Followers

Saturday, April 16, 2011

282. Dah Settle 1 Perkara

Posted by Iera at 10:58 PM
Ni lah yang membuatkan Iera tak tidur malam..Hidup resah..Selagi tak settle perkara ni, selagi tu lah..fikiran serabut je..Iera dapat surat interview kat Bahagian Teknologi Pendidikan Kedah 14hb dua minggu lepas..Lega rasanya bila dapat surat tawaran tu..Mulai hari tudah start study sikit-sikit pasal kementerian ni..Dan ada jugak berbincang dengan mak dan Wani IF lulus temuduga tu dan kena hantar luar Penang..Dan mak lepaskan Iera pergi tapi Aina kena tinggal dengan dia..Dia akan jaga Aina untuk Iera..Bukan apa, saja je fikirkan hal ni lebih awal...Perancangan yang penting sebenarnya..

Iera ambik cuti hari tu tapi tak seorang pun kat ofis tu tahu sebab Iera cuti.. Biarlah rahsia sebabnya Iera tak mahu ada salah faham kat sini..Iera baru pi interview bukannya dapat dapat job tu..Dan bukan Iera seorang yang pi..beratus-ratus orang..Sampai kat sana tepat pukul 2 petang..Masa turun kereta, Aina cakap :

'Mama macam cikgu la..mama nak pi jadi cikgu ka?'
'Yelah tu..' Mak Iera balas..


Ni lah Mak Uda Iera..adik mak yang bongsu..


Mereka posing sakan masa Iera kat dalam dewan..

Sebaik masuk kawasan BTPK tu, tanya guard kat situ. Dewan tu berdepan dengan bilik guard. Senang je. Ada beberapa orang sedang menunggu. Iera ramahkan diri tegur sorang perempuan tu yang datang nak interview..Namanya Suhaiza dari Penang juga. Bila dipanggil masuk ke dalam dewan, Iera dan Suhaiza menurut perintah. Kena isi form menguji sikap dan tingkahlaku kita..Selepas itu, kena isi pulak form kedatangan. Satu line tempat duduk ada 5 orang. Dan nama Iera yang 1st sekali. Selepas pemeriksa check Sijil asal dan copy, barisan Iera dipanggil mengikut beliau ke bilik temuduga di tingkat atas..Bayangkan perasaan masa tu sebab Iera orang 1st yang akan ditanya..

Kami masuk serentak. Dan ditanya soalan seorang demi seorang. Personal biodata, experienced, nilai-nilai murni dan pasal keje yang diminta. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan gemuruh, Iera dapat memberi jawapan dengan penuh yakin. Selebihnya berserah kepada Yang Esa. Pukul 3.30petang baru Iera keluar dari bilik interview tu. Kira 1jm jugak duduk kat dalam..Sebaik saja sampi kat guard, mak, Aina dan Mak Uda Iera tengah tunggu kat guard house.. Aina sambut Iera.






Sebelum bertolak balik, wajib posing dulu..Tapi kami tak terus balik sebaliknya singgah sekejap kat Pekan Rabu. Alang-alang dah sampai sini kan..Mak dan Mak Uda ni teruja tengok barang hantaran yang murah-murah kat Rainbow..Kat sini harga 2x ganda kat sana.. Mak beli jugak 2,3 jenis barang hantaran. Bukan ada sapa-sapa nak kawin tapi dah minat dia..Kat Aina, Iera beli tudung ala Arini RM3 je..material ok jugak..buat pi mengaji Quran..

Kami bertolak balik pukul 6 petang. Mak dok planning nak pi lagi sana.. Bulan 11 nanti sepupu Iera nak kawin..boleh la dia beli apa-apa untuk hantaran ke..

Iera dah cuba sebaik mungkin untuk interview ni..Selebihnya hanya berserah pada Yang Maha Esa...Insyaallah, jika ada rezeki Aina..Amin..

2 comments:

siti murni said...

semoga berjaya...bukan senang nak dapat offer govt..nak dapat terpilih interview pun susah...ape2pun..good luck okey..:)

Iera said...

Thanks, Siti Murni..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea