Followers

Wednesday, June 30, 2010

163. Memang aku terasa

Posted by Iera at 3:28 PM 3 comments

Aku tak kisah kalau dia baca entry ni dan dia akan kata aku ni terlalu sensitive..memang aku sensitive..itu realitynya. Masa aku tgk FB dia tadi, berderau darah aku bila photo teks ucapan dia tu dia tak tag aku..Benda ni bukannya besar sangat tapi at least hargai la sama orang yang edit teks ucapan untuk event dia tu..Dan orang tu adalah Aku!

Mungkin selama ni..sapa pun tak tahu aku juga salah seorang yang berada di belakang dia selain kawan-kawan dia. Yang bagi sokongan untuk dia..yang selalu tolong dia bila bab-bab karang mengarang ni..Dan orang yang selalu sedapkan ayat-ayat dia tu..
Kalau tak, ayat-ayat dia tu kebanyakan tergantung..

Tak apalah..mungkin dia malu sebab aku bukan hebat mana pun kalau nak dibanding dengan kawan-kawan dia kan..Terima kasihlah..

Tuesday, June 29, 2010

162. Keinginan Aina

Posted by Iera at 12:43 PM 4 comments


Sampai rumah petang kelmarin, Aina dah ready untuk ke McD. Aku call ex tapi dia masih kat klinik buat medical check up. So, aku suruh Aina keluar bermain dulu. Tiap-tiap bulan macam ni. Mesti ke McD dan KFC dengan abah dia. Aku, join sekali la..hehe..Mak bagitau, Aina bercakap dengan kucing Mak Njang aku yang selalu datang rumah.

Aina : kucing duduk rumah tau..Na nak pi McD. Nanti Na bawak balik McD.
Mak : kucing x makan McD la..makan nasi.
Aina : kucing kena makan McD sama..bagi gemuk macam Na..tok jaga kucing, Na nak pi beli McD.

Alahai, Aina..

Pukul 7 lebih baru dapat keluar. Itu pun dalam hujan yang lebat. Seperti biasa, Aina yang duduk di sebelah ex. Kali ini bertukar angin. Biasanya McD Bandar Perda tapi kali ni ke McD Auto City pulak. Bukan apa, asyik habis saja the latest toys. Dapatlah aku dan ex memenuhi kehendak Aina hari ini. Semuanya untuk Aina. Supaya hidup Aina tak pernah terlepas dari merasai detik bahagia bila bersama abah dan mama seperti orang lain.

Perasaan? Biasa saja..Hanya sekadar seorang kawan..hanya sebagai mama dan abah Aina. Yang lain tu, dah lama berkubur..

Monday, June 28, 2010

161. Semuanya untuk Aina

Posted by Iera at 4:03 PM 2 comments

Bila fikir-fikir balik, takde satu peluang pun yang aku lepaskan kalau ianya melibatkan duit. Aku percaya, Allah sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya yang tidak putus-putus berusaha. Dan aku yakin, Allah sentiasa menolong hambaNya yang tak pernah menyerah kalah dan sentiasa tunduk kepadaNya..

Hari ni sekali lagi aku rebut peluang tu. Dan aku tak pernah menyesal dengan apa yang telah aku lakukan biarpun aku terpaksa menggunakan masa berehat. Semuanya aku sanggup lakukan demi Aina. Lagipun peluang begini bukan datang selalu dan sekurang-kurangnya aku dapat timba pengalaman baru..

Pada Aina, aku selalu bagitau kenapa aku terpaksa lakukan semua ini dan kenapa aku terpaksa tinggalkannya..Dan aku yakin, Aina dah pun faham dan mengerti keadaan ini..

160. Aina

Posted by Iera at 3:46 PM 0 comments

Ni cerita Sabtu..Pagi tu aku berjanji nak pi jogging dengan Aina. Anak aku ni bersemangat..siap bagitau tok pengasuh dia. Aku tak jadi bawak Aina..tengok cuaca yang nampak mendung je..Jadi aku pi sorang.. Dapat la jugak aku peluhkan badan walau sorang-sorang..Nasib baik masa aku balik Aina belum bangun lagi. Kalau tak, tentu nangis.

Petang, lepas je aku balik dari ambik Wani, mak aku cakap Aina dah siap mandi dan pakai baju baru. Dia bagitau yang aku dengan abah dia nak bawak dia pi McD. Apalagi, kelam kabut la aku call abah dia nak confirm free ke tak. Ikutkan memang aku tak berjanji nak bawak Aina ke McD hari ni. Tapi abah dia ada hal. So, aku terpaksa la cari idea nak pujuk Aina. Aku pi cari Aina yang tengah bermain.

'Hari ni kita tak boleh pi McD..abah keje..'

Terpaksa berbohong..Jelas kekecewaan di wajah Aina. Tapi nasib baik, Aina faham..Bila balik ke rumah, Aina bagitau mak aku yang abah dia keje..tak jadi pi McD..

Fuh..nasib baik..

Sunday, June 27, 2010

159. Konflik

Posted by Iera at 1:07 PM 0 comments

‘Berhenti saja dari situ dan cari tempat lain. Rezeki tu ada kat mana-mana.’

Terasa sebak apabila mendengar kata-kata mak. Selama ni, mak tak pernah masuk campur urusan keje aku, kat mana aku nak keje, berapa gaji tapi semalam mak keluarkan kata-kata ni. Aku tahu, mak dah tak sanggup nak biarkan aku terus diperlakukan sebegini. Bukan orang lain tapi sepupu sendiri. Memang susah bila keje sekali dengan saudara mara ni.

Dan minggu lepas, Ida juga suarakan hal yang sama. Ida pun dah tak sanggup nak dengar kepedihan yang aku tanggung sekarang. Setiap hari ada saja perkara yang dilakukan agar aku sakit hati. Kadang-kadang, dia buat aku seolah tak wujud kat dalam ofis tu. Aku dah ikut nasihat Ida supaya jangan ambik peduli dengan semua tu tapi bila aku diam dan buat tak tahu, lagilah banyak perkara yang dilakukan.


Banyak perkara yang harus aku fikirkan jika aku hendak letak jawatan. Yang utama sekali adalah Aina. Kerana Aina aku bertahan dan terima semua kesakitan ini. Tapi aku tak hanya duduk berdiam. Aku sedang berusaha mencari ‘sesuatu’ yang lebih baik dari sekarang. Insyaallah, Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia akan gantikan kesakitan aku ni dengan rahmatnya. Aku redha dengan ujian ini.

Bolehkah aku bersabar lagi? Dan mampukah aku pertahankan kesabaran aku? Mampukah aku…

Monday, June 21, 2010

158. Jogging

Posted by Iera at 12:57 PM 0 comments

Pagi Sabtu lepas dengan nekad aku keluar jogging semula. Dah lama aku tak excercise. Aku pergi dengan member aku, Yus. Memang terasa sangat yang dah lama tak jogging. Lari sekejap, berhenti..lari sekejap berhenti..

Balik rumah terasa pergelangan kaki sakit sangat. Betis dan peha lenguh-lenguh. Aku dah nekad, selepas ni seminggu sekali pun jadilah kena jugak excercise. Starwalk Penang cuma tinggal beberapa bulan saja lagi. Kena pecah rekod tahun lepas.

157. Sepupu Kawin ( 5/6/10 ~ 13/6/10 )

Posted by Iera at 12:52 PM 0 comments
3 minggu lalu memang agak sibuk dengan persiapan kenduri kahwin sepupu aku. Mak la orang paling sibuk kerana nak siapkan bekas hantaran dan pada hari kenduri pula mak diminta untuk menghias meja makan dan santapan pengantin. Simple dan ringkas. Ni je gambar yang sempat aku update disebabkan camera yang satu lagi adik aku dah terbawak balik.


Sepupu aku, Suhaini.


Akad nikah kat Masjid Sungai Rambai.


Mak aku dan Pe'un. Dua orang kuat untuk menghias meja makan dan santapan pengantin.






Kenduri sebelah perempuan.


Wani dan aku.


Aina yang tak mau lepas bergambar sama.


Mak aku.


Pengantin bergambar dengan keluarga sebelah perempuan di majlis sebelah lelaki.

Wednesday, June 9, 2010

156. Kebetulan

Posted by Iera at 1:14 PM 1 comments


Mungkin petang itu telah tertakdir buatku akan terjumpa dia semula selepas sepuluh tahun berlalu..Dan terbukti bahawa aku atau dia tak pernah lupa yang suatu ketika dulu pernah ada memori terindah dalam hidup kami..

Memang susah untuk melupakan orang pertama dalam hidup tapi semuanya adalah kenangan. Walau pernah ada rasa cinta yang berakhir dengan kelukaan tapi aku telah pun memiliki cinta kedua meskipun cinta kedua itu juga musnah.

Betul kata, Yus..aku kena berpura-pura sudah melupakan segalanya kerana seandainya hubungan ini bercantum semula walau sebagai sahabat sekali pun, akan membuat banyak pihak terluka. Biarla dia dengan dunianya dan aku dengan duniaku.

Walau apapun, aku tetap mendoakan dia bahagia..

Tuesday, June 1, 2010

155. Moral

Posted by Iera at 11:46 AM 0 comments


Moral hari ni : jangan penyibuk hal orang lain..lain kali usul periksa..tak ke malu muka tu..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea