Followers

Thursday, February 4, 2010

103. Rasa Seorang Kawan

Posted by Iera at 12:05 AM


Dah lama sorang kwn pendamkan rasa ni kat dalam hati dia. Baru semalam dia luahkan kat aku. Tapi bukan rasa cinta.. rasa yg sorang kwn patut ada kat hati dia. Aku dh lama lost contact dgn dia sejak dia bz dgn life baru dia.

Selama ni dia teramat bimbang kalau2 aku terluka sekali lagi. Teramat takut kalau2 aku bercinta dan berkahwin dgn lelaki yg salah.. Dia tak sanggup nak tengok aku menderita lagi. Dia nak aku still solo mcm ni dan tak yah ada ikatan dgn mana2 lelaki. Terima kasih untuk dia krn mengambil berat hal aku.

Aku tak marah bila dia ckp mcm ni jauh sekali nak melenting. Memang patut pun dia ada perasaan macam tu. Aku tahu, bukan niat dia nak halang aku berkawan dengan mana2 lelaki sekaligus menjalin ikatan akrab cuma dia tak mahu lelaki2 itu mempermainkan aku nanti.

Memang betul, rasa terluka memang sakit sgt. Apatah lagi yang menyakitkan kita itu adalah org yang kita sayang. Tapi inilah lumrah kehidupan. Aku tak pernah serik tapi sementara waktu ini aku tak lagi memikirkan keindahan masa depanku. Yang utama sekarang hanyalah fokus pada masa depan Aina. Mungkin suatu waktu dulu aku pernah mengharapkan seseorang yang pernah beri harapan tapi bila aku bukan saja ditolak tetapi dicampak terus maka sejak itu aku kembali sedar bahawa matlamat aku hanyalah Aina. Biarlah segala kepentinganku menjadi tempat terakhir.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea