Followers

Thursday, April 28, 2011

288. Akhirnya

Posted by Iera at 2:43 PM 0 comments Links to this post
Alhamdulillah..penantian yang satu ni berakhir juga. Memang betul, penuh cabaran..penuh dugaan sehinggakan Iera menangis sebab terlalu banyak sangat karenah yang perlu Iera lalui. Semuanya betul-betul menguji kesabaran. Ada satu ketika tu, Iera rasa dah tak mau teruskan lagi. Dah letih. Padahal bila tanya experience orang lain, depa tak ada pun masalah.

Dah 2 kali Iera terkena dengan pihak tu..Sekejap kata ok, sekejap kata tak lulus. Cakap nak kena itu la, nak kena ini la..Kemudian, Iera terus cancel. Dan untuk kali ketiga ni, Iera pi kat orang lain pulak..kat company lain. Dah tak mau direct terus dari situ. Pun hampir sama. Sebabnya dari pihak tu juga. Dan akhirnya terkeluarlah N3 ni sampaikan ada yang salah faham..

http://iera-lakarankehidupan.blogspot.com/2011/04/285-salahkah-aku.html

Demi Aina, Iera sabarkan hati..Dan anggap bahawa sesuatu itu pasti ada hikmahnya..Apa pun kena banyak bersabar dalam merealisasikan sebuah impian. Dan untuk dealer tu, terima kasih banyak-banyak sebab banyak tolong Iera walau tu memang keje dia..

Akhirnya, 25hb April bersempena birthday adik Iera yang ketiga Iela..deliver jugak baby ketiga Iera..Iera panggil baby girl sebab suci kan..( asalnya nak baby boy..tapi tak ada stok )..Tapi still kena berpantang lagi sebabnya tuan dia belum 'sihat' lagi..hehe..Masih baru lagi..Aina? Hanya Tuhan saja tahu perasaan dia masa tu. Sebagai ibu, Iera nampak jelas kegembiraan kat wajah dia..Sebab dia tahu, baby ni milik mama dia..Alhamdulillah...Mak? Inilah yang dia harapkan sebab satu kepentingan untuk waktu sakit demam..Kali ni tak payahlah susah-susah nak ulang 2,3 kali untuk ke rumah Tok Wan.




Untuk bestfriend Iera, Yati, Yus dan Ida..terima kasih tak terhingga kerana selalu bagi support untuk Iera..selalu menjadi tempat Iera meluah segalanya..Iera takkan sesekali lupakan depa..Untuk ex jugak yang tolong Iera dari awal lagi..( tapi ada sedikit rasa cemburu yang Iera nampak kat kata-kata dia..mybe takut Iera dengan lelaki lain..hehe..) Tapi percayalah..ini hanya untuk Aina..untuk mak..Dalam fikiran Iera tak ada satu pun untuk perkara lain..

Betul kata Tok sedara Iera..Semuanya rezeki Aina. Kerana Aina hidup Iera dah bernafas balik..Dan sekarang, bak kata Wani, adik Iera..tak ada bf pun tak apa..sebabnya dah ada bf baru...

Wednesday, April 27, 2011

287. ECT Team

Posted by Iera at 10:40 PM 0 comments Links to this post
ECT Team menganjurkan Egg Decoration Contest pada 22hb lepas. Ada 3 kumpulan dan setiap kumpulan terdapat 5 orang ahli termasuk Leader. Untuk kali ni, Iera di pilih untuk menjadi Leader salah satu kumpulan tu.

Seminggu sebelum contest bermula, ahli kumpulan berbincang nak nak guna bahan apa, nak deco macam mana..tema la..Discuss pun hanya guna Skype memandangkan Iera sorang je kat whse sedangkan yang 4 orang lagi kat Ofis di Penang. Setiap kumpulan dibekalkan 3 biji telur saja. Iera dapat idea ni kat Martha Stewart website..Lepas tu buat kajian sendiri, masa yang diperlukan..bahan apa..kemudian share dengan ahli kumpulan..Akhirnya mereka setuju guna idea Iera tu di samping ada beberapa idea lagi..



Saingan memang hebat dari kumpulan lain terutama kumpulan boss Iera. Awal-awal lagi mereka dah ready bahan, dah tu siap video call lagi..Apa pun, Iera percaya bahawa dengan semangat dan keyakinan serta kerjasama akan membuatkan kami berjaya.

Sehari sebelum contest, kami berbincang sekali lagi. Idea untuk buat garden dari foam diganti dengan bahan lain. Yang tu diserahkan kepada Grace, kawan Iera. Iera sediakan semua bahan untuk membuat Happy Family.

Hari Contest tu, Iera dan sorang kawan Iera terjumpa satu bukti yang satu kumpulan tu cuba menipu. Tapi kami hanya diamkan diri kerana tidak mahu menuduh. Mungkin itu cuma sebagai bahan sampingan saja. Hari tu semua kena bawa makanan. Iera cuma beli Puding.

Aktiviti bermula pukul 12 tengahari di Ofis kat Penang. Sungguh mengagumkan apabila Grace menunjukkan anyaman dari daun pandan untuk dijadikan garden. Bila game bermula, kami tak sempat nak panggung kepala tengok kumpulan lain. Hanya concentrate pada decoration telur. Masa yang diberikan cuma 1/2 jam saja. Beginilah hasil kumpulan Iera.










Lepas je masa tamat, kami sempat posing sebelum menjamu selera. Macam biasalah, bila ada makan-makan macam ni, lupakan dulu tentang berat..hehe..Ada macam-macam tapi Iera taklah makan semua..

Selepas tu pemenang diumumkan. Nak tahu kumpulan mana menang? Of course lah bukan kumpulan Iera.



Ini kumpulan yang satu lagi.


Dan inilah pemenangnya..

Iera perasan ada sedikit tak puas hati kat member Iera tu ( mybe sebab dia dah tau rahsia ) tapi masing-masing hanya mendiamkan diri.. Semua decoration tu tak dibuang tapi diletakkan kat satu sudut di ofis. Lepas selesai, semua pakat tapau makanan tak habis. Tapi Iera dan 2 orang yang satu department dengan Iera tak boleh balik lagi sebabnya ada briefing.

286. Zahiril Adzim

Posted by Iera at 9:09 AM 1 comments Links to this post

Mungkin Iera agak ketinggalan..Tapi selepas Iera terjumpa blog ni..apa yang Iera boleh cakap..memang salute kat Zahiril Adzim ni..ayat-ayat dan bahasa yang diguna memang power..Tak caya? Bacalah blog dia...

http://zahiriladzim.blogspot.com/

Friday, April 22, 2011

285. Salahkah Aku

Posted by Iera at 9:31 PM 0 comments Links to this post

Dalam apa jua keadaan Iera jarag sekali mention nama sapa-sapa tiap kali update blog or post status kat FB. Memang ayat-ayat Iera guna boleh menyakitkan hati orang..tapi kadang-kadang ayat-ayat itu ada maksud lain. Benar, memang tak pandai dalam menilai tapi tak juga bodoh untuk memahami..Dan selama ni, Iera tak tulis pun apa-apa, just cuma suruh reply message je tapi sebaliknya yang Iera dapat. Itu pun Iera tak balas. Iera diam sebab Iera nak menjaga hati semua orang walau sebenarnya hati Iera dah terasa suatu waktu dulu hanya kerana bertanya satu perkara.

Tapi bila Iera ada postkan satu kata-kata, Iera dihentam..Actually, memang nampak seolah Iera mengutuk orang tapi Iera bukan tuju pada sorang individual tapi banyak orang..pasal keje..pasal hati Iera. Dalam hal ni, mungkin benar, Iera ni cepat melatah..Sampaikan post perkara yang tak sepatutnya. Tapi, Iera tak pernah tag sapa-sapa..tak pernah kata 'hang baca ni..aku kata kat hang si polan..'Dan tak seorang pun tahu kepada siapa Iera cakap dan untuk apa Iera luah tu..Dari mula Iera start berFB, Iera dah tulis macam-macam..hal Aina, family, kawan-kawan, suka duka...tapi kenapa hanya satu post tu boleh membuatkan hati orang terguris..

Iera tak pernah lupa asal usul Iera dan tak pernah riak bila hidup dah berada di atas. Hanya 2,3 orang kawan Iera je tahu macam mana hidup Iera sebenarnya sedangkan orang lain tak pernah Iera ceritakan..Dan hanya sorang je tahu segalanya..Dan hanya pada dia juga Iera selalu menangis..selalu mengeluh..Dan Iera tak pernah kata Iera berada di putaran roda teratas..sebab Iera tahu roda itu selalu berputar..dan akan berputar dari atas ke bawah..

Sekarang ni Iera menanti hanya 2 perkara..Perkara penting..Dan perkara tu tiada kaitan dengan sapa-sapa..Hanya tentang masa depan Iera je..Dua perkara tu lah yang Iera tiap-tiap hari menanti..Mengharap..Sebab bila Iera dah korbankan segalanya..Iera mesti nak ganjaran tu..Dan 1 perkara tu, tiap-tiap hari Iera dok push..setiap hari..walaupun Iera terpaksa tebalkan muka..jadi macam pengemis..walhal meminta hak sendiri..Perkara apa, biarlah Iera diamkan dulu..bila Iera memeluknya..Iera akan war-warkan..

Iera memang pantang bila orang mungkir janji dan Iera bukan kejam untuk bertolak ansur. Tapi Iera memang tak suka dibiar dalam tanda tanya. Persoalan itu menganggu fikiran kerana Iera lebih suka setiap persoalan berjawapan..Bukan 2 hari..bukan juga 2 minggu tapi hampir 2 bulan..Sekejap itu..sekejap ini..tapi bukan soal yang berkaitan orang lain hanya tentang impian Iera.

Mungkin Iera ni bukan orang terbaik untuk berkongsi rasa..Bukan juga manusia sempurna untuk menangis bersama..Juga bukan insani yang berhati mulia..Tapi sekejam Iera, Iera tetap ada hati dan perasaan yang masih punya pelbagai rasa. Jika Iera ni adalah pesalah yang telah 'membunuh' hati orang lain..hukumlah sebagaimana mahunya..biarlah penilaian menjadi racunnya..

Mungkin esok, mungkin juga hari ini...segalanya berubah..mungkin keadaan tak sama seperti dulu..Hanya masa yang akan menentukan...

Thursday, April 21, 2011

283. Update Sabtu & Ahad

Posted by Iera at 8:39 PM 0 comments Links to this post
Malam Sabtu tu, Tok Wan call. Suruh family pi rumah masak ramai-ramai. Nak perabih lauk ikan kering yang kenduri hari tu..Pagi tu, Iera pi dengan Wani dan Aina. Mak naik motorsikal dengan Mak Uda Iera. Sampai rumah Tok Wan, Mak Cik ada. Hanya kami je yang akan masak makan. Tok Wan suruh mak yang masakkan gulai ikan kering tu.

Yang lain tolong apa yang patut. So, menu hari tu..gulai ikan kering, air asam, perut lembu rebus, ikan goreng, ikan pekasam goreng dan ikan kering goreng. Terangkat habis tapi tak boleh makan banak-banyak..Badan dah tengah sihat ni..Lagipun lepas makan nak ke Sunway Carnival pulak..

Tapi masa panggil Tok Wan makan sekali, tengok Tok Wan macam sedih je..Makan pun macam telan tak lepas..Nasi dah tak tambah. Mybe Tok Wan teringat pada arwah Mak Tok..Lepas makan terus bersiap nak ke Sunway Hotel. Ada Amway Showroom.

Sampai kat Sunway pukul 2.45petang. Tunggu kawan Iera, Lay Peng dan sorang kawan dia. Iera pi dengan Mak Uda Iera dan Wani. Mak Uda Iera masuk jadi ahli tapi Iera tak berapa minat sangat. Just cuma dengar Diamond-diamond share pengalaman depa. Lepas tu ada jamuan ringan sikit. Bertolak balik pukul 6 petang.

Memang best kalau dengar kejayaan orang lain. Macam mana hebatnya depa bercuti ke luar negara termasuk Mekah. Tapi kadang-kadang terasa seolah depa terlalu riak dengan kejayaan tu. Ada ke depa galakkan kita berhenti keje dan 100% tumpu kat bisnes tu je..Macam depa ok. Sebabnya depa memang dari kalangan yang berduit, ada yang mak bapak depa memang ada bisnes besar..Kalau sebulan dua tak ada pendapatan pun depa mampu lagi teruskan hidup. Tapi macam Iera ni? Bolehkah sebulan tanpa bekerja? Alamatnya tak makanlah..Mybe Iera baru 1st time pi majlis macam tu tapi sepatutnya bila 1st time hati teruja tapi tak..majlis ni memang tka sesuai langsung dengan jiwa Iera.

Ahad yang riuh rendah. Sebabnya, adik Iera, Ti dan anak-anak dia datang. Macam-macam peel. Tapi pukul 7.30 malam dapat call yang adik Iera, An accident. Dilanggar kereta. So, Iera dan mak pi ke Hospital Seberang Jaya. Sampai kat sana, terjumpa kawan dia. Nasib baik masa dia accident tu, kawan dia lalu jalan tu. Beg, dompet dan hp kawan dia tolong pegangkan. Kawan dia yang registered dia masuk Kecemasan. Terima kasih untuk Kak Zah tu.

Iera dan mak menunggu dari luar. Mak mintak nak masuk tengok tapi attendan tu tak bagi. Kalau kat Hospital BM memang dah boleh masuk. Tunang An ada kat sana dah. Lama jugak menunggu, mak risau lah sebab tak dapat nak tengok lagi keadaan dia. Menurut tunang An, orang yang langgar tu tak mengaku salah. Kononnya An yang salah. Padahal semua orang nampak pemandu langgar trafik light merah. Masa tu trafik light sebelah jalan An tengah hijau. Kedudukan motorsikal pun membuktikan pemandu tu salah. Nasib baik kawan An tu ambik gambar. Boleh dijadikan bukti nanti. Tak lama lepas tu, Wani, Ila dan asben, Aina datang. Pukul 9 lebih barulah An dibawak keluar. Teruk jugak keadaan dia. Kaki tangan habis calar-calar..Muka, mulut yang berdarah teruk..Dia kena tunggu sehingga habis sebotol air.

Masa tengah menunggu tu..Iera duduk kat sebelah mamat tu..Siapa, biar lah rahsia sebab ni rahsia negara..haha..Dia pun tengah temankan orang..Masa mak tolak An ke bilik air, dia pun ambik kesempatan. Tanya macam-macam kat Iera. Iera jawab ajelah..Dah orang tanya kan..Elok je mak datang balik, dia diam. Tahu takut. Kemudian, mak suruh Ila dan Wani balik dulu. Lagipun esoknya Aina kena sekolah. Tinggallah Iera, mak dan tunang An temankan An kat situ..

Tak lama lepas tu, An dimasukkan ke wad transit kat area situ jugak. Tinggal Iera sorang-sorang. Sekali lagi mamat tu ambik kesempatan. Dari soal An sampai lah ke hal keje Iera. Dan tak sangka dia kenal bapak sedara Iera..Iera rasa tadi tu dia tak perasan yang Aina panggil Iera mama. Sebabnya bila dia tanya Iera siapa An tu dan Iera cakap adik, dia macam dok fikir. Yelah, mesti dia tertanya umur Iera memandangkan An dah pun 30 tahun..Lepas mak datang balik, dia diam balik..haha..Tapi jodoh tak ada kan..sebabnya tak sempat tukar no tel..haha..mak kacau..Tapi tak pa, dia keje pun bukan kat mana pun..dekat-dekat rumah Iera juga...

Iera tolak balik pukul 11.30 malam lepas mak tanya kat nurse tu tentang An. Depa tak sure lagi An boleh balik ke tak sebab nak tengok perkembangan An..Jadi nurse tu suruh kami balik dulu. Apa-apa hal depa akan call. Mak malam tu tak lena sangat sebab bimbang pihak hospital call..

Saturday, April 16, 2011

282. Dah Settle 1 Perkara

Posted by Iera at 10:58 PM 2 comments Links to this post
Ni lah yang membuatkan Iera tak tidur malam..Hidup resah..Selagi tak settle perkara ni, selagi tu lah..fikiran serabut je..Iera dapat surat interview kat Bahagian Teknologi Pendidikan Kedah 14hb dua minggu lepas..Lega rasanya bila dapat surat tawaran tu..Mulai hari tudah start study sikit-sikit pasal kementerian ni..Dan ada jugak berbincang dengan mak dan Wani IF lulus temuduga tu dan kena hantar luar Penang..Dan mak lepaskan Iera pergi tapi Aina kena tinggal dengan dia..Dia akan jaga Aina untuk Iera..Bukan apa, saja je fikirkan hal ni lebih awal...Perancangan yang penting sebenarnya..

Iera ambik cuti hari tu tapi tak seorang pun kat ofis tu tahu sebab Iera cuti.. Biarlah rahsia sebabnya Iera tak mahu ada salah faham kat sini..Iera baru pi interview bukannya dapat dapat job tu..Dan bukan Iera seorang yang pi..beratus-ratus orang..Sampai kat sana tepat pukul 2 petang..Masa turun kereta, Aina cakap :

'Mama macam cikgu la..mama nak pi jadi cikgu ka?'
'Yelah tu..' Mak Iera balas..


Ni lah Mak Uda Iera..adik mak yang bongsu..


Mereka posing sakan masa Iera kat dalam dewan..

Sebaik masuk kawasan BTPK tu, tanya guard kat situ. Dewan tu berdepan dengan bilik guard. Senang je. Ada beberapa orang sedang menunggu. Iera ramahkan diri tegur sorang perempuan tu yang datang nak interview..Namanya Suhaiza dari Penang juga. Bila dipanggil masuk ke dalam dewan, Iera dan Suhaiza menurut perintah. Kena isi form menguji sikap dan tingkahlaku kita..Selepas itu, kena isi pulak form kedatangan. Satu line tempat duduk ada 5 orang. Dan nama Iera yang 1st sekali. Selepas pemeriksa check Sijil asal dan copy, barisan Iera dipanggil mengikut beliau ke bilik temuduga di tingkat atas..Bayangkan perasaan masa tu sebab Iera orang 1st yang akan ditanya..

Kami masuk serentak. Dan ditanya soalan seorang demi seorang. Personal biodata, experienced, nilai-nilai murni dan pasal keje yang diminta. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan gemuruh, Iera dapat memberi jawapan dengan penuh yakin. Selebihnya berserah kepada Yang Esa. Pukul 3.30petang baru Iera keluar dari bilik interview tu. Kira 1jm jugak duduk kat dalam..Sebaik saja sampi kat guard, mak, Aina dan Mak Uda Iera tengah tunggu kat guard house.. Aina sambut Iera.






Sebelum bertolak balik, wajib posing dulu..Tapi kami tak terus balik sebaliknya singgah sekejap kat Pekan Rabu. Alang-alang dah sampai sini kan..Mak dan Mak Uda ni teruja tengok barang hantaran yang murah-murah kat Rainbow..Kat sini harga 2x ganda kat sana.. Mak beli jugak 2,3 jenis barang hantaran. Bukan ada sapa-sapa nak kawin tapi dah minat dia..Kat Aina, Iera beli tudung ala Arini RM3 je..material ok jugak..buat pi mengaji Quran..

Kami bertolak balik pukul 6 petang. Mak dok planning nak pi lagi sana.. Bulan 11 nanti sepupu Iera nak kawin..boleh la dia beli apa-apa untuk hantaran ke..

Iera dah cuba sebaik mungkin untuk interview ni..Selebihnya hanya berserah pada Yang Maha Esa...Insyaallah, jika ada rezeki Aina..Amin..

Tuesday, April 12, 2011

282. Apa Nak Jadi Ni..

Posted by Iera at 11:56 PM 0 comments Links to this post

Tak boleh nak pejam mata malam ni..Ada 2 perkara sedang bermain kat fikiran..Sebuah kegagalan kecil tapi memalukan dan satu perjuangan yang perlu Iera depani 2 hari lagi..

Tak pernah rasa macam ni..Sebab setiap perkara yang Iera lakukan memang Iera akan buat dengan bersungguh-sungguh dan selalunya tak pernah sekalipun ianya mengecewakan. Tapi hari ni, Iera terpaksa terima hakikat yang Iera dah gagal lakukan perkara itu sedangkan ianya taklah serumit mana pun..Sepanjang hari asyik fikirkan hal ni..

2 hari lagi, Iera perlu berjuang untuk satu perkara penting.. Dah ready tapi takut terkandas macam tadi..Masa cepat sangat sedangkan Iera rasa macam baru semalam je Iera dapat tau hal ni..Apa pun, Iera dah cuba ready yang terbaik..Moga restu mak dan dengan izinNya, Iera dapat lalui dengan tenang..Insyaallah..

Tapi malam ni..tak boleh tidur..

281. Gangguan Masa Cuti

Posted by Iera at 8:49 PM 0 comments Links to this post

Hari ni Iera cuti. Bukan saja-saja tapi bersebab. Ada perkara penting perlu Iera settlekan. Kelmarin, member Iera tu MC. Sebelum balik, Iera tinggalkan note suruh dia Create CMEC ( Complain ) kat system sebab Iera tak sempat nak buat. Banyak request. Semua info dah ada kat email yang Iera send.

Tadi masa pukul 10 pagi, dia SMS. Iera reply cakap Iera ada kat satu tempat tu tapi Iera tak bagitau la tempat sebenar. Kemudian dia tanya pasal CMEC tu. Iera dah bagitau yang semua info dalam email. Dia tetap nal call jugak. Tapi Iera buat bodo je SMS dia tu..Setengah jam kemudian baru Iera call dia..Itu pun selepas line clear..Padahal bukan tanya apa pun, nak tanya benda tu je..Soalan yang sama dengan jawapan yang Iera bagi sama macam yang Iera SMS tu..Iera memang nak angin dah..Terlintas jugak kat dalam kepala ni yang dia bz body nak tau Iera pi mana..Tapi tak mau la tuduh-tuduh orang kan..

Selalu macam tu.. Time cuti je, nak telefon tanya itu.tanya ini..kalau penting tak apa jugak..Setakat remeh temeh macam tu..atau dah ada pun jawapan, baik tak payah kacau orang kan..Takkan benda senang Iera suruh tak boleh. Bukan banyak, 1 je..itupun tak sempat. Padahal, kelmarin dia tinggalkan benda urgent yang sepatutya dia settle kat Iera sedangkan dia MC mengikut bf dia tu..Iera diam je..

Sapa pun tak suka diganggun time cuti..time sakit..time tengah bersenggang dengan family..Tapi kalau tak jawab, bos pulak satu hal..nanti dia cakap tak bertanggungjawab pulak..Susah macam ni..Baik tak payah cuti..Hari Khamis ni pun Iera cuti sebab ada perkara penting, buatnya dia kacau..boleh bergegar satu Penang ni..

Sunday, April 10, 2011

280. Hidup..

Posted by Iera at 8:11 PM 0 comments Links to this post
Iera bukan nak bertepuk tangan..bukan juga nak bersorak suka..Cuma Iera nak dia tahu bahawa setiap yang berlaku hari ini ada kaitan dengan apa yang pernah berlaku suatu waktu dulu..Dia? Dia adalah saudara terdekat Iera juga. Sepupu Iera. Dulu, dia pernah hina Iera kononnya Iera ni nak tackle bf dia ( masa tu dia belum kawin lagi dengan bf dia tu ) dek kerana Iera nampak mesra sangat dengan bf dia. Padahal,Iera langsung tak ada niat nak tackle ke..nak rampas ke..Dia pernah juga terasa megah dengan perkahwinan dia..yang dia rasa akan kekal selamanya..Sedangkan dia terlupa bahawa ujian itu sentiasa ada dalam hidup berumahtangga. Dan dia perlu sedar bahawa tak seorang dari kita ni nak rumahtangga itu hacur dan musnah..Apa yang berlaku sekarang kat dia..beringatlah..sedarlah..Jangan terlalu mendabik dada kalau baru sehari melangkah ke alam rumahtangga...

Saturday, April 9, 2011

279. Kenduri..

Posted by Iera at 9:12 PM 0 comments Links to this post
Hari ni Tok Wan buat kenduri arwah untuk Mak Tok. Mak dan Aina dah pun pi semalam. Pagi ni awal-awal Iera dan Wani bertolak. Bukan jauh pun..Dekat Mengkuang je. Semua anak cucu cicit Tok Wan ada kecuali Mak Ndak. Mak Ndak tinggal kat KL. Tak dapat balik. Bila dah berhimpun, riuh rendah rasanya..Pot pet itu..pot pet ini..Seronok sangat..

Menu? Daging Masak Hitam, Gulai Daging dan Ayam Masak Merah. Memang terangkat beb..Jemputan di kalangan ahli keluarga terdekat..Tapi meriahnya macam kenduri kahwin..Mak Cik pun kata macam tu..Dan bulan 6 nanti, Tok Wan akan buat kenduri lagi tapi kali ni lagi besar dari ni..Mak Cik cakap la..kalau ada sapa-sapa yang nak kawin tu boleh la join sekali..

Penat? Memang terasa walau makan secara buffet. Apa apun memang best. Lepas je semua tetamu balik, Iera, Mak Cik, Mak, Tok Wan, Mak Teh, Pak Teh dan Pak Cik ke kubur arwah Mak Tok. Tok Wan nak letak batu nisan. Kasih sayang Tok Wan kepada arwah Mak Tok tiada tandingan. Masa nak balik, Tok Wan suruh Mak Cik drive kereta.

Iera dan Wani balik pukul 6 petang...Walau letih tapi happy sangat...

Friday, April 8, 2011

278. Customer Audit

Posted by Iera at 10:01 PM 0 comments Links to this post
2 minggu lepas, Bos bagitau ada satu customer penting nak datang audit company Iera. Tapi bukan keseluruhan lah. Cuma warehouse je kena. Lepas team meeting, bos Iera ada send email. Iera kena kemaskini file Outgoing dan pastikan tak ada satu pun document shipment ke site mereka tercicir. Kawan Iera tu kena cari satu part yang complete semua document dan ready..that's mean dia kena show kat system part tu bila customer mai nanti..

6hb sebelum balik, bos Iera ada tanya kat kami berdua. Siapa yang akan show kat customer esoknya..Bila tengok member Iera tu tak bagi respon apa, Iera pun jawablah..yang Iera akan show walau kat hati ni timbul sedikit keraguan..Sebab yang Iera tahu, dia yang kena ambik tanggungjawab tu..Fine, kalau dia nak lepas tangan..Masa balik, bos Iera selalu tumpang Iera sampai kat parking kereta. Bos Iera tanyakan Iera pasal hal ni..

Bos : Kamu dan dia ada bincang ke pasal hal ni?
Iera : Tak..
Bos : Setahu saya, dia yang patut show kat customer bukan kamu. Saya dok monitor dia selama ni..Kalau saya minta apa-apa, tanya kat kamu berdua pasal apa-apa, saya tengok kamu je yang pulun cari..bukak fail itu, bukak fail ini..tapi dia hanya buat tak tahu saja..Saya tengok dia buat kamu macam data..apa saya nak kamu keluarkan data tu..
Iera : Tak apalah kalau Iera yang kena show..
Bos : Ada problem ka dengan system dia?
Iera Hari tu dia cakap, bila dia guna caliper kat system tak boleh guna..
Bos : Berapa lama dah? Ish, geram saya..kalau tegur nanti cakap berat sebelah..

7hb tu, Iera dah prepared awal-awal tapi entah macam mana bila Iera setkan caliper kat system tak boleh guna..Banyak kali Iera try..Iera bagitau kawan Iera tu..Dia dengan berat hati setkan caliper dia kat system..Surprised sgt sebabnya boleh guna sedangkan dia cakap tak boleh..Pastu Iera shutdown balik PC dan set semula..bila Iera tengok dia macam nak tak nak je..Alhamdulillah..nasib baik boleh. Dan Iera kata biarlah Iera yang show kat customer. Tau dia jawab apa? Dia saja bagi aku peluang untuk show kat customer..padahal dah setahun aku yang ambik alih tugas tu..

Customer mai pukul 9 pagi.. Lepas je turn Country Manager bagi taklimat kat bilik meeting, turn team Iera pulak. Iera show lah apa yang selalu Iera buat..Tapi customer ni..bukan calang-calang orang..Iera kena jawab macam-macam..Soalan yang tak terduga..Dan bos Iera, Country Manager, Sales dan Pnp yang ada sama pun tak boleh nak back up Iera..Sejam kami kena jawab soalan customer tu...Bila dah selesai, lega rasanya..

Tahu kawan Iera tu dok ulang cakap apa? Dia pun nervous tak kira..takut semua ada..Dia bagitau kat semua orang yang call nak cakap dengan dia..Kat bos Iera pun dia cakap macam tu..Padahal dia langsung tak terlibat masa customer bersoal jawab. Lepas je customer balik, bos Iera datang nak bagitau apa customer request. Dia tanya soalan kat bos Iera.

Dia : Customer ada cakap apa-apa tak? Kot la apa kami ( sepatutnya bukan kami..tapi Iera ) bagitau customer salah?
Bos : Apa yang Azira cakap betul..tak ada complain apa..bla..bla..

Iera? Hairan sebabnya kenapa dia yang tanya soalan tu sedangkan sepatutnya Iera kan..Dan Iera tahu, dia tanya macam tu sebab nak dengar apa customer complain pasal Iera kan..or bos Iera..Country Manager..Tapi dia kecewa sebabnya bos Iera cakap Iera dah buat benda yang sepatutnya..Itulah orang cakap, manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain..

Iera bukan manusia sempurna tapi Iera tak tahu kenapa dia ditakdirkan jadi manusia..sebabnya di dalam hati..di dalam perut dia..di dalam diri dia penuh hasad dengki..penuh iri hati..orang cakap perut busuk..Bukan setakat hal keje, hal-hal lain pun sama..Kadang-kadang Iera penat dengan dia tapi inilah cabaran Iera..Dah nama pun hidup..Hanya yang boleh Iera buat, bersabar..Moga Tuhan berikan Iera kekuatan hati...Amin..

Tuesday, April 5, 2011

277. Hrmm...

Posted by Iera at 11:27 PM 0 comments Links to this post

Pukul 5 petang tadi dapat SMS dari ex. Nak ajak keluar makan dengan Aina. Iera pun ok je. Pukul 6.30 petang, Iera tunggu dia kat kedai makan yang dijanjikan tapi kedai tu tutup. Masa tengah tunggu ex, Aina asyik cakap nak ke rumah ex. Nak jumpa abah dia. Memang dia tak tahu yang Iera bawak dia keluar tu nak pi jumpa abah dia sebenarnya.

Nampak saja ex datang, Aina happy sangat. Iera memang tak mau makan sebenarnya tapi ex ni bab makan suka paksa. Dia bukannya bagi diet-diet ni. Terpaksalah makan. Tapi Iera order bihun goreng je. Aina nak nasi ayam dan ex macam selalu nasi goreng biasa. Time makan tak perlu risau. Ex akan layan Aina sebab Aina pun kalau abah dia ada, sikit-sikit abah itu..sikit-sikit abah ini..

Sempat juga Iera tanya perkembangan mak dia. Mak dia kena buat operation sebenarnya tapi mak dia mintak tangguh dulu. Nak try berubat cara tradisional. Sedih juga dengar..

Lepas makan, Iera perhatikan ex dan Aina. Ada satu pertanyaan kat dalam hati Iera. Tapi Iera hanya simpan je. Rasa pelik pun ada. Baru kelmarin dia datang rumah tengok Aina..memang lah tak salah..cuma tak pernah pun ex ajak Iera dan Aina makan kat kedai makan selain KFC dan MCD. Mungkin dia saja nak jumpa Aina kot..Dan mungkin juga kat rumah tak ada sapa..dia boring makan sorang-sorang..

Waktu balik, Aina naik motor dengan ex dan Iera follow dari belakang. Dah sampai kat area rumah Iera, ex akan pass Aina kat Iera. Tapi ni tak. Ex hantar Aina sampai kat rumah. Iera pun tak terkata apalah..

Lepas dia balik, iera terfikir jugaklah..Kenapa dengan ex hari ni..Risau lah pulak. 20 min lepas tu, Iera SMS dia. Alhamdulillah..dah selamat sampai rumah..Legalah sikit..

Tapi apakah erti semua ni?

276. Training

Posted by Iera at 9:00 PM 0 comments Links to this post
Last week, HR ada send email invitation training untuk hari ni. Dengar je ada training, Iera rasa best sangat. Iera dah prepare sikit-sikit tentang isu training tu. Sajalah prepare supaya tak lah masuk kosong saja kan..

Tapi pagi tadi, member Iera tu merungut-rungut. Kata dia paling tak suka training. Tambah-tambah topik yang membosankan tu..Boleh buat dia mengantuk. Baru je 1/2 jam start keje, tiba-tiba dia cakap kepala dia berpusing dan sakit sangat. Iera rasa confused tapi tak baik nak tuduh orang kan. Mungkin dia betul-betul sakit. Dia mintak kat bos Iera nak tidur sekejap..mana tau hilang sakit kepala dia tu. Tapi sampai pukul 12 tengahari dia membuta. Siap berdengkur lagi. Bos Iera suruh dia balik half day.

Bila Country Manager mai, bos Iera bagitau yang member Iera tu nak balik half day sebab tak sihat. Country Manager Iera bagi pelepasan tapi bila-bila dia datang lagi kat warehouse, dia akan tanya soalan kat member Iera tu pasal topik training hari ni. Pucat muka member Iera tu. Mahu tak mahu, dia terpaksa attend jugak. Bukan sekejap tapi sampai habis training. Lepas habis barulah dia balik.

Sejak dari dulu lagi, dia asyik merungut je..Bosanlah..boringlah..asyik-asyik benda yang sama..Masa training, dia tak concentrate, kadang-kadang note pun tak ada..Ada masa dia tidur..Lepas tu, mintak kat Iera nota nak salin..Kadang-kadang tu bila mood Iera tak elok, memang Iera tak bagi..Bukan nak kedekut, sebab masing-masing masuk training yang sama..

Kadangkala Iera tertanya-tanya kenapalah pada sesetengah orang cakap TAK SUKA ATTEND TRAINING..Tahu tak untuk bayar satu course training tu bukan murah..Kadang-kadang sehari saja kita perlu bayar RM300. Bayangkan..Masa Iera keje kilang dulu, Iera selalu belek-belek newspaper..Selalu terfikir, bilalah Iera dapat attend training itu..training ini..Sebab semua tu ilmu. Dan kerana tu lah..bila dapat peluang tu kat company ni..Iera rebut peluang yang ada..

Apa pun terpulang lah kepada pandangan masing-masing..Yang penting..I LIKE ATTEND TRAINING..

Sunday, April 3, 2011

275. Cikgu Masa Sekolah Rendah

Posted by Iera at 2:01 PM 2 comments Links to this post
Kawan Iera, Farhon update status kat fb yang dia bertemu dengan cikgu Abdul Majeed Abdul Hamid. Betul cakap Farhon, setelah 22 tahun..baru bertemu semula. Cikgu Abdul Majeed ni dulu pernah mengajar kami masa standard 4 kat Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai. Waktu tu beliau baru mula mengajar. Kiranya kami ni murid beliau yang pertama lah..

Iera dah pun add cikgu Abdul Majeed tu dan dah chat pun tadi. Syukur sangat sebab dapat bertemu beliau. Cuma agak terkilan, sebab Iera bukanlah anak murid yang berjaya macam kawan-kawan Iera yang lain. Baik dalam pelajaran mahupun life. Malu kan rasa bila bertemu balik cikgu-cikgu yang pernah mengajar Iera dulu tapi life Iera macam ni..Kawan-kawan lain ada yang jadi cikgu..yang keje bagus-bagus dan yang bukak bisnes sendiri...Tapi ni adalah reality yang perlu Iera depani.( sama macam 1st time bertemu semula kawan-kawan kat fb ni..). Apapun Iera sekarang, itulah yang harus Iera akui. Kesilapan adalah pengalaman dan satu pengajaran.

Walau Iera tak jadi cikgu, Iera tetap cikgu kat rumah kan..Sebabnya Iera kena ajar Aina buat homework dan Iera still belajar untuk improve keje..Dan sekali sekala terpaksa buat presentation untuk teamwork..chewah..( sebenarnya ayat nak menyedapkan hati..)

Harap dapat bertemu lagi cikgu-cikgu yang pernah mengajar masa kat sekolah rendah dulu..kat sekolah menengah..

274. Emo Ahad

Posted by Iera at 1:54 PM 0 comments Links to this post
Mybe Iera terlalu sensitif dalam hal ni. Tapi Iera memang tak boleh terima. Apapun Iera tak mau perbesarkan isu ni. Biarlah Iera simpan rasa tak puas hati tu kat dalam hati. Walau orang cakap, bersarang dalam hati kalau bernanah lagi parah. Tak apalah..Hal kecik je kan..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea