Followers

Monday, August 24, 2009

52.ISO Internal Auditor-ISO Internal Auditor training

Posted by Iera at 3:10 PM 0 comments
Semua staff wajib join training ni kat G Hotel, sebelah Gurney Plaza. Dr pukul 9.00pg hingga 5.00ptg selama 2hr iaitu 15hb dan 22hb. Bila aku dgr smua kena pi, mmg seronok sgt. Sebab, selalunya training ni hanya utk Auditor sj. Dh tu company byr pulak.

Asalnya 15hb tu nk pi dgn Kak Ros naik kereta tp dah Dyh tak blh nk pi, aku pun pi dgn motor la. Follow Shikin dan Wan dr belakang. 22hb tu aku pi dgn motor jugak. Tapi hr tu hujan lebat sgt. Nasib baik pakai baju hujan...

Aku rasa tak rugi join training tu. Apa yg aku tak tahu psl audit ni dh pun aku tahu. Dan aku pun kena jd auditee untuk ISO Audit bln Sept nanti. Aku tak tahu kenapa ada sesetengah org tak suka pi training dan bila ada training je, suka cari alasan yg remeh temeh utk elak dr kena pi. Memang tak nafikan, adakalanya kita rasa bosan bila dgr celoteh yg pjg2 tp kalau kita dh set positif kat fikiran kita, mesti kita akan suka.

Bayangkan kita kena byr RM beratus2 utk ambik course luar. Ni dh company byr, gunalah kesempatan ni utk dptkan ilmu. Org takkan share ilmu dgn kita.

52. Piliharaya Permatang Pasir

Posted by Iera at 12:44 PM 0 comments


Sekarang ni semua org sibuk berkempen utk Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Kat kawasan rumah aku mmg meriah dgn bendera2 kedua2 parti. Sekejap org tu mai, sekejap org ni mai turun padang. Aku cuma registered kat SPR saja. Aku tak ada hati nak registered mn2 parti. Biarlah mcm ni je..

Aku tak suka nk dgr ceramah politik. Aku bosan. Org tu hentam org ni, org ni hentam org tu. Dan yg aku paling tak suka bila penceramah tu suka warning mcm2.

Bila tiba pilihanraya mcm ni, masing2 sibuk turun pdg. Berjanji itu ini tp habis saja pilihanraya janji masih tinggal janji. Yang rumah nak roboh, dah terhumban ke tanah, yang rumah selalu banjir dah berlumpur sekerat betis, yang hidup merempat masih tetap melarat..Dan esok..aku kena keluar mengundi lagi...

Friday, August 21, 2009

51. Aina

Posted by Iera at 9:49 AM 0 comments
Baru2 ni Aina selalu sgt sebut perkataan b**i. Mybe sbb dia terdgr perkataan tu kat mn2 sbb di rumah aku mmg xde sapa yg sebut perkataan tu. Aina pulak tau sebut je.. Bila aku dan adik2 aku tegur Aina dan bgtau x elok sebut perkataan tu, Aina x nk dgr. Mybe sbb dia x fhm maksud perkataan tu. Hr tu Mummy ( panggilan Aina utk adik aku ) geram sgt, dia calit sikit cabai yg tgh ditumbuk ke bibir Aina. Bila Aina terasa pedas, terus Aina terdiam dan mintak air. Aku bg Aina minum teh ais utk hilangkan pedas tu.

Aina x nangis tp minum air je. Aku bg jugak la Aina mkn gula. Mngkn org akan ingat Mummy kejam sbb calit cabai kat mulut Aina. Mummy cuma bg Aina rs je pedas cabai tu. Lps beberapa minit, Aina dh ok. Cuma sesekali Aina pegang bibir. Aku mmg x mrh Mummy buat mcm tu kat Aina sbb aku tahu Mummy bkn nk siksa Aina.

Bila Aina nk terlepas kata, aku akan kata :

'Mummy..tengok Aina ni. Dok kata apa ntah..'

Pastu Aina akan tutup mulut. Alhamdulillah, sampai sekarang Aina dah x berani sebut perkataan tu dan perkataan lain yg x elok.

Wednesday, August 19, 2009

50. Hati Milikku..

Posted by Iera at 1:35 AM 1 comments


Email yg aku terima dr seorang kwn baru2 ni telah mencalar sedikit perasaan aku. Terlalu banyak dia menilai aku. Dan slh satunya, dia merasakan aku terlalu taksub utk berkasih syg..terlalu teruja utk mencari kebahagiaan. Benarkah itu? Dan, aku memang tersangat berjauh hati dgnnya meskipun aku tahu itu hak dia dlm menyuarakan pendapat. Tapi dia tidak pernah tahu akan kisah sebenarnya.

Mungkin saat ini dia sedang bahagia sehinggakan dia terlupa aku juga pernah merasa bahagia yg pernah dia lalui sekarang. Bkn setahun dua tp 8 thn! Aku juga spt dia yg mengharapkan kasih syg itu berpanjangan ke akhir hayat namun siapalah aku.. Takdir yg kita tidak pernah duga itulah sering berlaku dlm hidup. Sewaktu pertama kali mak menatap sinar mata Aina, dihati mak aku telah terdetik bhw kebahagiaan aku itu tidak akan lama. Namun rasa seorang tua dipendam dlm hati. Dan kebimbangan itu akhirnya menjadi kenyataan.

Dia tidak pernah tahu apa yg pernah terjadi dulu dan aku rasa dia tidak perlu tahu. Aku tidak pernah menyesal dgn takdir itu krn sekurang2nya aku dah tahu takdir buat aku. Aku tidak malu utk bersuara siapa aku kerana aku bangga dgn takdir yg tertulis sekarang. Aku ada Aina, aku ada kerjaya, aku ada keluarga dan aku kian ghairah memburu impian dan cita2. Dan kerana kekecewaan takdir utk aku, aku jadi manusia yg tabah..manusia yg kuat utk meneruskan hari2 yg sentiasa diuji demi utk Aina.

Jgn pernah menghina aku kalau tidak tahu kisah sebenar. Aku bkn kemaruk utk berkasih syg. Aku blh menerima hati sesiapa saja. Tapi AKU TETAP MEMILIH HIDUP SENDIRI dan AKU SELESA BEGINI..Tidak pernah terdetik dihati utk aku merubah takdir sekarang. Bagi aku, biarlah kasih ku tertumpah utk Aina seorang. Biarlah ku redah onak duri hanya utk Aina kerana hidup aku pasti tidak kecewa lagi.

Dan aku juga tidak pernah ingin merampas kebahagiaan sesiapa kerana aku tahu sakitnya rasa bila cinta dikhianati. Jauhilah aku jika takut tergugat. Aku tidak akan marah. Tapi jgn sesekali meletak maruah aku serendah2nya..

Thursday, August 13, 2009

49. Pergi Tanpa Pesan..

Posted by Iera at 12:02 PM 1 comments
Pg kelmarin, bapak tiri aku meninggal dunia lebih kurang pkl 6 pg. Arwah tak ada sakit apa. Kira dia meninggal dlm tidur. Sehari sebelum tu, arwah hantar dan jemput mak aku balik keje mcm biasa. Lps tu ambik Aina dari rumah mengasuh. Waktu aku sampai kat rumah lps balik keje, arwah tgh servis motor mak aku. Pastu arwah sempat mkn murtabak yg aku beli kat psr mlm. Arwah bgtau mak aku hendak tidur kejap lps maghrib dan srh mak aku kejutkan kalau mak aku dh nk pi rumah kwn mak aku.

Ms dia tidur, mmg dia berdengkur agak kuat. Tp dh mmg mcm tu bila dia tidur, jd kami semua tak syak apa2 la. Bila mak aku kejutkan dia bangun sebab mak aku nk ajak pi rumah kwn dia, arwah tak bangun. Jadi, mak aku biarkan saja. Sampai lah ke pg tu, mak aku kejutkan arwah. Masa tu arwah masih berdengkur lg. Bila dah tak dgr bunyi dengkuran tu, mak aku pi lh gerak. Tp ms tu arwah dh tak bernafas.

Mak aku panggilkan mak sedara aku sebelah rumah utk tengokkan. Mak sedara aku pn ckp mmg dh tak ada nadi. Utk confirm lg, adik aku call ambulans. Dan arwah dibawak ke hospital. Kat sn mmg disahkan arwah dh meninggal 5 min sebelum dibawak ke hospital. Pihak hospital buat operation kat dada dan tak dpt sahkan lg punca arwah meninggal sebab arwah mmg sihat.

Mayat arwah di bawa balik ke rumah keluarga arwah. Aku, Aina, mak aku, adik-adik aku pi sana. Ramai yg tak sangka arwah meninggal dunia sebab arwah mmg tak sakit. Tapi kwn2 mak aku dan mak arwah mmg perasan raut wajah arwah yg nmpak lain. Ramai jugak family sebelah mak aku yg dtg termasuk tok wan dan tok aku. Mayat arwah dikebumikan lepas Asar.

Aku, Aina dan mak aku mmg ada full day kat sn. Aina tak rs takut ms tengok mayat dimandikan dan dikebumikan. Aku dan Aina balik dh ptg. Mak aku tidur kat sn sebab mlm nk buat kenduri tahlil. Masa Aina tidur, Aina mengigau siap nangis2 lagi. Aina mmg rapat dgn arwah. Dr Aina kecik sampai la sekarang aku tinggal dgn mak aku dan makaku dan arwah yg selalu hantar dan ambik Aina dr rumah mengasuh. Kira arwah dan mak aku selalu usung Aina ke sana sini sampaikan Aina panggil arwah Abah Hitam ( kulit arwah hitam manis ). Aku tak tahulah Aina akan rs mcm mn nanti...2,3hari sebelum meninggal pun, arwah tak bg Aina ikut aku dan Wani pi Jusco, srh tinggal dgn arwah kat rumah.

Arwah kawin dgn mak aku dh 8thn. Lps beberapa thn arwah ayah aku meninggal. Dgn mak aku mmg arwah tak ada anak tp arwah ada sorang anak perempuan dgn bks isteri dulu. Anak dan bekas isteri arwah jugak tgk mayat arwah. Mak aku mmg tak ada problem dgn depa.

Moga roh arwah dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa. AMIN..

Friday, August 7, 2009

48.Training

Posted by Iera at 11:17 AM 0 comments


Kelmarin ada training. Lps je habis training yg K.Ros bg tu, aku dan Dyh kena bg pulak training kat K.Ros. Slide dh dipilih dan dh dibg ms 2 mnggu utk study. Dyh start dulu. Kemudian brlh aku. Walaupun kena improve lg tp aku rs lega sgt sbb aku dpt penuhi apa yg K.Ros nak. Aku cari info yg berkaitan dgn slide bila ada masa free kat ofis, kemudian blik study dan buat note. Siap dgn Aina kacau lg dan ms yg sepatutnya aku spend utk Aina aku guna utk smua tu.

Dlm situasi mcm ni, aku terpaksa 'kedekut' dan pentingkan diri. Aku tak mau usaha dan penat lelah aku senang2 je org lain nak copy. Aku yg ada Aina blh curik masa terluang, takkan org yg tak ada commitment apa2 tak blh buat.. Biarlah apa yg org nak think tentang aku, yg penting aku tahu kenapa dan mengapa aku jadi manusia 'kering hati' bila melibatkan kerjaya.
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea