Followers

Thursday, July 28, 2011

315. Keje & Aina

Posted by Iera at 12:35 PM 0 comments Links to this post

Bos Iera dah bagitau, kalaulah Iera rasa tak sempat nak buat keje, boleh request kat AE or Techniqal Engin untuk tolong Iera sebab memang Country Manager suruh depa 2 orang tu datang ke warehouse bergilir-gilir tolong Iera. Tapi dalam 2 minggu depa mai sini, tak ada satu pun keje Iera yang depa buat. Depa suruh Iera tolong buat keje depa lagi la..nak tolak, depa tu orang atas Iera..terpaksa buat jugak la..

Iera pun memang tak harap sangat depa tolong Iera. Biar Iera settle sorang walaupun keje Iera berlambak sangat..Iera pun dah buat plan setiap hari..keje yang urgent, settle dulu..FA buat masa OT..

Badan dah mula rasa letih..Keje yang sepatutnya 2 orang buat, kena buat sorang. Iera berdoa agar masih boleh bertahan sehinggalah dapat partner baru..Kadang-kadang tu terpaksa bawak balik keje kat rumah cuma tak lah kerap sangat sebab Iera perlu spend masa ajar Aina buat homework dan membaca..Untungkan ibu-ibu yang tak bekerja..boleh mengajar anak-anak kat rumah..macam Iera ni, malam barulah nak boleh ajar Aina..

Tapi tak apalah..nak buat macam mana kan..Sebut pasal Aina, update terbaru..rajuknya makin menjadi-jadi..sikit-sikit nak merajuk..( ikut pernagai sapa ntah..hehe..).Tapi dah pandai membaca dah sikit-sikit..Yang paling ketara, Aina suka melukis..Jumpa kertas je nak melukis..Yang tu memang ikut abah dan mama dia la..hehe..Disebabkan Iera ni tak tinggi, jadi ketara sangat la bila Aina semakin besar..tapi ramai yang nampak Aina ni macam budak darjah 2. Padahal dia baru je 5 tahun..dengan ketinggian dan saiz badan dia tu...Yang penting, dia sihat dan permata yang terindah..

Wednesday, July 27, 2011

314. Hangin

Posted by Iera at 12:44 PM 0 comments Links to this post
Memang berangin sikit pagi tadi..Apa taknya, masa sampai kat Jalan Permatang Batu..ada sebuah kereta plat BKD 97XX depan Iera sat ke kanan..sat ke kiri..mula-mula memang Iera ingat mybe jalan jem..kat depan tu roundabout pastu ada polis trafik jaga..tapi bila ternampak je ada 1 lagi kepala baru je muncul dari mana ntah...barulah faham..sebab masa tadi tu cuma nampak pemandu je..

Lepas je roundabout, ingatkan dah tak jumpa dah..tapi still ada kat depan Iera..sekejap kepala tu ada, sekejap kepala tu tak ada..yang driver tu pulak..bawak kereta ntah apa-apa..Memang hangin la..lepas tu Iera terus tukar link lain..agak-agak la nak buat apa pun..takkan tengah drive pun nak itu..ini...menyusahkan orang je..dah tu tak malu pulak..orang kiri kanan toleh tengok..

Tuesday, July 26, 2011

313. Ni Yang Nak Marah Ni

Posted by Iera at 12:12 PM 0 comments Links to this post

Iera cukup pantang kalau Mr.X tersalah hantar SMS. Walau dia tak sengaja, boleh menganggu emosi..Yelah, kalau dalam SMS tu sebut nama perempuan lain dan ayat yang berjiwa karat ni..tak berdentum ke dada baca..Memang la Iera dengan dia dah tak ada apa-apa..dan tak akan ada apa-apa..tapi sekebal mana pun hati, Iera tetap manusia biasa..Bukan sekali dia buat macam tu..berkali-kali dah..kadang-kadang rasa macam sengaja dia nak sakitkan hati Iera je..

Friday, July 22, 2011

312. Congrats To My BFF-Yusniza

Posted by Iera at 12:49 PM 1 comments Links to this post


Comel kan..Best friend Iera, Yus baru je bersalin pagi Selasa lepas ( 19hb July )..Alhamdulillah, baby dan mummy sihat..Dan syukur, impian Yus nak anak perempuan termakbul. 2 orang anak yang sebelum ni lelaki..Tapi Iera tak pi lagi melawat Yus..Tak berkesempatan lagi.. Sekarang ni Iera balik keje dah lewat..Tak elok nak pi lawat orang berpantang kan..Insyaallah, kalau tak ada aral..hujung minggu ni tapi itu pun belum tentu..Sebabnya ada training 2 hari..

Untuk Yus, tahniah..

Thursday, July 21, 2011

311. Hrmm..

Posted by Iera at 12:05 PM 0 comments Links to this post

Terasa jugak hati bila ada beberapa orang dok sebut-sebut pasal new staff..Ayatnya lebih kurang macam ni..

'Sekarang ni depa nak staff yang ada degree dan pandai BI..Depa memang nak ambik yang ada kelayakan.'

Yang depa interview tu untuk jadi partner Iera. So, Iera ni yang tak ada degree ni macam mana? Iera balas jugak la..

'Kalau macam tu, katakan aku rasa nak resign, mesti depa alu-alukan ye tak...sebab depa memang dok tunggu saat macam ni kan..'

Dia balas :

'Tak lah..'

Sekadar nak sedapkan hati Iera kan..Ambik staff baru yang ada Diploma or Degree..keje sama dengan Iera tapi gaji tak sama kan..of course lah staff tu nak gaji sama taraf dengan kelayakan dia kan..Bila dah lama-lama..makan hati..Iera resign dan boleh lah depa ambik staff yang depa nak kan...

Astaga..tak baik prasangka kan..Kena think positif..tapi..perasaan ni tak boleh dikawal-kawal..Oklah...dalam seminit dua ni..Iera try untuk pikir yang positif-positif je..buang jauh-jauh anasir-anasir buruk..

Monday, July 18, 2011

310. Uh!

Posted by Iera at 3:16 PM 0 comments Links to this post

Berjela-jela ayat dia bagi kat Iera bila dia marah..Tuduh Iera macam-macam. Walau sakit hati Iera tapi Iera diamkan saja. Dan kemudian, bila marah dia reda, dia datang mintak maaf..Kembali macam biasa. Bila Iera bagi ayat pedih sikit saja kat dia..dia naik angin macam puting beliung..Macam nak gempa bumi Penang ni..bergegar..Masa Iera sakit, dia langsung tak pikiq perasaan Iera..Tapi bila hati dia terguris sikit, dia nak mengamuk..Hati Iera lebih sakit dari dia.. Sakit yang masih terasa sampai saat ini..Yang akan tetap terasa sampai bila-bila..

*Jangan tuduh sesuatu yang tak pernah Iera lakukan..jangan samakan Iera dengan orang lain..Walau berumah tapi tak bertiang, tapi rumah Iera masih tegak berdiri..Iera masih waras berfikir dan menilai baik atau buruknya sesuatu..

309. Bz Terlampau

Posted by Iera at 12:16 PM 0 comments Links to this post

Lepas kawan Iera resign, Iera semakin bz. Memang tak sempat nak update blog dan ziarah blog kawan-kawan..ini pun curi-curi lunch time. Itupun kalau lunch tak buat keje. Yelah sorang-sorang handle itu, cover ini..Sampaikan tiap-tiap hari memang balik keje 7.30malam..Sabtu datang keje half day. Cuti Hari Warisan hari tu pun datang keje jugak..

Memang akan ambik staff baru gantikan kawan Iera tu merangkap jadi partner Iera. Tapi terpaksa menunggu sebab yang nak datang interview tu semuanya sedang bekerja. Jadi kena ikut scedule depa. Kali ni pihak admin nak ambik yang ada Diploma or Degree. Iera? Terasa hati jugak. Nampak sangat macam selama ni pihak admin dok tunggu masa je nak hire graduate staff. Yelah, Iera dan kawan Iera ni cuma ada SPM dan STPM je..Apalah sangat kan sijil yang lekeh macam tu..

Memang ada kawan-kawan Iera cakap, pengalaman itu lebih penting. Iera kenal sangat staff-staff kat sini ( kebanyakan chineese ). Depa pernah buat Iera dan kawan Iera tu seolah ada Diploma macam depa...Seolah kami ni graduate..Pastu dok compare-compare pulak..Mybe sebab tu, bila salah seorang dari kami berhenti, terus depa ambik graduate person..

Iera rasa nak bersuara jugak tapi Iera diamkan je. Bukan apa, sanggup ke orang yang ada Diploma or Degree ni buat keje macam Iera sekarang? Boleh ke depa tu nanti potong dua screw M10, M14 macam yang kami dok buat sekarang ni? Bukan pakai mesin tau pakai gergaji..guna sepenuh tenaga..Memang orang cakap, tak baik menilai orang lain awal2 tapi entah la..Tak apalah, itu hak admin kan..Cuma Iera berharap, partner baru ni taklah 'berlagak' setanding Diploma or Degree dia tu..( dah beberapa orang kawan Iera bagitau, ada yang tak mau buat keje yang orang SPM buat sebab depa tu ada Diploma dan Degree..).

Bila yang akan ada partner baru? Entahlah..Still waiting..Tunggu depa free dulu baru nak datang interview..Orang cakap, wait and see je lah..macam mana nanti..

308. Filem Sekali Lagi

Posted by Iera at 12:13 PM 2 comments Links to this post


Baru berkesempatan tengok filem ni..Best citer ni. Aina? Macam biasa, 2,3 kali ulang.

Tuesday, July 12, 2011

307. Dah Habis Kongsi, KL Gangster La Pulak

Posted by Iera at 1:01 PM 2 comments Links to this post

Aina tengah demam KL Gangster..Rasanya kalau dibiar seminggu dua ni, boleh hafal ni skrip macam cite Kongsi hari tu..Dah siap book dah..yang Ady Putra tu dia punya..Dia suka tengok time Ady Putra lawan tak pakai baju ( agaknya tengok badan yang berminyak tu nampak sempoi kot..haha..) masa mula-mula filem tu start..Aduhai, anakku..Aaron Aziz tak mau katanya..sebab baik sangat..Pulak dah..

Cite ni namanya cite gangster tapi dalam hati ada taman jugak..Time Malek ( Aaron Aziz ) tengok mak dia dari jauh..dan time Jai ( Ady Putra ) masukkan duit pada budak yang tidur kat kaki lima tu..Part tu memang rasa tersentuh jugak..Walau sejahat mana pun manusia ni, pasti ada jugak kebaikan yang dia buat..Cuma orang nampak dengan tak nampak je..

Friday, July 1, 2011

306. Tu la..

Posted by Iera at 1:32 PM 0 comments Links to this post
Ingat tak Iera pernah cakap pasal hal ni last entry..http://iera-lakarankehidupan.blogspot.com/2011/06/305-keje-kawan.html Pasal kawan Iera yang dapat keje kat gomen tu..Dia pernah tanya Iera..tak silap Isnin lepas pasal nak serah surat resign..dan Iera cakap ikut dia la..kalau bagi hari ni pun ok jugak..Sebab boss Iera ni ok..Lepas tu dia tanya pendapat bf dia..tapi bf dia tak bagi dia serah surat tu awal..sebab suruh ambik gaji dulu..

So, dia pun ikutlah cakap bf dia tu..Kelmarin dia cuti. Kena dengar taklimat. Tapi dia still tak inform boss Iera. Malam baru dia pi rumah boss Iera bagi surat tu. Just tinggal dalam peti surat sebab masa tu boss Iera keluar. Hari ni tau apa jadi? HR call dan warning dia nak report kat Buruh sebab dia tak pick up phone. Dan bila dia pick up, dia kena bayar balik RM2700 kat company.

Iera ada SMS dia tanya hal ni kenapa dia kena bayar banyak tu. Tau dia reply apa?

'Ha la, dah blah tak bagi surat awal.'

Wah..wah..macam nak naik angin je..Salah sendiri jangan dok letak kat orang pulak. Dari awal lagi dia memang plan nak blah macam tu..Iera tanya elok-elok and kesian kat dia, boleh dia reply macam tu..At least reply lah..'I tak bagi surat awal..'

Tak apalah..TAPI KALAU IERA DENGAR YANG TAK ELOK PASAL IERA..TAU LAH IERA NAK BALAS NANTI..SEGALA KEPUTUSAN BUKAN DARI IERA TAPI DIA SENDIRI DAN BANYAK KEPUTUSAN DIA DI PENGARUHI BF DIA..

Dan ini pengajaran untuk Iera jugak..Jangan bagi notis 24 jam..Apa-apa hal bincang dengan boss dulu sebab ada black and white tempoh yang sepatutnya bagi resign letter..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea