Followers

Friday, June 24, 2011

305. Keje + Kawan

Posted by Iera at 1:56 PM 0 comments

Sejak kebelakangan ni memang terasa agak malas nak update..banyak story nak share sebenarnya..Dah tu keje yang makin bertambah-tambah..Kebelakangan ni jugak, Sales dan Pnp seolah tak percayakan kredibiliti dan kemampuan Iera dan partner Iera dalam keje. Hanya kerana satu email issue part yang kami send out, terus jadi issue besar kat company.

Bukan kami saja-saja nak send out email..tapi memang dari dulu lagi kalau kami tangkap reject or apa-apa yang tak kena pasal part wajib send out email..untuk bagitau depa yang part tu ada problem..( Ingat tak buang masa ke nak tulis email siap dengan capture photo dan report..)..lepas tu, Pnp pulak lebih trust kepada supplier kononnya supplier betul..Yelah, kalau kita ni supplier pun mesti kita akan buat perkara yang sama..Tapi depa terlupa yang depa tu cari supplier yang entah apa-apa..Barang tak quality bila kami tangkap reject, banyak proses nak kena buat..buang masa tunggu replacement sedangkan customer tengah tunggu part tu..

Dan satu lagi sebab..sebab yang jadi QA ni adalah orang Melayu..Depa semua ada Diploma dan Degree sedangkan kami ni cuma setakat SPM & STPM je..jadi pandangan depa kat kami rendah terutama tiap kali ada msitake ke apa ke..Boss Iera suruh kami dua improve kan dan diri dan reduce sebarang mistake untuk kembalikan balik kepercayaan depa..( tapi yang hairan tu..berjuta-juta barang depa boleh pun ship kat customer..). Oklah..start hari ni kena improve kan diri..Dan Iera dah nekad untuk buka mata depa tu..

Partner Iera bagitau yang dia dah dapat offer keje kat KMM. Sekarang ni dia tengah proses surat-surat, buat medical check up. Cuma resign letter je tak hantar lagi. Bukan apa, kat sini kena bagi 2 month sebelum resign..Kalau tak, kena pay kat company ( seperti yang tertera dalam offer letter ). Dah tu end month ni ada extra bonus untuk staff yang keje upper 20 month..jadi lepas rembat gaji baru dia nak hantar surat tu..Lagipun date lapor diri 4hb..Lepas ni mesti kelam kabut Iera sebelum dapat partner baru. Sebab keje Iera memang tak boleh buat sorang, sana sini 'tembak' jenuh dok kampoi..

Tak apalah, rezeki dia..Walau sebenarnya Iera yang dok berharap dapat keje kat gov..mybe rezeki Iera masih kat sini lagi..mybe ada rahmatnya..( untuk menyedapkan hati ) Tapi Iera tak jeles sebab bidang dia tu bukan yang Iera minat..yang Iera apply..Yang pastinya Iera doakan dia berjaya kat sana..Dan perbaiki kelemahan yang ada..

Friday, June 17, 2011

304. Betul ke Sama?

Posted by Iera at 4:55 PM 0 comments


Tadi ada sorang mamat tu datang ofis pasal keje ( minat la kat dia..hehe..). Masa tu Iera kat warehouse tengah sembang dengan budak whse..Dia masuk terus je terpa kat Iera sambil sua form. Iera dah faham sangat terus bagitau dia, dia kena masuk dalam ofis Jumpa sepupu Iera..Muka dia merah padam..Yelah, mesti masa dia masuk tadi tu dia ingat Iera ni sepupu Iera kan..

Sama ke muka kami ni? Kat mana yang sama nye? Bukan mamat tu sorang je selalu tersilap, kadang-kadang orang lain pun sama.. Kalau yang mulut ramah tamah siap tanya lagi. Kami ni dua beradik ka..Saudara mara? Kalau yang jarang jumpa, mesti confius. Depa selalu ingat Iera ni sepupu Iera. Cuma senyuman kami je yang membezakan kami. Kat situ yang depa boleh perasan.

Tinggi? Iera tinggi sikit dari dia..Saiz badan? Lebih kurang sama tapi cutting je yang berbeza. Cara jalan? Iera tegak tapi dia macam nak bongkok sikit. Cara pakaian? Kalau datang keje, Iera lebih banyak pakai baju kurung sedangkan dia pakai jeans dan T'shirt company ( dia under department lain ). Tu macam mana? Sama ke kami ni?

303. Bila Aina Demam.

Posted by Iera at 3:32 PM 0 comments
Aina demam lagi kelmarin. Tapi lebih teruk dari biasa. Kali ni tak boleh bangun. Hanya baring je. Makan nasi cuma 2 suap. Lepas tu tidur balik. Iera? Still kene keje macam biasa. Sebab keje banyak lately ni. Sudahnya Mak yang ambik cuti jaga Aina...

Petang, abah Aina datang tengok. Belikan apa yang Aina nak makan. Malam, Aina still demam lagi. Tak mau makan nasi, tak mau makan apa pun. Hanya nak tidur saja. Tapi pagi ni, Alhamdulillah..Aina dah beransur sihat. Panas pun dah tak ada. Ikut jugak petua yang adik Iera bagi. Basahkan stoking kemudian sarungkan kaki dia..nanti panas tu akan kian kurang. Tapi hari ni Aina still tak ke sekolah. Bagi dia rest kat rumah pengasuh dulu..

Mak? Suruh Iera bagitau cikgu supaya Aina excuse dalam acara sukan. Mungkin tiap-tiap hari berlatih kena panas, kemudian balik main panas lagi..tapi Iera rasa biarlah Aina join acara sukan tu..Ni lah masanya Aina nak aktif sukan kan..Tapi kalau Aina tetap tak boleh nak join, nak buat macam mana kan..

302. Cun & Kongsi

Posted by Iera at 2:25 PM 0 comments




Walau macam-macam komen dan kritikan dari pelbagai pihak tapi yang pastinya 2 buah filem ni WAJIB ditonton Aina setiap malam. Lepas siap je buat homework, Aina akan tengok filem-filem ni. Kalau cuti sekolah, dari pagi sampai ke malam tak tau lah berapa kali Aina tengok. Dah larang tapi Aina tetap nak tengok jugak. Sekarang ni dah siap boleh hafal skrip lagi. Bangun pagi je..

'Hang nak kawin kan..hang pi balik. Aku kata hang pi balik..Atan!’-Skrip dari filem Cun.

Kalau dari filem Kongsi tak usahlah cakap. Hampir keseluruhan dialog dalam filem tu Aina dah hafal. Walau apa pun orang sekeliling pertikaikan Iera sebab biar Aina terpengaruh dengan filem-filem tu tapi bagi ia sekadar hiburan. Lagipun filem-filem tu taklah berat sangat..tak ada adegan-adegan berat..kira santai je..

Wednesday, June 15, 2011

301. Outing..Gathering..( 11/6/2011 )

Posted by Iera at 12:43 PM 0 comments
Malas nak tulis panjang-panjang.. Yang pasti ni, perjumpaan ni perjumpaan member-member lama..Tapi yang join cuma 5 orang je tak termasuk 'askar-askar' Nur. Dah jumpa ramai-ramai terus celebrate Birthday Yatie. Kira awal sehari lah. Cuma tapau Fizza Hut dan KFC kemudian makan kat situ.

Masa yang sekejap tu sebenarnya tak cukup untuk share everything selepas sekian lama tak jumpa..Nur sekarang bermaustatin kat Pahang dan Mala pulak binesswoman yang sibuk memanjang..Tapi masa yang terhad tu digunakan sebaik mungkin. Dan respek untuk Nur sebab boleh handle anak-anak yang 4 orang tu..


Birthday Mummy..Yatie.


Mala, Iera, Yus dan Yatie.




Tengok tu..sekali dengan 'askar-askar' Nur.

Friday, June 3, 2011

300. BZ Sesangat..

Posted by Iera at 12:31 PM 0 comments
Tak dapat nak update blog sejak kebelakangan..bz tahap melampau..on9 FB pun sekadar on je..Kat rumah, sibuk melayan si debab tu..ditambah anak-anak sedara yang berkampung dalam rumah ( siap berkhemah lg )..cuti sekolah kan..Dah tu kenduri kendara yang sampai tak tahu mana satu nak pi dulu..Dah tak boleh nak bagi alasan dah sebab dah ada 4 tayar..

Esok, Tok Wan buat kenduri arwah pulak..Malam ni dah kena ke Mengkuang. Wajib tolong apa yang patut..Kat rumah, dah siap packing coklat untuk budak-budak..Kenduri besar sikit kali ni..siap ada kad lagi..( Iera lah tukang buat..hehe..). Kalau ada yang rasa nak kawin boleh join je kenduri ni..tak payah keluar modal..hehe..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea