Followers

Monday, November 30, 2009

Akad Nikah dan Kenduri Ina dan Mizal

Posted by Iera at 4:57 AM 0 comments Links to this post


Percintaan dr zaman sekolah yg membawa ke jinjang pelamin..



Sabtu lps, adik ex akad nikah. Pd mulanya, aku cuma nk pi hantar hantaran je. Aku pi sorang. Tp kat rumah ex, depa bgtau esoknya br buat hantaran. Kira aku trsalah dpt info la.. Kebetulan adik ex, Ina x ada sape nk tlg siapkan dia, aku pun offerkan diri. Bkn buat apa pn, cuma touch up skt2 je muka dia sebab dia nak natural sj hr tu. Masa aku tgh siapkan Ina, mak ex ( aku still panggil mak lg ), dtg tgk dan puji. Kira banggalah jugak kan. Hehe...Aku tunggu sampai habis majlis gak la.

Ptg tu aku pi sekali lg. Tp kali ni aku bwk Aina dan Wani. Masa Aina tgh main dgn sepupu2 dia, aku dan Wani lepak dlm bilik. Ina tgh tunggu inai kering. Kebetulan adik ex, Dikni pun ada sama, riuh rendah lah. Aku memang satu kepala dgn depa 2 org ni. Terutama Dikni. Ditambah pulak Maksu ex. Masa tu memang Wani terkejut gak la sebab tgk aku dan depa blh satu kepala. Memang dr dulu lg aku ngam dgn depa. Depa pn selalu gak crite kisah peribadi kat aku dr dulu sampai sekarang. Tp aku tetap simpan rahsia dr ex. Sebab ex ni tegas skt.

Masa tgh bg Aina mkn, GF ex call ckp nak blik mlm tu jugak ( dia balik kg dan ikutkan esoknya br dia balik ). Kebetulan aku terdengar. Aku tak tahulah kenapa dia tu tiba2 je nk blik kn. Mybe dia rs mcm tak selamat tinggalkan ex dan dpt tau plak aku dan Aina ada sana. Ada aku kisah..



Wani ajelah yang posing..





Hr kenduri aku pi tghari dgn Aina dan Wani. Memang Ina nampak lain sgt bila dah make up. Aku teringin gak nak tangkap gambar dengan Ina tp Aina plak tak bagi aku tangkap gambar. Aku tak tahu kenapa Aina mcm tak restui je. Ex nak ambik gambar dia pn, dia tak nak. Tp memang letih bila Aina sekejap nak naik atas rumah sekejap nak turun bwh ( rumah ex flat 4 tingkat ). Nasib baik rumah ex tingkat 1, klau x jenuh aku.. Tp Aina bkn dera aku je, dgn ex sekali. Kira dia asyik berkepit dgn abah dia je. Dan ex pulak tak berahsia dgn kwn2 dan sedara dia siapa aku dan Aina.

Bila dah kenduri mcm ni, semua sedara ex dtg dan bila tgk aku dan Aina ada sama dlm fikiran depa ada mcm2 andaian. Tp bg aku andaian2 itu tidak benar sama sekali. Aina pulak kdg2 jln nak aku dan ex pegang tgn dia. Bila org tgk keadaan mcm tu, nampak seolah2 aku dan ex akan hdp bersama balik.

GF ex dtg dh ptg. Masa ex panggil Aina nk bwk kat meja GF dia, Aina tak nak. Aku tak pernah racun fikiran Aina tp semuanya atas kehendak Aina sendiri. Sedangkan sebelum tu Aina tak nak berenggang dgn abah dia. Mungkin Aina dah fhm dan tau siapa perempuan yg ada dgn abah dia.

Aku sedikit pun tak rasa terluka bila tgk ex dan GF dia. Mungkin sebab hati aku dah kuat utk menghadapi keadaan ni. Aku tahu, aku dah blh terima suratan takdir ni sebab tu aku dah tak kisah. Aku ada impian lain dan biarlah kemesraan dan hubungan aku dgn ex yg baik tu jd tanda tanya org.

Monday, November 23, 2009

76. Ikhlaskah aku?

Posted by Iera at 12:47 PM 2 comments Links to this post
'Kak Iera dah tanya dia, bila dia nak kawin. Tp dia ckp, x tau lg. Kak Iera dah srh dia kenduri sekali dgn Iena. Takkan nak usung anak dara org lama2.'

Ni ayat yg aku ckp kat mak dan adik ex kelmarin yg dtg rumah aku krn nk jemput kenduri adik ex yg sorang lg. Mesti org akan ckp, aku hanya nak sedapkan hati aku. Sebab tu aku ckp mcm tu. Tp sesungguhnya, memang aku ikhlas bila keluarkan ayat tu. Bkn kpd mereka sj tp kpd ex juga.

Aku cuma hrp sekarang ni, dia akan lebih matang dlm mentadbir hidupnya. Dan sekarang aku dah nampak sikap tanggungjawabnya. Mungkin krn Aina. Hubungan aku dan dia hanya kwn dan akan tetap kekal sebagai kwn sampai bila2.

Hubungan aku dan family ex pun masih sama mcm dulu. Tetap mesra. Dan aku tak pernah memisahkan mereka dgn Aina. Cuma, aku masih lagi tak blh nak terima kehadiran GF ex. Luka dihati aku tak pernah sembuh.

Dan Ahad ni..pasti ada hati yg terluka namun yg pasti bkn aku. Dan aku akan pastikan juga bkn hati Aina.

Thursday, November 19, 2009

75. Perkhabaran dari jauh..

Posted by Iera at 1:02 PM 0 comments Links to this post
Dah lama aku tak berhubung dgn sorang member ni. Tapi berita yg baru aku terima hari ni memang di luar dugaan. Selama ni aku menyangka dia sedang berbahagia. Namun sebaliknya yg berlaku. Aku memang rasa sedih bila dapat tau hal ni. Aku tak sangka semua ni akan terjadi lagi dlm hidup dia. Aku harap dia akan tabah dan kuat untuk melalui semua ni..

Naz, saya harap awak tabah. Saya tahu awak seorang yg kuat. Saya akan sentiasa bersama awak dan selalu sudi utk mendengar kisah sedih awak..

74. Award from Cimi

Posted by Iera at 9:59 AM 2 comments Links to this post


Aku ambik award ni dari blog Cimi..

Bila dah ambik award, kenalah komen kn..

Cimi :

1. Cute and comel
2. Happy good lucking
3. Ada pakwe yg cute mcm dia jugak...

( Ok x, Cimi?...)

Tuesday, November 17, 2009

73.

Posted by Iera at 2:23 PM 5 comments Links to this post
Memang hati aku sdg terluka sgt!
Tp di sini masa depan ku..
Aku benci dgn keadaan ni..
Benci sgt2...

Monday, November 16, 2009

72. Banjir

Posted by Iera at 12:37 PM 2 comments Links to this post
Sabtu lps, rumah aku dilanda banjir lg. Sabtu ptg hujan mmg lebat. Disebabkan kawasan rumah aku tu rendah, kejap sj air masuk ke dlm rumah. Bkn rumah aku sj, blh katakan semua kawasan. Kdg2 naik letih lalui semua ni sebab dh 30thn still mcm ni. Tp nk buat mcm mn kn. Nak pindah pun rumah arwah ayah aku. Kira consider rumah sendiri lah..

Apa pun kena bersabar ajelh. Org lain pn lalui perkara yg sama. Mlm tu aku bwk Aina tido rumah adik aku kat Alma. Bkn apa, Aina ni mcm2 feelnya. Tgk air banyak dlm rumah pulak. Kira naik main air sj. Ahad tu aku tinggalkan Aina kat rumah adik aku. Senang skt nak kemas dan cuci rumah. Tp brg2 still tak turunkan lg. Sebab tgk cuaca mendung lg. Mak aku pn kata, biarkan dulu. Dah settle semua br aku pi ambik Aina. Memang letih sgt...

Friday, November 13, 2009

71.

Posted by Iera at 9:08 AM 0 comments Links to this post
Aku terfikir nk tulis tentang article ni bila hr ni aku kena visit supplier kat Kulim. Hr ni aku touch up skt dan pakai ofis wear. Tp ada hati yg tak sng bila tgk aku 'terover' skt dr biasa. Bg aku, tak kisah la kilang tu kecik ke bsr ke. Takkan nak pi pakai selekeh2 kot. Malulah sebab company aku ni customer.

Dan selalu bila aku ada training ke, kena pi ofis kat png ke..mmg aku akan touch up lebih skt. Bkn aku sorg, boss aku pn sama gak mcm aku. Hr ni kalau dia ada pn, dia akan buat mcm aku buat. Pi pulak dgn staff chinesse png ofis, malulh kat depa.

Tp tulh sikap manusia.. tak blh tgk org lain lebih skt. Ada rs iri hati. Yg hairannya, diri tu tak nk pakai mcm org lain pakai..touch up mcm org lain touch up. Ni tak..dtg keje pn mcm tak mandi je muka tu.. Bila ada apa2 activitie ambik mudah je..

Tuesday, November 10, 2009

70. Persahabatan..

Posted by Iera at 4:49 PM 0 comments Links to this post


Td, ms aku tgh godek2 ( ayat nurin..pinjam ye.. ) profil member2 lama, aku terasa betapa 'kecilnya' aku utk berada di samping mereka. Walau mereka tak pernah bandingkan aku dgn mereka tp perasaan ni selalu je bermain perkara2 yg bkn2.. Masa kat sek dulu, walau aku tak segenius mn tp result aku selalu lebih baik dr mereka. Tp takdir Tuhan sapa tahu.. Sekarang mereka berada di kedudukan yg lebih hebat dr aku. Dan aku..?

Sebab tu, selama ni..aku selalu menjauhkan diri dr mereka. Bkn seminggu, bkn sebulan..tp kdg2 berthn2 sdgkn mereka tu adalah kwn2 rpt aku ms sek dulu. Peristiwa itu masih segar dlm ingatan aku. Masa tu mereka nk aku beli sama apa yg mereka sdg beli. Tp masa tu, mmg aku tak mampu. Keje kilang dgn gaji hanya RM500 sebln mnlah aku mampu utk beli itu dan ini. Mereka seolah memperlekehkan aku. Sejak itu, aku menjauh. Siapalah aku dibandingkan mereka..

Walau kini, ikatan tu kembali bercantum..tp aku sedar.. Aku tetap berada 'jauh'.. Mampukah aku memegang tali persahabatan ini sekukuh mungkin agar tidak terputus seperti dulu? Mampukah aku kuatkan hati agar tidak mudah melatah kembali? Ntahlah.. Yg pasti..aku tetap aku..

( Sorry..sensitif skt ptg ni.. )

69. Soalan yg kerap aku dgr..

Posted by Iera at 9:24 AM 2 comments Links to this post
Sabtu lps, ex dtg tgk Aina mcm biasa. Lps ex blik, jiran kat rumah aku yg kebetulan ada bau2 bacang dgn ex tnya aku.

Mak cik tu : Hang x rs apa2 ka? Rs kesian kat dia ( ex ).

Aku : Kesian?

Mak cik tu : Aku kesian sgt tgk dia dok ulang mai tgk Aina.

Aku : Biasa sj. X rs apa pn.

Mak cik tu : X kn mcm tu kot. Hang x mau patah blik ka dgn dia? ( soalan yg selalu org tnya aku )

Aku : Gelak kecil.

Mak cik tu : Nanti aku nak ckp dgn dia srh mai tayang motorsikal besaq ka, kreta ka kat hang.

Aku : Tersengih..

Mmg selalu sgt org tnya aku mcm ni. Bkn sorang dua tp ramai bila depa semua tgk aku dan ex baik. Kdg2 naik letih menjawab. Tp bg aku baik tak semestinya kita kena hdp dgn dia balik. Aku rs, biarlah hubungan aku dan ex still mcm ni, sebg kwn krn hubungan tu akan lebih baik jdnya. Anak bkn alasan utk hdp bersama kembali.

Bknlh nk ckp berlagak ke apa ke..klau ex tayang kat aku kreta ke, rumah ke..aku ttp dgn pendirian aku. Buat ms sekarang, aku lbih selesa hdp mcm ni. Hidup aku tak pernah sunyi selagi aku ada Aina. Aku ada impian dan cita2 yg pernah tertangguh dulu. Dan aku nk selesaikan semuanya walaupun secara perlahan.

Kalau Tuhan kirimkan aku seseorg dan itulah yg terbaik buat aku, aku redha. Tp kalau dah mmg Tuhan takdirkan aku mcm ni selamanya, aku pasrah.

Monday, November 9, 2009

68.

Posted by Iera at 12:08 PM 2 comments Links to this post


Ni mak aku ( glamour kn? )dan adik aku, Wani ( sekarang ni kami mmg rpt dan share everything..kira satu kepala )



Ni adik aku yg no 2.



Ni adik aku yg ketiga. Dah kawin dan ada anak sorang.

Gambar ni ambik masa kenduri sepupu aku bln 5 lps.

67. Hadiah Birthday dr Company

Posted by Iera at 11:28 AM 0 comments Links to this post




Ni lah present yang aku dpt dr company utk birthday thn ni ( 8/11 ). Semua staff akan dpt present yg sama. Apa pn tak kisah lah.

Dah bertambah lagilah umur aku. Kelmarin mmg tak buat celebrate apa. Kelmarin aku bz buat kek coklat utk adik aku, Wani. Dia nk bwk blik rumah sewa. Lps siap kek tu, aku buat biskut pulak.

Thursday, November 5, 2009

66. Kawan..

Posted by Iera at 11:41 AM 0 comments Links to this post


Selagi kita bernafas di bumi ni, kita akan berhadapan dgn pelbagai ragam manusia. Dan aku nak cerita skt psl sikap sorang ni.

1.Selama ni aku guna notebook company dan aku dipertanggungjawabkan utk menjaga notebook ni selagi aku keje kat sini. Tak kisah la nk bwk balik ke, nak tinggal kat ofis ke...Tp aku selalu tinggal kat ofis. Hari tu aku beli notebook dan dia berpendapat bahawa notebook ni mudah rosak dan tak penting sgt.

2.Boss aku bgitau ada roadshow Perodua. Tiba2 je dia berpendapat hanya org yg mampu je blh beli kereta. Sebabnya, kita kena ada duit bila time kereta rosak dan insurans dan roadtax nk kena renew. Dan mcm aku ni yg tak ada back up ( sponsor dr mak, bf atau asben ) ni mmg tak blh beli kereta. Mana nk sara Aina lg, dgn motor lg, mampukah aku?

3.Bila sembang psl brg berjenama, dia akan kata brg2 tu utk org yg bergaji ribu. Mcm aku dan dia ni tak layak utk pakai brg2 mcm tu.

Dan jawapan ni ada dlm fikiran aku :

1.Aku beli notebook sebab aku perlu sgt bkn utk nak main game online ( mcm dia tu..) tp aku ada banyak perkara lain yg memerlukan aku guna notebook ata PC. Dan aku takut, bila campur adukkan hal personal dan keje dlm satu notebook akan menimbulkan masalah. Mcm kes br2 ni, internet slow down dan menganggu keje kat ofis. Staff IT beranggapan berpunca dari staff kat ofis yg suka main game kat Facebook. Dan mereka blh trace balik apa yg pernah kita search sebelum ni klau satu hari nanti notebook tu ada problem.

2.Kereta ni sebenarnya bkn utk mereka yg bergaji ribu2 je. Sapa pn blh beli dan pakai kereta kalau rasa mampu tak kiralah berapa gaji sebulan. Sebenarnya dia tu pn blh beli kereta tp dah asyik spedo bf dia je mn lh nk lps. Sekarang ni memang aku tgh ambik lesen kereta dan sapa pn kat ofis ni tak tau. Klau lah dia tu tau mesti dia sakit hati. Mmg lh aku tak plan nak beli kereta lg..

3.Barang berjenama? Budak sekolah pun pakai Levi’s. Takkan lh kita yg keje ni tak mampu. Pandai2lah planning. Kan selalu Jusco dan Pacific ada sales. Time tu lah beli. Bila org bgtau ada sales buat tak tau je. Aku pn bknlah pakai semua brg berjenama. Tp bila dh berkenan satu brg tu, aku akan save duit dan beli.

Aku tak tahu sama ada dia tu iri hati atau apa. Tapi yg dlm fikiran aku sekarang, klau dia tak beli, org lain pn jgn beli brg tu. Bg aku, klau rs mampu nk beli, belilah. Aku takkan peduli. Tu duit org, buat apalah kita nk halang2. Kita nk matikan impian dan keinginan org buat apa klau dah keinginan dan impian kita tak tercapai. Dan aku takkan ikut pendapat org yang cuba memperlemahkan hasrat aku. ( Klaulah dia tu apa yg sdg aku planning sekarang ni..mesti dia tak sng duduk.. )

Wednesday, November 4, 2009

65.

Posted by Iera at 5:50 PM 0 comments Links to this post
News terbaru..Bln ni dpt target yg membanggakan, sorg staff win The Train/PTD BSV segment dan tak ada NCRs masa Audit minggu lps. Country Manager dh send out email utk ucap tahniah kat semua staff. Dan beberapa hari lg akan ada celebrate lg. Mkn lagi la jwbnya. Mnlah bdn nak turun..asyik mkn..mkn je..

Pg td, HOD dah bgtau kena reduce bukak Facebook. Pakar IT tgh dok monitor staff yg bukak Facebook time keje. Beberapa hr ni internet slow dan org IT menganggap ada kaitan dgn semua ni. Mmg kebanyakan staff kat ofis ni dok menggila main Restaurant City. Nasib baiklh aku cuma bukak sekali sekala je. Mmg aku tak main game tu.
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea