Followers

Thursday, April 28, 2011

288. Akhirnya

Posted by Iera at 2:43 PM
Alhamdulillah..penantian yang satu ni berakhir juga. Memang betul, penuh cabaran..penuh dugaan sehinggakan Iera menangis sebab terlalu banyak sangat karenah yang perlu Iera lalui. Semuanya betul-betul menguji kesabaran. Ada satu ketika tu, Iera rasa dah tak mau teruskan lagi. Dah letih. Padahal bila tanya experience orang lain, depa tak ada pun masalah.

Dah 2 kali Iera terkena dengan pihak tu..Sekejap kata ok, sekejap kata tak lulus. Cakap nak kena itu la, nak kena ini la..Kemudian, Iera terus cancel. Dan untuk kali ketiga ni, Iera pi kat orang lain pulak..kat company lain. Dah tak mau direct terus dari situ. Pun hampir sama. Sebabnya dari pihak tu juga. Dan akhirnya terkeluarlah N3 ni sampaikan ada yang salah faham..

http://iera-lakarankehidupan.blogspot.com/2011/04/285-salahkah-aku.html

Demi Aina, Iera sabarkan hati..Dan anggap bahawa sesuatu itu pasti ada hikmahnya..Apa pun kena banyak bersabar dalam merealisasikan sebuah impian. Dan untuk dealer tu, terima kasih banyak-banyak sebab banyak tolong Iera walau tu memang keje dia..

Akhirnya, 25hb April bersempena birthday adik Iera yang ketiga Iela..deliver jugak baby ketiga Iera..Iera panggil baby girl sebab suci kan..( asalnya nak baby boy..tapi tak ada stok )..Tapi still kena berpantang lagi sebabnya tuan dia belum 'sihat' lagi..hehe..Masih baru lagi..Aina? Hanya Tuhan saja tahu perasaan dia masa tu. Sebagai ibu, Iera nampak jelas kegembiraan kat wajah dia..Sebab dia tahu, baby ni milik mama dia..Alhamdulillah...Mak? Inilah yang dia harapkan sebab satu kepentingan untuk waktu sakit demam..Kali ni tak payahlah susah-susah nak ulang 2,3 kali untuk ke rumah Tok Wan.




Untuk bestfriend Iera, Yati, Yus dan Ida..terima kasih tak terhingga kerana selalu bagi support untuk Iera..selalu menjadi tempat Iera meluah segalanya..Iera takkan sesekali lupakan depa..Untuk ex jugak yang tolong Iera dari awal lagi..( tapi ada sedikit rasa cemburu yang Iera nampak kat kata-kata dia..mybe takut Iera dengan lelaki lain..hehe..) Tapi percayalah..ini hanya untuk Aina..untuk mak..Dalam fikiran Iera tak ada satu pun untuk perkara lain..

Betul kata Tok sedara Iera..Semuanya rezeki Aina. Kerana Aina hidup Iera dah bernafas balik..Dan sekarang, bak kata Wani, adik Iera..tak ada bf pun tak apa..sebabnya dah ada bf baru...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea