Followers

Thursday, December 22, 2011

346. Mengalah

Posted by Iera at 1:17 PM 0 comments
Hanya terpendam di lubuk hati. Tak mampu nak suarakan. Biar hati menangis demi memuaskan orang lain. Yang memikir cuma aku..yang sedih cuma aku..dan yang menanggung juga aku..Nak diluah mati bapak, nak telan mati mak. Yang hanya boleh lakukan, adalah menerima kepedihan dan kesedihan ini seorang diri. Bukan siapa-siapa pun untuk kata apa-apa..Hanya mampu melihat dan membiarkan saja..

Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah....

Luv u very much..tapi aku lebih sayangkan sebuah ikatan..

Wednesday, December 21, 2011

345. Keje

Posted by Iera at 6:05 PM 0 comments

Dah lama kan tak update pasal keje..keje? Toksah dok cakap. Berlambak..lepas satu, satu mai..Hari ni saja Iera dah buat 14 FA ( First Article ) untuk customer. Itu pun nasib baik ada budak Inten tolong release kan incoming part. Stress pun ada bila Sales nak FA tu sebelum pukul 3 petang. Alhamdulillah, settle jugak. Tapi itu pun ada lagi...

Ini semua gara-gara system down seminggu. Semua keje tergendala. Bukan setakat kat Penang ni, branch seluruh dunia pun tak boleh guna system. Lepas dah ok, keje masuk macam air..tak henti-henti..Sabar aje lah..tapi sekali sekala tu nak berangin jugak la..hehe...

Tuesday, December 20, 2011

344. Dia Mula Dah

Posted by Iera at 12:24 PM 2 comments

Panas baran..kepala angin..cemburu buta..Semua ada.. Lambat reply SMS, dikata sedang dating. Balik keje lambat pun dikata nak pi dating. Aina pi tidur rumah sepupu dia pun, dikata biaq anak. Keluar beli barang tak bawak Aina, dia marah-marah kononnya tak sayang anak..

Dia tak tau, bukan senang nak besarkan anak zaman la ni. Semua perlukan duit. Dah la Aina tu pantang tengok apa, permintaan macam-macam. Tu yang tiap-tiap hari buat OT. Keje pun berlambak. Tak bawak Aina keluar bukan selalu. Cuma ada setengah tempat Aina tak boleh dibawak.

Dating? Sorry...I dah lama tak dating tau...lepas I break dengan U dulu, I dah tak ada masa untuk dating-dating ni. U, tak tau lah kan..If nak marah-marah I, nak tuduh-tuduh I ni perempuan apa ke..cermin diri U dulu..tengok apa yang sedang U buat sekarang. I tak masuk campur urusan life U, dengan perempuan mana U nak keluar, dengan sapa U nak bercinta..so, life I, U tak payah nak masuk campur..I bukan lupa diri, bukan rasa diri dah senang..tapi nak cakap tu lain kali bertapis..

Bikin gua panas je...

Monday, December 19, 2011

343. Ombak Rindu

Posted by Iera at 11:00 AM 0 comments


Sana sini orang bercakap pasal Ombak Rindu. Semua orang cakap filem ni best. Ada yang sampai nangis 7 kali, 5 kali. So, Iera curi sedikit masa yang ada untuk tengok filem ni walaupun dah agak terlewat. Tapi..sayang sekali, ia tak mampu mengugat hati Iera..membuatkan Iera menangis sepanjang tengok filem ni walaupun Iera ni memang sensitive. Part masa Hariz berkawin dengan Mila, tak mai pun rasa sedih..( padahal masa tengok Bini-Biniku Gangster, hampir nak terkeluar airmata bila Yana benarkan Shaheizy berkawin sorang lagi )..Mybe Iera dah baca novel tu berulangkali kot..dah sedih berulangkali..sampai dah tak ada feel nak berjiwang-jiwang..

Apapun terpulang pada pendirian masing-masing kan..Yang pasti, lagu nyanyian Dira dan Hafiz, memang best. Boleh meruntun hati..

Thursday, December 15, 2011

342. 4 hari Sudah

Posted by Iera at 3:04 PM 1 comments
4 hari system buat hal..4 hari jugak buat keje main-main..disebabkan semua part kena release kat system, buat checking manual dulu. Bila system dah ok, baru update..Mood dah jadi malas. Saat ni..saat menulis entry ni..memang rasa boring giler. Bukan tak ada keje lain..tapi tinggal yang simple-simple je..( itu cakap orang malas )..Sekarang ni nak blog walking..

Wednesday, December 14, 2011

341. Aku dan Karya

Posted by Iera at 1:13 PM 0 comments

Semalam..belek-belek keratan akhbar lama yang Iera simpan dalam fail. Kemudian cerpen-cerpen masa sekolah dulu. Ada cerita di sebalik semua tu. Tak pernah Iera lupa walaupun dah bertahun.

1.Cerpen bertajuk Kembali Terjalin. Cerpen ni pernah tersiar dalam sebuah akhbar pada tahun 1994. Kira cerpen pertama Iera. Kemudian disusuli cerpen kedua bertajuk Erti Sebuah Persahabatan. Tapi sayang, cerpen Erti Sebuah Persahabatan telah diletak nama orang lain sewaktu penyiarannya. Iera ada kirim surat rasmi beserta draf-draf cerpen tu ke syarikat tersebut tetapi tidak mendapat maklumbalas. Sejak itu, Iera rasa kecewa sangat. Iera tak harapkan bayaran tapi menuntut hak Iera sebagai penulis cerpen tersebut.

2.1 buah sajak yang Iera tulis..bertajuk Kecewa juga pernah tersiar di akhbar tersebut.

3.Sebuah esei bertajuk Gejala Sosial di Kalangan Pelajar juga pernah tersiar di akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1994 di ruangan Pelajar Menulis. Rasa puas bila hasil karya sendiri terpampang di dada akhbar.

4.Iera pernah masuk pertandingan menulis cerpen sempena kepupusan penyu tapi sampai sekarang Iera masih tertanya-tanya apa status pertandingan tersebut. Cerpen tu bertajuk Malam Ini Penyu Menangis. Walau tajuk sama tapi bukan bererti cerita Iera sama dengan teater Malam Ini Penyu Menangis. Yang Iera tau dari orang tengah cerpen tu jadi isu sebab tajuk sama. Tapi tak berbukti. Masa tu tahun 1998 masa masih sekolah kat High School. Susah payah Iera mengarang siang dan malam..sedih sangat rasa. ( kat sini Iera mula sedar dari kelalaian sendiri..dari kelemahan diri yang mudah diambik kesempatan )

5.Iera masuk pertandingan menulis esei anjuran Dewan Siswa yang bertajuk Kepentingan Sains dan Teknologi di Kalangan Pelajar. Esei tu wajib 5000 patah perkataan..kalau tak salah. Tanpa sorang kawan Iera tau, Iera mendapat hadiah saguhati di antara seluruh sekolah di Malaysia. Dan hadiah tu, Iera pi ambik sendiri kat Kolej Komuniti Negeri Sembilan dengan mak sehari selepas exam STPM. Walau hadiah tu Cuma tak seberapa, tapi ia tetap bermakna buat Iera.

Kenapa? Sebabnya ia adalah hasil karya Iera. Kepuasan Iera. Mak selalu berada di belakang Iera. Walau kecewa dan sedih, memang tetap sokong Iera. Buktinya, mak pernah belikan Iera mesin taip dek kerana minat Iera walaupun duit tu boleh diguna untuk perkara lebih penting.

*Tapi tak sorang pun tau dan ambik tau. Iera juga membawa nama sekolah yang perlu diletak di setiap borang..di setiap biodata.. Tak akan ada sorang pun peduli budak selekeh hitam berkilat ini..

Kat sekolah pulak,
1.Iera pernah masuk pertandingan sajak sempena Hari Kebangsaan tapi dek kealpaan Iera, sajak-sajak tu Iera tak copy untuk simpanan sedangkan pertandingan tersebut dibatalkan.

2.Masuk pertandingan tulis cerpen anjuran Persatuan Bahasa dan Budaya tahun 1998. Dan cerpen Iera menang tempat pertama. Tapi dah lupa la pulak tajuk cerpen tu. Frame tu masih ada sampai sekarang.

3.Masuk pertandingan menulis esei. Menang hadiah Ketiga kot ( lupalah pulak ) tahun yang sama. Dapat sebuah novel tapi novel tu ada sorang kawan Iera pinjam tak bagi balik sampai sekarang. Sayang sangat rasanya sebab itu hadiah yang tak ternilai. Kat belakang pagee kosong novel tu ada sign dan address kawan-kawan Iera. ( Ayla, Faizah, Ros dan 2,3 orang lagi )

Iera akan terus simpan semua karya Iera tu walau Iera dah berhenti menulis. Bukan berhenti selamanya tapi Iera tak tahu di mana harus bermula. Sebab Iera dah tak boleh hidup di dalam angan-angan lagi kerana Iera perlu berada di alam realiti demi meneruskan hidup. Minat tak pernah padam cuma masa membataskan segala.

Monday, December 12, 2011

340. Dinner Dress

Posted by Iera at 12:32 PM 0 comments
Tahun ni tema dinner 'COLORFUL OF NIGHT'. WAJIB pakai dress..Tiap-tiap weekend pusing cari dress..search sana..search sini..disebabkan kemontelan Iera ni..( kalau slim, mesti senang kan..boleh pakai apa saja..). Tanya pedapat Yus, tanya pendapat Wanie..cedok sikit idea sana..cedok sikit idea sini..FINALLY, dah dapat dress tu..Itu pilihan terakhir..dah malas nak pikiaq..lawa ke tak lawa..sesuai ke tak sesuai, belakang kira..Dah balik try depan mak, depan adik...depan anak sedara dan Aina..si Aina macam biasa lah..mesti puji mama dia..'Lawanya mama, sayang mama..'Tapi yang betulnya, kena tunggu 23hb nanti..Nak kena kutuk ke, apa ke..terima ajelah...

Adakah dress Iera macam ni..



Or macam ni..



Ataupun macam ni..



TUNGGU.....

Monday, December 5, 2011

339. Inilah Nasibku

Posted by Iera at 12:35 PM 0 comments
Sabtu lepas, Iera dan Wani round-round nak survey dinner dress. Memang dah jumpa dress yang sesuai untuk si montel macam Iera ni tapi tetap nak survey lagi. Dari pekan BM menapak pulak ke Pacific. Masuk keluar butik dalam Megamall tu. Tapi ada la satu butik yang Iera masuk tu..mengguris sikit perasaan Iera.

Masa Iera dan Wani masuk, cara pandangan salesgirl tu lain je. Macam kami ni tak layak nak pijak butik tu. Iera tengok price baju kat situ standard la..RM50 ke atas..Pastu terbekenan 1 dress tu. Memang lawa. Iera tanya la salesgirl tu, price dress tu sebab tak ada tag harga kat situ. Tapi salesgirl tu macam acuh tak acuh je nak bagitau. Kemudian sambil tersenyum sinis, dia cakap RM150. Memang masa tu muka Iera dah berubah bila tengok cara salesgirl tu melayan kami. Kemudian Wani ajak Iera keluar dari butik tu.

Memang terasa sangat. Yelah, mungkin cara penampilan Iera ni yang simple..apalah sangatkan setakat pakai T'shirt Timberland, jeans tak ada brand dan sandal NYC je kan..masuk butik macam tu..Lain lah kalau pakai Levis T'shirt dan jeans, bawak handbag Gucci kan..barulah orang nak pandang..Tapi tak yah lah pandang orang rendah macam tu..Kalau tak ada duit, tak mungkin Iera akan masuk butik-butik macam tu..Iera pun tau rasa malu kalau hanya masuk dengan poket kosong dan hanya window shopping. ( kalau tak ada tujuan, lebih baik duduk rumah..).

Tak apalah..mugkin dah nasib orang yang tak pandai bergaya macam Iera ni kan..redha ajelah walau dipandang hina orang..

Ni pengajaran dan pengalaman..

*Selekeh tapi beli cash or vouge tapi pakai kredit card?

338. Happy Birthday my love..

Posted by Iera at 12:30 PM 0 comments


2nd Dec, genap umur Aina tahun. Harapan seorang mama, tak pernah berubah. Doa dari hati mama tak pernah putus. Doa yang terbaik untuk puterinya..

*Aina demam tapi bila masuk je kedai kek, terus semangat balik..Walau hanya dengan kek tetap celebrate birthday Aina.. Aina still waiting present dari abah dia...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea