Followers

Monday, July 30, 2012

384. Persahabatan

Posted by Iera at 6:26 PM 0 comments
Sepatutnya aku perlu sedar akan hubungan ini. Ianya tidak patut bermula jika niat ku telah disalah ertikan. Sepatutnya aku sedar.. Tapi aku teralpa kerana niat yang ikhlas.

Suatu hari nanti.. Ku berharap segalanya terbukti jua..

383. Ujian Lagi

Posted by Iera at 6:22 PM 0 comments
Inilah ujian terbesar dan terhebat sepanjang hidup ku. Walaupun sedih aku terima dan redha tanpa rasa bersalah dan menyesal kerana aku berada di pihak yang benar.

Tuesday, July 24, 2012

382. Puasa

Posted by Iera at 2:06 PM 3 comments
Hari pertama puasa, Aina ikut berpuasa juga. Tapi setengah hari saja. Tak apalah, sebagai latihan kan. Petang tu dah makan murtabak sebiji habis. Lepas berbuka, makan nasi kerabu sebungkus. Sejam selepas tu, makan nasi ayam pulak sebungkus. Aduh, Aina.. Bukan tak larang, tapi dia nak makan jugak. Terpaksa turutkan. Iera cakap jugak kat Aina 'baju raya rak boleh pakai, mama x tau ye.. Aina raya tak ada baju rayalah..' tapi Aina sengih je janji dapat makan.. Aina.. Aina...

381. Aktiviti Terakhir Sebelum Puasa

Posted by Iera at 1:56 PM 0 comments
Jumaat lepas Aina dan kawan-kawan tabikanya ke Mengkuang Dam untuk berjogging. Aktiviti terakhir sebelum bulan puasa. Setiap orang kena memakai baju 1 Malaysia ni.

Balik petang tu, Iera tanya Aina pasal aktiviti pagi tu. Aina jawab:

'Kena jogging, mama. Lepas tu Aina tak larat. Tapi lari jugak. Balik tu cikgu belanja makan roti canai.. Sedap...'

Aina ni apa yang tak sedap kat dia. Semuanya sedap...

380. Teruji Lagi

Posted by Iera at 1:51 PM 0 comments
Ada banyak perkara berlaku serentak. Ada yang boleh dan tak boleh untuk diceritakan. Terlalu peribadi untuk diluahkan. Sakitnya teramat menusuk ke hati. Percaya bahawa setiap ujian itu ada rahmatnya. Cuma aku bermohon agar diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini. Diberi petunjuk agar dapat menyelesaikannya dengan bijak.

Thursday, July 5, 2012

379. Aina

Posted by Iera at 9:35 PM 0 comments
Aina ke sekolah dengan Ceongsam hari ini. Untuk belajar pakaian traditional. Siap request make up lagi. Dapat hadiah tempat kedua.

378. Rasa Sama

Posted by Iera at 9:31 PM 0 comments
Apa yang berlaku hari ini adalah di luar jangkaan kita. Sungguh tak duga, orang yang tak pernah kita harapkan hadir dalam hidup kita, menerima kita dengan hati terbuka.. Tanpa ada rasa dendam dan curiga. Sama-sama berkongsi rasa. Thanks for you..

Monday, July 2, 2012

377. Cute kan

Posted by Iera at 10:32 PM 0 comments
Ni anak bff Iera, Yus. Cute kan tengok dia. Telatah dia lagi la.. Sweet sangat.
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea