Followers

Wednesday, December 30, 2009

89. Aku..

Posted by Iera at 1:35 PM


Td engineer aku skype tnya aku sama ada aku ada problem ke x. Sebabnya dia tgk ayat2 yg aku guna kat facebook seakan aku ada problem. Mungkin sejak akhir2 ni ayat2 yg aku guna seakan dlm feeling kecewa..bermasalah.. Adakah aku sekarang dlm keadaan mcm tu?

Aku pn tak pasti. Tp yg aku sedari bahawa hidup aku sedang diuji..sedg dlm keresahan..dalam pelbagai persoalan. Namun semua itu tak pernah menganggu kerjaya dan perjalanan hdp aku. Krn aku adalah aku. Aku takkan pernah tunjuk keresahan di depan org. Biarlah aku simpan segalanya. Walaupun ianya akan menjadi nanah dan berdarah.

Memang aku perasan bahawa aku sdg berperang utk melawan semua dugaan dan ujian. Biarpun nanti aku tersungkur dan kecewa namun aku tak pernah tunduk pada semua itu krn aku telah pn berusaha. Hanya Allah yang tentukan segalanya.

Mungkin bukan hari ini..mungkin juga bukan esok segala yang kita nak jadi milik kita.. Dan mungkin juga hari ini kita kecewa tp bukan kecewa itu milik kita selamanya. Dan mungkin juga hari ini, orang melukakan hati kita, menjatuhkan kita..berhasad dengki dgn kita..tp mungkin juga nanti mereka2 itu akan merasai kembali apa yg pernah kita rasa.

Tuhan itu Maha Adil. Suatu hr nanti pasti akan tiba. Bila kita pergi jauh dari hidup mereka..barulah mereka akan sedari kehilangan kita. Suatu hari itu juga pasti akan tiba..bila mereka dijatuhkan kembali meskipun bukan kita yang lakukan..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea