Followers

Sunday, February 28, 2010

124. Kerana Aku Juga Manusia..

Posted by Iera at 10:27 PM


Aku mengakui kebenaran hidup ini bahawa aku tetap manusia biasa..seorang wanita yang nalurinya tetap sama seperti wanita lain yang inginkan sebuah keluarga yang sempurna..

Bersama ex dan Aina beberapa hari lepas walau untuk beberapa ketika cukup menyentuh hatiku tambah lagi Aina terlalu manja dengan ex. Alangkah bahagianya jika keadaan ini adalah hakikat sebenar..Alangkah bahagianya bila dapat bersama anak dan suami biarpun di hadapan penuh dugaan. Tapi berpaling kepada hakikat bahawa itu cuma impian seorang wanita...

Semuanya sudah terlambat kerana hati telah pun tertutup untuk bersamanya semula. Namun aku rasa bangga bila ex semakin mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap Aina setelah beberapa peristiwa yang mengguris luka hati aku dan Aina. Aku tahu..jauh di sudut hati ex..dia juga merasai perasaan yang sama denganku tapi dia telah terikat dengan sumpah dan janji bersama orang lain..

Bila seseorang sedang mengintaiku dari jauh..aku merenung dan mendalami diri sendiri bahawa apakah Aina akan memiliki kasih sayang sama seperti yang Aina miliki dari ex..Adakah Aina akan mendapat semua keinginannya seperti mana Aina milik sekarang? Sanggupkah lelaki itu berkorban untuk Aina seperti aku dan ex berkorban? Kerana takut Aina terabai dan teraniaya..aku telah tutupkan pintu hati..

Kata orang, 'ayah orang tak sama ayah sendiri biar seburuk mana pun ayah sendiri...'

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea