Followers

Monday, October 24, 2011

332. Manusia..oh Manusia..

Posted by Iera at 12:48 PM 1 comments

Kadang-kadang tak faham dengan sikap manusia ni..Sedang elok kita menikmati kedamaian dan keindahan awan nan biru..dan menghirup segar kasih sayang ikatan persahabatan..tiba-tiba berdentum pulak guruh di langit. Kilat memancar..bertempik ke seluruh alam..cuba memanah hati orang lain..Manusia yang waras akan menggunakan akal..yang tidak tahu apa-apa akan menerpa begitu saja..

Cukup la, wei..sudah bosan dengan karenah dalaman..SATU PENGHINAAN yang masih terkesan dihati TAK PERNAH TERUBAT walau semahal manapun mujarabnya. Biar hidup berdiri dengan hanya kaki kanan dari memberi beban kedua-dua kaki..Yang pasti, serahkan saja pada Yang Esa. Kerana DIA MAHA ADIL DAN BERKUASA.

Monday, October 10, 2011

331. Hrmm

Posted by Iera at 11:57 AM 0 comments
Kadang-kadang kekurangan yang ada pada diri menjadi pemisah segalanya..menjadi jurang untuk berjalan bersama. Orang mungkin tak kisah..tapi adakala juga dikisah. Hati tersentap sedikit tapi masih terkawal. Nak berjauh tak mungkin. Apa yang boleh, hanyalah kesedaran. Perlu berkisah nanti..perlu peduli..Peringatan untuk diri sendiri..

*Aku adalah aku..aku tak mungkin jadi orang lain. Kerna sebaik manapun cuba menjadi orang lain, tak mungkin ianya terjadi...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea