Followers

Thursday, April 21, 2011

283. Update Sabtu & Ahad

Posted by Iera at 8:39 PM
Malam Sabtu tu, Tok Wan call. Suruh family pi rumah masak ramai-ramai. Nak perabih lauk ikan kering yang kenduri hari tu..Pagi tu, Iera pi dengan Wani dan Aina. Mak naik motorsikal dengan Mak Uda Iera. Sampai rumah Tok Wan, Mak Cik ada. Hanya kami je yang akan masak makan. Tok Wan suruh mak yang masakkan gulai ikan kering tu.

Yang lain tolong apa yang patut. So, menu hari tu..gulai ikan kering, air asam, perut lembu rebus, ikan goreng, ikan pekasam goreng dan ikan kering goreng. Terangkat habis tapi tak boleh makan banak-banyak..Badan dah tengah sihat ni..Lagipun lepas makan nak ke Sunway Carnival pulak..

Tapi masa panggil Tok Wan makan sekali, tengok Tok Wan macam sedih je..Makan pun macam telan tak lepas..Nasi dah tak tambah. Mybe Tok Wan teringat pada arwah Mak Tok..Lepas makan terus bersiap nak ke Sunway Hotel. Ada Amway Showroom.

Sampai kat Sunway pukul 2.45petang. Tunggu kawan Iera, Lay Peng dan sorang kawan dia. Iera pi dengan Mak Uda Iera dan Wani. Mak Uda Iera masuk jadi ahli tapi Iera tak berapa minat sangat. Just cuma dengar Diamond-diamond share pengalaman depa. Lepas tu ada jamuan ringan sikit. Bertolak balik pukul 6 petang.

Memang best kalau dengar kejayaan orang lain. Macam mana hebatnya depa bercuti ke luar negara termasuk Mekah. Tapi kadang-kadang terasa seolah depa terlalu riak dengan kejayaan tu. Ada ke depa galakkan kita berhenti keje dan 100% tumpu kat bisnes tu je..Macam depa ok. Sebabnya depa memang dari kalangan yang berduit, ada yang mak bapak depa memang ada bisnes besar..Kalau sebulan dua tak ada pendapatan pun depa mampu lagi teruskan hidup. Tapi macam Iera ni? Bolehkah sebulan tanpa bekerja? Alamatnya tak makanlah..Mybe Iera baru 1st time pi majlis macam tu tapi sepatutnya bila 1st time hati teruja tapi tak..majlis ni memang tka sesuai langsung dengan jiwa Iera.

Ahad yang riuh rendah. Sebabnya, adik Iera, Ti dan anak-anak dia datang. Macam-macam peel. Tapi pukul 7.30 malam dapat call yang adik Iera, An accident. Dilanggar kereta. So, Iera dan mak pi ke Hospital Seberang Jaya. Sampai kat sana, terjumpa kawan dia. Nasib baik masa dia accident tu, kawan dia lalu jalan tu. Beg, dompet dan hp kawan dia tolong pegangkan. Kawan dia yang registered dia masuk Kecemasan. Terima kasih untuk Kak Zah tu.

Iera dan mak menunggu dari luar. Mak mintak nak masuk tengok tapi attendan tu tak bagi. Kalau kat Hospital BM memang dah boleh masuk. Tunang An ada kat sana dah. Lama jugak menunggu, mak risau lah sebab tak dapat nak tengok lagi keadaan dia. Menurut tunang An, orang yang langgar tu tak mengaku salah. Kononnya An yang salah. Padahal semua orang nampak pemandu langgar trafik light merah. Masa tu trafik light sebelah jalan An tengah hijau. Kedudukan motorsikal pun membuktikan pemandu tu salah. Nasib baik kawan An tu ambik gambar. Boleh dijadikan bukti nanti. Tak lama lepas tu, Wani, Ila dan asben, Aina datang. Pukul 9 lebih barulah An dibawak keluar. Teruk jugak keadaan dia. Kaki tangan habis calar-calar..Muka, mulut yang berdarah teruk..Dia kena tunggu sehingga habis sebotol air.

Masa tengah menunggu tu..Iera duduk kat sebelah mamat tu..Siapa, biar lah rahsia sebab ni rahsia negara..haha..Dia pun tengah temankan orang..Masa mak tolak An ke bilik air, dia pun ambik kesempatan. Tanya macam-macam kat Iera. Iera jawab ajelah..Dah orang tanya kan..Elok je mak datang balik, dia diam. Tahu takut. Kemudian, mak suruh Ila dan Wani balik dulu. Lagipun esoknya Aina kena sekolah. Tinggallah Iera, mak dan tunang An temankan An kat situ..

Tak lama lepas tu, An dimasukkan ke wad transit kat area situ jugak. Tinggal Iera sorang-sorang. Sekali lagi mamat tu ambik kesempatan. Dari soal An sampai lah ke hal keje Iera. Dan tak sangka dia kenal bapak sedara Iera..Iera rasa tadi tu dia tak perasan yang Aina panggil Iera mama. Sebabnya bila dia tanya Iera siapa An tu dan Iera cakap adik, dia macam dok fikir. Yelah, mesti dia tertanya umur Iera memandangkan An dah pun 30 tahun..Lepas mak datang balik, dia diam balik..haha..Tapi jodoh tak ada kan..sebabnya tak sempat tukar no tel..haha..mak kacau..Tapi tak pa, dia keje pun bukan kat mana pun..dekat-dekat rumah Iera juga...

Iera tolak balik pukul 11.30 malam lepas mak tanya kat nurse tu tentang An. Depa tak sure lagi An boleh balik ke tak sebab nak tengok perkembangan An..Jadi nurse tu suruh kami balik dulu. Apa-apa hal depa akan call. Mak malam tu tak lena sangat sebab bimbang pihak hospital call..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea