Followers

Monday, August 2, 2010

180. Bergediks dengan Aina

Posted by Iera at 1:08 PM

Jumaat lepas aku cuti..Cuti yang TERPAKSA aku apply sebab bos besar suruh apply siap2 cuti untuk setahun. Jadi aku apply la hari dapat gaji..hehe..Planning awalnya nak pi jogging, tapi malas la pulak. So, cuma senamrobik je..Lepas tu bawak Aina ke KFC di BM. Dia nak sangat makan KFC padahal baru minggu lepas mak aku beli kat dia. Sambil makan, mulut dia tak henti-henti bercakap. Satu KFC tu dengar suara dia. Tapi yang paling sweet sangat, bila dia mintak aku suapkan funfries kat dia dan kemudian dia suapkan funfries kat aku..

Lepas je makan, ke kedai kasut..Aina ni pantang nampak kasut. Terus je dia nak. Sempat jugak aku beli VCD lagu untuk kanak-kanak dari salesman. Teringat zaman budak-budak-budak dulu..selalu nyanyi lagu Kebun Pak Mamat, Lagu Tiga Kupang, Can Mali Can..

Petang pulak, aku ke nursery tempat Wani bekerja. Bos dia mintak aku temankan dia sementara tunggu parents datang tengok tempat baru depa. Melayan karenah Aina yang jealous bila aku rapat dengan anak bos Wani tu. Mungkin kerana Aina anak tunggal, sebab tu dia rasa jealous bila aku layan budak-budak lain.

Balik dah pukul 7 malam. Aina letih tapi aku yakin dia puas sebab seharian hari ni aku penuhi semua keinginannya..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea