Followers

Wednesday, August 4, 2010

184. Aina

Posted by Iera at 12:31 PM

Setiap petang, lepas balik saja dari rumah mengasuh..Aina akan bermain dengan kawan-kawannya yang terdiri dari kalangan cucu-cucu tok sedara aku dan anak-anak sepupu aku. Aina rapat dengan seorang anak sepupu aku, namanya Kak Cik. Aku tak kisah sangat dengan siapa Aina bermain sebab semuanya sedara-sedara aku juga. Tapi cuma aku tak berkenan sangat dengan sikap Kak Cik ni. Bila dia tak ada kawan, dia akan cari Aina tapi bila dia ramai kawan, dia pinggirkan Aina. Dah tu Aina ni balik nangis-nangis sebab tak ada siapa nak berkawan dengan dia. Yang aku cukup marah dengan Aina bila Aina ni sanggup minta maaf kat kawan-kawan dia walaupun sebenarnya Aina tak buat salah apa pun.

Adakalanya aku akan bawak Aina ke kedai. Sampai kat kedai, siap ingat lagi nak beli sama kat Kak Cik tu. Nak beli pulak yang sama macam dia beli. Drumstick dan Swiss Roll. Bukan la nak berkira sangat. Tapi kalau tiap-tiap hari macam ni...parah jugak la aku.. Kali ni aku berkeras jugak la. Dah tu kalau ex datang bawak makanan apa-apa, Aina nak hantar jugak kat Kak Cik tu. Padahal orang makan apa pun langsung tak ingat kat dia. Aku bukan nak berkira bab makan ni. Selama ni pun, selalu jugak aku beli sama untuk budak-budak lain tapi ni dah terover lah pulak.

Mak aku marah jugak kat Aina kadang-kadang tu. Tapi selalunya mak aku akan cakap :

'Aina turun perangai tok la ni..pemurah..suka bagi orang makan..hehe..'

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea