Followers

Friday, February 26, 2010

121. Ada Lagi..

Posted by Iera at 5:59 PM


Aku sangkakan hal ni dah berakhir. Keputusan telah pun aku nbuat dan jawapan telah pun aku beri. Tapi rupanya hal ni masih lagi panas. Masih lagi mengharap keputusan yang terbaik dari aku..Masih lagi ingin aku bertemu seseorang..Aku tertawa dalam hati..Aneh, sebab aku dah pun beri jawapan yang pasti. Hidup aku kembali tak keruan. Berada di persimpangan samada mengecewakan harapan orang atau melukakan hati sendiri..

Dalam kegusaran itu, aku bertanyakan hal ini kepada seorang kawan tapi aku pula dianggap cuba memerangkap dia dengan pertanyaan ini. Mungkin salah aku kerana tidak berterus terang dengan situasi ini dan hanya bertanyakan apa yang patut aku buat. Bila berada dalam keadaan ini, aku mula sedari bahawa betapa susahnya untuk menentukan masa depan yang terbaik untuk diri sendiri jika hal ini melibatkan hati dan perasaan.

Aku berbincang dengan mak. Jika tidak kerana sesuatu yang menjadi penghalang sudah tentu mak dah merestui aku. Mak sentiasa memberi kebebasan kepada anak-anaknya membuat pilihan sendiri tapi dalam keadaan sekarang mak mahu aku fikir terlebih dahulu. Aku faham..

Apa jua aku kena bijak dalam mencari keputusan yang tepat ( sebenarnya..dah ada keputusan pun hari tu..)

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea