Followers

Thursday, August 12, 2010

192. Berbuka

Posted by Iera at 12:31 PM

Berbuka kelmarin dalam sunyi dan sepi. Hanya mak, Aina dan aku saja. Adik beradik yang lain ada yang dah kawin, ada yang berbuka kat masjid dan ada yang tinggal hostel. Selalunya waktu berbuka ni lah paling riuh rendah dengan gelagat yang pelbagai. Mungkin hari minggu ni kot depa akan balik..

Aku cuma beli Nasi ayam untuk Aina dan Nasi Ayam Merah untuk mak. Aku hanya makan Fishball goreng bersalut tepung. Selalunya, mak akan masak walau penat balik dari keje tapi kali ni cuma beli. Nasib baiklah ada Aina. Mulutnya yang tak henti-henti bercakap tu lah penyeri suasana. Mungkin, macam ni jugalah yang dirasakan oleh ibu bapa yang anak-anaknya jauh. Sunyi.

Hari ni, suasana tu akan dilalui lagi..

3 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

iya la...kesian kn ibu dan ayah bila nak2 berjauhan...;-(

Kak anie said...

Eira...bila dah tak ramai berbuka sama rasa sunyi aje kan?

Iera said...

HonEyBuNNy & Kak Anie : betul tu..memang terasa sangat sunyinya..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea