
Batuk yang tak henti-henti di tengah malam? Susahkan bila nak tidur..Petua ni Iera ambik dari arwah bapak Iera. Dulu, masa kami adik beradik yang 7 orang ni batuk bila nak tidoq malam, arwah bapak Iera selalu buat petua ni untuk kami.
Caranya senang saja..Ambik 1 atau 2 ulas bawang putih, kemudian cucuk la kat mata pisau ke, garpu ke atau apa-apa saja yang boleh digunakan...tapi tak payah kupas kulit..Bakar la bawang putih tadi kat atas api sampai agak-agak lembut sikit. Bubuh sedikit minyak masak dalam piring, kemudian tenyeh ( lecek ) bawang putih tapi jangan sampai hancur..agak-agak je..Lepas tu sapulah kat dada, leher dan tengah belakang.. Insyaallah, batuk pun akan berkurangan..
Iera selalu buat petua kat Aina bila Aina makan ubat tapi still batuk..Alhamdulillah, batuk Aina dah berkurangan dan boleh tidur lena..
Tuesday, January 31, 2012
355. Petua Kurangkan Batuk
Posted by Iera at 12:39 PM 1 comments Links to this post
Wednesday, January 25, 2012
354. Masih Membawa Nama Wife Mr.X
Walaupun dah hampir 6 tahun berpisah dengan Mr.X tapi Iera terpaksa juga membawa status sebagai wife Mr.X. Bukan saja-saja suka..tapi terpaksa memperkenalkan diri sebagai wife Mr.X sebelum bagitau hal sebenarnya...Contohnya..
1. Iera pergi rumah kawan Iera, Yus..Mak mentua dia tanya Iera..'Macam biasa tengok..kat mana tak tau?' Dan Iera terpaksa bagitau..'Oh ni bini Mr.X, kawan asben Yus..'Lepas tu bila dah mak mentua si Yus ni interview sikit pasal Mr.X barulah Iera bagitau hal sebenar.
2. Kalau terjumpa mak kawan Mr.X..Bila si bapanya tanya siapa tu? Mak dia akan kata..'Oh..tu bini Mr.X..' Walaupun mak kawan dia tu dah tau Iera dan Mr.X dah berpisah..
3. Dan mak Mr.X pun still bagitau orang Iera bini Mr.X bila ada orang tanya siapa Iera kalau Iera singgah kat mak dia..Mak dia tak pernah sebut bekas bini Mr.X..Iera tak sure la, mak dia nak jaga hati Iera or memang dah terbiasa bagitau macam tu..Adik-adik dan kakak Mr.X pun still perkenalkan Iera ni kakak ipar depa..Mungkin susah untuk sebut perkataan 'bekas'..tapi Iera tak kisah sebab ini adalah realiti hidup Iera..apapun terima kasihlah kat depa sebab masih terima Iera dalam family depa..
Kalau nak cerita banyak lagi contoh-contohnya...Nak buat macam mana kan..dah dari awal orang dah kenal Iera sebagai bini Mr.X..Tak kisah lah..Sorry ye Mr.X..
*Agak-agaknya ada orang jeles tak kalau Iera still guna gelaran wife Mr.X..
Posted by Iera at 12:27 PM 1 comments Links to this post
353. Penyedut Bau-bauan Dalam Kereta

Photo blur sikit sebab Aina yang ambik..
Nampak tak photo atas tu..Tu adalah penyedut bau-bauan kereta Iera..Iera ambik idea tu bila tengok Maksima dalam segmen DIY. Bukan apa, dalam kereta Iera, tak boleh letak langsung pewangi..diharamkan sama sekali sebabnya mak Iera tak tahan bila naik kereta. Tambah-tambah yang ada pewangi. Nanti dia pening walaupun hanya pi tempat dekat. Tapi bila dah tak ada pewangi, akan muncul bau-bauan yang macam-macam..( tu adik ipaq sorang tu bila drive suka hisap rokok )..
Jadi, bila dah dapat idea ni, terus suruh mak buatkan..Iera? Pandai bagi idea je..tangan tak kreatif langsung..hehe..Idea sebenar bukan macam ni tapi mak Iera buat ikut kekreatifan dia sendiri..ALhamdulillah, lepas 2 bulan guna..dalam kereta tu tak ada la bau bau-bauan yang ditinggalkan..sebab arang tu akan sedut segala bau..
Cara nak buat tu senang je..Ambik gelas kaca kecik ( Iera dapat masa pi kenduri mana ntah ) kemudian letak arang dalam tu..tapi kena ketuk kecik-kecik sebab masa beli arang kat kedai, besar-besar kan..kemudian balut la dengan kain net..letak bunga ros kecik tu...apa pun terpulang pada masing-masing nak hias macam mana...Tapi kalau tak mau guna gelas kaca pun boleh, boleh guna botol mineral yang dipotong dua...
Selamat mencuba..
Posted by Iera at 10:15 AM 0 comments Links to this post
Labels: Aktiviti
352. Ex Boss
18hb lepas, Iera ada sent satu email kat Kak Ros ( ex boss ) Iera mintak dia draw drawing untuk satu part..Sekarang ni dia dah tukar department ke TSP. Kira apa-apa drawing untuk special part dia yang draw..Dalam email tu, Iera bagi siap-siap kat dia description dan spec untuk part tu..Dan dia reply balik email dengan ayat kat bawah ni..
"I like your working method. Always give people easier way to enhance the process.
You have an option whether want to give the below screen shot to me or you can assume I can go and search by myself.
Nothing wrong if you not provide me either.
Even though the result is same (I need to prepare drawing for you), but you simplifies my process and it can speed up my process as well.
Thanks for your greatest support all the time… Frankly speaking…I like working with you… "
Terus terang Iera cakap, Iera pun suka bekerja dengan dia..Dan apa yang dia train Iera dulu, semuanya berguna untuk Iera...Thanks, Kak Ros..( walau dia tak mungkin akan baca blog Iera ni..)
Inilah ex boss Iera, Kak Ros..
Posted by Iera at 10:14 AM 2 comments Links to this post
Monday, January 16, 2012
351. Alahai Aina

Tarikh : 15 Jan 2012
Masa : Tengahari
Tempat kejadian : Sebuah kedai HP tempat cousin Iera bekerja
Aina : HP tolak ada tak? ( dengan selamabanya )
Chu Inas ( sepupu Iera ) : Ada
Aina : Berapa? ( harga )
Chu Inas : RM400 lebih
Aina : Bak mai satu..
Iera : Tapi tak dak lagi kan..toke tak bawak mai lagi kan( sambil bagi isyarat kat Chu Inas )
Chu Inas : Aha..
Aina : Nanti Aina nak..
Iera : Dah, jom balik..Aina ni, mama pakai hp cokia ( murah ) je tau..
Alahai Aina..tengok mama pakai HP apa..
HP ni je tau..( Hp ni la Aina dok lempaq sana sini...)Aina demand nak HP mahal-mahal...
Yang ni pulak tiap kali ada iklan kat TV..
Aina : Mama, nanti beli kat Aina Ipad 2 tau..
Iera : ( Gulp..telan ayaq liuq....nak buat apa Ipad...
Aina : Nak main game Angry bird dan facebook..
Iera : Amboi, berlagaknya..mama pakai ladtop je tau..Aina nak pakai Ipad...Ingat murah ke...
Aina : Senang bawak..mama beli kat Aina dah la..
Iera : Amboi..amboi...
Tengok tu, dah mintak Ipad pulak.. Mama dia pakai ladtop je..dia nak Ipad pulak..Itu baru umur 6 tahun...Kalau macam ni, mamam kena keje siang malam la, boleh?
Posted by Iera at 12:37 PM 2 comments Links to this post
Labels: Aina






