Followers

Tuesday, February 23, 2010

117. Update

Posted by Iera at 11:50 PM
Hari ni ada lunch kat Penang ofis sempena raya cina. Kena pakai baju traditional..aku cuma pakai baju kurung moden je ( ada hati2 yg tak puas hati..tgk aku lebih skt dr mereka..) Menu kali ni simple je. Nasi ayam Ayamas, cheese cake, tembikai, nugget dan sosej..Dah la kenyang..dapat ang pow lagi dari member2 chinesse...

Ex call bagitau mak suruh beli Kool Fever untuk Aina. Aina demam. Badan panas sangat. Kebetulan ex datang tengok Aina. Dan yang paling sedih, masa ex nak balik, Aina nangis bagitau mak aku abah dia nak balik.. Sedih kan bila nak kena lalui keadaan macam ni. Dan aku sure kat hati ex tu mesti tersentuh. Sebab masa dia call aku tadi, aku dengar suara dia sayu je..Aku tengok Aina tido je bila aku sampai kat rumah. Malam ni mesti aku dan mak tak boleh tido. Aina suka mengigau bila demam. Harap2 kejap je demam dia. Risau jugak aku.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea