Followers

Monday, February 15, 2010

110. Setelah 11 tahun..

Posted by Iera at 11:49 PM


KAMUS ASMARA-MERCURY

Kau masih di sekolah
Dan aku masih mentah
Kita lafazkan kata cinta
Yang tertulis dalam kamus asmara

Kau dan aku terpisah
Dewasa dibawa arah
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara

Terkadang kau menjelma
Mimpi indah sewaktu bersama
Itu cinta pertama
Tak mungkin kulupa

Pernah aku mencuba
Mencari mu entah di mana
Dan kini yang kutemui
Arca yang berbeda

Sayang selasih tuan
Tumbuh di hujung taman
Mekar bersendirian
Sayang kasihku intan
Harum sepanjang zaman
Biar kau milik orang

Kiranya engkau terdengar
Kesan cinta pertama
Walau di mana kau berada
Doaku semoga kau bahagia
Selamanya


Memang tak pernah aku duga..selepas 11 tahun berlalu, aku terjumpa dia semula. Aku tidak pernah lupa pada pesona renungan itu. Aku juga tidak pernah lupa pemilik mata coklat itu. Dia masih seperti dulu. Masih merenung tajam dengan mata bercahaya. Dan masih tersenyum penuh ketenangan. Dan memori itu kembali terimbau sehingga terasa ke sanubari. ( mula la nak emo dah ni.. )

Nenek saudara aku pernah berpesan supaya aku mencari kekasih dari anak lelaki kedua atau anak lelaki bongsu dalam keluarga kerana pasti hubungan itu sentiasa aman dan penuh ketenangan. Aku hanya tertawa. Tapi ternyata ada kebenaran pada pesanan itu. Sepanjang perhubungan aku dan dia, tak pernah langsung ada sengketa malah hati aku tak pernah terluka. Tapi jodoh itu bukan di tangan kita.

Dia telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sedangkan aku baru hendak memulakan hidup. Lalu berakhirlah hubungan itu dan dia dah pun bahagia dengan pilihannya itu. Yang pasti kini, aku mendoakan agar kebahagiaan itu milik dia selamanya. Dialah cinta pertama yang tak pernah aku lupa..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea