kat Tok Kun, 2 org mamat tu yg naik motor LC biru tiba2 mai sebelah kiri dan agak rapat dgn motor aku dan ambik beg kertas dlm raga motor. Aku terkejut gak. Tapi aku biarkan sj. Kalaulah aku terpulas minyak laju dan terhimpit sikit sebelah kiri, mmg mkn jln tar la jawabnya 2 ekor penyangak tu.

Aku bgtau Wani srh sorokkan dompet kat tgn dia. Wani terkejut bila aku bgtau 2 ekor penyangak tu ragut beg kertas dlm raga motor dan terus masuk ke kawasan perumahan yg dkt situ. Kononnya bila blah kot situ, selamatlh sbb jln tu blh pintas ke Alma ( mcmlh aku x tau..aku pn familiar gak kaw tu..) Wani tnya aku, knp aku biarkan sj 2 ekor penyangak tu? Jawapan aku :

1. Dlm beg kertas yg lawa tu cuma ada tupperware yg berisi susu Aina. Sebelum aku pi ambik Wani, aku singgah sat kat rumah pengasuh Aina ambik susu tu sebab tertinggal masa ambik Aina tadi.

2. Kalau ada dompet dan HP pn aku takkan ambik risiko nak kejar 2 ekor penyangak tu. Kan membahayakan nyawa kami 2. Lagipun masa tu time org balik keje. Kenderaan bnyak. Tak ke naya mati katak.

3. Mybe 2 ekor penyangak tu teringin nak minum susu Dutch Lady 1 2 3 kot. Bdn pn kering je, nk bg tembam mcm Aina.

Aku bersyukur sgt sbb aku dan Wani tak ada apa2. Aku tak pi buat police report sebab aku tak sempat tgk plat no 2 ekor penyangak tu. Tp kalau terjumpa kat jln, aku blh cam lg. Lgpn aku rs 2 ekor penyangak tu mmg tnggal kat area situ jugak sbb tu depa tau jln shortcut tu.

Apa yg penting lps ni, bkn aku sj..kpd semua.. kenalah berhati2. Penyangak ni tak kira ada apa dlm raga motorsikal ke dlm kereta ke ( baru2 ni mak aku ckp ada sorg perempuan cina baru masuk kereta tiba2 ada sorg lelaki bukak pintu kereta dan ambik beg tgn atas riba dia ). Yg penting depa dpt tunaikan hajat depa tanpa kira nyawa org lain. Kalaulah hal ni terjadi kat family depa, tau pulak nk pukul org la, nak bwk pi balai polis la.. tapi masa yg depa buat x fikir pn nyawa org lain.
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea