Followers

Monday, August 9, 2010

188.

Posted by Iera at 1:13 PM
Semalam, bersembang dengan mak pasal adik lelaki aku. Banyak keraguan timbul pasal kes dia sakit sebulan lepas. Actually, dia ada GF..depa dah kawan since 2004 macam tu. Tapi disebabkan adik aku ni suka bertukar keje, mak tiri GF dia ni tak berapa suka la dengan adik aku. Dah tu ditambah mak ngah aku pulak keje dengan mak tiri GF dia ni..banyak la cerita tak elok tentang family aku disampaikan.

Sebulan lalu, adik aku mengadu kat mak aku yang dia sakit sangat dalam perut. Memang suspect apendix. Dia batuk keluar darah sehingga satu malam tu, dia jatuh pengsan dan bila dia sedar dia mintak ampun kat mak aku. Tapi Alhamdulillah, semuanya dah ok. Esoknya dia pi mintak air tawar kat sorang imam surau sebab dia memang tak mau pi hospital. Aku dan mak aku tak tahu la apa yang imam tu cakap.

Lepas dari tu, adik aku ni dah rajin solat, selalu ikut imam tu pi masjid baca Yassin. Pendek kata dah berubah. Alhamdulillah..mak aku pun bersyukur. Sekurang-kurangnya sakit itu ada rahmatnya.

Baru-baru ni mak aku keluar makan dengan adik aku dan GF dia tu. Nampak sangat perubahan depa. Depa dah jadi macam orang asing. Dengan mak aku pun, GF dia dah tak semesra dulu. Jumaat lepas mak aku ada tanya kat attendan hospital ( mak aku keje kat hospital ) pasal penyakit adik aku. Depa cakap, kalau dia betul-betul ada apendix ke..gastrik ke..dia akan sakit berterusan sebab dia tak buat rawatan apa-apa kat hospital.

Semalam, mak macam syak yang mak tiri GF dia tu dah 'mandrem'kan adik aku. Bukan nak tuduh tapi sejak adik aku sakit sampai sekarang, depa dah renggang. Macam dah tak kawan. Kebetulan baru ni, GF adik aku call aku guna HP sapa ntah dan dia pesan kat aku supaya rahsiakan no tu dari adik aku.

Bila fikir logik, mak aku terasa sangat sedih. Mak aku nak jumpa anak angkat dia yang pandai hal ni. Bukan nak balas dendam, cuma nak tahu betul atau tak yang adik aku dah di 'mandrem' supaya dia dan GF dia benci satu sama lain dan berpisah. Aku juga sedih dengan hal ni sebab aku tengok sendiri kesakitan yang adik aku tanggung..Aku tengok sendiri dengan mata aku waktu dia jatuh pengsan dan mintak ampun kat mak aku. Dan semalam, aku nampak kesedihan dalam mata mak aku...

Kalau tak suka tak payah la buat semua ni. Tuhan pun tak restu. Ada banyak cara lain lagi. Yang paling kesal sikap Mak Ngah aku yang suka memperlekehkan sedara sendiri. Sebab Mak Ngah aku pernah hantar anak dia untuk buat spot check samada GF adik aku tu ada ke tak kat rumah aku..

Apa pun, aku bersyukur dengan perubahan adik aku tu..Moga perubahan dia mendekatkan diri dengan Tuhan berterusan sampai bila-bila..Amin..

4 comments:

cikCOKLET:) said...

Ya Allah.smpai mcm tue sekali.
ampun! moga moga adek akak oke ye.aminn..^^

Iera said...

cikCOKLET : Harap2 mcm tu lah..Thanks..

-anidaothman- said...

kakiera, awat terok sngt manuksia tuh....ish ..ish dok dalam utan apa....sampai sanggup membelakangkan ALLAH.....takotnyaa...., elOk tuh mak akak carik PENAWARNya..jgn dibiaq lama nanti parah...segak kaa GF adik akak tuh...uhuhuhuh

Iera said...

-NiD's- : itulah..kdg2 x fhm dgn perangai org ni..GF adik kak ni lawa..mcm Nid's..mmg x padan dgn adik kak..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea