Followers

Monday, October 14, 2013

415. Yang Ada Dlam Hati

Posted by Iera at 1:51 PM 0 comments

Aku tak mampu nak bercerita semua lagi kat dalam blog ni. Terlalu banyak sebenarnya hal yang berlaku. Yang aku sendiri tak mau ingat. sebab tu banyak yang aku cuma pendamkan di dalam hati. Kadangkala tak semua hal kita boleh share dengan orang lain...

Sunday, September 15, 2013

414. Malam Ini

Posted by Iera at 12:35 AM 0 comments
Kenapa mesti terasa sampai ke hati? 


Saturday, August 10, 2013

413. Cerita Syawal Aina.

Posted by Iera at 10:16 AM 0 comments
Mungkin ada yang tak faham status FB aku. Ok, sekarang aku nak story cerita sebenar..

Pagi yang bermula dengan indah.. Aina Happy dengan baju dan Style rambut baru. Sehari sebelum raya..aku habiskan separuh hari untuk penuhi kehendak Aina. Membazir? Mewah? Tidak! Bagi aku, aku berhabis untuk Aina hanya setahun sekali. Bukan duit aku saja tapi duit yang abah dia bagi untuk hari raya jugak.. Tapi keriangan Aina berubah.. 

Mr.X datang untuk beraya dengan Aina seperti tahun-tahun sebelum ni. Datang seorang. Bila tengok Mr.X datang, Aina lari tak cukup tanah sebab tak mau berjumpa dengan abah dia. Masa tu aku di dalam bilik. Aina tutup pintu bilik serapatnya. 

'Mama, Aina tak suka abah mai... Kenapa mama suruh abah mai?'
'Mama tak suruh.. Biar la abah mai nak beraya dengan Aina.'
'Aina tak mau!'

Mak  dan aku pujuk Aina.. Suruh keluar dari bilik. Tapi Aina tak mau. Sehinggalah Aina buat syarat.. aku kena keluar sama. Aku pegang tangan Aina bawak dia kepada Mr.X yang tengah duduk di ruang depan rumah. Tapi Aina berhenti separuh jalan. Aina tak mau. Walau puas aku pujuk..mak pujuk.. Dan Mr.X panggil Aina..tapi Aina tetap dengan keras hatinya. 15min Mr.X tunggu.. Aku dan mak dah tak tau macam mana nak pujuk lagi. Mr.X umpan Aina dengan duit raya.. Pun Aina tak berganjak.. Akhirnya Mr.X balik. Duit raya tu dia bagi pada aku. 

Lepas je Mr.X balik.. Mak aku cakap kat Aina..

'Tak baik buat abah macam tu.. Tu abah Aina.. Raya kena la bersalam Mintak maaf..'

Tau apa jawapan Aina.. 

'Dia bukan abah Aina. Dia abah orang lain. Aina tak suka dia mai.'

Ya Allah, kerasnya hati Aina.. Demi Allah.. Aku tak pernah ajar Aina benci abah sendiri. Tindakan Aina tu adalah dari rasa dendam..rasa terluka yang amat dalam pada Mr.X kerana sau peristiwa yang aku tak boleh sebutkan di sini. 

Mr.X sms aku. Luah perasaan bila Aina buat macam tu pada dia. Aku faham perasaan dia. Tapi dia kena beri Aina masa. Aina semakin membesar. Suatu hari Aina pasti akan sedar apa yang Aina sedang buat pada abah dia itu salah.. Kita tak boleh nak marah...nak pukul Aina sebab kita tak boleh nak tahu apa yang Aina sedang pendam dalam hatinya.. 

Bak kata seseorang... 'Aina tu bijak..sebab itu dia tak lut walau dipujuk dengan duit raya.. '

Sekarang ni, biar la apa pun orang nak cakap pada aku..tak didik Aina ke apa ke.. Sebab aku faham dan mengerti apa sebenar yang pernah terjadi sehingga Aina bersikap macam tu.. 

Cikgu kelas Aina sendiri pernah berkata bahawa dalam diri Aina tu penuh dendam. Tapi Aina bijak. Walau aku dan Mr.X dah berpisah..Aina bertuah sebab tak jadi murung...tak jadi pendiam.. Aina tetap jalani hidup sebagai budak normal.. Alhamdulilah...tapi aku tetap berjaga-jaga..



Friday, August 9, 2013

412. Dugaan di Bulan Ramadhan

Posted by Iera at 11:20 AM 0 comments
Allah datangkan ujian buat aku sepanjang Ramadhan. Dek kerana diet yang mendadak.. Pantang jumpa asam dan makanan pedas.. Aku terpaksa menahan sakit tiap kali makanan masuk ke dalam perut. Sakit teramat.. Sampaikan aku takut nak suap makanan ke dalam mulut. Memang aku langgar arahan doktor yang minta aku makan tiap 2 jam sekali walaupun hanya sekeping roti. Tapi aku malas nk ganti puasa.. Jadi aku berpuasa macam orang lain.. Selepas 2 minggu..aku hanya bertahan dengan ubat..tiba-tiba diserang gastrik pulak. Ya Allah, besar sungguh ujian Mu. Tepat 12 tengahari, perut aku minta diisi. Kalau tidak, pedih teramat sangat sehingga aku tak senang duduk. Tapi itu pun aku tahan jugak. Sehingga suatu hari di ofis, aku tak mampu nak bertahan dah. Badan letih, loya, pening kepala.. Semuanya lengkap. Aku terpaksa buka puasa. Cuma sekeping biskut dan sekotak Ducth Lady Chocolate sudah memadai. Sejak itu, tiap kali aku dah tak mampu bertahan.. Aku terpaksa berbuka.. Sedangkan sebelum ni aku boleh bertahan walau tak makan satu hari pun.. Sekarang ni, aku dalam berjaga-jaga sebelum datang lagi lain-lain penyakit yang berkait.. Ya Allah, moga dijauhkan.. Betul orang cakap, bila umur dah masuk 30 an, macam-macam penyakit mula mai. Dalam berjaga..dalam dok telan jamu dan ubat itu ini pun.. Bila nak kena..kena jugak..

*Moga Allah berikan aku kesihatan yang baik..jauhkan aku dari sebarang penyakit untuk aku teruskan hidup membesarkan Aina... Amin..

Wednesday, August 7, 2013

411. Berakhir Jua

Posted by Iera at 8:22 PM 1 comments
Akhirnya penantian selama bertahun-tahun berakhir juga.. 

408. Dia

Posted by Iera at 8:20 PM 0 comments
Allah kirimkan dia sebagai ujian buat aku. Supaya aku menjadi lebih tabah dan sabar. Walaupun aku berperang dengan perasaan sendiri tapi aku kuatkan hati untuk tidak mengalah dan beralah lagi. Mungkin dia berasa cukup hebat dan megah dengan apa yang sedang dia buat padaku. Aku akan terus berdoa. Tapi aku tak layak untuk meminta Allah menjatuhkan hukuman pada dia cuma aku berharap jika dia rasa apa yang sedang aku rasa sekarang ini suatu ketika nanti, moga dia sedar.. Aku tetap mendoakan yang baik untuk dia.. 

Friday, July 26, 2013

410. Jawapan

Posted by Iera at 10:02 PM 0 comments
Aku tak ada jawapan untuk soalan itu, Yatt. Aku tak boleh nak bagi jawapan. Kerana aku tak pernah terfikir semua itu. Dan hari ini, kerana soalan itu... Aku sudah mula berfikir... Berfikir dan terus berfikir.. Tapi aku tetap tak temui jawapannya walau sudah puas aku mencari.. Berikan aku waktu untuk aku temui apa yang sedang aku cari...

Monday, July 22, 2013

409. Takkan

Posted by Iera at 7:13 AM 0 comments
Susah untuk mengubah sesuatu yang dah lama aku ada. Aku dah cuba. Tapi aku tak mampu untuk tipu diri sendiri. Dan aku akan kekalkan semua tu seperti dulu walaupun aku tak layak. 

Monday, May 27, 2013

407. Mr.X

Posted by Iera at 9:04 AM 0 comments
Sebenarnya aku tak ingin campur urusan Mr.X. Antara kami dah lama berlalu. Tapi baru-baru ni ada seseorang datang story kat aku tentang dia. Aku hanya boleh mendengar. Aku dah berjanji dengan Mr.X tak mau ambik tau hal peribadi dia. Apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga dia itu hal dia. Aku hanya boleh mendengar dan tengok je.. Hal kami berdua hanya melibatkan hal Aina je.
 
Mungkin aku tak pernah bagitau sebelum ni. Mr.X dah pun berkahwin dengan perempuan pilihannya beberapa bulan lepas. Dia pun macam aku jugak ambik masa yang lama untuk menerima seseorang dalam hidup dia walaupun aku still single lagi. Kami tetap berkawan demi Aina.
 
Perasaan aku? Bohong lah kalau aku tak merasa apa-apa sebab dia tu lelaki yang pernah aku cinta dan yang pernah aku tidur berbantal lengannya. Kami dah bersama sebagai suami isteri lebih dari 3 tahun. Itu tak termasuk masa bercinta dan menjadi kawan rapat selepas berpisah. Walaupun pada mulanya aku sangat takut untuk menghadapi keadaan itu tapi Alhamdulillah.. Allah berikan aku kekuatan. Pada hari bahagia dia, tiada setitis airmata pun jatuh di pipi aku. Aku sendiri pun tidak percaya dari mana kekuatan itu datang. Aku sempat call dia malam sebelum tu dan wish kat dia. Kawan aku cakap, kalau dia..tak mungkin dia mampu buat macam aku buat.
 
Aku dah redha yang jodoh kami dah lama berakhir walau kami pernah mencuba untuk hidup bersama semula demi Aina. Tapi Allah dah takdirkan yang kami hanya layak menjadi ibu bapa Aina. Allah Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan aku tak pernah salahkan takdir kerana kami tidak disatukan semula. Aku doakan dia bahagia bersama bersama wife dan anak-anak tiri dia. Moga apa yang pernah berlaku dalam rumahtangga kami dulu jadi pengajaran buat dia mentadbir hidup baru. Walau apapun yang pernah berlaku antara kami dulu, dia tetap lelaki yang pernah aku sayang..yang pernah tunaikan impian aku menjadi seorang isteri..yang menjadikan aku seorang mama kepada puteri yang bijak dan yang menjadikan aku wanita cekal dan tabah mengharungi hidup ini. Yang tinggal kini hanyalah kenangan..
 
 

Sunday, May 26, 2013

406. Luve You All

Posted by Iera at 11:26 AM 0 comments


Hari tu saja Release tension. Keluar ramai. Spent masa bersama walaupun sebenarnya tak cukup corum. Amy, Kak J, Fendi, Mat, Cik Wati dan Abg Rahman tak ada. Tapi dalam bergembira tu, aku dikejutkan dengan perkara yang tak ku sangka..(story later) dan kekusutan melayan karenah si anak manja (oh, dia buat aku mcm nk gila).. Apa pun, aktiviti tetap happening dengan mereka yang tak abis-abis usik aku.. 

Bila masa nak balik, berlaku lah adegan sedih. Tengah hari pun boleh pulak 'hujan' turun.. Haha.. Sapa lagi yang mulakan kalau bukan aku..sedih tau nak berpisah dengan depa..(walhal pi kursus je pun..seminggu je..hehe). Tapi depa lah kawan suka duka aku meskipun aku tak nafikan banyak yang depa tak tau pasal aku.. Kawan nangis sama-sama tau.. Bila dah aku sedih, Yat pun mula lah.. Yat memang ratu airmata... 

Utk depa.. Memang best giler dapat spend masa sama-sama. Harap ada lagi masa macam ni.. Hampa lah penghibur di sebalik kegelisahan hati.. Disebalik rasa yang tersembunyi.... Sayang hampa semua..Mmmmuaaahhhh!!!








405. Aina

Posted by Iera at 11:24 AM 0 comments
Aina semakin bijak. Semakin memahami erti hidup ini. Pengalaman hidup yang perit membuatkan Aina matang dari usia sebenar. Dulu, Aina tak mengerti. Aina hanya ingin hidupnya ada aku dan Mr.X. Yang akan memenuhi semua keinginannya. Tapi hari ini, tragedi itu meragut hati Aina. Membuatkan Aina hidup dalam dendam. Aina dah tak perlukan dia. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati kecil..Aina tetap rindukan dia tapi kedegilan.. Keras hati yang Aina miliki sama seperti dia... Membuatkan Aina tak pernah tunduk. Aku sudah cuba.. Malah tak pernah putus asa memberikan Aina nasihat.. Menanam semula rasa sayang itu dan menyingkir api dendam. Tapi Aina tetap dengan kedegilannya. Aku akan terus berusaha supaya hati Aina..jiwa Aina.. Tidak dibaluti rasa benci sepanjang hidup. Aku tak pernah putus berdoa moga Allah berikan kelembutan hati pada Aina. 
   

Tuesday, May 21, 2013

404. Soal Hati

Posted by Iera at 1:27 PM 0 comments


Memang agak tidak sedap telinga ni dengar bila ada orang bertanya tentang hubungan aku dengan seseorang. Bagi aku hubungan itu tidak lebih dari seorang kawan. Tak lebih dari itu. Soal hati ni hak individu. Kalaupun ada sesiapa yang ada hati kat kita, itu hak dia. Kita tak boleh nak marah dia. Sama juga bila kita ada simpan perasaan kat orang lain. Atau minat kat seseorang. Yang penting kita tahu kat mana letaknya hati kita. Rapat atau mesranya kita dengan seseorang bukan bermakna itu cinta. Bukan bererti ada rindu dendam antara kami. Kadang-kadang, apa yang kita dengar dan nampak tak sama dengan kebenaran yang sebenar. 

Aku belajar dari pengalaman mengenal seseorang. Kenal bukan bererti perlu bercinta. Ambik tau bukan bermakna ada rasa sayang. Kadangkala ia lebih kepada ambik berat terhadap seorang kawan. Mungkin tak ramai kenal aku. Kenal diri aku. Memang diri aku macam ni. Aku mudah rasa simpati pada orang lain.. Mudah ambik berat tentang orang lain.. Termasuk kawan-kawan aku sendiri. Mungkin orang yang tidak kenal aku menganggap aku ni ambik peduli hal dia kerana ada rasa di jiwa. 

Hati aku..bukan mudah untuk dimiliki. Bukan mudah untuk diserahkan pada sebarangan orang. Walaupun di sekeliling hidupku dipenuhi lelaki.. Dan aku bukan kemaruk nak bercinta sehingga sanggup memusnahkan kebahagiaan orang lain. 7 tahun aku meneruskan hidup tanpa cinta..apakah aku tidak sanggup untuk teruskan hidup ini selamanya biarpun tanpa cinta?  

403. Berhijrah ke Tempat Baru

Posted by Iera at 1:10 PM 0 comments
Sebenarnya entry dah lama tulis tapi pending di draft. Seminggu lebih before Raya, receive Surat Dari Pos Laju. Bukak je macam-macam perasaan ada. Terkejut, gembira, serba salah.. Semua ada. Inilah yang Iera nantikan selama ini. Ingat tak Iera pernah cerita yang Iera pi interview keje gomen dulu...Tapi bila check result cuma sebagai calon simpanan saja.. http://iera-lakarankehidupan.blogspot.com/2011/05/299-keputusan-temuduga.html Tapi Alhamdulillah, akhirnya Iera dapat jugak keje kat situ. Penantian hampir berbelas tahun akhirnya tercapai walaupun pada mulanya Iera rasa berat.
 
 Sebabnya :
1. Kerja kat tempat lama, gaji lebih tinggi.
2. Tak tau lagi nak kena tempatkan di mana. Ikut surat, Iera perlu lapor diri kat Putrajaya 28hb Ogos lalu.
3. Offer dari company lama memang yang Iera nantikan. Depa nak support Iera continue study course yang berkaitan dengan keje dan semestinya Mechanical Engineering.
 4. Offer kedua dari company ialah nak up jadi Senior QA dan semetinya gaji pun naik jugak kan.  
 
Tapi atas nasihat ramai pihak.. dan jaminan dari Bapak Sedara Iera.. Iera terima keje kat gomen tu walaupun terpaksa bermula semula dari bawah. Dan Iera kena bayar duit gantirugi kat company sejumlah yang banyak jugak. Tak apalah.
 
Akhirnya, hari ni dah genap 8 bulan aku bekerja kat sini. Di tempatkan di Bahagian Audit Sekolah. Tiap-tiap hari travel dari rumah ke ofis di Penang. Tak apalah.. Yang bestnya dapat pulak kawan-kawan yang satu kepala. Yat, Kak Is, Kak J, Mat, Amy, Abang Rahman, Fendi dan Khaz memang kawan yang sehati sejiwa. Susah senang sama-sama rasa. Inilah hikmah di sebalik penghijrahan itu.

Sunday, May 19, 2013

402. Aku Tak Nak Hilang Dia

Posted by Iera at 7:36 PM 0 comments

Susah untuk aku luahkan rasa ini. Semuanya terlalu peribadi untuk dikongsi. Tapi yang pastinya aku teramat sayang dia. Dia yang tak pernah tinggalkan aku waktu susah aku. Yang tidak pernah membenci aku walau aku dah hancurkan hatinya dengan kesilapan itu. Dia penjaga aku yang tak pernah putus mendoakan kebahagiaan aku. Sungguh kasihnya suci untuk aku. Menerima walau aku dah merobek hatinya. Sungguh aku sayang dia! Aku tak sanggup kehilangan dia dalam hidup aku. Tuhan, tolong jangan pisahkan kami walau kami tak mampu untuk memiliki rasa cinta itu. Tolong restui kasih sayang kami meskipun kami tidak akan bersatu di mahligai cinta. 




401. 30 Hari

Posted by Iera at 7:09 PM 0 comments
Dah lama kan aku tak update blog ni. Aku punya sedikit waktu untuk mencoretkan catatan harian yang meresahkan tapi aku rasa lebih baik aku simpan semua di dalam otakku. Aku punya suara tapi aku tak mampu nak lontarkannya. Aku punya hati untuk memiliki segala rasa tapi aku menolaknya.


Aku diuji untuk memiliki kesabaran yang tinggi. Untuk tidak menyimpan rasa. Saat aku sedang enak menikmati ketenangan yang sedikit.. Allah datangkan seseorang sebagai ujian untuk aku. Dia bukan sesiapa..bukan yang teramat istimewa dihati.. Dia hadir terlalu pantas.. Sehingga aku bertanya pada diri.. Untuk apa aku memiliki simpati dan belas kasihan sedangkan dia langsung tak pernah memiliki perasaan yang sama pada ku. Tapi aku tetap aku yang lemah untuk bertegas. Sehingga aku menurut semua kehendaknya tanpa bantahan. Aku mempertaruhkan hidup untuk dia. Aku rebah. Aku tersembam. Aku derita setiap hari semenjak dia ada. Namun aku tetap ada untuk dia. Tapi adakah dia jujur dengan aku? Walau pelbagai syak dan keraguan ada dalam diri..aku tetap ada bersama dia. Tapi adakah dia hargai semua itu? Tidak! Dia langsung tak ingat pada pengorbanan yang aku lakukan sehingga herdik dan cacian dilontarkan. Dia buat aku seperti penjenayah yang harus menurut perintah dengan arahan. Yang bersalah tanpa dibicara. Yang hukumannya adalah kesedihan dihati. Aku teramat kecewa. Teramat sedih. Bila sampai waktu itu..dia meninggalkan aku dengan rasa luka. Membiarkan aku menanggung dan hadap semuanya sendirian. Saat aku memerlukan dia, dia langsung tak pedulikan aku. Katanya, setiap pengorbanan yang ikhlas tidak memerlukan balasan. Dan aku tak patut menerima balasan di atas setiap yang aku lakukan. Aku belajar mengenal manusia yang hatinya kental. Yang di jiwanya terlalu kebal. Dia bukan yang aku cintai. Juga bukan yang aku letak dihati. Tapi kenapa dia terlalu istimewa untuk 30 hari ini? Ya Allah, aku tidak meminta Engkau menghukum sesiapa tapi aku cuma minta Kau hadirkan rasa kecewa dan sedih itu walau sedikit pada dirinya supaya dia akan mengerti dan memahami apa yang pernah orang lain rasai..Amin..


Sunday, February 3, 2013

400. Permintaan

Posted by Iera at 7:07 PM 0 comments
Ya Allah..saat itu telah tiba. Dan aku redha dengan segala yang telah Engkau takdirkan. Aku pasrah dengan ketentuanMu. Berikanlah aku kekuatan yang dapat melawan segala rasa..berikan aku ketabahan untuk menepis setiap pujukan dan rayuan agar aku tidak kecewa lagi.

Ya Allah.. Engkau jua Maha Mengetahui apa yang tersirat dihati ini. Engkau kabulkanlah setiap yang tersirat itu. Namun aku tetap berserah kerana Engkau Yang Maha Besar dan Agung. Amin...

Friday, January 4, 2013

399. Hrmm

Posted by Iera at 10:59 PM 0 comments
Kita mampu tipu orang lain..mampu berlagak angkuh bahawa kita tak ada rasa apa-apa.. Tapi mampukah kia tipu diri sendiri? Tepuk diri tanya hati.. Kuatkan kita...

398. Aina Dah Ke Sekolah Rendah

Posted by Iera at 10:56 PM 0 comments
Aina dah mula bersekolah darjah 1. Cepat rasanya masa berlalu. Rasa macam tak percaya je. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat masih di beri kesempatan untuk melihat Aina membesar. Dan aku berdoa agar Allah berikan aku peluang untuk melihat Aina menggenggam ijazah di tangan. Amin.. Orientasi Aina pada 1hb. Tak susah kejutkan Aina bangun pagi tu. Aina bersekolah di sekolah yang sama aku sekolah dulu. Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai di dalam kelas 1 Delima. Tapi masa pendaftaran berlaku kesilapan sikit pada nama Aina. Depa bubuh nama Aina, Nurul Ain Najihah bukan Nurul Aina Najihah. Tapi tak apalah, aku dah perbetulkan kat cikgu. Lepas Aina masuk kelas, mak bapak kena dengar taklimat. Habis taklimat, terus ke kelas Aina untuk settle kan duit buku dan yuran PIBG. Aina dah dapat buku-buku dan buku teks. Lepas tu boleh la balik. Aku tanya Aina, ok ke.. Aina cakap..ok. Lega dengar... Hari pertama sekolah, pagi tu aku hantar lagi. Aina breakfast siap-siap kat rumah. Lepas masuk ke kelas, aku tunggu kat kantin dengan 2,3 orang mak-mak yang tak balik. Rehat pukul 9.30pg.. Sembang punya sembang, waktu rehat pun. Bagus jugak cikgu bawak semua murid-murid beratur ke kantin untuk biasakan murid. Tak macam zaman aku dulu. Semua main redah je.. Aina beli nasi lemak sendiri. Aku monitor dari jauh. Nak bagi biasakan. 2,3 hari ni aku ada tak apalah.. Lepas tu, dapat geng kat rumah walau darjah dua terus main tak ingat dunia.. Lepas waktu rehat tamat, aku balik sekejap. Pukul 12 baru aku pi semula. Aina balik dengan bas sekolah. Aku ambik Aina kat tempat Aina turun.. Hari kedua.. Aku tak tunggu Aina. Rehat aku pi jugak la. Aina tak mau makan nasi cuma makan sosej 2 batang. Lepas tu Aina masuk kelas, aku balik. Macam biasa, pukul 12 aku pi semula dan ambik Aina kat tempat turun. Aku dah mula balut semua buku Aina. Buku kerja dan buku rampaian, aku beli yang Ready made. Senang sikit. Aina tertidur dari pukul 8mlm sampai ke pagi. Letih agaknya. Hari ni, hari ketiga.. Aku cuma hantar Aina naik bas. Aina cakap dah ok. Tak payah pi tengok kat sekolah. Boleh la aku buat keje kat rumah. Rehat aku pi tengok. Budak ni bab makan no 1. Dah makan 3 ketul nugget, x cukup lagi.. Beli 3 ketul lagi. Suruh makan nasi tak mau. Pukul 12 aku tunggu macam biasa. Tengok Aina am turun. Aina terlepas trip pertama sebab hari ni semua balik sekali. Jadi ramai la. Jadi aku pi ambik dia terus kat sekolah kebetulan aku memang nak bawak Aina pi beli makan. Risau jugak kot dia tercari-cari bas. Sampai kat sekolah, Aina tengah minum. Katanya dahaga. Aku tanya la jugak perasaan Aina bila tengok bas dah tak ada. Dia cakap dia letak beg dengan budak-budak lain lepas tu pi ke kantin sebab dahaga. Pastu siap pesan kat aku, tiap-tiap Jumaat nak bawak duit banyak... Kalau terlepas bas, boleh beli makan. Aina..Aina.. Sampai rumah Aina cakap..'letih la mama bila belajar'.. Aku nasihatkan Aina.. 'kalau nak pandai, nak berjaya..mana boleh merunggut..mana boleh rasa letih'.. Aina angguk kepala..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea