Followers

Monday, August 9, 2010

187. Emo Pagi Isnin

Posted by Iera at 9:55 AM

Baru tersedar yang 3hb Ogos dah berlalu..Bukan nak emo sangat tapi kenyataannya memory is memory..takkan pernah padam dalam ingatan. Yang berlalu memang takkan berulang. Sekadar mengimbas segalanya..

Pada hari tu..tepat 2.30pm termeterilah ikatan sepasang anak Adam dan Hawa demi membuktikan pada seluruh dunia yang selama ini cinta mereka tulus suci. Ijab dan kalbu bukan hanya satu lafaz tapi adalah sebuah sumpah dan janji..

Dan 10hb Ogos 2003 itu..bersimpuhlah mereka di pelaminan indah..Disaksikan seribu mata dalam tangisan restu si ibu..Walau sederhana namun majlis di kampung penuh meriah menghimpun sanak saudara jauh dan dekat..seluruh kampung memerah keringat bergotong royong...Usik senda gurauan yang tua dan muda..sorakan kanak-kanak riang berkejaran mengamatkan suasana..Dan bermulalah sebuah kehidupan baru...tanggungjawab yang baru. Semuanya serba indah..

Namun semua itu sudah berlalu..hanya tinggal kenangan...Dan akan menjadi sejarah yang terlakar di dada kertas buat Aina bila dewasa nanti..Kerana anak Adam dan Hawa itu adalah mama dan abah Aina..Moga nanti Aina mengerti bahawa tidak ada seorang manusia pun ingin rasa luka itu tapi jika jalan itu yang terbaik..pilihan terpaksa dibuat..Cinta tak memungkinkan untuk hidup bersama selamanya..Dan kerana cinta juga memaksa untuk melepaskan orang yang pernah berada dihati..Yang penting, Aina tetap menjadi nyawa..tetap menjadi segalanya..kerana Aina lahir dari penyatuan cinta dan kasih sayang...

2 comments:

Mellyana Sara said...

suatu saat..si kecil pasti mengerti mengapa dan kenapa sesuatu itu berlaku. :)

Iera said...

Camellia : hrp2 mcm tu la..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea