Followers

Wednesday, February 24, 2010

118. Aina

Posted by Iera at 9:32 AM


Aina stiil demam lagi. Aku apply leave hari ni. Badan panas. Asyik merengek je. Aku bawak dia ke klinik. Tapi doktor yg selalu aku jumpa tu tak de. Ni doktor lain. Mybe partner doktor tu. Tapi yang aku hairan tu, Aina dipanggil masuk sedangkan time tu dia tengah bz update data pesakit kat pc. Dia cakap saja suruh masuk awal, boleh sembang2 sikit. Ada ke macam tu.. Aku pun diam ajelah. Nasib baik soalan2 yang dia tanya hanya berkaitan dengan demam Aina. Cuma mata dia tu macam tak reti nak tengok setempat je.. Naik segan aku. Aku think positif. Doktor pun manusia biasa dan lelaki tetap bernama lelaki..

Aku masakkan Aina sup ayam tapi baru je makan sesudu dah tak lalu. Nak makan Yougurt, aku belikan tapi rasa sikit dah tak nak. Nasib baik air Ribena habis jugak sebotol. Bila mak aku sebut abah dia, terus muka macam nak nangis. Aku call ex suruh cakap dengan Aina tapi Aina ckp kejap je la. Mybe dia rindukan aku dan abah dia. Yelah, sejak akhir2 ni aku dan ex sibuk dgn keje. Ex pn kadang2 dua minggu sekali je dtg jenguk Aina. Dan aku selalu je balik keje lewat. Banyak masa Aina dengan tok pengasuh dan mak aku..Bukan aku tak kesiankan Aina. Apa yang aku sedang buat sekarang semuanya untuk Aina.

Sabarlah, sayang..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea