Followers

Tuesday, March 31, 2009

19.

Posted by Iera at 3:23 PM 0 comments


Menjwb tag dr Cik Jemari kita :

1.Do you think you are HOT?
HOT? Ada jugak kdg2 rs HOT jugak aku ni.. HOT dikalangan family..kwn2.. Kdg2 tu di mata mereka2 yg kat hati tu ada niat yg tersembunyi..mmg HOT sgt la kot..hehe..

2.Why do you like this picture?
Ms ni tgh mkn…ada BBQ. Kira tgh pulun mkn la… mcm2 ada..smpai x lrt nk sumbat dlm mulut.. siap tapau lagi. He..he..

3. When was the last time you ate pizza?
Last year... Sj try Domino’s pizza.

4. The last song you listen to?
Jika Kau Pergi-Imran Ajmain. Sj dgr lagu tu kat blog imeem.

5. What are you doing right now besides this?
Br lps settle keje ofis...sekrg ni dh free..

6. What name u prefer besides yours?
X ada kot...tp ada sorng je sepupu aku pnggil Kak Yong…

7. People to tag

->1 Cik Irda
->2 Cik Lala
->3 Cik Nurin’s Azmia
->4 Cik Maira
->5 Cik Nadia
->6 Cik Angahnina
->7 Cik Afida
->8 Cik Naziehah
->9 Cik Farha
->10 Cik Ana

8. Who is no.1 -
Dia ni bestfriend aku.. time aku susah ke sng ke..dia slalu ja dgn aku. Aku dh knl dia sjk form 2. Bila kami dh dok skali, mulut tu x brhnti smbang.. dr ruang tamu ke dapur.. dr dapur ke bilik.. pdhal slalu jugak jmpa. Tmpat slalu lepak, kat rumah dia la.. smpai masing2 dh ada anak pn still mcm tu jugak. Dia pn klau aku lama x pi rumah dia, mulalh tnya. Best sgt…

9. No.3
Dia ni seseorg yg prnah ada kat hati dan hdp aku. Walau sekrg dh x mcm dulu, tp kami still berkwn, share sush sng. Kdg2 aku carik dia jugak kalau ada apa2 hl. Dia pnm cm tu jugak. Mybe sbb dh trbiasa.

10. Say something about no.5 -
Dia ni pn aku knl kat webs. Dia ni photographer. So, aku slalu tgk website dia. Bila dh knl, jd kwn. Oleh krn kami ni sebaya dan ada jln crite hdp yg lbih kurg sama..kami serasi. Sekrg ni, aku dh jrg contact dia sbb dia tgh bz dgn wedding day dan job yg x hnti2 masuk. Congrate, friends..

11. How about no.4?
Sebenarnya aku knl dia melalui email je.. walau dia ni muda dan berlainan jantina tp dia mmg sorg kwn yg baik.. Dia pn slalu gak crite kat aku hal personal dia. Dia ni friendly sgt.. walau br knl x smpai 2 thn tp mcm dh berthn2…

12. Who is no.2 -
Adik aku la, Wani. Kami ni kalau dok sekali asyik crite psl nk shopping, nak beli itu la, nk beli ini la. Mmg kami 2 ni share bnyak hl ttg pakaian dan fesyen. Dia ni klau aku pakai x kena gaya skt, mulalah dia komplen mcm2…

13. Others

No 6 - Cik Nurin – Cute girl...gmbr2 yg dia upload kat blog creative sgt..
No 7 – Cik Jemari – Knl kat cyber..orgnya manis sgt..aku suka ziarah blog dia..
No 8 - Cik Irda – Pndpt aku ttg dia sama mcm cik Jemari kita gak.
No 9 - Cik Naziehah – Aku tau blog dia ms baca InTrend….
No 10 – Aqasha – Aku br follow blog dia. Bhs yg dia guna mmg tersirat.

Monday, March 23, 2009

18. Comelnya Kamu Dimataku..

Posted by Iera at 4:02 PM 0 comments




Iera di tag oleh cik Jemari kita utk menjwb soalan yg berbunyi :

ANDA DI TAGGED untuk menjawab 10 sebab mengapa SI DIA COMEL di mata anda! Hehehe... Boleh pilih si dia itu suami, kekasih hati atau sahabat sejati.

Org yg sentiasa comel di mata iera ialah..NURUL AINA NAJIHAH….
( sorry, iera ltk gmbr ms Aina umur 1 thn lbih, gmbr trbaru blm capture lg.. )

** COMELnya bila dia MENJERIT memanggil nama aku tiap kali bangun dari tido. ‘Mak.. Mak…’ selagi tak menyahut, selagi itulah dia akan menjerit.

**COMELnya bila dia TAK RETI DOK DIAM. Ada saja yg hndak dibuatnya. Dia cuma akan berhenti bila nak minum susu, nak tido atau tgk tv sj.

**COMELnya bila dia KHUSYUK tgk tv sampai mata tak berkelip2. Kalau aku panggil pn tak dgr. Tak kiralah crite apa, yg penting dia suka…Sampaikan hero dan heroin dlm crite tu pn dia ingat. Terutama sekali Jelita dan Juli..

**COMELnya masa dia MENANGIS bila aku pura2 tido. Dia sangka aku mati mcm yg dia tgk dlm tv. Selagi tak bukak mata, selagi tulah dia akan menangis sambil tepuk muka aku. Dia akan kata ‘ mak, jgn mati..’ sedihnya..klaulah hal tu terjadi kan..

** COMELnya MATA dia mcm pakai celak. Semua org ingt aku boh celak kat mata dia. Tp tu mata original.. Bila aku tnya ‘ Aina, mata cantik mn?’ Dia pn pejam celikkan mata dia tunjukkan mata dia tu. Kalau menjeling, mmg tajam jelingan dia tu..Rindunya….

** COMELnya bila dia MALU tiap kali klau org pandang dia lama2 atau org yg dia tak kenal tegur dia. Mulalah dia peluk dan sembamkan muka kat dada aku.

** COMELnya bila dia selalu kata GOOD MAK kat aku. Tu menandakan akulah mak yg terbaik utk dia..

** COMELnya bila dia MERAJUK....mesti dia diam, langsung tak mau berckp dgn sapa pn smpai berjm2 lamanya selagi aku tak pi pujuk dan peluk dia.

** COMELnya bila dia KENA MARAH dgn abah dia tiap kali baling brg permainan. Mulalah dia peluk aku dan tak mau tgk muka abah dia langsung…Takut..

** COMELnya bila dia nak aku CIUM dan PELUK dia tak kira kat mn dan bila. Kdg2 tgh jln di pasaraya pn dia mintak aku peluk dia… Sweet sgt…


Mmg dia comel di mata aku. Dia adalah semangat dan ketabahan aku. Anugerah yg tak ternilai utkku. Aku syg sgt kat dia. Krn itu, aku cuba penuhi sgl keinginannya... Dia memang COMEL SGT DI MATAKU... SYG, AINA..

Tuesday, March 17, 2009

17.Jika Engkau Pergi-Imran Ajmain

Posted by Iera at 9:50 AM 0 comments
Bermulanya semua hanya dengan rasa
Ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Chorus
Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Ulang Chorus

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata


Sejak akhir2 ni aku minat sgt dgn lagu-lagu Imran Ajmain...

Monday, March 16, 2009

16.Demam pulak dah..

Posted by Iera at 9:45 AM 0 comments
Hr ni btul2 mls nk mai keje.. Tak larat sgt.. Kena demam dan selsema. Dah tu, member sebelah pulak apply cuti. Nanti tak ada sape nak cover. Tapi tgklah tghari nanti.. Kalau dah tak boleh nak bertahan, kena apply jugaklah cuti.

Tensionnya..klau terkena demam dan selsema sekali...

Wednesday, March 11, 2009

15.Lunch at Azuma Japanese Restaurant, Queensbay Mall

Posted by Iera at 3:54 PM 0 comments
Kelmarin, ada lunch kat Azuma Japanese Restaurant, Quenssbay Mall, ada 2 org staff nak resign hjng bln ni. Satu ofis pi, kebetulan pula bos bsr, Mark mai sini utk bg briefing. Ikutkan pukul 12.15am kena ada kat sana tp disebabkan ada customer dari Agilent visit kat warehouse, kami bertiga sampai dah pukul 1.00ptg. Time tu semua org dah kenyang. Jadi tak sempatlah nak capture photo.

Menu ikut selera sendiri. Aku pun kira first time la masuk Japanesse Restaurant. Kalau setakat sushi tu memanglah pernah mkn.

Pickles
Nasi
Miso Soup
Fruits
Steamed Egg
Salad
Green Tea Ice Cream

Semua ni ada dlm set yg aku pilih. Kak Ros bagitau aku set yg dia pilih pun ok juga. Dia ambik Shake Teriyaki Set.

Dh kenyang kenalah balik ofis kat Sungai Nibong. Ada briefing pkl 3.00ptg. Boring gak dok tunggu masa utk briefing sebab tak ada keje nak buat time. Lainlah member2 ofis yg mmg stay kat sana. Dok belek newspaper aje..

Mr Mark bagi report prestasi bln Jan sampai end Feb. Mmg teruk sikit result tu disebabkan ekonomi yg tak menentu. Kena work hard lagi lah utk next month. Bonus mmg dh 'hancus'..

Balik dah pukul 5.45ptg. Time ni Jambatan Pulau Pinang memang jem teruk. Nasib baik Kak Ros dah tau nak ikut jln mn sebab husband dia keje Penang

Friday, March 6, 2009

14.Dari Bidadari kepada Semua Bidadari....

Posted by Iera at 10:38 AM 0 comments
Cantik tdk terbanding, serba sempurna tiada cacat cela dlm dunia halusinasi-mungkin utk sesetengah dpd kamu tertanya2 : ‘Hai..layakkah aku ini dimetafora bak bidadari?’

Percayalah, ada bidadari terindah dlm diri kita semua. Ada kebijakan, ada kebitaraan, ada keunikan dlm diri kita semua. Wanita, kita didtg dr rusuk kiri lelaki, yg lemah tetapi kita dianugerahkan kebesaran utk menyempurnakan fitrah hdp lelaki yg sasa gagah! Bukankah besar peranan kita, krn hdp kita berputar2 dan kita dpt merasai sejuknya didodoi ibu, bahagianya dicintai lelaki, lengkapnya menjadi ibu, seronoknya menimang cucu ( oh-oh, yg ini saya lama lagi! ) tidakkah kamu semua setuju? Jadi, wanita, mari kita renung kembali, apa yg telah kita lakukan utk diri kita sendiri, utk famili, juga utk seluruh komuniti yg kita diami? Kukuhkan personality kamu, bekali cepu kepalamu dgn sewajar ilmu spy anak keturunanmu mengiktiraf siapa kamu dan mengiktiraf pencapaian kamu. Dan InTrend sendiri saya yakini- tdk banyak-mungkin sedikit tetapi menumpahkan ilmu gaya, tips kecantikan dan petua jati diri utk kta semua sama2 perbaiki kelemahan, capai kualiti hdp tertinggi yg kita idam2kan.

Oleh : Rosie Haslinda ( Editor )
Sumber : Majalah InTrend Mac

Selamat Hari Wanita Sedunia!

Thursday, March 5, 2009

13.Kraf Kreatif Mak..

Posted by Iera at 3:30 PM 0 comments



Nak tau ni bekas apa? Ni lah bekas telur yg mak aku buat. Kreatif x? Aku sajalah capture gambar ni dah alang2 bawak tempahan kawan aku. Tapi ni bukan idea mak aku. Idea ni entah dari siapa pun aku tak tau. Sebab sample tu mak aku ambik dari Pakcik aku yg pi kenduri rumah kwn dia. Bila mak aku tgk dan berkenan, mak aku pun trylah buat tapi mak aku edit sikitlah.. Sekarang ni, bekas telur ni dah jadi pendapatan sampingan mak aku. Kalau ada org nk tempah, mak aku akan buat.

Bahan2 tu memang senang. Cuma ambik botol mineral yg kita nak buang tu, potong ikut ketinggian yg kita nak, baki tu kita potong utk buat tempat pegang,kemudian basuh bersih2 dan jemur bagi kering. Kemudian ambik la reben yg kita nak, lekatlah kat body botol tu dgn gam UHU. Boh span kat dlm supaya telur dok elok je kat dlm tu dan boh la bunga mengikut citarasa...

Bekas ni bukan utk telur saja, tp boleh jugak boh coklat ke,apa2 ke yg suka. Mak aku jual satu bekas RM1.20 ( utk reben ni lah..) Kalau nak reben murah, harga pun akan murah sikitlah..Bergantung pada rebenlah katakan..

Dari muda2 dulu, memang mak aku suka sgt buat benda2 kreatif. Kalau ada kenduri, mesti org kg ke, sedara ke yg cari mak aku utk buat gubahan hantaran, bunga telur dan mcm2 lagilah...Masa tu mak suri rumah sepenuh masa. Dalam sibuk2 melayan karenah anak2 yg nakal ni, sempat jugak jadi Naib Juara Gubahan. Bukan kata gubahan, masak makan pun mak aku terer. Roti jala? Kuih Seri Ayu? Murtabak? Sebut saja masa tu mesti dpt mkn punya. Sebab tu anak2 dia dari kecik sampai besar 'debab2' semuanya. Tapi sekarang, mak aku cuma buat semua tu kalau ada tempahan ja. Sejak mak aku keje masa arwah bapak aku sakit, mak aku dah kurang tumpu kat benda2 tu. Kalau suruh masak mcm dulu2 balik sure dia akan kata :

'Pi beli kat kedai lah..lagi senang.'

Kdg2 tu ada jugak dia masakkan tapi ikut mood dia lah.. Aku pun tak salahkan dia sebab dah berpuluh2 tahun masak dan urus hal anak2 dan rumahtangga. Dah tiba masa dia rest dari semua tu.

Tuesday, March 3, 2009

12.Kalau Bercakap Dgn Aku...

Posted by Iera at 5:16 PM 0 comments


Ikutkan aku dah malas nak bangkitkan hal ni. Tapi bila aku tengok 'perempuan' tu semakin hari semakin memualkan, aku terpaksa luahkan apa yg aku rasa. Dia tu bukan sapa2 dgn aku. Ada ikatan keluarga yg rapat tapi sejak motorsikal aku hilang, dia buat aku mcm org lain. Mcm org asing. Kalau dah org tak sudi nak bercakap dgn kita, takkan kita nak terhegeh2 kan..Tapi aku tau lah kenapa dia buat mcm tu.

1. Kalau bercakap dgn aku, sure dia terpaksa offer aku tumpang motorsikal dia dari depan Guard ke Warehouse. Tak pun kenalah hantar aku ke Jetty. Bukankah dah waste time balik dia.

2. Kalau bercakap dgn aku, larila budget minyak motorsikal dia. Yalah, bila dah bagi ambik atau hantar aku kat Jetty tentulah minyak motorsikal dia nak kena tambah lain. Dahlah motorsikal dia 'kedaqah' minyak. Skuter katakan..

3. Kalau bercakap dgn aku, kenalah bagi aku pinjam duit. Kot2 la aku nak beli motorsikal baru tak cukup duit. Tak tolong salah, sedara kan..

4. Motorsikal aku hilang pun disebabkan kelalaian aku. Kononnya, dia dah ingatkan aku.

Kat sini aku nak betulkan sikit...

1. Kalau dia bercakap dgn aku pun, takkan aku tak reti fikir. Tak pernah terlintas kat otak aku pun nak tumpang dia walaupun dari Guard ke Warehouse sejak hari motorsikal aku hilang. Dia dah ambik tunang dia takkan nak patah balik ambik aku pulak kan..

2. Takkan aku tumpang org free kot. At least aku kenalah sua juga RM2 atau RM3,belanja mkn ka, beli apa2 ka.. Aku pun fahamlah ekonomi sekarang ni..Tapi kalau dah memang kedekut tu nak buat mcm mn kan..

3. Aku pun tak terfikir nak pinjam duit dia. Bukanlah nak cakap besar, aku ada gak buat tabungan. Walaupun tak banyak, bolehlah guna time2 mcm ni. Ingat muka aku tak malu ka nak pi pinjam duit kat org.. Dari buat org mengata, lebih baik aku pinjam kat adik2 aku. Takkan adik2 aku nk tengok kakak dia ni susah kn...( sekurg2nya kalau aku pinjam kat org, aku byr...taklah buat tak tahu kn..)

4. Bagus gak dia tolong ingatkan aku kn..Tapi hairan ye, mcm mn motorsikal dia boleh hilang dulu ye..

Aku bukan nak bergaduh dgn sapa2 walaupun sepupu ke, mak sedara ke.. Sebab dia tu bukan org lain. Kalau cubit peha kiri, peha kanan mesti terasa jugak walaupun sikit..Tapi disebabkan sikap dia yg keterlaluan, aku memang tak puas hati. Masa time tunang dia hantar kat Guard, tau pulak call aku berkali2 suruh ambik. Tau pulak suruh aku celapak pi ambik dia kat rumah dia masa tgh ada crisis dgn tunang dia. Bukan sekali, berkali2 tapi aku tak complain pun. Sebab aku fikir, apalah sgt sedara sendiri. Hari ni hari dia, hari aku tak tau bila. Dia dah senang kot. Sekarang ni, yang selalu tumpangkan aku adalah 3 org yg cuma ada ikatan kawan ja. Aku takkan lupa pd depa ni. Thanks, frenz...

Hari ni, aku dah tak payah tumpang sapa2 sebab aku dah dpt motorsikal yg aku booking sejak 2 minggu lepas. Tentang dia tu, aku tak kisah. Aku tetap profesional hal keje. Tapi jgn dok komen apa2 kalau kenduri dia nanti aku buat lebih kurang je..Sebab dia pun dah terlepas katakan..Dia tak harap family aku pi kenduri dia....So, sapa salah sebenarnya nanti?

Memang betul apa org kata, bila kita senang..mesti ramai yg ada dgn kita. Tapi bila kita susah, sedara sendiri pun dah tak mengaku sedara...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea