Labels
Blog List
-
-
Alkisah pasal roti9 years ago
-
Short update9 years ago
-
Zahira dah 5 bulan10 years ago
-
-
Antara Yang Tertulis #111 years ago
-
Rizalman for Zalora12 years ago
-
-
SEMENTARA14 years ago
-
Seorang Wanita Itu....14 years ago
-
Friday, March 11, 2016
507. Aina dan Pasukan Hoki
Tuesday, July 21, 2015
485. Hari Raya 2015
Wednesday, June 17, 2015
481. Aina
Saturday, June 13, 2015
479. Kami Hari Ini
Dah lama tak selfie berdua. Budak debab ni ikut mood jugak.. Hari ni mood tengah ok..mau la ber selfie. Kalau tak,jangan haraplah...
Thursday, June 11, 2015
477. Sukan Tahunan
Wednesday, December 10, 2014
453. Happy Birthday my love, Aina..
Tempat : Rumah adik aku di Alma
Tarikh : 2.12.2014
Sangat simple. Hanya majlis kecil untuk anak sedara yang seramai 6 orang tu. Yang penting Aina happy.
Wednesday, July 30, 2014
445. Raya 2014
Baju ni memang aku design sendiri. Aku combine kan warna biru tiffany dengan coklat bila aku tengok cupcake. Ikutkan aku nak upah masa kenduri kawin Nana, adik Yus dulu tapi disebabkan tak sempat, kain tu tersadai la dulu. Atas bahu tu aku nak letak lace sebenarnya tapi tailor tu tak pandai nak letak sebab aku upah tailor kampong je.. Tapi puas hati. Murah pun murah sebab aku lapik di dalam. Kalau ke butik siap la RM200 lebih. Manik aku suruh adik aku jahitkan. Itupun sikit je..
Ni macam biasa..Anak dara aku yang gila posing sekarang. Nampak tak kasut Aina tu.. Itu kasut orang dewasa. Dia pilih sendiri.. Lagi satu size nak sama dengan aku dah.. Lepas ni, aku kena sorok kasut aku la..haha..
Memang susah sungguh bila ajak bergambar berdua. Macam-macam alasan. Kalau dapat pun, tengoklah muka..tak senyum langsung...
Ni la fesyen rambut Aina untuk tahun ni. Jangan tak percaya, baju yang Aina pakai tu baju adik aku no 3 masa umur 20 an tapi Aina pakai masa umur 8 tahun.. Semua orang ingat Aina dah darjah 6.. Jalan dengan aku pun dah macam dua beradik.. Alhamdulillah..janji sihat..
Raya kedua ke rumah mak menakan dan kawan-kawan aku yang dekat-dekat. Aina pulak, petang tu dah ikut abah dia ke rumah abah dia. So, malas nak berjalan sangat bila Aina tak ada. Lagipun hari ni aku dah mula keje..
Sunday, July 13, 2014
442. Baju Raya Aina
Memang susah bila masuk bab nak membeli baju raya untuk Aina sebabnya size badan Aina yang besar melebihi umurnya. Tahun ni aku tempah baju kurung moden untuk Aina. Sedondon dan design tu aku yang lukis. Masa kat pasar Kemboja Nibong Tebal kelmarin, belikan jubah untuk Aina. Lepas raya nanti boleh pakai pi mengaji. Aina dah pesan nak tudung ala Fareeda.. kat sana hanya RM30 je..
Balik dari pasar Kemboja terus ke Pacific. Bermacam-macam brand cari tapi tak ada size yang sesuai untuk Aina. Lastnya balik macam tu je..
Hari ni, pukul 11 pagi dah keluar ke AEON Alma. Masuk satu persatu kedai yang ada. Dapat jugak Tshirt untuk Aina walaupun terpaksa beli tshirt lelaki.. Aina pun tak banyak ragam bila terpaksa beli tshirt lelaki..nanti tahulah mama nak otter kan..hehe.. Jeans nasib lah ada size paling besar.. Itu pun rasanya tak boleh pakai lama.. Semua dah settle cuma tinggal kasut je..
Cerita pasal kasut, Aina dah tak boleh pakai kasut budak-budak. Dah kena pakai kasut orang dewasa tapi size paling kecik..size 4. Nanti senang la nak beli design macam mana..
2 hari yang memenatkan tapi apa saja demi Aina..
Tuesday, June 10, 2014
435. Aina
4hb tu aku cuti. Semua orang kat ofis macam tak percaya aku cuti. Ye lah, dari bulan 1 hari tu sampai sekarang aku baru apply 3 hari. Masih berbaki 23 hari. Alhamdulillah, walaupun berat Aina masih tak ok tapi boleh diterima. Lepas ni tak payah pi dah untuk check up. Bukan senang nak control makan Aina sedangkan aku sendiri pun jenuh dok control macam-macam.
Seminggu tu Aina tak ke rumah pengasuh. Kat rumah penuh dengan anak-anak sedara aku yang 6 orang tu. Kebetulan pulak, sepupu aku sebelah rumah pun bersalin. Aina lagi la berat nak ke rumah pengasuh. Dek kerana seronok bermain dengan budak-budak, Aina buat satu permintaan.
Aina : Mama..boleh tak mama bagi Aina adik..
Aku : Adik? Ada pulak..
Aina : Ya la..Aina nak adik.. Mama kawin la.. Nanti Aina boleh dapat adik..
Aku : La..kan nanti Aina nak dapat adik dah kan.. Ibu (panggilan utk isteri ex) kan nak bersalin dah.
Aina : Tapi Aina nak adik dari mama..
Aku : Ala..sama jugak kan..
Aina : Tak mau... mama kawin la..
Aku : Cari la bf kat mama..baru mama boleh kawin..(tergelak)
Aina : Fahrin Ahmad mau dak..nanti mesti adik Aina comey..
Aku : Gelak besar..
Aina..Aina..tak membuat. Mintak macam-macam. Faham..memang Aina sunyi sebab orang lain ada adik beradik walaupun tak ramai. Mama dah usaha Aina tapi Allah letakkan hidup mama macam ni.
Ni mula la nak rasa emo..
*Tiba-tiba teringat pada dia yang pernah ada dihati..
Sunday, May 18, 2014
431. Bookmark Untuk Hari Guru
Tahun lepas beli bunga je tapi tahun ni terlebih rajin sikit... Buat bookmark untuk semua cikgu yang mengajar Aina. Simple je. Dan buat jugak untuk anak menakan yang 3 orang tu..
Sunday, May 4, 2014
425. Percubaan Aina guna Water Colour
Memang aku pantang sikit masuk Popular ka Youngs One ka..aku meronda sakan kat dalam tu kat bahagian art.. Hari tu aku saja belikan Water Colour, berus dan colouring book.. saja nak biasakan Aina guna water colour.. Alhandulillah..walau 1st time guna, hasil memuaskan.. lepas ni aku ada banyak lagi planning nak dedahkan Aina dengan seni.. Nak hantar p kelas tak mampu.. So, dengan apa yang ada dalam diri aku ni..aku curahkan untuk Aina..
Monday, March 17, 2014
416. Ujian Februari_Aina
20hb Feb- Aina dah mula kayuh basikal baru dia tu. Siap suruh ambik gambar sent kat Mak La dia (adik aku yang no 3).
22hb Feb- Tengahari lepas makan semuanya masih ok. Aina mintak nak ke kedai kampung untuk beli air. Aku suruh Aina pergi petang sebab masih panas tapi Aina nak jugak pergi. Masa tu aku dan Wani nak keluar ke pekan BM. Masa kat tengah jalan, kami bertembung Aina. Aku suruh Aina balik sebab kedai tu tak bukak. Kami singgah kat Caltex dulu untuk isi minyak. Baru saja bayar duit, HP berbunyi.
"Balik cepat. Mai tengok anak hang ni kena apa.. Teruk.."
Masa tu aku dah tak tau nak buat apa. Dah tak reti nak boh minyak. Wani yang tolong bohkan. Lepas tu aku pecut motorsikal. Redah jalan yang tengah jem. Dalam otak ni macam-macam fikir. Hati rasa kecut sangat.
Sampai kat rumah, aku dengar Aina menangis. Angah, Njang, Mak Yah dan Mak aku sedang kerumun Aina. Ya Allah, aku berkata dalam hati sebaik saja tengok muka Aina. Baju dah penuh dengan darah. Muka bercalar sana sini. Aina terjatuh basikal sendiri dan tersembam di atas jalan tar. Aku peluk Aina. Ajak Aina ke hospital tapi Aina tak mau. Aku pujuk lagi..Aina akur. Wani temankan aku. Mak dan An pi dengan motorsikal. Sampai kat Hospital BM, Aina ke wad kecemasan. Masa tu aku dah rasa semacam dah bila tengok sekeliling aku penuh dengan pesakit yang bermacam penyakit.
Bila nurse biuskan ubat, Aina menangis perlahan. Masa tu aku mula rasa mual, rasa pening.. Sebelah katil Aina, ada seorang budak lelaki sedang meracau. Tapi aku kuatkan semangat sebab Aina. Nurse cucikan darah kat muka Aina. Selepas tu ke bilik X-Ray tapi masa ni aku dah lepaskan Aina kat mak aku sebab aku dah tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pitam. Aku call abah Aina bagitau hal ni.
Alhamdulillah, Aina tak ada apa-apa. Cuma luka saja. Masa ni abah Aina dah datang dengan wife dan anak-anak tiri dia. Ada la beberapa attendant lelaki dalam tu yang dok perhati masa abah Aina jumpa aku. Kebetulan mak aku kenal. Mybe depa hairan kot. Lepas berjumpa doktor, aku bawak Aina balik.
Sedih tengok keadaan Aina. Nak makan kena guna straw dan hanya boleh makan moi sup saja. Dah tu makan sikit. Sedangkan sebelum ni Aina memang kuat makan. Aku lahirkan Aina dengan cukup sempurna tapi bila tengok luka kat muka Aina tu, aku rasa sangat sedih..
Malam tu memang tak lena tidur sebab jagakan Aina. Tapi Alhamdulillah, Aina tak kerap terjaga. Cuma dia rasa tak selesa saja..
23hb Feb- Aina still makan nasi dengan sup ayam. Aku memang full time jaga Aina dan tak keluar ke mana. Abah Aina datang tengok tapi Aina macam merajuk. Mybe sebab semalam abah dia tak call tanyakan khabar.
24hb Feb- Aku cuti hari ni dan bawak Aina ke hospital untuk check up gigi. Kesian Aina bila orang asyik perhatikan muka dia. Aku tau Aina rasa malu. Gigi Aina ok dan kena datang seminggu selepas tu. Masa tunggu giliran berjumpa doktor untuk ambik MC, ada sepasang suami isteri tu duduk di belakang aku dan bertanya pasal Aina dan aku bagitau yang Aina terjatuh basikal. Si isteri berkata :
"Tu lah hampa, orang suruh naik basikal..hampa p terjun.. "
Aku tengok muka Aina berubah. Sedih. Lepas sepasang suami isteri tu berlalu.. Aina bisik kat telinga aku.
"Mama, Aina tak terjun pun basikal. Aina jatuh lubang."
"Ok, mama tau.. Dah, buat tak tau je.."
Balik dari hospital, abah Aina datang tengok. Aina dah ok masa ni..
29hb Feb- Alhamdulillah, berkat Aina berpantang akhirnya muka Aina dah ok. Tak ada kesan parut hitam. Aina memang kuat berpantang. Apa yang aku dan mak bagitau tak boleh makan, Aina akan ikut walau dia sangat suka. Syukur, Aina dah sihat dan dah boleh kayuh basikal semula walau pada mulanya Aina rasa fobia.
Saturday, August 10, 2013
413. Cerita Syawal Aina.
Monday, May 27, 2013
407. Mr.X
Sunday, May 26, 2013
405. Aina
Monday, August 27, 2012
Wednesday, August 8, 2012
387. Samperit utk Aina
Isnin tengahari tu barulah buatkan biskut samperit untuk Aina. Baru jadi adunan, dah siap masuk mulut dia. Iera ni bukan terer sangat bab tekan bunga samperit ni tapi anak punya pasal, hentam sajalah... Asal jadi bunga dah la. Dah tu, Aina tak mau letak ceri, nal letak coklat rice warna warni. Dapatlah satu balang lebih sikit. Yang 1 balang ni, Aina dah pesan.. Untuk dia sorang. Siap suruh simpan dalam bilik. Yang extra 20biji tu, dia bagi kawan-kawan kat rumah makan. Iera saja rest Aina. Tanya dia sedap ke tak.. Si Aina jawab 'sedap, mama..' Lega dengar.
Pagi ni, Aina bawak ke rumah mengasuh. Tapi tak bawak banyak. Dia dah pesan. Satu hari bawak 15biji je.. Aina.. Aina...
*apa saja untukmu, sayang mama..
Tuesday, July 24, 2012
382. Puasa
381. Aktiviti Terakhir Sebelum Puasa
Balik petang tu, Iera tanya Aina pasal aktiviti pagi tu. Aina jawab:
'Kena jogging, mama. Lepas tu Aina tak larat. Tapi lari jugak. Balik tu cikgu belanja makan roti canai.. Sedap...'
Aina ni apa yang tak sedap kat dia. Semuanya sedap...