Followers

Monday, May 25, 2015

476. Spy Movie

Posted by Iera at 1:50 PM 0 comments
 
Date : 23.5.2015
Tempat : 1st Avenue
 
Cite ni memang best..lawak giler.. Lakonan Melissa McCarthy. Dari start movie sampai abis, memang tak kering gusi je gelak.. Tak rugi pi tengok..
 
*Thanks untuk orang tu yang bawak kita pi tengok cite ni..

Wednesday, May 20, 2015

475. Dia Yang Membenci

Posted by Iera at 4:28 PM 0 comments
Kepuraan yang mana aku harus selindungkan dari semua orang.. Kesedihan yang mana aku perlu tutup pada wajah ini sedangkan semua jelas terpancar.. Tapi manusia yang penuh ego itu, langsung tak memandang aku. Lupa terus pasal semua. Benar kata dia, jangan terlalu sayang padanya..bila tiba masanya dia membenci..dia akan memandang penuh hina. Tak apalah.. aku terima jika bagi dia itu aku cukup hina. 

474. Syaz Buffet Steamboat & Grill

Posted by Iera at 4:19 PM 0 comments


Tarikh : 13.5.2015

Tempat : Syaz Buffet Steamboat & Grill, Bandar Prai Jaya
Harga : RM29.90 seorang (dewasa)
 
Tunaikan janji nak makan steamboat dengan my bff. So, malam tu menghadap la kami dua steamboat sampai mengah.. Kat sini tak ramai sangat orang. Boleh makan dengan aman.. Kat 2 jam jugak dok menelan tu ini. Dah kenyang..balik tidur ja..
 
*Thanks ye my Pak Cik sebab selalu makan steamboat dengan I.. Sapa Pak Cik tu..oopss..jangan gossip..

Wednesday, May 13, 2015

473. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Posted by Iera at 2:45 PM 0 comments
 
Date : 7th Mei 2015
 
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Hitam ink tu seminggu baru nak hilang. Itu pun kena kerap main air baru lah boleh keluar. Semua dah tahu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR menang pilihanraya ni mengalahkan Suhaimi Sabudin dari BN. Tapi memang dasyat betul pilihanraya kali ni. Dari rumah aku ke Penanti ambik masa 2jam setengah untuk sampai sedangkan hari biasa cuma 15 minit je. Kaki sakit toksah kira dok tekan clutch dan brek. Malam tu pengsan...
 
 

472. Moga Dia Bahagia Kat Sana

Posted by Iera at 2:23 PM 0 comments
 
Ni 'adik' aku punya kejelah. Dia copy balik status WhatsApp aku pastu sent balik kat aku. Sebabnya, dia dapat bertukar ke cawangan lain. Bila mula-mula baca tu..tak rasa apa. Yelah..dah status aku yang tulis kan. Tapi bila hayati balik, tangkap syahdu pulak.. Lepas ni, kami dah tak keje satu bangunan dah. Dah tak boleh nak main ngendap-ngendap dah, lawan sent photo motorsikal dan kete dah dan macam-macam.. Sebelum ni, ada gak modal nak hilang stress.. boleh jugak dok kacau-kacau.. Aku kan kaki usik..hehe..
 
Untuk 'adik' aku tu..aku doakan dia Berjaya kat tempat baru..moga dia bahagia kat sana dan tak stress lagi.. Jangan risau, akak awak ni tak cari 'adik' lain la..(pasal tak ada calon sesuai lagi..hehe..). Kenangan dengan awak selama setahun lebih sangat bermakna. Walau baru sekejap tapi terasa macam dah lama..
 
 

471. The Avengers Age Of Ultron

Posted by Iera at 2:15 PM 0 comments
 
Date : 4th Mei 2015
Tempat : 1st Avenue
 
Ada member nak belanja. Planning dah lama tapi baru berkesempatan nak pi. Itu pun awalnya macam tak jadi. Kebetulan cuti 4 hari ni Aina tak ada. Tidur rumah adik aku, dapat la pi jugak tengok. Akhirnya berjumpa jugak dengan member aku tu. Ada insiden lucu sedangkan tu 1st time nak jumpa member tu. Tapi, dia steady je. So, aku pun buat biasa. Mulanya ingat nak tengok yang pukul 2 petang tapi dah dia nak tengok yang 3D nya. So, kena tunggu lah. Tapi ada jugak peluang nak bersembang lebih. Memang enjoy abis tengok cite ni. Aku kalau menghadap movie, memang layan abis.. Sebab aku nak tau kesudahannya. Apa guna bayar mahal kan.. So far, oklah.. Abis pukul 5.30 petang terus balik. Memang plan macam ni sebelum jumpa. Lagipun, aku nak ambik Aina pulak kat rumah adik aku.
 
Untuk member aku tu, tq sebab belanja aku...  
 
 

470. Kami Yang Dah Lama Tak Berjumpa

Posted by Iera at 1:59 PM 0 comments


 
Tarikh : 25.4.2015
Tempat : Kenduri Permatang Pauh & Butik Vendor Bandar Perda
 
Dah lama tak berjumpa tiga orang. Bila ada jemputan kenduri arwah yang melibatkan kami bertiga, peluang tu diguna sepenuhnya untuk berjumpa. Thanks untuk 'fren' yang invite kami tu. Kalau tak, memang lambat lagilah nak berjumpa. Lepas makan kenduri yang sedap tu, kami berjimba ke butik vendor Banquerz Hous, Bandar Perda. Kebetulan ada clearance stock. Apa tunggu lagi kan...Tapi aku tak beli pun sebab aku dah pi situ sehari sebelum tu.. Lepas jugak rindu untuk jumpa depa.
 
So, untuk my bff's aku ni.. aku tau banyak persoalan bermain kat minda hampa berdua tentang jemputan kenduri tu.. Aku tak ada jawapan lagi sebab yang pasti sekarang hubungan tu cuma sekadar sahabat. Itu saja jawapan aku boleh bagi...
 
Apa pun, love you all...

469. Biar Gambar Berbicara

Posted by Iera at 1:46 PM 0 comments


Date : 6th April 2015
Next appointment : 16th June 2015

Wednesday, May 6, 2015

468. Mesyuarat Agung Kelab

Posted by Iera at 2:59 PM 0 comments




Tahun ini tahun kedua jadi urusetia pendaftaran untuk Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan bangunan. Sauvenir tahun baucer KFC/Pizza Hut. Tapi ramai yang datang ambik pun.. Masih ada dalam simpanan aku. Agaknya, depa ni tak mau kot... hehe..

467. Survey Online-Value Opinion

Posted by Iera at 2:43 PM 0 comments
 
Alhamdulillah... dah sampai pun baucer ni hasil jawab Value Opinion  survey online.. Resgistered tu dah lama..masa tahun 2012. Tapi disebabkan malas dan kurang percaya bila baca komen-komen negative, tu yang tak ambik berat sangat. Tapi sejak 2 bulan lepas, saja serius sikit.. Dan..inilah hasilnya..
 
Senang saja untuk join Value Opinion ni.. Hanya registered dan isi butir-butir peribadi dan alamat email yang sah. Kemudian pihak Value Opinion akan menghantar link melalui email kalau ada survey yang perlu kita jawab. TETAPI harus ingat..bukan semua survey yang kita terima tu kita boleh jawab. Sebab kadang-kadang ada yang tak penuhi kriteria yang depa nak. So, yang penting nak buat apa pun, kenalah SABAR. Kita boleh check kat akaun kita baki duit yang kita dapat lepas jawab survey tu. Bila cukup RM30, kita boleh tebus duit tu dengan baucer.. dengan baucer tau..bukan wang tunai. Ada 3 jenis baucer iaitu BAUCER KFC/PIZZA HUT, BAUCER JUSCO dan KAD ZALORA. Pilih je yang mana kita nak.. Disebabkan Aina suka makan KFC dan Pizza, aku pun pilih baucer ni..
 
Kalau ada sesiapa yang nak join..boleh tinggalkan alamat email.. nanti aku akan invite.. Kalau nak terus registered pun boleh. Search je kat google VALUE OPINION. Serius, tak tipu.. Aku dah dapat hasil..anda bila lagi..
 
 

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea