Followers

Monday, May 31, 2010

154. Kenangan Silam

Posted by Iera at 1:00 PM 0 comments Links to this post

Aku akan mula melakar sebuah cerita hati seorang wanita bernama aku..Akan mula menaip cerita kenangan yang pernah tersadai di hati aku. Aku telah membuat keputusan ini setelah agak lama aku memikirkannya..kali ini aku rela jika 'dia' mengherdik dan menghentamku kerana menyebar satu dunia kepiluan itu..

Ya Tuhanku, berikan kekuatan untuk aku berdepan dengan bait-bait kenangan lalu..berdepan dengan suka dan duka yang tak pernah padam dalam ingatan dan hatiku...

153. 3 hari Cuti

Posted by Iera at 9:59 AM 0 comments Links to this post
Pagi Jumaat riuh dengan suara anak sedara dan Aina. Walaupun hanya mereka dua orang saja, tapi gamatnya melebihi 4 orang. Lagi 2 orang anak sedara aku dah ikut abah mereka makan angin ke KL, adik aku tak ikut sebab dah sarat 8 bulan. Dah tak larat nak berjalan.

Ke roadwok kejap. Jalan-jalan cari tudung. Beli inner dan sehelai tudung. Lepas tu, ke Jusco pulak shopping baju untuk Aina dan jugak baju nak bagi hadiah birthday untuk anak bos Wani malam ni. Memang rasa teruja bila tengok baju budak-budak sales. Tapi tu la, nak beli baju kat Aina kena bawak dia sama..Takut tak muat..Sejak beberapa hari ni, aku tengok badan Aina dah bertambah lagi..Balik dari Jusco, macam biasa setiap bulan, kek Secret Receipe sorang 1 slice..

Pagi Sabtu dikejutkan dengan berita Tok Wan aku eksiden dengan motorsikal..Mak aku kelam kabut pi Hospital. Nasib baik tak teruk sangat. Aku tak sempat nak pi tengok lagi sebab terpaksa ambik adik aku yang sorang lagi balik keje pulak..Biasa la aku ni, lebih kurang macam driver bila asben2 diorang keje..

Ahad yang penuh kelam kabut.. Kejar sana sini..Shopping barang-barang Aina terus jumpa kawan aku kejap kat stesyen minyak untuk ambik barang yang aku order. Balik rumah hantar barang kemudian keluar semula bank in duit dan beli nasi bungkus kat diorang yang ada kat rumah..Lepas tu terus ke rumah Tok wan aku. Lawat Tok Wan aku. Ada sedara Tok wan aku datang kenalah jadi tukang bancuh air..sebab cuma ada Mak Uda aku je. Dia pulak bz layan anak-anak dia...

Bila sedara Tok Wan aku dah balik, aku dan Wani pun mintak diri. Bukan tak nak duduk sana lama-lama tapi cuaca dah gelap. Ikutkan Tok Wan aku tak bagi balik lagi. Tapi susah bila tinggal lama-lama kat sana. Sepupu aku yang tinggal sebelah rumah Tok Wan aku ni lain sikit perangainya..Balik rumah cuma rest 1 jam je..lepas tu kena hantar Wani balik rumah sewa pulak..Malam barulah boleh rest..

Thursday, May 27, 2010

152. Satu Keputusan Yang Amat Payah

Posted by Iera at 1:00 PM 0 comments Links to this post

Memang susah untuk aku putuskan hal ni walau sebenarnya tak la seberat mana pun. Tapi bila melibatkan soal hati dan perasaan orang lain, kenalah berhati-hati bila bercakap. Perlu ada sopan santun dan bersedia mendengar apa yang orang lain akan jawab nanti.

Beberapa hari jugak aku fikir tapi aku terpaksa jugak suarakan hal ni. Aku faham dan aku mengerti keadaan orang lain tapi kadang-kadang aku terpaksa jugak pentingkan diri sendiri. Aku degilkan hati sedangkan rasa bersalah tu tetap ada. Sebab tu, lepas je aku bagitau terus aku menyepi diri sebab aku tahu hati aku ni terlalu lembut..

Bukan aku tak rasa sedih dengan keadaan orang sekarang..yang berhempas pulas untuk mencapai impian..bukan aku tak nak bagi support tapi aku rasa orang mampu untuk handle semua tu. Lagipun orang tak perlukan aku lagi.

151. Bersama Aina

Posted by Iera at 12:12 PM 0 comments Links to this post


Balik keje kelmarin, ex call nak bawak Aina ke Mc’D..Bila dah bawak Aina, aku pun kena ikut sekali sebab aku memang takkan lepaskan Aina sorang kat dia. Aina apa lagi bila dengar nak ke Mc’D. Bersorak sakan. Hajat beberapa hari lepas dah tercapai.

Biasanya aku duduk di belakang tapi hari ni Aina nak aku duduk di depan dan dia berdiri di tengah antara aku dan ex. Tengah on the way, Aina cium pipi aku dan kemudian cium pipi abah dia sambil cakap :

‘Sayang mama..sayang abah..’

Sayu sikit tapi aku biarkan perasaan tu berlalu. Tak mau nak layan sangat. Di Mc’D, sekali lagi Aina nak aku duduk di sebelah abah dia. Aku order Happy Meal tapi tu la kalau makan kat Bandar Perda memang susah nak dapatkan the latest permainan. Asyik2 habis je. kadang-kadang malas nak pi situ tapi dah yang tu tempat paling strategic untuk Aina terpaksa jugak la..Mulutnya yang tak reti diam tu menggamatkan suasana kat situ. Peramah sangat sedangkan aku dan abah dia tak macam tu..

1 jam disitu masih tak cukup untuk Aina tapi hari dah berinjak ke malam. Kenalah balik. Lagipun aku tengok ex dah mula tak selesa bila ada beberapa orang yang keje satu kilang dengan awek dia masuk. Mybe dia takut depa kenal dia..Lantaklah, janji Aina gembira.

Masa on the way nak balik, sekali lagi Aina tanya abah dia :

Aina : Abah tak tido rumah Na ka?

Ex : Tak.

Aina : La, awat abah tak tido rumah Na?

Ex : Abah kan keje.

Aina : Nanti abah tak keje abah tido dengan Na dengan Mama..Na kiri..mama kanan..abah tengah..

Ex terdiam tak terkata apa. Aku dah biasa dengar kata-kata ni jadi aku tak kisah sangat. Mungkin Aina belum cukup mengerti apa-apa.

Monday, May 24, 2010

150. Aina

Posted by Iera at 12:47 PM 2 comments Links to this post
Aina sibuk nak ke sekolah..Setiap masa asyik bagitau semua orang yang dia nak ke sekolah. Aku dah berbincang dengan mak dan abah Aina pasal sekolah mana yang aku akan hantar tahun depan. Mulanya aku ingat nak hantar kat Tadika Anggerik dan letak Aina full time kat sana terus..tapi fikir balik, kesian pulak kat tok mengasuh Aina sekarang.. Depa hanya harapkan duit mengasuh yang aku bagi sekarang untuk back up hidup depa..So, aku dah buat keputusan untuk hantar tadika biasa je..tak pasti lagi samada KEMAS atau Perpaduan..

Lagipun, mak tak berapa setuju aku hantar kat Tadika Anggerik tu. Bukan apa, jauh sikit dari rumah aku. Buatnya hujan ke susah la nanti aku nak ambik atau hantar Aina dengan motorsikal je ( ni je yang aku mampu sekarang..). So, kenalah dengar cakap mak kan..

Sekarang ni, aku tengah ajar Aina menulis dan membaca..Alhamdulillah, Aina dah boleh buat semua tu. Satu perkara yang aku nampak ketara kat Aina sekarang, Aina suka melukis gambar orang. Mungkin terikut-ikut aku sebab aku selalu jugak melukis dari dulu sampai sekarang..Masa pregnantkan Aina dulu pun, aku kerap jugak melukis..

149. Flu & Fever

Posted by Iera at 11:49 AM 0 comments Links to this post
Tiba-tiba Jumaat hari tu kena attacked dengan flu dan fever..Kat ofis pulak..Rasa sengal-sengal badan..Nasib baik, keje hari tu tak banyak..Hanya menghitung masa agar cepat berlalu..Balik rumah, berbaring..Rest..Aina pun tak banyak ragam..

Tapi biasalah aku ni, demam ke apa ke tetap ada je keje nak buat.. Sabtu kena jugak kluar rumah pi ambik Wani dan terus ke GT upah baju untuk kenduri sepupu aku bln June nanti ( biasa la..org lain kawin, org lain sibuk nak melaram..hehe..). Lepas dari tu terus ke rumah boss Wani kat Bandar Perda. Boss dia baru pindah ke rumah tu. Lepak sementara tunggu lori yang bawak barang-barang. Dalam demam macam tu, habis jugak aku bedal ayam KFC..hehe..

Balik rumah dah pukul 12 malam..Wani tido sana sebab esoknya nak tolong kemas barang..Aku balik sorang je la..Rupanya bila kena angin lewat malam ni, demam pun kebah..haha..

Tuesday, May 18, 2010

148. Celebrate April Result

Posted by Iera at 9:08 PM 0 comments Links to this post
Hari ni seperti yang dijanjikan Manager, satu ofis celebrate sempena sales target bulan April yang membanggakan. Kali ni, pihak HR memilih set Mc'Donald Double, Cheese cake dan buah sebagai pencuci mulut. Makan beramai-ramai kat ofis.



Monday, May 17, 2010

147. Annual Review Salary

Posted by Iera at 9:58 PM 0 comments Links to this post
Alhamdulillah, seperti yang diharapkan semua staff..hari ini apa yang diimpikan tercapai juga. Berkat usaha Country Manager fight dengan phak atasan, akhirnya mereka bersetuju untuk memberi kenaikan gaji. Dikira berdasarkan commitment, improvement setahun. Aku memang tak mengharapkan kenaikan yang melampau kerana apa yang diberi sudah cukup bagus berbanding tahun lepas..

Sebelum diberi surat pengesahan, aku diberi penerangan dan diuji dengan pelbagai soalan cepumas sebagai bukti commitment aku terhadap company, kesediaan untuk berusaha lebih gigih dan tidak hanya selesa berada dikedudukan sekarang ini dan harapan untuk masa depan.

Aku bersyukur sangat dengan peratusan kenaikan yang diberikan kepadaku. Tanpa rungutan aku menerima dengan hati yang tenang kerana aku yakin dengan kemampuan aku setimpal dengan apa yang aku perolehi. Rezeki Aina..Alhamdulillah...

Terus terang, aku tidak suka mendengar rungutan-rungutan tidak puashati dari beberapa orang staff tapi aku pekakkan telinga dan biarkan mereka berhasad dengki di dalam hati dengan apa yang diperolehi oleh orang lain melebihi dari apa yang mereka perolehi..Dan mereka itu tidak ramai..hanya sorang dua saja yang berperasaan begitu sepanjang masa..

Fikirlah..apa yang kita miliki hari ini lebih baik dari apa yang orang lain perolehi dari company mereka. Kita ada celebrate setiap bula, makan di restoren-restoren class, ada company activities setiap bulan, dapat present birthday dari company, pendek kata kebajikan kita sentoasa terjaga dan mewah...Lihat saja member aku, Ida yang keje berbelas-belas tahun tidak pernah merasa apa yang kita rasa..

Wednesday, May 12, 2010

146. Cinta Itu Buta

Posted by Iera at 1:11 PM 0 comments Links to this post

Memang tak sepatutnya aku post entry ni. Akan mengaibkan orang tapi aku takkan sebut nama dia kat sini. Biarlah aku namakan dia Ani.

Ani ni dah 25 tahun. Dia cintakan seorang lelaki, Adam yang hanya menganggapnya seorang adik. Tapi layanan Adam pada Ani kadangkala diluar batasan. Mereka keje di kawasan yang sama tapi berlainan ofis. Setiap pagi Ani akan belikan Adam breakfast, bila lunch keluar berdua dan balik keje bersama. Kadangkala mereka datang bersama. Semua orang menganggap mereka couple. Tapi hakikat sebenarnya hanya Ani yang bertepuk sebelah tangan.

Hidup Adam tak pernah sunyi dengan wanita. Teman wanitanya bersilih ganti. Dia bukan muda lagi. Umurnya dah hampir 40 tahun. Bila Adam ada affair dengan mana-mana wanita, Ani akan menjerut rasa. Memendam rasa luka. Pernah suatu hari, Ani meraung sekuat hati kerana luka yang Adam berikan, berjanji kononnya itu kali terakhir dia akan bersama Adam. Tapi Adam bijak. Dia gunakan kelemahan Ani kerana hidupnya sekarang banyak bergantung kepada Ani. Gajinya tidak cukup untuk menampung kos hidup yang tinggi. Ani yang selalu back up hidupnya.

Walau apa yang telah Adam lakukan kepadanya, Ani tetap setia menanti sedangkan Adam tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya. Sorang demi sorang kawan Ani berkahwin dan memiliki keluarga tapi Ani masih seperti dulu. Ani memang ramai peminat. Tiap kali dia upload gambar kat FB, ramai lelaki yang berkenan kerana wajahnya yang fotogenik. Tapi hubungannya dengan mana-mana lelaki yang dikenalinya itu setakat pertama kali keluar saja. Selepas itu mereka putuskan hubungan dengannya.

Menyedari hal itu, ada beberapa orang kawan Ani mencadangkan Ani supaya menjaga badan , menjaga penampilan diri kerana dia masih muda. Bentuk badannya kalah perempuan beranak lima, wajahnya kusam tanpa alas bedak dan dia makan tanpa ada hadnya. Dia tidak pernah endahkan nasihat kawan-kawannya itu kerana termakan dengan cakap Adam yang mengatakan dia sudah sempurna dengan keadaan dirinya sekarang. Dia tidaktahu niat Adam. Jika dia menghias diri sudah pasti ramai lelaki yang hendakkannya dan dia akan tinggalkan Adam. Adam pula akan susah kerana Ani tidak lagi menampung hidupnya.

Terbaru, Adam menjalin hubungan lagi dengan seorang wanita. Bila duit gaji habis digunkan, Adam memujuk rayu Ani.Kerana sayang, Ani turutkan kehendak Adam sehinggakan Ani dengan tidak ada perasaan malunya meminjam kepada kawannya. Semuanya Ani lakukan untuk Adam. Sekali ini, kawan-kawan Ani tidak lagi mahu mengendahkan Ani kerana sudah muak dengannya. Bila diansihati tidak diendahkan tetapi seandainya orang lain berlebih darinya, perasaan dengki menguasai. Mereka hanya menunggu masa. Melihat saja kebodohan Ani menghamba diri kepada Adam.

Monday, May 10, 2010

145. Hari Ibu

Posted by Iera at 1:17 PM 0 comments Links to this post
Hari Ibu kelmarin hanya sambut secara simple. Mak aku keje, dah tu lepas habis keje dia ada training bowling. So, aku dan Wani hanya beli kek ( kami dah tempah hari Sabtu ). Bila mak aku sampai je depan pintu, terus aku suakan kek tu kat depan dia. Nampak jelas kat wajah dia rasa gembira walaupun dia tak suarakan apa-apa. ( photo still ada kat Wani. Tak sempat nak copy dari dia.)

Mak tak nak share kegembiraan tu sorang. Dia berikan sepotong kek tu kepada Mak Njang aku yang tinggal sebelah rumah. Mak Njang aku cakap kat mak aku:

'Ingat jugak depa walaupun beli kek. Kat rumah ni tak dak sapa pun nak beli. Hari jadi ka, hari ibu ka.'

Sayu je dengar...

Seperti biasa..tiap-tiap tahun ex akan send SMS kat aku. Thanks utk dia.

'Selamat Hari Ibu ke 4..Terima kasih kerana melahirkan Aina'.

Dan Aina cakap kat ex dalam tel :

'Abah, beli kek kat mama..Hari ibu..Na nak bagi mama..'

Sweet kan bila Aina pun faham apa erti Hari Ibu..Bila dah jadi ibu ni, sikap degil aku tu dah kurang..Sebab aku dah mula memahami perasaan seorang ibu..

Lepas ni ada lagi celebration untuk mak..Untuk birthday mak bulan 7 ni. Aku dan Wani dah mula buat preparation. Tengah survey restoren dan hadiah untuk mak. Insyaallah, kalau takde apa aral, celebrate kali ni yang terbaik untuk mak.

Wednesday, May 5, 2010

Surprise..

Posted by Iera at 4:16 PM 0 comments Links to this post
Semalam, aku dan Yatie buat surprise birthday Yus kat Pizza Hut. Semuanya plan dari Yatie. Turut sama terlibat adalah asben Yus, Kerry dan sorang lagi member Koko. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang walaupun beberapa kali terpaksa cari idea2 baru supaya birthday women tu tak perasan.





Inilah surprise yang pertama selepas 18 tahun persahabatan ini. Setelah banyak suka duka dilalui..

Monday, May 3, 2010

143. Sebuah Pertanyaan

Posted by Iera at 11:24 AM 0 comments Links to this post
Ada seseorang bertanya kepada aku semalam, soalan yang selalu sangat ditanya kepada aku :

'APAKAH AKU AKAN MEMAAFKAN 'DIA' KERANA PERNAH MENGHANCURKAN KEBAHAGIAAN AKU KERANA 'DIA' AKAN MENJADI SESEORANG DALAM HIDUP AINA?'

Jawapan tu tetap sama dan tak pernah berubah.

'AKU TETAP TAKKAN MEMAAFKAN 'DIA' BIARPUN SUATU HARI NANTI 'DIA' DAH BERADA DI DALAM HIDUP EX. DAN AKU TAK AKAN MENGIZINKAN 'DIA' MENYENTUH AINA BIARPUN WAKTU ITU AKU DAH TAK ADA KAT DUNIA NI.'

Ada seseorang pernah menasihati aku supaya merubah prinsip ini kerana ia bersifat dendam, aku tak patut menghukum orang lain selama-lamanya. Aku tetap dengan kedegilan ini. Hanya aku yang tahu betapa sakitnya luka itu...berdarah..bernanah hingga berbulan-bulan lamanya untuk sembuh. Baru je sembuh luka tu, tiba-tiba 'DIA' itu mengguris balik luka kat hati aku, kat hati Aina..( aku pernah publish post tu kat Friendster blog ) hinggakan aku dah tak boleh nak ubah pendirian ini. Dan mungkin ramai yang tak tahu termasuk mak aku sendiri..'DIA' itu sedang merebut seorang kasih sayang EX kepada Aina. Cuba mengawal EX dari mendekati Aina.

Bolehkah aku berdiam diri? Cukuplah suatu waktu dulu DIA pernah merampas EX dari hidup aku dan Aina dengan penuh rasa bangganya. Dan sekarang aku takkan sesekali biarkan semua hak Aina dirampas lagi. Ini janjiku. Aku akan lakukan apa saja seandainya DIA cuba lakukannya sekali lagi. Aku akan pastikan suatu hari nanti DIA juga akan rasa sakit yang pernah aku rasa dulu. Barulah DIA akan tahu betapa pedihnya bila orang yang kita sayang itu mengkhianati kita.

Aku yakin DIA dah pun rasa bahawa sukarnya hati menerima takdir bahawa terpaksa berkongsi kasih sayang EX dengan Aina. Terpaksa menerima hakikat bahawa setiap sen duit EX terpaksa diserah untuk kesempurnaan hidup Aina. Dan dia juga pasti terasa tidak tenang tiap kali EX datang melawat Aina kerana disisi Aina ada aku. Dan aku adalah seorang wanita yang pernah menjadi sebahagian hidup EX bukan setahun dua tapi 8 tahun!

142. Tipu

Posted by Iera at 10:52 AM 0 comments Links to this post
Aku cukup pantang kalau orang tipu aku. Memang aku sakit hati sangat. Apa salahnya berterus terang hal sebenar, bukannya aku nak marah pun. Bukan hak aku nak halang-halang. Dah banyak kali dah macam ni.

Benci sangat-sangat bila terasa diri ditipu!!!!!!

Saturday, May 1, 2010

141. Kenangan Luka 60min..

Posted by Iera at 10:40 PM 0 comments Links to this post

Sebenarnya aku dah tak mahu ingat semuanya. Biar perkara itu berlalu seperti tak pernah berlaku. Menerima apa yang telah tertulis dan menghadapi segalanya dengan tenang. Yang berlaku adalah sejarah dan tak mungkin akan berulang. Walau secebis harapan tu tetap ada namun lebih baik biarkan ia tertanam dihati.

Melayan kehenadak Aina yang semakin menjadi-jadi membuatkan keadaan kembali parah. Setiap ketika, setiap saat yang berlalu..dibibir merah itu sentiasa menyebut nama lelaki itu..melebihkan lelaki itu dari aku. Padanya, lelaki itu baik segalanya. Kehendaknya malam itu mendekatkan aku dan lelaki itu semula. Membuatkan sejarah-sejarah lalu bermain diingatan. Dan tarikh itu (20hb April) mengusik hati dan perasaan. Hari itu, adalah hari segala kelukaaan. Bila cinta yang terbina hampir 8 tahun terputus begitu saja. Merobek hati dan menghancur mahligai yang terbina dengan penuh cinta.

Diam seribu bahasa. Terasing dalam dunia sendiri walau di depan mata seorang lelaki yang pernah suatu ketika dulu bersama meredah suka duka..yang suatu ketika dulu..didakapannya terpatri rasa cinta..Sesungguhnya di malam ini, aku mengakui..sehebatnya aku mengagungkan ketabahan diri sebenarnya aku tetap seorang wanita yang jauh di sudut hati itu menginginkan keindahan lalu menjadi milikku semula..mendengar bibir merah si anak yang tak henti-henti bersilih ganti memanggil namaku dan lelaki itu..membuatkan aku merasa betapa hidup ini terasa kurangnya bila sebuah keluarga itu tidak dilengkapi dengan sempurnya..Namun segala rasa ini, tak akan sesekali aku suarakan pada lelaki itu..Tak mungkin..kerana dihatinya itu telah ada wanita lain yang pernah menghancurkan kebahagiaan aku..

Dan aku tahu, disebalik sinar mata lelaki itu terpancar cahaya kasih teramat mendalam untuk Aina..dan terselit kekesalan yang tak mampu disuarakan kerana dihalang keegoan. Biarlah..biar bebanan itu menghimpit hatinya kerana apa yang terjadi atas kesilapannya sendiri..Biar dia jua merasai hebatnya derita yang pernah suatu ketika aku tanggungi..Dia pasti hidup penuh rasa resah..diburu rindu yang teramat mendalam terhadap Aina..

Dan di petang itu, aku kembali semula ke rumah itu. Didesak oleh Aina yang ingin ke sana membuatkan hati terasa sakit menahan sebak. Di kamar itu pernah menjadi saksi penyerahan cinta..di ruang rumah itu pernah terselit seorang aku sebagai ahli keluarga itu..dan di ruang itu juga pernah menjadi medan persengketaan hingga menghancurkan segalanya..Semuanya menyeksakan..membuatkan aku sudah tak sanggup untuk berdiam di situ lagi..Setelah sekian lama..perasaan ini tiba-tiba meruntun hati..

Kata orang, jangan hidup dalam kenangan kerana inilah jadinya..aku bukan hidup ditemani kenangan.aku dah cuba melupakan segalanya namun sesekali kenangan itu terusik di minda..berdayakah aku?
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea