Followers

Friday, February 12, 2010

108. Impian

Posted by Iera at 9:17 AM
Ramai orang bertanya apakah impian aku sekarang. Beberapa hari ini, aku menyelami hati sendiri. Merenung jauh apakah yang aku sedang cari sekarang dalam hidup ni.

1. Kahwin

Kawin..ye ke aku akan kawin.( ada org sdg mengintai segalanya tentang aku..)Actually, jauh di sudut hati aku dah tak ada planning nak kawin. Biarlah masa yang tentukan. Jika dah ditakdirkan aku ada jodoh dengan sesiapa, aku redha. Tapi sekiranya takdir aku macam ni selamanya, aku pasrah. Aku dah tak nampak jalan untuk ke arah ni. Bukan setahun tapi dah tiga tahun berlalu. Aku selesa begini. Bak kata sorang member, biarlah ia berlalu macam biasa.

ATAU

2. Viva

Mampukah aku? ( ada sorang member ckp, kereta ni hanya untuk orang berduit saja..ye ke? ) Impian tu ada. Dan memang aku minat sangat dengan Viva ( selepas hati aku hancur dengan Myvi..hehe..)Tapi mak aku ckp, tunggu dulu. Bukan sekarang. Dan aku rasa macam tu juga. Siapa tak nak kan pakai kereta..Sabar ajelah dulu. Pasti ada 'jodoh' nanti. Bukannya lama dah pun..

ATAU

3. Study Ijazah Mechanical Engineering kat OUM

Sejak keje kat sini, aku mula jatuh cinta kat bidang ni. Aku memang teringin sangat nak continue study. 5 thn bukan satu jangka masa yang singkat. Tapi habuan yang akan aku dapat memang berbaloi2..tambah2 pulak aku dah keje berkaitan dengan course ni. Sebenarnya, aku nak ambik course ni tahun ni, tapi aku kena fikir sedalam2nya.. Mampu ke aku nanti nak buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi kata orang, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Apa pun aku terpaksa tangguh dulu hasrat ni sebab aku ada impian yang lebih penting dan besar.

DAN IMPIAN SEBENAR AKU ADALAH

4. Aina

Inilah sebenar impian aku. Memberi kesempurnaan buat Aina. Next year Aina dah nak sekolah. Aku kena berikan yang terbaik untuk dia. Sama seperti anak2 orang lain. Aku nak pastikan Aina takkan terlepas satu pun yang anak2 orang lain lalui dan rasai. Itu janji aku. Apa yang sedang aku lakukan pun adalah untuk Aina.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea