Followers

Tuesday, August 3, 2010

183. Result 7 month

Posted by Iera at 3:43 PM

Pagi tadi, bos aku panggil. Nak share report preastasi keje 7 bln lepas. Alhamdulillah..seperti biasa, aku still berada di kedudukan teratas berbanding officemate yang sorang lagi tu..Dan ini bermakna aku tak perlu cari reason bila Country Manager tengok result tu. Bila compare dengan Singapore dan Thailand, aku berada dalam stabil..

Tapi tu lah..bila result ni keluar, ada hati yang tak puas hati..bagi aku, sekali pun result aku tak ok, aku takkan iri hati sebaliknya aku akan berusaha dan improve lagi prestasi aku..tapi apa ada dalam fikiran orang tak sama dengan apa yang ada dalam fikiran aku..

Walaupun, aku dah stabil tapi aku takkan berpuas hati sebab aku nak berada di tempat yang tertinggi lagi. Ini cuma pembakar semangat untuk aku lebih berusaha dan lebih lagi belajar semuanya dari pengalaman sekarang. Sebab impian aku untuk ambik degree Mechanical Engineering tak mampu aku laksanakan demi Aina..Namun aku yakin jika aku bekerja keras dan tak pernah putus asa, walau tanpa degree pun aku mampu naik ke 1 tahap lagi..Doa mak akan terus mengiringi aku..Aina adalah kekuatan dan perjuangan aku..Insyaallah..Amin..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea