Followers

Wednesday, June 17, 2015

482. Perasaan

Posted by Iera at 3:40 PM 0 comments Links to this post
 
 
Aku menjalani  hidup ini dengan apa adanya. Aku yang merelakan semuanya menjadi sebahagian hidup aku, Walau terkadang aku rasa tersangat sakit, tapi aku bertahan. Aku perlu kuat untuk menentang semuanya. Jalan ini yang ku pilih.. Perasaan ini yang ku agungkan. Jika bahagia itu sekadar pinjaman untuk aku, cukuplah.. Kerana semua yang sedang ku rasa kini membuat aku sangat bahagia. Sana sini orang bertanya seri di wajah..bahagia yang terpancar.. Semuanya sejak mengenali dia..
 
Ada ketika dia adalah kawan..
Ada ketika dia adalah sahabat..
Dan..
Ada ketika dia adalah seseorang yang istimewa..
 
Kami berkongsi detik waktu yang berlalu..
Kami berkongsi rasa derita..
Kami berkongsi rasa gembira..
 
Itulah yang selama ini aku cari.. Namun itu bukan jaminan untuk semuanya berakhir seperti yang diimpikan.. Aku tidak akan sesekali menaruh harapan terlalu tinggi kerana aku takut harapan itu akan melukakan aku.. Aku serahkan semua pada Takdir. Yang mampu aku lakukan, hanyalah berdoa dan berusaha.
 
*Maafkan jika aku sedang melukai hati sesiapa..Perasaan tidak boleh dipaksa..

481. Aina

Posted by Iera at 3:22 PM 0 comments Links to this post

 
Tarikh : 16 Jun 2015
 
 
Dah besar pun Aina. Sekejap saja masa berlalu. Lagi 2 inci dah nak sama tinggi aku. Ramai yang kata..macam adik aku saja bila kami jalan berdua. Yelah..aku kan rendah.. Apa yang aku lakukan sekarang semuanya untuk Aina. Biar siapa pun dihati aku..Aina tetap menjadi keutamaan. 

480. Terjawab

Posted by Iera at 3:16 PM 0 comments Links to this post
Tempat : Hospital Besar Pulau Pinang & Klinik Kesihatan Macalister
Tarikh : 16 Jun 2015
 
Akhirnya, persoalan yang selama ini bermain di fikiran aku terjawab. Sakit yang aku rasa sejak dari sekolah menengah rupanya sakit biasa. GASTRIK! Aku dah pi scan dan itu jawapan doktor. Tapi aku masih tak betul-betul yakin dengan jawapan tu. Sebabnya aku yang tanggung kesakitan tu dan still rasa sampai sekarang meskipun tak betul-betul sakit. Doktor lebih pakar dalam hal ini tapi aku masih was-was. Kalau sekali lagi aku sakit teruk macam tu lagi, aku nak try ke Hospital lain pulak. Sekarang ni, biarkan dulu..
 
 

Saturday, June 13, 2015

479. Kami Hari Ini

Posted by Iera at 7:16 PM 0 comments Links to this post

Dah lama tak selfie berdua. Budak debab ni ikut mood jugak.. Hari ni mood tengah ok..mau la ber selfie. Kalau tak,jangan haraplah...

Thursday, June 11, 2015

478. Aku

Posted by Iera at 1:37 PM 0 comments Links to this post
 
 
Aku sedang berjalan di atas kelikir tajam. Sakitnya teramat.. Tapi aku bahagia.. Dan aku memilih untuk terus berjalan di atas kelikir itu meskipun di depan aku terbentang jalan lurus...

477. Sukan Tahunan

Posted by Iera at 1:30 PM 0 comments Links to this post
 
Tarikh : 30 Mei 2015
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai
 
Pagi tu cuma hantar Aina je. Sebab lepas tu ada keje nak kena buat. Tapi pukul 11 pagi, aku tetap ke Padang MPSP tu untuk ambik Aina. Tak tahu pun Aina dapat jugak hadiah. Aina sendiri pun tak tau. Tengok nama dia di panggil. Alhamdulillah, walaupun tempat ketiga untuk acara Lontar Peluru..itu sudah cukup. Kira Aina aktif berbanding aku masa sekolah dulu. Tiap-tiap tahun Aina bawak balik hadiah.. Tahniah, sayang..
 
Tapi..lepas balik tu..memang Aina kena usik dengan semua orang. Sebabnya..sesuailah badan  Aina dengan acara dia masuk tu. Tapi Aina jenis slamber..dia buat tak tau ja..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea