Followers

Tuesday, April 5, 2011

276. Training

Posted by Iera at 9:00 PM
Last week, HR ada send email invitation training untuk hari ni. Dengar je ada training, Iera rasa best sangat. Iera dah prepare sikit-sikit tentang isu training tu. Sajalah prepare supaya tak lah masuk kosong saja kan..

Tapi pagi tadi, member Iera tu merungut-rungut. Kata dia paling tak suka training. Tambah-tambah topik yang membosankan tu..Boleh buat dia mengantuk. Baru je 1/2 jam start keje, tiba-tiba dia cakap kepala dia berpusing dan sakit sangat. Iera rasa confused tapi tak baik nak tuduh orang kan. Mungkin dia betul-betul sakit. Dia mintak kat bos Iera nak tidur sekejap..mana tau hilang sakit kepala dia tu. Tapi sampai pukul 12 tengahari dia membuta. Siap berdengkur lagi. Bos Iera suruh dia balik half day.

Bila Country Manager mai, bos Iera bagitau yang member Iera tu nak balik half day sebab tak sihat. Country Manager Iera bagi pelepasan tapi bila-bila dia datang lagi kat warehouse, dia akan tanya soalan kat member Iera tu pasal topik training hari ni. Pucat muka member Iera tu. Mahu tak mahu, dia terpaksa attend jugak. Bukan sekejap tapi sampai habis training. Lepas habis barulah dia balik.

Sejak dari dulu lagi, dia asyik merungut je..Bosanlah..boringlah..asyik-asyik benda yang sama..Masa training, dia tak concentrate, kadang-kadang note pun tak ada..Ada masa dia tidur..Lepas tu, mintak kat Iera nota nak salin..Kadang-kadang tu bila mood Iera tak elok, memang Iera tak bagi..Bukan nak kedekut, sebab masing-masing masuk training yang sama..

Kadangkala Iera tertanya-tanya kenapalah pada sesetengah orang cakap TAK SUKA ATTEND TRAINING..Tahu tak untuk bayar satu course training tu bukan murah..Kadang-kadang sehari saja kita perlu bayar RM300. Bayangkan..Masa Iera keje kilang dulu, Iera selalu belek-belek newspaper..Selalu terfikir, bilalah Iera dapat attend training itu..training ini..Sebab semua tu ilmu. Dan kerana tu lah..bila dapat peluang tu kat company ni..Iera rebut peluang yang ada..

Apa pun terpulang lah kepada pandangan masing-masing..Yang penting..I LIKE ATTEND TRAINING..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea