Followers

Wednesday, May 25, 2011

299. Keputusan Temuduga

Posted by Iera at 10:33 AM 3 comments


Kelmarin, Iera dah semak keputusan temuduga hari tu kat KPM. Hrmm..tak ada rezeki lagi nampaknya. Cuma sebagai Calon Simpanan saja. Tak apalah.. Allah Lebih Mengetahui Segalanya. Mungkin bukan sekarang. Iera dah berusaha..bukan baru sehari tapi dah 12 tahun since lepas STPM dulu. Dah berpuluh-puluh gov Iera apply..sijil-sijil sampai nak naik lunyai sebab asyik photocopy je.. Mungkin sedikit kecewa tapi Iera takkan mengalah lagi..macam beberapa tahun lepas dek kerana perlukan kabel kalau nak apply job kat gov..

Tapi kalau dah tertulis rezeki Iera hanya kat company sekarang, Iera pasrah. Iera tak mau hidup dalam angan-angan ( tapi boleh ke..sebab Iera ni kuat berangan..hehe..) Iera akan terus improve kan diri selagi berada di company ni..Bukan keje kat company ni tak bagus..bagus sangat-sangat..Tak apalah…

Monday, May 23, 2011

298. Kebimbangan Hati Mak

Posted by Iera at 3:58 PM 1 comments

Actually, Iera tak salahkan mak dalam hal ni. Sebagai ibu, mak patut ada perasaan yang bimbang terhadap masa depan anak-anak. Setelah apa yang berlaku, mak selalu remind Iera beberapa perkara..Hati ibu mana tak kecewa tatkala anak dia sedang dikecewakan..Hati ibu mana tak sedih melihat kesedihan anaknya..Dan hati ibu mana tak pilu saat rumahtangga anaknya hancur..Dan kerana itu, mak sanggup berkorban menjaga Aina waktu Iera terpaksa tinggalkan Aina kerana keje malam dulu..

Tapi, apa yang mak fikir sekarang tak sama apa yang ada dalam hati Iera. Iera tahu, mak takkan percaya kalau Iera berkata hal sebenar..tapi Iera yakin suatu hari nanti mak akan percaya juga… Kenangan adalah kenangan..Ianya takkan berulang. Hanya sekali ianya terjadi, tak mungkin ada kali kedua..Jika kedua kali berlaku juga, tolong tampar Iera untuk ingatkan Iera semula dengan apa yang pernah berlaku dulu..

Sampai saat ini, kesakitan tak pernah hilang..Sampai ke hujung nyawa pedih itu masih mencengkam...

297. Blog Nur

Posted by Iera at 3:56 PM 0 comments


Ni blog kawan Iera, Nur. Kawan sejak sekolah rendah sehinggalah sekarang. ( dah lupa samada pernah sekolah tadika sekali..). Nur baru berjinak dengan dunia blog. Kira nak promote lah ni..hehe..

Blog Nur berkisar perjalanan harian Nur sebagai housewife ( actually Nur sebenarnya graduated ). Kalau sesiapa nak follow Nur boleh lah ke blog Nur..

http://thehousewifestory.blogspot.com/

Thursday, May 19, 2011

296. Pemilik blog telurdibasuh.blogspot Meninggal Dunia

Posted by Iera at 1:58 PM 1 comments


Iera baru dapat tau yang pemilik blog telurdibasuh.blogspot sudah pulang ke rahmatullah tadi lepas Iera baca blog http://akmalhilmiseksi.blogspot.com/2011/05/pemilik-blog-telordibasuhblogspot.html..Patut la dah lama arwah tak blogwalking kat blog Iera. Al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin..

Wednesday, May 18, 2011

295. Lu Langsi Lu Mati

Posted by Iera at 4:18 PM 2 comments


Tengah jogging pagi tu dapat SMS dari member Iera, Yatie ajak pi tengok movie ni. Lepas balas membalas SMS dengan Yatie dan Yus..plan menjadi. Balik dari jogging adjust mak dan Aina. Bawak Aina pi kedai dulu lepas tu terus ke rumah Yus. Merempit je..cepat sikit kan..( bukan apa, susah nak singgah menyinggah ni..nak selit menyelit kalau tak merempit..)

Sampai kat Sunway Carnivsl lebih kurang 11.45pg. Terus beli ticket dan tunggu Yatie sampai. Pukul 12.10 tengahari movie start. Dalam panggung penuh..Memang kasi 5 star untuk cerita ni. Dari start cerita sampai habis memang gelak je..riuh satu panggung..

Temankan Yus beli barang sikit lepas tu terus balik rumah..

294. Pedulikan Mulut Orang

Posted by Iera at 4:16 PM 0 comments
Dah dekat sebulan bb baru Iera keluar..tapi dalam masa tu tak ada sorang manusia pun kat ofis ni tau hal ni. Bukan Iera tak nak share berita tu tapi Iera pernah dihina dan dipandang rendah. Kononnya single mother macam Iera ni tak layak untuk memiliki apa pun..tak sepatutnya mencapai impian macam depa yang ada asben dan single tu.. Atas nasihat boss Iera..Iera terpaksa ceritakan jua hal ni..Apa yang depa nak kata lepas tu, terpulang kat depa..

Isnin hari tu..Iera pun ceritakan hal ni..dengan penuh adab dan sopannya..memang depa terkejut sangat..agaknya kalau ada yang sakit jantung boleh pengsan time tu jugak..Yelah mana depa nak sangkakan hal ni..kenyataan ni yang Iera dah ke depan dulu dari depa…Tapi yang tak bestnya..cousin Iera tu sampai ke balik tak tegur sapa dengan Iera..Sebelum ni memang dia pernah cakap..kalau nak pi ambik lessen, ajaklah dia sama tapi Iera pi sorang-sorang.. Tak ajak dia..Dan pada dia, Iera cakap yang Iera pi pun dalam keadaan tak sangka..keputusan dibuat mengejut. Dapat je bonus hari tu terus registered lessen dan sekaligus terus apply bb tu.. Lagipun Iera segan nak hebah-hebahkan kat orang. Sebab orang lain keluar lebih besar dari bb Iera..Nanti orang cakap kecewi pulak kan..So diamkan je..

Biarlah apa yang depa nak fikir dan kata kat Iera. Iera dah lama bersedia untuk itu. Lagipun selama ni apa yang depa tak pernah kata kat iera kan. Sekarang ni pedulikan apa orang nak cakap. Yang penting adalah kebahagiaan Aina..

Monday, May 16, 2011

293. Hmm...

Posted by Iera at 1:01 PM 0 comments

Paruh luka itu tak pernah sembuh..takkan pernah sampai sampai bila-bila. Mana mungkin dapat menipu diri sendiri dan menidakkan segalanya. Berbakul-bakul pesan diterima..berguni-guni nasihat dikirim tapi kenyataan tetap tidak pernah berubah..Jika awan berarak biru indah..itu benar..tapi dihati tetap ada parutnya..parut yang tidak pernah dapat hilang walau berabad lamanya..

Kata orang ianya bisa sembuh..tapi itu cuma luka yang berdarah tapi arakian parutnya tidak pernah hilang kerana gurisan itu terlalu dalam..Terkadang..sesekali..sakitnya terasa pedih ke tulang..Menyucuk dan mencengkam... Maafkan jika terkadang tersasar menempik dek amarah yang tak terkawal...

Biarkan kenangan silam menghunus ke medan diri..biarkan kesakitan menjadi kesedihan jiwa..kerana sampai kapan sekali pun tidak akan ada satu hati pun yang dapat mengubatinya..tak mungkin akan ada satu jiwa yang boleh jadi penawarnya..bila mata hati bersumpah akrab..itulah kekal selamanya...

Thursday, May 12, 2011

292. Adjustment Salary..

Posted by Iera at 10:39 AM 0 comments
Saat yang ditunggu dah tiba..Dah seminggu menanti disebabkan Country Manager berada di Singapore. Bila dapat tau je dari boss yang Country Manager akan datang lepas lunc..perasaan dup dap dup dap..( sebab hati mulai separuh je sekarang ).

Mula-mula turn boss dulu...Lepas tu, partner Iera. Dan kemudian, Iera. Bila tengok je apa yang tertera kat surat tu..surprise sangat..Memang tak sangka sungguh..Di luar jangkaan dan jangkauan..Alhamdulillah..Rezeki Aina..Kepada Country Manager Iera ucapkan terima kasih banyak-banyak..dan yang utama kepada boss Iera kerana tanpa beliau Iera takkan dapat semua tu...

Terima kasih, Ya Allah..Syukur sangat-sangat..

Monday, May 9, 2011

291. My Bestfriend Birthday 6hb Mei

Posted by Iera at 1:21 PM 0 comments
Planning dah beberapa minggu..Antara Iera, Yati dan Nana ( adik Yus ). Pakatan ni melibatkan jugak asben Yus, Kerry. Kalau tak, takkan jadi surprise birthday ni. Iera booking tempat, order kek dan belikan hadiah. Untuk hadiah, Iera belikan plate yang ada tulis kata-kata. Tapi ayat tu, biasalah..idea Iera. Dapat ilham masa nak oder plate tu..So, lepas siap, Iera ambik balik paper yang Iera bagi kat designer tu..ayat mahal tau..hehe..

Malam sebelum tu, Iera dan Yati dah plan. Yati wish Yus awal..kononnya dia ada coarse kat KL. Tengah on the way nak ke sana. Lepas tu Iera SMS Yus wish kat dia pulak..Bagitau yang tahun ni tak ada apa nak bagi sebagai present kat dia..

Malam tu, Iera pi dengan Wani. Tempat, Route 69 Bandar Perda. Iera dan Wani sampai awal. Iera tak bawak Aina sebab pi naik motor je..Lagipun, nak kena ambik kek dulu kat Alma. Yati, Nana dan anak-anak Yati stuck kat Seberang Jaya. Tak lama lepas tu, depa pun sampai. Masa tengah tunggu Yus, Iera sajalah SMS Yus. Kononnya saja SMS dia..Tengah dok lawan reply SMS, depa pun sampai..Tapi Yus tak perasan kami walaupun dia lalu belakang kami. Bila dia masuk je dalam restoren tu..surprise!!! Tengok sederet mak dara dan anak dara depan mata dia..dengan kek yang siap berlilin..Pic ni semua dari bestfriend Iera sorang lagi tu, Yati..( sorry ye...i copy )


Ni lah birthday girl kita..merangkap mak labu..


With her asben, Kerry


Wajib gambar ramai-ramai..




Kat plate tu ada ayat mahal..hehe..Ayat apa? Ni ayat dia :

'Sahabat..berjalan di atas kelikir yang sama..Bersorak di awan biru indah..Persahabatan..Adalah kita..Yati, Iera & Yus..SELAMANYA..'

Kenapa Iera kata ayat mahal? Sebabnya, ayat tu datang secara spontan masa tu jugak...


Bertiga..Yati, Yus & Iera..


Iera dan Wani


Aksi gedik-gedik sikit..hehe..


Menu malam tu..Thanks untuk si tukang bayar...Siapa lagi...

Riuh rendah dengan suara anak-anak Yus dan Yati. Ni kalau Aina ada, lagilah sakan ni. Lepas borak-borak..makan-makan..terus balik rumah..

290. Cousin Wedding 1 Mei 2011

Posted by Iera at 11:25 AM 0 comments
1hb Mei hari tu, cousin Iera kawin..Sehari sebelum tu, Iera, mak dan Aina dah ke rumah Mak Teh iera tu..tolong apa yang patut..Malam tu mak tidur sana..Hari kenduri barulah Iera pi semula..


Aina dengan rambut yang di stim...


Mak Iera..masa ni tengah prepare makan beradab..








Wajib ambik gambar ramai-ramai...


Famliy pengantin lelaki..


Aina yang curi peluang..


Pengantin bersama ibu dan bapa pengantin perempuan merangkap mak dan bapak sedara Iera..

Friday, May 6, 2011

289. Award dari Cik CT

Posted by Iera at 1:40 PM 0 comments

Iera dapat award ni dari cik CT. Terima kasih banyak-banyak. Tapi sorry sebab baru boleh ambik award tu hari ni...Bz skt..Dah ambik award, harus jawab soalan kan..

1. Post linking back to the person that gave you the award

Mestilah cik CT kita tu..Luv u too...

2. Share 7 random things about yourself

Tentang diri..hrmm..

1. Ada anak yang montel nama Aina..
2. Iera serba serbi sederhana
3. Suka keje..sebab dengan keje dapat duit..dengan duit boleh beli macam2..( hehe..)
4. Sangat peka dan sensitif..
5. Suka berfikir..Kalau sesuatu hal tu boleh tak tido malam sebab asyik fikir je..
6. Melukis, menulis dan membaca hobi yang tak boleh tinggal dari dulu sampai sekarang..
7. Pendiam..pemendam...

3. Award 15 recently discovered blogs

Nak bagi award ni kat

1. http://cikbuku.blogspot.com/
2. http://eyenadee.blogspot.com/
3. http://quirkybutterfly.blogspot.com/
4. http://sitimurni.blogspot.com/
5. http://posh76.blogspot.com/
6. http://iladelarossa.blogspot.com/
7. http://jemarisepi.blogspot.com/
8. http://kasihatie.blogspot.com/
9. http://nurulfzz.blogspot.com/
10. http://arwendanish.blogspot.com/
11. http://rose-lina.blogspot.com/
12. http://puterimu.blogspot.com/
13. http://kasihkuamiera.blogspot.com/
14. http://goldilicious.blogspot.com/
15. http://diariummi.blogspot.com/

4. Drop them a note and tell them about it

Iera sangat berbesar hati bagi award ni kat mereka semua...dan sangat terharu kalau mereka sudi ambik award ni..thanks banyak2..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea