Followers

Friday, April 8, 2011

278. Customer Audit

Posted by Iera at 10:01 PM
2 minggu lepas, Bos bagitau ada satu customer penting nak datang audit company Iera. Tapi bukan keseluruhan lah. Cuma warehouse je kena. Lepas team meeting, bos Iera ada send email. Iera kena kemaskini file Outgoing dan pastikan tak ada satu pun document shipment ke site mereka tercicir. Kawan Iera tu kena cari satu part yang complete semua document dan ready..that's mean dia kena show kat system part tu bila customer mai nanti..

6hb sebelum balik, bos Iera ada tanya kat kami berdua. Siapa yang akan show kat customer esoknya..Bila tengok member Iera tu tak bagi respon apa, Iera pun jawablah..yang Iera akan show walau kat hati ni timbul sedikit keraguan..Sebab yang Iera tahu, dia yang kena ambik tanggungjawab tu..Fine, kalau dia nak lepas tangan..Masa balik, bos Iera selalu tumpang Iera sampai kat parking kereta. Bos Iera tanyakan Iera pasal hal ni..

Bos : Kamu dan dia ada bincang ke pasal hal ni?
Iera : Tak..
Bos : Setahu saya, dia yang patut show kat customer bukan kamu. Saya dok monitor dia selama ni..Kalau saya minta apa-apa, tanya kat kamu berdua pasal apa-apa, saya tengok kamu je yang pulun cari..bukak fail itu, bukak fail ini..tapi dia hanya buat tak tahu saja..Saya tengok dia buat kamu macam data..apa saya nak kamu keluarkan data tu..
Iera : Tak apalah kalau Iera yang kena show..
Bos : Ada problem ka dengan system dia?
Iera Hari tu dia cakap, bila dia guna caliper kat system tak boleh guna..
Bos : Berapa lama dah? Ish, geram saya..kalau tegur nanti cakap berat sebelah..

7hb tu, Iera dah prepared awal-awal tapi entah macam mana bila Iera setkan caliper kat system tak boleh guna..Banyak kali Iera try..Iera bagitau kawan Iera tu..Dia dengan berat hati setkan caliper dia kat system..Surprised sgt sebabnya boleh guna sedangkan dia cakap tak boleh..Pastu Iera shutdown balik PC dan set semula..bila Iera tengok dia macam nak tak nak je..Alhamdulillah..nasib baik boleh. Dan Iera kata biarlah Iera yang show kat customer. Tau dia jawab apa? Dia saja bagi aku peluang untuk show kat customer..padahal dah setahun aku yang ambik alih tugas tu..

Customer mai pukul 9 pagi.. Lepas je turn Country Manager bagi taklimat kat bilik meeting, turn team Iera pulak. Iera show lah apa yang selalu Iera buat..Tapi customer ni..bukan calang-calang orang..Iera kena jawab macam-macam..Soalan yang tak terduga..Dan bos Iera, Country Manager, Sales dan Pnp yang ada sama pun tak boleh nak back up Iera..Sejam kami kena jawab soalan customer tu...Bila dah selesai, lega rasanya..

Tahu kawan Iera tu dok ulang cakap apa? Dia pun nervous tak kira..takut semua ada..Dia bagitau kat semua orang yang call nak cakap dengan dia..Kat bos Iera pun dia cakap macam tu..Padahal dia langsung tak terlibat masa customer bersoal jawab. Lepas je customer balik, bos Iera datang nak bagitau apa customer request. Dia tanya soalan kat bos Iera.

Dia : Customer ada cakap apa-apa tak? Kot la apa kami ( sepatutnya bukan kami..tapi Iera ) bagitau customer salah?
Bos : Apa yang Azira cakap betul..tak ada complain apa..bla..bla..

Iera? Hairan sebabnya kenapa dia yang tanya soalan tu sedangkan sepatutnya Iera kan..Dan Iera tahu, dia tanya macam tu sebab nak dengar apa customer complain pasal Iera kan..or bos Iera..Country Manager..Tapi dia kecewa sebabnya bos Iera cakap Iera dah buat benda yang sepatutnya..Itulah orang cakap, manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain..

Iera bukan manusia sempurna tapi Iera tak tahu kenapa dia ditakdirkan jadi manusia..sebabnya di dalam hati..di dalam perut dia..di dalam diri dia penuh hasad dengki..penuh iri hati..orang cakap perut busuk..Bukan setakat hal keje, hal-hal lain pun sama..Kadang-kadang Iera penat dengan dia tapi inilah cabaran Iera..Dah nama pun hidup..Hanya yang boleh Iera buat, bersabar..Moga Tuhan berikan Iera kekuatan hati...Amin..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea