Followers

Monday, August 23, 2010

199. Doa dan Harapan Untuk Aleya

Posted by Iera at 2:44 PM


Ni Aleya. Anak bestfriend aku, Nurhayatie. Umurnya 6 tahun. Sekarang dia sedang terlantar di GH Penang kerana demam panas dan paru-parunya dijangkiti kuman. Mulanya dia dimasukkan ke Bagan Specialist kerana demam panas tapi disebabkan kesilapan dari pihak Bagan Specialist yang drig air banyak sangat, dia terpaksa dihantar ke GH Penang untuk keluarkan air tu. Memang kasihan sungguh. Aku tak berkesempatan lagi melawat Aleya. Dari Yus, aku dapat tau perkembangan terkini Aleya. Sekarang ni, Aleya dah ok sikit cuma tak dibenarkan menerima pelawat.

Memang sedih bila tengok Aleya dalam keadaan macam ni. Umpama melihat anak sendiri. Apa yang mampu hanyalah mengirimkan doa dan harapan agar Aleya sembuh dan kembali seperti sedia kala. Dan untuk Yatie, dia memerlukan sokongan..perlu mengumpul sejuta kesabaran dan kekuatan untuk berdepan semua ini. Moga dia terus tabah.

5 comments:

aNIe said...

Semoga aleya akan segera sembuh seperti sedia kala...sian tgk anak2 kecil begini terlantar di hospital...

Anonymous said...

to chik..bersabar,kuat semangat,berdoa,berzikir lastly..tawakal utk Aleya..sama2 kta melakukannya..Insyaallah tuhan dgr rintihan drp kta yg bergelar ibu...moga Allah segera sembuhkn Aleya..Aleya..We ols..LUV U..kesiankn mama yg rindukan pelukan Aleya..MISS U, LOVE U SO MUCHHH...untie Tachio

Anonymous said...

Salam...terima kasih atas coretan khas untuk puteri kesayangan NURIN ALEYA ATHIRAH...Hati ibu mana yg mampu melihat anak terlantar sakit begini.Andai dapat diganti tempatnya Mama rela sayang...rela....Aku tidak menyalahkan mana2 pihak namun kuanggap ini semua ujian dan dugaan yg harus ku tempuh bersama suami tercinta.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini...Apapun terima kasih pada semua yg memberi sokongan dan doa yg tidak pernah putus.Juga pada teman2 yg sudi menziarah YUS&SUAMI,ALMIE,MAN&ISTERI,KOKO,SHAM....Namun kunjungan tak penting yg penting doa kalian semua amat dihargai walaupun dikejauhan..Hanya tuhan yg dapat membalas segalanya...Amin...Insyaallah,aku akan tetap kuatkan semangat demi Aleya..Takkan sesekali aku berhenti berharap segalanya akan kembali pulih...Amin..Amin...Ya Rabbal Alamin...

miezaniera said...

Sy doakan semoga Aleya cepat sembuh dan kembali ceria sprti kanak2 lain..kepada ibu Aleya,semoga tabah dan kuat menghadapi ujian Allah swt..pastinya ada hikmah disebalik ujianNya..

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

harap semoga aleya cepat sembuh :)

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea