Followers

Wednesday, December 30, 2009

89. Aku..

Posted by Iera at 1:35 PM 0 comments


Td engineer aku skype tnya aku sama ada aku ada problem ke x. Sebabnya dia tgk ayat2 yg aku guna kat facebook seakan aku ada problem. Mungkin sejak akhir2 ni ayat2 yg aku guna seakan dlm feeling kecewa..bermasalah.. Adakah aku sekarang dlm keadaan mcm tu?

Aku pn tak pasti. Tp yg aku sedari bahawa hidup aku sedang diuji..sedg dlm keresahan..dalam pelbagai persoalan. Namun semua itu tak pernah menganggu kerjaya dan perjalanan hdp aku. Krn aku adalah aku. Aku takkan pernah tunjuk keresahan di depan org. Biarlah aku simpan segalanya. Walaupun ianya akan menjadi nanah dan berdarah.

Memang aku perasan bahawa aku sdg berperang utk melawan semua dugaan dan ujian. Biarpun nanti aku tersungkur dan kecewa namun aku tak pernah tunduk pada semua itu krn aku telah pn berusaha. Hanya Allah yang tentukan segalanya.

Mungkin bukan hari ini..mungkin juga bukan esok segala yang kita nak jadi milik kita.. Dan mungkin juga hari ini kita kecewa tp bukan kecewa itu milik kita selamanya. Dan mungkin juga hari ini, orang melukakan hati kita, menjatuhkan kita..berhasad dengki dgn kita..tp mungkin juga nanti mereka2 itu akan merasai kembali apa yg pernah kita rasa.

Tuhan itu Maha Adil. Suatu hr nanti pasti akan tiba. Bila kita pergi jauh dari hidup mereka..barulah mereka akan sedari kehilangan kita. Suatu hari itu juga pasti akan tiba..bila mereka dijatuhkan kembali meskipun bukan kita yang lakukan..

Saturday, December 26, 2009

88. Lukisan

Posted by Iera at 4:05 PM 4 comments


Kelmarin aku cari majalah lama. Tiba2 terpandang sketch book. Ada 3 semuanya. Kat dlm tu semuanya lukisan2 yg aku lukis ms dulu dan kini. Sebenarnya ada 4 skecth. Tp yg satu dh hilang entah ke mana. Skecth tu yg 1st aku lukis, siap dgn tandatangan kumpulan InTeam. Bukannya aku yg jumpa depa tp sepupu aku masa depa mai kat sek sepupu aku. Syg jugak kat sketch tu sbb kebanyakan lukisan kat dlm tu aku lukis dr hati yg tgh sedih... Dan hasilnya mmg lebih baik.

Banyak lagi lukisan2 aku yg masih aku simpan. Ada yg aku frame kan. Lukisan tu permandangan waktu mlm. Terus terang aku ckp, aku bab menwarna ni mmg surrender sbb aku tak reti nk main dgn warna. Kalau setakat hitam dan putih..mmg aku terer. Sebab tu kebanyakan lukisan aku semuanya gambar malam. Kira hitam putih. Dan kebanyakan kartun yang aku lukis cuma guna pencil je..Tak de warna..Nape la aku tak reti ea?

Aku still melukis lagi sampai sekarang. Baru beberapa hari lepas aku beli 1 lg sketch book. Minat aku tak pernah padam walau aku sekarang aktif menulis. Bagi aku melukis, membaca dan menulis adalah sebahagian hidup aku. Aku kena jugak buat salah satu dari aktiviti ni dlm sehari. Kalau tak, hidup mcm tak sempurna.

87. Lunch at TGI Friday's, Queensbay Mall Penang

Posted by Iera at 3:24 PM 3 comments
Khamis lepas, sempena Krismas Day, company aku sponsor mkn kat TGI Friday's, Queensbay Mall Penang. Hr tu dpt mkn free dan blik awal. Kira lps lunch terus balik rumah.



Kat depan restoren.








Posing kat dalam restoren.



Menu aku order. Dragonfire Chicken Rice. Memang sedap.








Thursday, December 24, 2009

86. Update_Pulau Langkawi

Posted by Iera at 3:56 PM 3 comments



Dataran Lang







Tasik Dayang Bunting



Pantai Beras Basah














Makam Mahsuri

Aku malas nak cerite sebenarnya hr ni. So aku update gambar ajelah. Sebenarnya banyak lagi gambar tp aku malas nak upload. Ni saja yang dpt aku upload kan. Gambar aku kat sn ada jugak cuma aku tak sempat mintak lagi dr kwn aku.

Wednesday, December 23, 2009

85. Spelling...susah sgt kah?

Posted by Iera at 4:58 PM 0 comments
Aku ada sorang member kat ofis. Tiap kali nak send email dia mesti tanya aku mcm mn nk spelling perkataan dlm BI. Kat ofis aku, send and receive email mesti guna BI. Tiap kali dia akan tanya aku. Cthnya :

'Mcm mn nk spelling 'again'?'

'Mcm mn nak spelling 'direct'?

Tak pun dia akan tanya :

'Mcm mn nak buat ayat ni dlm BI?'

Aku bukan kedekut ilmu tp online dictionary kan ada. Cari ajelah. Lagipun, perkataan2 tu selalu sgt kita guna. Takkan tiap kali nak guna nk kena tanya org. Dah tu nak buat ayat, pandai2lah sendiri. Aku pun belajar dan usaha sendiri. Kalau ada yg slh, bos aku akan perbetulkan. Janji org fhm apa kita nak sampaikan.

Susah sgtkah?

Tuesday, December 22, 2009

84. Warkah Buat Seorang Teman..

Posted by Iera at 10:21 AM 2 comments


Maafkan saya kerana telah membuatkan hidup awak kucar kacir..membuatkan awak terpaksa buang masa dengan benda2 yg remeh temah.. Bukan saya yang mulakan segala tapi awak. Saya tak pernah menjanjikan apa2 tapi awak yang selalu memberi harapan. Bila saya dah mula menerima harapan itu, awak bagai bermain tarik tali. Bijakkah awak?

Hati saya sudah cukup sakit setelah awak muncul semula. Awak buatkan hidup saya bagai di awangan. Dan apabila saya terhempas ke bumi, ia teramat sakit. Terima kasih atas segalanya. Cukuplah dengan permainan itu. Mungkin bagi awak, saya tidak selayaknya untuk awak. Kita memang seperti enggang dan pipi yang tidak layak beriringan walau di awan yang sama. Mungkin juga kita ini bagai langit dan bumi.

Kalaulah awak sedar semua itu dulu.. Kalaulah awak tetap mengagungkan persahabatan kita..Pasti tidak akan ada hati yang terluka. Pasti jua saya tidak akan menjauh sebegini. Mungkin suatu hari nanti awak akan sedar..kekurangan yang ada pada saya itulah yang akan membahagiakan awak hingga ke akhirnya..

Hati saya dah terluka..

Monday, December 21, 2009

83. Dugaan

Posted by Iera at 4:19 PM 0 comments


Dek krn Cuti-cuti Malaysia hr tu, aku dihentam hebat oleh ex. Mcm2 perkataan yg dikeluarkan dr mulut dia ( mulut tu lah dulu pernah ucap kata2 manis dulu kat aku dulu..x fhm aku ). Semuanya krn dia syak yg bkn2 kat aku. Yelah..selama ni aku mn pernah bercuti selama itu. Dah tu aku tinggalkan Aina pulak.

Tapi aku biarkan saja apa yg dia nak katakan pdku. Aku dah masak dgn perangai dia. Nanti dia sejuk la sendiri. Tak sampai seminggu pun, dia ok dah pun. Alasan call, nak ckp dgn Aina. Aku bg ajelah dia ckp dgn Aina.

Aku pun tak fhm dgn ex. Sebenarnya, apa saja urusan aku dah bkn urusan dia kecuali melibatkan Aina. Urusan peribadi aku adalah hak aku.

Thursday, December 17, 2009

82. Cuti-cuti Malaysia-PULAU LANGKAWI

Posted by Iera at 10:47 AM 4 comments
Mcm yg aku bgtau hr tu aku akan bercuti di sebuah pulau. Dan pulau yang aku pilih tu ialah Pulau Langkawi. Semuanya last minute. Ada sorang member invite aku join dia ke sana. So, aku yg tak pernah lg ke sana, ambik peluang ni lah. Aina aku tinggalkan pada mak aku. Mak aku pun tak kisah bila aku cakap nak ke sana. Aku bertolak Isnin pg ( 14.12 ) dan balik Rabu ( 16.12 ). Aku tak boleh nak cerita pjg2 kat sini sebab gambar masih ada kat member aku tu. Aku terlupa nak bwk kamera. Banyak benda aku kena settle sebelum bercuti. Memang masa fit sgt. Nantilah bila kwn aku dah send kat aku gambar aku akan upload kat sini. Apa pun inilah percutian yang terindah dlm hidup aku.

81. Starwalk Penang 2009

Posted by Iera at 10:00 AM 0 comments


Setiap tahun diadakan Starwalk Penang kat PISA. Seperti thn lps aku join starwalk ni. Pukul 4.30 pg dah kena bangun sebab selewat2nya pukul 6.30pg kena ada di PISA. Aku, Wani dan Shikin pergi sama2 dgn motorsikal. Disebabkan dh lama tak excercise memang terasa sgt bila dh start berjalan. Bukan mudah utk habiskan 10km dlm tempoh 2 jam ( ms yg telah ditetapkan ). Tp Alhamdulillah...berjaya jugak habiskan. Dpt sijil dan kupon cabutan bertuah. Tp aku memang tak boleh tunggu sampai habis cabutan bertuah tu sebab aku ada hal lain yang lebih penting. Tak tahulah kenapa kali ni aku rasa kurang sikit sakit kaki jika nak dibandingkan thn lepas. :)p

Friday, December 11, 2009

80. Update

Posted by Iera at 1:06 PM 0 comments
Kelmarin aku dh submit kat HOD Sales Assessment utk hujung thn. Setiap thn kena buat 3 kali. Memang penting utk kenaikan gaji dan bonus walaupun last year apa pn x ada. Dgr2nya thn ni ada kot sebab kedudukan ekonomi dh stabil.




Entah kenapa sejak beberapa hr ni ladtop aku buat hal je. Klik je mula nk hang. Mula2 tu semua staff kena tp bila depa dh ok, aku still lg mcm tu. Nak buat keje pn susah. IT staff minggu dpn br blh dtg check. Terpaksalah bersabar dgn keadaan ini.


Ahad ni ada STARWALK kat PISA. Mcm thn lps gak..aku join. Hrp2 thn ni dpt lg sijil mcm thn lps.. Kena habiskan 10km dlm tempoh 2jam. Dah la lama aku tak excercise.. Blh ke x nnti?



Isnin aku akan CUTI-CUTI MALAYSIA.. Di mana? Aku akan bagitau kemudian. Memang excited sgt dh ni..

Thursday, December 3, 2009

79. Tak Sukanya Aku..

Posted by Iera at 5:04 PM 2 comments


Aku tak suka situation ni.. Tak suka sangat2. Tapi mampukah aku utk tepis segalanya? Mengelak segala dan membohongi hati sendiri..

Aku ingin sebuah kekuatan dan keteguhan hati utk berdepan keadaan ni... Namun layakkah aku utk menolak hukum alam? Aku hanya manusia biasa..

Tensionnya aku!

Wednesday, December 2, 2009

78. Happy Birthday, Aina

Posted by Iera at 9:15 AM 0 comments


Selamat Hari Jadi, anak bonda..

Aina,
Kehadiranmu bonda dan abah nantikan
Untuk menyeri mahligai cinta
Melengkapi hidup berkasih sayang..

Namun,
Maafkan bonda
Kerana pernah biarkan kau merasai
Derita dan airmata bonda
Kerana membiarkanmu
Melalui sengsara bonda..

Bukan kehendak bonda dan abah..
Tapi takdir itu tak mampu ditepis
Inilah ujian buat kita, sayang..

Aina, anak bonda..
Adalah kekuatan dan ketabahan bonda
Adalah permata hati
Dan denyutan nadi bonda...

Usah kau gusar, duhai anak..
Walau hidup ini penuh ujian..
Akan bonda pastikan
Dikau sempurna segalanya..
Akan bonda redahi lautan dengan keringat ini
Untuk kecemerlangan masa depanmu..

Dan ingatlah, Aina..
Meskipun tidurmu tanpa dakapan kasih abah
Tapi cinta bonda seluas lautan..

Tuesday, December 1, 2009

77. Ntahlah..

Posted by Iera at 2:23 PM 2 comments
Td, sepupu aku yg keje sekali skype aku :

[2:04:38 PM] : Aku x mau tau la apa problem hang...
[2:04:56 PM] : tp jgn la dok sombong sgt...
[2:05:28 PM] : bila hang nak p toilet ka kntin ka ang ajak aku ikut x pnh dok tolak...
[2:05:44 PM] : tp sjk akhir2 nie aku ajk pun ang x mau...
[2:06:42 PM] : ang ada yg x puas hati ka dgn aku...
[2:07:01 PM] : klu ada bg tau aku pun x skit hati dgn prangai hang mcm nie...
[2:07:34 PM] : seolah2 nak kwn bila perlu saja...klu x mau x pyh la kan...
[2:07:53 PM] : 2 yg aku dok nmpk la...
[2:08:46 PM] : aku klu ang x mau ckp dgn aku pun aku x ksh...

Dan ini jawapan aku :

[2:15:02 PM] : aku mn ada apa..
[2:15:07 PM] : aku mmg mls nk pi..
[2:15:18 PM] : aku x ckp dgn hng bkn sbb aku x puas hati..
[2:15:24 PM] : mmg x dak bnda nk ckp..
[2:15:32 PM] : kdg2 dgn dyh pn aku x ckp..
[2:15:57 PM] : dgn k.ros pn kdg2 aku x ckp..

Aku tak tahu knp dia blh tnya aku mcm tu sdgkan aku rs mmg aku tak ada apa2 problem dgn dia. Semuanya berpunca apabila tadi dia ajak aku pi kantin beli mkn tengahari tp aku tak mau. Memang aku mls 2,3 hr ni. Bknnya aku tak puas hati apa. Dan dia pun nak lorat apa kalau aku tak pi sebab asben dia keje sekali. Dia boleh ajak asben dia pi. Ni tak, dia salah kat org lain. Asben dia simpan.

Aku tiba2 rs drop sgt dgn perkara remeh temeh ni. Kdg2 perkara2 mcm ni lah yg blh menjatuhkan reputasi aku. Aku tak tahu apa lagi dugaan yg harus aku lalui lg utk teruskan hidup ni..

Monday, November 30, 2009

Akad Nikah dan Kenduri Ina dan Mizal

Posted by Iera at 4:57 AM 0 comments


Percintaan dr zaman sekolah yg membawa ke jinjang pelamin..



Sabtu lps, adik ex akad nikah. Pd mulanya, aku cuma nk pi hantar hantaran je. Aku pi sorang. Tp kat rumah ex, depa bgtau esoknya br buat hantaran. Kira aku trsalah dpt info la.. Kebetulan adik ex, Ina x ada sape nk tlg siapkan dia, aku pun offerkan diri. Bkn buat apa pn, cuma touch up skt2 je muka dia sebab dia nak natural sj hr tu. Masa aku tgh siapkan Ina, mak ex ( aku still panggil mak lg ), dtg tgk dan puji. Kira banggalah jugak kan. Hehe...Aku tunggu sampai habis majlis gak la.

Ptg tu aku pi sekali lg. Tp kali ni aku bwk Aina dan Wani. Masa Aina tgh main dgn sepupu2 dia, aku dan Wani lepak dlm bilik. Ina tgh tunggu inai kering. Kebetulan adik ex, Dikni pun ada sama, riuh rendah lah. Aku memang satu kepala dgn depa 2 org ni. Terutama Dikni. Ditambah pulak Maksu ex. Masa tu memang Wani terkejut gak la sebab tgk aku dan depa blh satu kepala. Memang dr dulu lg aku ngam dgn depa. Depa pn selalu gak crite kisah peribadi kat aku dr dulu sampai sekarang. Tp aku tetap simpan rahsia dr ex. Sebab ex ni tegas skt.

Masa tgh bg Aina mkn, GF ex call ckp nak blik mlm tu jugak ( dia balik kg dan ikutkan esoknya br dia balik ). Kebetulan aku terdengar. Aku tak tahulah kenapa dia tu tiba2 je nk blik kn. Mybe dia rs mcm tak selamat tinggalkan ex dan dpt tau plak aku dan Aina ada sana. Ada aku kisah..



Wani ajelah yang posing..





Hr kenduri aku pi tghari dgn Aina dan Wani. Memang Ina nampak lain sgt bila dah make up. Aku teringin gak nak tangkap gambar dengan Ina tp Aina plak tak bagi aku tangkap gambar. Aku tak tahu kenapa Aina mcm tak restui je. Ex nak ambik gambar dia pn, dia tak nak. Tp memang letih bila Aina sekejap nak naik atas rumah sekejap nak turun bwh ( rumah ex flat 4 tingkat ). Nasib baik rumah ex tingkat 1, klau x jenuh aku.. Tp Aina bkn dera aku je, dgn ex sekali. Kira dia asyik berkepit dgn abah dia je. Dan ex pulak tak berahsia dgn kwn2 dan sedara dia siapa aku dan Aina.

Bila dah kenduri mcm ni, semua sedara ex dtg dan bila tgk aku dan Aina ada sama dlm fikiran depa ada mcm2 andaian. Tp bg aku andaian2 itu tidak benar sama sekali. Aina pulak kdg2 jln nak aku dan ex pegang tgn dia. Bila org tgk keadaan mcm tu, nampak seolah2 aku dan ex akan hdp bersama balik.

GF ex dtg dh ptg. Masa ex panggil Aina nk bwk kat meja GF dia, Aina tak nak. Aku tak pernah racun fikiran Aina tp semuanya atas kehendak Aina sendiri. Sedangkan sebelum tu Aina tak nak berenggang dgn abah dia. Mungkin Aina dah fhm dan tau siapa perempuan yg ada dgn abah dia.

Aku sedikit pun tak rasa terluka bila tgk ex dan GF dia. Mungkin sebab hati aku dah kuat utk menghadapi keadaan ni. Aku tahu, aku dah blh terima suratan takdir ni sebab tu aku dah tak kisah. Aku ada impian lain dan biarlah kemesraan dan hubungan aku dgn ex yg baik tu jd tanda tanya org.

Monday, November 23, 2009

76. Ikhlaskah aku?

Posted by Iera at 12:47 PM 2 comments
'Kak Iera dah tanya dia, bila dia nak kawin. Tp dia ckp, x tau lg. Kak Iera dah srh dia kenduri sekali dgn Iena. Takkan nak usung anak dara org lama2.'

Ni ayat yg aku ckp kat mak dan adik ex kelmarin yg dtg rumah aku krn nk jemput kenduri adik ex yg sorang lg. Mesti org akan ckp, aku hanya nak sedapkan hati aku. Sebab tu aku ckp mcm tu. Tp sesungguhnya, memang aku ikhlas bila keluarkan ayat tu. Bkn kpd mereka sj tp kpd ex juga.

Aku cuma hrp sekarang ni, dia akan lebih matang dlm mentadbir hidupnya. Dan sekarang aku dah nampak sikap tanggungjawabnya. Mungkin krn Aina. Hubungan aku dan dia hanya kwn dan akan tetap kekal sebagai kwn sampai bila2.

Hubungan aku dan family ex pun masih sama mcm dulu. Tetap mesra. Dan aku tak pernah memisahkan mereka dgn Aina. Cuma, aku masih lagi tak blh nak terima kehadiran GF ex. Luka dihati aku tak pernah sembuh.

Dan Ahad ni..pasti ada hati yg terluka namun yg pasti bkn aku. Dan aku akan pastikan juga bkn hati Aina.

Thursday, November 19, 2009

75. Perkhabaran dari jauh..

Posted by Iera at 1:02 PM 0 comments
Dah lama aku tak berhubung dgn sorang member ni. Tapi berita yg baru aku terima hari ni memang di luar dugaan. Selama ni aku menyangka dia sedang berbahagia. Namun sebaliknya yg berlaku. Aku memang rasa sedih bila dapat tau hal ni. Aku tak sangka semua ni akan terjadi lagi dlm hidup dia. Aku harap dia akan tabah dan kuat untuk melalui semua ni..

Naz, saya harap awak tabah. Saya tahu awak seorang yg kuat. Saya akan sentiasa bersama awak dan selalu sudi utk mendengar kisah sedih awak..

74. Award from Cimi

Posted by Iera at 9:59 AM 2 comments


Aku ambik award ni dari blog Cimi..

Bila dah ambik award, kenalah komen kn..

Cimi :

1. Cute and comel
2. Happy good lucking
3. Ada pakwe yg cute mcm dia jugak...

( Ok x, Cimi?...)

Tuesday, November 17, 2009

73.

Posted by Iera at 2:23 PM 5 comments
Memang hati aku sdg terluka sgt!
Tp di sini masa depan ku..
Aku benci dgn keadaan ni..
Benci sgt2...

Monday, November 16, 2009

72. Banjir

Posted by Iera at 12:37 PM 2 comments
Sabtu lps, rumah aku dilanda banjir lg. Sabtu ptg hujan mmg lebat. Disebabkan kawasan rumah aku tu rendah, kejap sj air masuk ke dlm rumah. Bkn rumah aku sj, blh katakan semua kawasan. Kdg2 naik letih lalui semua ni sebab dh 30thn still mcm ni. Tp nk buat mcm mn kn. Nak pindah pun rumah arwah ayah aku. Kira consider rumah sendiri lah..

Apa pun kena bersabar ajelh. Org lain pn lalui perkara yg sama. Mlm tu aku bwk Aina tido rumah adik aku kat Alma. Bkn apa, Aina ni mcm2 feelnya. Tgk air banyak dlm rumah pulak. Kira naik main air sj. Ahad tu aku tinggalkan Aina kat rumah adik aku. Senang skt nak kemas dan cuci rumah. Tp brg2 still tak turunkan lg. Sebab tgk cuaca mendung lg. Mak aku pn kata, biarkan dulu. Dah settle semua br aku pi ambik Aina. Memang letih sgt...

Friday, November 13, 2009

71.

Posted by Iera at 9:08 AM 0 comments
Aku terfikir nk tulis tentang article ni bila hr ni aku kena visit supplier kat Kulim. Hr ni aku touch up skt dan pakai ofis wear. Tp ada hati yg tak sng bila tgk aku 'terover' skt dr biasa. Bg aku, tak kisah la kilang tu kecik ke bsr ke. Takkan nak pi pakai selekeh2 kot. Malulah sebab company aku ni customer.

Dan selalu bila aku ada training ke, kena pi ofis kat png ke..mmg aku akan touch up lebih skt. Bkn aku sorg, boss aku pn sama gak mcm aku. Hr ni kalau dia ada pn, dia akan buat mcm aku buat. Pi pulak dgn staff chinesse png ofis, malulh kat depa.

Tp tulh sikap manusia.. tak blh tgk org lain lebih skt. Ada rs iri hati. Yg hairannya, diri tu tak nk pakai mcm org lain pakai..touch up mcm org lain touch up. Ni tak..dtg keje pn mcm tak mandi je muka tu.. Bila ada apa2 activitie ambik mudah je..

Tuesday, November 10, 2009

70. Persahabatan..

Posted by Iera at 4:49 PM 0 comments


Td, ms aku tgh godek2 ( ayat nurin..pinjam ye.. ) profil member2 lama, aku terasa betapa 'kecilnya' aku utk berada di samping mereka. Walau mereka tak pernah bandingkan aku dgn mereka tp perasaan ni selalu je bermain perkara2 yg bkn2.. Masa kat sek dulu, walau aku tak segenius mn tp result aku selalu lebih baik dr mereka. Tp takdir Tuhan sapa tahu.. Sekarang mereka berada di kedudukan yg lebih hebat dr aku. Dan aku..?

Sebab tu, selama ni..aku selalu menjauhkan diri dr mereka. Bkn seminggu, bkn sebulan..tp kdg2 berthn2 sdgkn mereka tu adalah kwn2 rpt aku ms sek dulu. Peristiwa itu masih segar dlm ingatan aku. Masa tu mereka nk aku beli sama apa yg mereka sdg beli. Tp masa tu, mmg aku tak mampu. Keje kilang dgn gaji hanya RM500 sebln mnlah aku mampu utk beli itu dan ini. Mereka seolah memperlekehkan aku. Sejak itu, aku menjauh. Siapalah aku dibandingkan mereka..

Walau kini, ikatan tu kembali bercantum..tp aku sedar.. Aku tetap berada 'jauh'.. Mampukah aku memegang tali persahabatan ini sekukuh mungkin agar tidak terputus seperti dulu? Mampukah aku kuatkan hati agar tidak mudah melatah kembali? Ntahlah.. Yg pasti..aku tetap aku..

( Sorry..sensitif skt ptg ni.. )

69. Soalan yg kerap aku dgr..

Posted by Iera at 9:24 AM 2 comments
Sabtu lps, ex dtg tgk Aina mcm biasa. Lps ex blik, jiran kat rumah aku yg kebetulan ada bau2 bacang dgn ex tnya aku.

Mak cik tu : Hang x rs apa2 ka? Rs kesian kat dia ( ex ).

Aku : Kesian?

Mak cik tu : Aku kesian sgt tgk dia dok ulang mai tgk Aina.

Aku : Biasa sj. X rs apa pn.

Mak cik tu : X kn mcm tu kot. Hang x mau patah blik ka dgn dia? ( soalan yg selalu org tnya aku )

Aku : Gelak kecil.

Mak cik tu : Nanti aku nak ckp dgn dia srh mai tayang motorsikal besaq ka, kreta ka kat hang.

Aku : Tersengih..

Mmg selalu sgt org tnya aku mcm ni. Bkn sorang dua tp ramai bila depa semua tgk aku dan ex baik. Kdg2 naik letih menjawab. Tp bg aku baik tak semestinya kita kena hdp dgn dia balik. Aku rs, biarlah hubungan aku dan ex still mcm ni, sebg kwn krn hubungan tu akan lebih baik jdnya. Anak bkn alasan utk hdp bersama kembali.

Bknlh nk ckp berlagak ke apa ke..klau ex tayang kat aku kreta ke, rumah ke..aku ttp dgn pendirian aku. Buat ms sekarang, aku lbih selesa hdp mcm ni. Hidup aku tak pernah sunyi selagi aku ada Aina. Aku ada impian dan cita2 yg pernah tertangguh dulu. Dan aku nk selesaikan semuanya walaupun secara perlahan.

Kalau Tuhan kirimkan aku seseorg dan itulah yg terbaik buat aku, aku redha. Tp kalau dah mmg Tuhan takdirkan aku mcm ni selamanya, aku pasrah.

Monday, November 9, 2009

68.

Posted by Iera at 12:08 PM 2 comments


Ni mak aku ( glamour kn? )dan adik aku, Wani ( sekarang ni kami mmg rpt dan share everything..kira satu kepala )



Ni adik aku yg no 2.



Ni adik aku yg ketiga. Dah kawin dan ada anak sorang.

Gambar ni ambik masa kenduri sepupu aku bln 5 lps.

67. Hadiah Birthday dr Company

Posted by Iera at 11:28 AM 0 comments




Ni lah present yang aku dpt dr company utk birthday thn ni ( 8/11 ). Semua staff akan dpt present yg sama. Apa pn tak kisah lah.

Dah bertambah lagilah umur aku. Kelmarin mmg tak buat celebrate apa. Kelmarin aku bz buat kek coklat utk adik aku, Wani. Dia nk bwk blik rumah sewa. Lps siap kek tu, aku buat biskut pulak.

Thursday, November 5, 2009

66. Kawan..

Posted by Iera at 11:41 AM 0 comments


Selagi kita bernafas di bumi ni, kita akan berhadapan dgn pelbagai ragam manusia. Dan aku nak cerita skt psl sikap sorang ni.

1.Selama ni aku guna notebook company dan aku dipertanggungjawabkan utk menjaga notebook ni selagi aku keje kat sini. Tak kisah la nk bwk balik ke, nak tinggal kat ofis ke...Tp aku selalu tinggal kat ofis. Hari tu aku beli notebook dan dia berpendapat bahawa notebook ni mudah rosak dan tak penting sgt.

2.Boss aku bgitau ada roadshow Perodua. Tiba2 je dia berpendapat hanya org yg mampu je blh beli kereta. Sebabnya, kita kena ada duit bila time kereta rosak dan insurans dan roadtax nk kena renew. Dan mcm aku ni yg tak ada back up ( sponsor dr mak, bf atau asben ) ni mmg tak blh beli kereta. Mana nk sara Aina lg, dgn motor lg, mampukah aku?

3.Bila sembang psl brg berjenama, dia akan kata brg2 tu utk org yg bergaji ribu. Mcm aku dan dia ni tak layak utk pakai brg2 mcm tu.

Dan jawapan ni ada dlm fikiran aku :

1.Aku beli notebook sebab aku perlu sgt bkn utk nak main game online ( mcm dia tu..) tp aku ada banyak perkara lain yg memerlukan aku guna notebook ata PC. Dan aku takut, bila campur adukkan hal personal dan keje dlm satu notebook akan menimbulkan masalah. Mcm kes br2 ni, internet slow down dan menganggu keje kat ofis. Staff IT beranggapan berpunca dari staff kat ofis yg suka main game kat Facebook. Dan mereka blh trace balik apa yg pernah kita search sebelum ni klau satu hari nanti notebook tu ada problem.

2.Kereta ni sebenarnya bkn utk mereka yg bergaji ribu2 je. Sapa pn blh beli dan pakai kereta kalau rasa mampu tak kiralah berapa gaji sebulan. Sebenarnya dia tu pn blh beli kereta tp dah asyik spedo bf dia je mn lh nk lps. Sekarang ni memang aku tgh ambik lesen kereta dan sapa pn kat ofis ni tak tau. Klau lah dia tu tau mesti dia sakit hati. Mmg lh aku tak plan nak beli kereta lg..

3.Barang berjenama? Budak sekolah pun pakai Levi’s. Takkan lh kita yg keje ni tak mampu. Pandai2lah planning. Kan selalu Jusco dan Pacific ada sales. Time tu lah beli. Bila org bgtau ada sales buat tak tau je. Aku pn bknlah pakai semua brg berjenama. Tp bila dh berkenan satu brg tu, aku akan save duit dan beli.

Aku tak tahu sama ada dia tu iri hati atau apa. Tapi yg dlm fikiran aku sekarang, klau dia tak beli, org lain pn jgn beli brg tu. Bg aku, klau rs mampu nk beli, belilah. Aku takkan peduli. Tu duit org, buat apalah kita nk halang2. Kita nk matikan impian dan keinginan org buat apa klau dah keinginan dan impian kita tak tercapai. Dan aku takkan ikut pendapat org yang cuba memperlemahkan hasrat aku. ( Klaulah dia tu apa yg sdg aku planning sekarang ni..mesti dia tak sng duduk.. )

Wednesday, November 4, 2009

65.

Posted by Iera at 5:50 PM 0 comments
News terbaru..Bln ni dpt target yg membanggakan, sorg staff win The Train/PTD BSV segment dan tak ada NCRs masa Audit minggu lps. Country Manager dh send out email utk ucap tahniah kat semua staff. Dan beberapa hari lg akan ada celebrate lg. Mkn lagi la jwbnya. Mnlah bdn nak turun..asyik mkn..mkn je..

Pg td, HOD dah bgtau kena reduce bukak Facebook. Pakar IT tgh dok monitor staff yg bukak Facebook time keje. Beberapa hr ni internet slow dan org IT menganggap ada kaitan dgn semua ni. Mmg kebanyakan staff kat ofis ni dok menggila main Restaurant City. Nasib baiklh aku cuma bukak sekali sekala je. Mmg aku tak main game tu.

Thursday, October 29, 2009

64. Keje

Posted by Iera at 12:16 PM 0 comments
Aku tak nak crita dh psl kes hr tu. Buat sakit hati aku sj. Tp aku nk crita psl arahan bos aku. Bos aku nk aku dn budak tu bekerjasama dan klau ada brg masuk, tak kiralah aku ambik ke dia ambik ke..sapa siap dulu kena tlg member yg tak siap keje lg. Sbb sebelum ni, sapa ambik brg tu, dia kena settle sendiri. Tak kiralah brapa bnyak yg dia ambik utk release. Aku mmg tak brapa setuju dgn arahan bos aku tu tp aku diam sajalh. Sebabnya :

1.Aku selalu settle keje dulu, terutama keje yg memerlukan banyak proses dan rumit. Bila dh settle keje dan ada ms free, brlh aku buat personal keje. Search webs ka, update blog ka..tapi tak semua org buat mcm aku. Kdg2 org tu main game dulu, baca gossip la..br nk settle keje. Bila kau dh siap, dia tak habis lg..

2.Dia tu punyalah takut % keje aku banyak dr dia ( selama ni mmg % aku extra dr dia )sampaikan receiving tak siap lg pun dia pi tunggu. Pulun ambik brg kat dia sorg. Kdg2 brg yg ada kat dpn mata tak settle lg, tp pi ambik brg lain. Pastu gaduh la keje bnyak la.. Aku ka yg tak ikut arahan atau org lain ? Hbis tu mcm mn nk bekerjasama klau brg tu letak kat dpn hidung dia. Bila aku mintak, dia x bg.

Aku mmg bengang dgn org mcm tu. Dah tu, org lain nmpak je kesalahan aku sdgkn hasad dengki org lain..pejam mata je. Demi sebuah KEHIDUPAN yg perlu aku teruskan, aku terpaksa bersabar dan tahan semua ni.

Monday, October 26, 2009

63.

Posted by Iera at 4:18 PM 3 comments
Baru2 ni ms Aina tgh main sorg2..Aina ada ckp.

'Mak, Na mati. Kreta langgar Na.'

Sambil tu, Aina pura2 tidur atas lantai mcm org kena langgar. Tersirap jugak la darah aku. Pastu aku ckp la kat Aina.

'Na, tak baik ckp mcm tu. Nanti mak nak dok dgn sapa klau Na tak ada.'

Aina ckp.

'Mak dok la dgn tok.'

Mlm tu, sampai terbwk dlm mimpi kata2 Aina tu. Walau cuma dlm mimpi, tp aku terasa mcm betul. Tak blh aku nk ceritakan betapa sedihnya aku klau hal tu terjadi. Aku tak sanggup. Moga dijauhkan takdir ini dari hdp aku.

Wednesday, October 14, 2009

62. Aku yg salah?

Posted by Iera at 12:56 PM 0 comments
Aku didapati BERSALAH oleh boss aku kelmarin krn kes hr tu dan perubahan sikap aku sejak kebelakangan ni. Aku akan di monitor!!!!!

Friday, October 9, 2009

61. Bila Hati Dah Terluka

Posted by Iera at 4:50 PM 1 comments
Aku tak tau knp sejak kes hr tu, aku rs feel aku dh kurang utk keje kat sini. Sekarang ni aku tgh motivate balik diri aku agar perasaan aku balik mcm dulu. Mungkin org akan ingat aku terlalu mengikut perasaan. Aku dh cuba tp tak mampu.

Sepatutnya esok aku ada team building. Paintball kat Permatang Tinggi. Memang pd awalnya, aku ghairah sgt nk join tp aku tarik diri lps je kes tu. Aku dh tak ada mood. Dan mmg la satu kerugian bila tak join sbb company sponsor half. Tp kali ni aku tak ralat pn. Sampaikan aku tak kisah buat bodo bila dia tu berckp ttg itu ini.

Mungkin aku perlukan sedikit waktu utk pulih balik diri aku. Luka yg aku rs bkn krn 1 hr tu sj tp dah berthn2.. Dulu aku anggap itu satu package utk aku berada di level yg membanggakan tp semakin lama aku rs seperti diperbodohkan dan dibuli.

'Kalau kita jd org senyap, kita akan diperintah dan dibuli.'

Itu kata sorang member Chinesse.

Tp nk buat mcm mn dh aku ni bknlh jenis yg suka mengampu org, ramah tamah dan mesra alam. Mungkin krn itu, aku diperlakukan mcm ni. Krn aku tak pernah komplen apa sj yg dibuat pd aku. Letak lah keje bnyk mn pn dpn aku, aku akan buat. Klau tak siap kat ofis, aku balik buat kat rumah sdgkan tak de sapa pn tau..

Aku kena pulihkan diri aku..pulihkan hati aku..dan perasaan aku demi Aina..

Thursday, October 8, 2009

60. Lets Celebrate Lunch

Posted by Iera at 9:45 AM 1 comments
Kelmarin ni ada lunch kat Penang Office utk celebrate sales target dlm 3 bln lps. Kira dh dpt target yg company nak la tp tak la dpt sasaran yg sebenar lg. Tp tak blh nk happy sgt sbb ada 3 bln lg. Dlm masa 3 bln apa pn blh jd. Target ni jugak akan tentukan BONUS yg akan dpt Chinesse New Year nanti. Klau dpt sasaran yg betul, mmg blh Chinesse New Year la. hehe..



Tengah ambik makanan. Walaupun staff kat sini majoriti Chinesse tp utk jamuan ke apa ke yg melibatkan makanan, HR akan selalu order kat katering Melayu. Menu hr ni nasi goreng, bihun goreng, cendawan goreng, udang goreng, gulai ayam, tom yam, sayur campur, kek dan bnyk lg. Sampai full...( mcm mn lh nk kurus, asyik ada jamuan je...)



Staff Chinesse meraikan dgn minuman beralkohol.





Tengah tapau nk bwk balik kat warehouse. Tp bila dh sampai kat warehouse, mmg dh tak blh nk mkn dh. Kenyang sgt. Bwk balik kat rumah lah..

Monday, October 5, 2009

59. Dah tak blh nk pendam..

Posted by Iera at 12:15 PM 3 comments
Walaupn ni crite last week pnya, tp bahangnya masih lg terasa. Aku mmg dh lama bengang dgn member sebelah ni. Tp aku diam sj dan hnya terima je apa dia buat kat aku sbb aku tak mau org kata aku ni x mature sbb bergaduh dgn budak2. Tp hr tu aku terpaksa gak tunjuk api kemarahan aku.

Department aku mmg sush utk diberi OT. Disebabkan minggu tu keje banyak, dgn quality issue..so, bos aku pn request la OT kat bos bsr. Hr 1st tu semua ok tp masuk hr 2nd, ntah perasaan apa ntah mula rasuk dia tu, dia plan nk OT sorang2. Bila aku tnya, ckp x nk OT tp bila dh dkt nk blik dia bgtau bos aku dia blik lwt sbb OT. Aku bengang gila la.. Aku cukup pantang org suka menipu ni..

Bila aku ckp nk OT gak, dia dok cerita kononnya keje dh xde, brg pn dh xde pending.. Seolah2 mmg x nak bg aku OT sama. Aku sound direct la. Aku ckp, dh keje x de aku balik la. Ms tu mmg aku cpt2 kemas meja aku dan keluar. Bos aku hairan gak la sbb td dgr mcm aku nk OT.

Tau pn aku bengang kat dia. Dia bgtau bos aku yg aku tgh bengang kat dia. Kalau tak krn hormatkan bos aku dan fikir aku dan dia tu satu department mmg aku blh buat bodo je. Apa yg dia nk jeles ntah..bknnya dia nk byr pn. Lgpn gaji dia lbih bnyk dr aku..

Walaupun hal ni dh beberapa hr tp aku still lg rasa bengang. Mmg la aku ckp dgn dia mcm biasa tp hati aku ni ttp ada rs sakit hati. Kalau tak krn aku terikat dgn Aina, mmg aku blh bg 24hour resign letter.. Mybe org akan kata aku ni bodoh sbb krn perkara sekecil ni aku nk resign tp sebenarnya bnyak lg perkara yg dia tu telah buat dr 1st time aku masuk keje..

Lama mana aku harus think positif dan biar semua tu terjadi..?

Sunday, October 4, 2009

58. Mid Autumn Moon Cake Festival

Posted by Iera at 12:06 PM 0 comments
Jumaat lps company aku buat BBQ sempena Mid Autumn Moon Cake Festival kat Apartment The Spring, Jelutong. Apartment tu ada sediakan hall utk BBQ. Makanan disediakan tp kalau nk sponsor pn blh. Tp aku sponsor duit sjlh.( mls nk bwk..hehe...) disebabkan hr tu aku keje. Aku dan Dyh je yg pi mewakili staff Melayu. Yg lain semua masih 'demam raya.'

Hr tu ofis close pukul 5ptg. Aku dan Dyh pi dgn kereta. Disebabkan stuck kat jeti, kami sampai tepat pkl 6. Sementara tunggu yg lain, kami tolong apa yg patut.




Masa ni aku tgh tolong bakar ayam.





Lebih kurang pukul 9mlm, kami ada contest masak ayam BBQ. Group dh dibahagi kpd 3 group. Blh guna apa sj bhn utk bakar ayam.


Ni ayam yg aku bkr. Terus terang, mmg aku yg bkr sorang walaupun ada group. Group yg menang adalah Group A. Kami balik lbih kurang pkl 10 mlm. Sorry..aku mls nk crite hr ni.. Sebenarnya bnyk lg gmbr dan crite..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea