Followers

Wednesday, December 2, 2009

78. Happy Birthday, Aina

Posted by Iera at 9:15 AM


Selamat Hari Jadi, anak bonda..

Aina,
Kehadiranmu bonda dan abah nantikan
Untuk menyeri mahligai cinta
Melengkapi hidup berkasih sayang..

Namun,
Maafkan bonda
Kerana pernah biarkan kau merasai
Derita dan airmata bonda
Kerana membiarkanmu
Melalui sengsara bonda..

Bukan kehendak bonda dan abah..
Tapi takdir itu tak mampu ditepis
Inilah ujian buat kita, sayang..

Aina, anak bonda..
Adalah kekuatan dan ketabahan bonda
Adalah permata hati
Dan denyutan nadi bonda...

Usah kau gusar, duhai anak..
Walau hidup ini penuh ujian..
Akan bonda pastikan
Dikau sempurna segalanya..
Akan bonda redahi lautan dengan keringat ini
Untuk kecemerlangan masa depanmu..

Dan ingatlah, Aina..
Meskipun tidurmu tanpa dakapan kasih abah
Tapi cinta bonda seluas lautan..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea